Sekolah Menengah Kebangsaan Selandar
Sekolah Menengah Kebangsaan Selandar | |
---|---|
Lokasi | |
Malaysia Selandar Pos, 77500, Selandar, Melaka Bandar Bersejarah Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Nombor sekolah | 6065251144 |
Kod sekolah | MEA1077[1] |
Pengerusi PIBG | Yg Berbahagia Dato' Abu Dolah bin Hitam |
Pengetua | Tn. Hj Shamsuddin bin Hj Nordin |
GPK Pentadbiran dan Akademik | En. Roslan bin Ismail |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | En. Muhammad Safuan Chai bin Abdullah |
Penolong Kanan Kokurikulum | Pn. Habibah binti Abdullah |
Faks | 6065251144 |
Sekolah Menengah Kebangsaan Selandar atau nama ringkasnya SMK Selandar, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Selandar Pos.
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Selandar memiliki 547 orang pelajar lelaki dan 489 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1036 orang. Ia mempunyai seramai 84 orang guru.2009
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Latar belakang
[sunting | sunting sumber]Selandar merupakan sebuah kawasan yang agak terpencil dan jauh dari Bandar Melaka. Kedudukan geografi serta taraf hidup yang rendah serta mewujudkan pelbagai implikasi dan masalah terhadap peluang melanjutkan pelajaran untuk pelajar. Pelajar- pelajar lepasan darjah 6 dari sekolah- sekolah di kawasan Selandar terpaksa melanjutkan pelajaran sekolah menengah di pekan Jasin. Pelbagai rintangan serta masalah pembaziran masa, pengangkutan, dan kewangan telah menghalang pelajar- pelajar di kawasan ini untuk menunjukkan kemampuan dan kebolehan mereka dalam bidang pelajaran dan ko- kurikulum. Sehubungan dengan itu, beberapa tokoh tempatan telah mengemukakan cadangan kepada kerajaan untuk membina sebuah sekolah menengah bagi mengetasi masalah ini.
Pada tanggal 1 Januari 1980 merupakan pembukaan Sekolah Menengah Kebangsaan Selandar. Sekolah ini dibina di atas bukit yang jaraknya 300 meter dari pekan Selandar. Pada awal pembukaannya, sekolah ini menumpang di Sekolah Kebangsaan Selandar untuk sementara waktu. Jumlah pelajar pada ketika itu ialah seramai 159 orang dan kakitangan perintis seramai 13 orang iaitu 12 orang guru dengan seorang pekerja sahaja termasuk Pengetua dan Guru Penolong Kanan. Encik Abdullah Bin Abdul majid PPN. PJK. telah diberi tanggungjawab memikul tugas sebagai Pengetua dengan dibantu oleh 10 tenaga pengajar dan seorang pegawai kerani. Dengan tenaga dan khidmat para pegawai, sekolah ini telah mengorak langkah menjana ilmu kepada anak bangsa di kawasan Selandar. Pada awal penubuhannya, sekolah ini merupakan satu- satunya sekolah menengah bantuan kerajaan di Selandar dan memberi peluang kepada ibu bapa di kawasan berkenaan menghantar anak- anak mereka untuk meneruskan pembelajaran di sekolah menengah.
Pada 1 April 1980 SMK Selandar telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Sri Rahim Bin Tamby Chik, Ketua Menteri Melaka ketika itu. Semua pelajar SMK Selandar yang sebelum ini menumpang di SK Selandar dengan rasminya berpindah ke bangunan baru. Bangunan asal sekolah ini terdiri daripada 4 buah bangunan. Bangunan pentadbiran terletak di blok A, blok B pula terdiri daripada bangunan ERT, dan bangunan blok C yang terdiri daripada kelas- kelas. Bangunan blok D yang terdiri daripada bilik- bilik kelas dan bangunan perpustakaan. Manakala bangunan blok E pula adalah bangunan kemahiran hidup.
Sekolah Menengah Kebangsaan Selandar telah dinaikkan kepada taraf Sekolah A pada tahun 1995 dan pada tahun 1995, kelas aliran sains telah dimulakan. Hari ini SMK Selandar terus mencipta nama apabila Berjaya melahirkan para pelajar yang cemerlang dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum. Mereka berjaya mengharumkan nama SMK Selandar dan mampu bersaing dengan sekolah- sekolah yang berada di negeri Melaka. Kakitangan perintis semasa pembukaan SMK Selandar yang terdiri daripada 13 orang, iaitu:
Pengetua : En Abdullah bin Abd Majid PPN, PJK
GPK : Tn Hj Mohd Sharif bin Mohd Drus PPN,PJK
Guru-guru : Allahyarham En Abu Kasim bin Salleh
En Talib bin Md Yusof
En Md Jamal bin Md Yusof
Hj Nasir bin Minhat
Cik Wong Huee Hwa
Cik Nor Risy bt Sadimin
Cik Norliah bt Adam
Pn Latifah bt Harun
Pn Eaishah bt Md Taha
Ustazah Jamilah bt Tahir
Pekerja : En Rasip bin Joned
Sekolah Menengah Selandar telah dirasmikan oleh YAB Dato' Sri Rahim bin Dato' Thamby Chik, Ketua Menteri Melaka pada 1 April 1986. Terdapat 13 orang Pengetua yang telah berkhidmat di Sekolah Menengah Kebangsaan Selandar, iaitu:
- En Abdullah bin Abd Majid, PPN,PJK 1 Jan 1980 - 31 Julai 1980
- Cik Jamaliah bt Hj Ismail (1 Ogos 1980 - 15 Ogos 1982)
- En Peter Lee Seng Lin (16 Sept 1982 - 15 Sept 1987)
- En Ahmad bin Sulaiman (16 Sept 1987 - 31 Dis 1989)
- En Rahim bin Ali (1 Jan 1990 - 15 Ogos 1990)
- Hj Abd Kader bin Hj Md Nor (16 Ogos 1990 - 15 Jun 1995)
- En G. Krishnabahawan (16 Nov 1995 - 10 Nov 1998)
- En Chin Kiau (16 Nov 1998 - 16 April 2001)
- Pn. Hjh. Nor Aisah binti Md Shah (16 April 2001)
- Tn. Hj. Sa'adon Bin Baharum (16 September 2006 - Mac 2010)
- En. A. Saiman A/L K.G. Anthony (1 April 2004 - Februari 2014)
- En. Ahmad Ramadhan Subra Bin Rengasamy (2 Jun 2014 - 19 September 2016)
- En. Shamsuddin Bin Nordin (16 Oktober 2016 - Kini)
Pengetua Terkini SMK Selandar (En. Shamsuddin Bin Nordin)
Panorama SMK Selandar Suatu Ketika Dahulu
[sunting | sunting sumber]Objektif SMK Selandar
[sunting | sunting sumber]• Melahirkan bangsa Malaysia yang taat dan bersatu padu.
• Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berketerampilan, dan sejahtera.
• Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan Negara.
• Memberi peluang- peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.
Visi SMK Selandar
[sunting | sunting sumber]• Sekolah unggul penjana generasi terbilang
Misi SMK Selandar
[sunting | sunting sumber]• Melahirkan murid-murid yang mempunyai kecenderungan dan minat yang mendalam untuk menguasai ICT memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris bagi merealisasikan pencapaian cemerlang dalam Sains dan Matematik.
• Memastikan persekitaran sekolah yang kondusif dan bermaklumat agar murid dapat belajar dalam suasana tenang, harmonis dan memberangsangkan.
• Menempatkan SMK Selandar sebagai institusi pendidikan yang dibanggakan melalui peningkatan prestasi akademik yang baik, disiplin yang membanggakan serta kepimpinan terpuji.
• Memastikan semua guru dan kakitangan mengamalkan budaya kerja dan mutu kerja yang cemerlang dengan memfokuskan kepada budaya kerja secara berpasukan dan semangat kekeluargaan.
• Melengkapkan murid-murid dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran supaya dapat bersaing dan berketrampilan dalam pelbagai bidang yang diceburi.
Motto SMK Selandar
[sunting | sunting sumber]• Dinamis dan Dedikasi
Lagu Sekolah
[sunting | sunting sumber]Bersatu dan berikrar
Berjanji pada diri
Meningkatkan prestasi
Dinamis dan dedikasi
Berbudi bahasa
Bersopan santun
Hormat Guru ibubapa
Belajar dengan tekun
Menjaga imej sekolah
Ringtangan serta cabaran
Semangat tetap berkobar
Berdisplin berjiwa raga
Janji akan ditunaikan
Panorama Sekolah
[sunting | sunting sumber]Galeri sekolah
[sunting | sunting sumber]Galeri Warisan
[sunting | sunting sumber]Replika Rumah Tradisional Melaka
Pencapaian
[sunting | sunting sumber]pada tahun 1997 adalah tahun gemilang bagi sukan sepak takraw bagi Sek.Men.Selandar menjadi naib johan bawah MSSM daerah Jasin bertemu dengan Sek.Men Mansor Shah (Pulau Sebang),Alor Gajah.Pada waktu itu jurulatih adalah cikgu Tugiman,Sekolah Men.Selandar merupakan jurulatih sepaktakraw.Saya salah seorang bekas pemain pasukan sekolah dan bekas pelajar(alumni) Sek.Men Selandar...sejarah ini adalah pengalaman sendiri sewaktu bersekolah di Sek.Men.Selandar dari tahun 1993-1997,bola sepak dan hoki juga tidak kurang hebatnya..antara cikgu(jurulatih)yang saya masih ingat cikgu Kamaruddin b.Temu...
Aktiviti SEMENDAR
[sunting | sunting sumber]Majlis Perasmian Kolem Sempena Bulan Kemerdekaan 2017
[sunting | sunting sumber]Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan yang Ke-60 Tahun 2017
[sunting | sunting sumber]PROGRAM SEKOLAH 2018
[sunting | sunting sumber]Mesyuarat Guru Kali Pertama 2018
[sunting | sunting sumber]Program Guru Penyayang
[sunting | sunting sumber]Majlis Sambutan Perayaan Ponggal
[sunting | sunting sumber]Majlis Sambutan Tahun Baru Cina
[sunting | sunting sumber]Hari Sukan 2018
[sunting | sunting sumber]Majlis Pelancaran Energy Efficent Challenge Eco Youth Challenge & Green Flag Award 2018
[sunting | sunting sumber]
Mesyuarat Agung PIBG Tahun 2018
[sunting | sunting sumber]Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Dan KMIM Tahun 2018
[sunting | sunting sumber]Alamat
[sunting | sunting sumber]- Sekolah Menengah Kebangsaan Selandar
- Selandar Pos
- 77500, Selandar
- Melaka, Malaysia
- Telefon = 6065251144
- Faks = 6065251144
Rujukan
[sunting | sunting sumber]Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Sekolah Menengah Kebangsaan Iskandar Shah, Jasin
- Sekolah Menengah Arab Assyakirin
- Sekolah Menengah Kebangsaan Nyalas
- Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Bekoh, Asahan
- Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Bendahara
- Sekolah Menengah Kebangsaan Tan Sri Haji Abdul Aziz Tapa
- Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Perak, Jasin
- Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bemban
- Sekolah Menengah Kebangsaan Dang Anum
- Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Abdul Rahman Yaakub
- Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Rambai
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Sekolah Menengah Kebangsaan Selandar |