Sekolah Menengah Kebangsaan Nyalas
Sekolah Menengah Kebangsaan Nyalas | |
---|---|
Lokasi | |
![]() Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Nombor sekolah | 6065228001 |
Kod sekolah | MEA1079[1] |
Faks | 6065228990 |
Sekolah Menengah Kebangsaan Nyalas atau nama ringkasnya SMK Nyalas, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Melangkan, Nyalas.
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Nyalas memiliki 258 pelajar lelaki dan 228 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 486 orang. Ia mempunyai seramai 40 orang guru.2009
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Sekolah Menengah Kebangsaan Nyalas terletak di atas Lot 4766 (PA 2503) Mukim Nyalas iaitu kira-kira 60 km dari bandar Melaka dan 30 km dari bandar Jasin. Idea penubuhan SMK Nyalas telah timbul ekoran daripada kesedaran masyarakat setempat tentang pentingnya kemudahan pendidikan anak-anak mereka di kawasan ini memandangkan sekolah menengah yang terhampir jaraknya kira-kira 15 km. Isu pembukaan sekolah baru ini telah dikemukakan dan dibincangkan di semua peringkat kepimpinan DUN Bukit Asahan. Kajian mengenai lokasi sekolah dan sekolah penyalur selesai dilakukan oleh Jabatan Pendidikan Melaka pada 6 Ogos 1993. Oleh itu SMK Nyalas telah mula beroperasi mulai sesi persekolahan Disember 1993 / 94 dengan menumpang di Sekolah Kebangsaan Nyalas pada sesi petang sementara menunggu bangunannya sendiri siap dibina .
SMK Nyalas diasaskan dengan guru perintis seramai 12 orang dan 2 orang kaki tangan bukan guru yang diketuai oleh Tuan Haji Ab. Karim Bin Daud, sebagai pengetua, Encik Abed Bin Md Deh sebagai GPK 1, Encik Hamzah Bin Mohd Taib sebagai GPK HEM dan Encik Sarip Bin Jumaat sebagai GPK Kokurikulum
Murid-murid perintis sekolah ini terdiri daripada seramai 145 orang pelajar . Mereka merupakan pelajar kelas Peralihan seramai 23 orang dan pelajar – pelajar Tingkatan Satu yang terdiri daripada 4 buah kelas seramai 122 orang pelajar . Sekolah penyalur bagi SMK Nyalas terdiri daripada sekolah – sekolah rendah yang berhampiran seperti SK Nyalas, SK Masjid Baru , SK ( F ) Bukit Senggeh , SJK ( C ) Toon Hua , SJK ( T ) Bukit Keledek dan SJK ( T ) Ayer Kuning Selatan , Negeri Sembilan. Mulai tahun 2014, SMK Nyalas ditawarkan 2 buah kelas Rancangan Khas dan satu Kelas Kawalan, yang murid-murid penyalurnya adalah dari JPN dan PPD Jasin. Majoriti ibu bapa pelajar – pelajar SMK Nyalas adalah peneroka Felda Bukit Senggeh , peladang – peladang ( petani ) , bekerja sendiri dan peniaga . Hanya 8 % merupakan kaki tangan kerajaan . Tegasnya majoriti ibu bapa pelajar tergolong dalam SES rendah .
SMK Nyalas berpindah ke kawasan dan bangunannya sendiri pada 1 Disember 1994 setelah kebenaran menduduki bangunan baru diperolehi pada 28 November 1994. Bangunan sekolah ini dibina di bawah peruntukan RMK IV melalui projek pembinaan “ Pasang Siap ” iaitu merupakan projek pasang siap yang pertama dan terakhir di negeri Melaka. Keseluruhan kos pembinaan bangunan dan kemudahan – kemudahan di sekolah ini ialah RM 5.4 juta dan keluasan sekolah ini ialah 8.190 hektar . Upacara penyerahan kunci telah diadakan di antara pihak pemaju Gading Binaan Sdn Bhd dengan Jabatan Pendidikan Melaka yang diwakili oleh Encik Asahari Bin Hasan, Ketua Unit Pembangunan dan Bekalan, Jabatan Pendidikan Melaka.
SMK Nyalas mempunyai 5 buah blok bangunan iaitu 2 buah bangunan 4 tingkat, 3 buah bangunan 2 tingkat, sebuah bangunan kantin, sebuah dewan, sebuah bengkel MPV, sebuah bangunan PJK, sebuah surau, sebuah bangunan makmal komputer dan rumah guru
Kemudahan Fizikal yang disediakan ialah Bilik Darjah 25 buah, Makmal Sains 6 Buah, Perpustakaan dan Pusat Sumber, Bilik Tayang/ APD, Kantin Sekolah, Bilik Bimbingan Kaunseling, Bilik Lukisan Kejuruteraan, Bilik SPBT, Bilik Cetak, Bilik Geografi, Pejabat Pentadbiran, Bengkel Kemahiran Hidup, Makmal Komputer, Bilik Pengetua/GPK, Bilik Guru, Kedai Koperasi, Bengkel Teknologi Kejuruteraan, Bilik Gerakan, Padang Permainan yang memuatkan trek 400m, Gelanggang Serbaguna, Bilik Sejarah , Surau As-Sobirin, Bilik Persalinan PJK, Dewan Serbaguna (ubahsuai daripada bengkel pertanian), Bilik Rawatan Kesihatan, Bilik Pendidikan Khas, Pondok Pengawal, Rumah Bomba, Bengkel MPV (Tanaman Makanan) , Bengkel Pendidikan Seni, Bilik Peperiksaan Penilaian dan Bilik Pengawas. Pada tahun 2009, bangunan Asrama Putera dan Asrama Puteri mula dibina dan siap pada Disember 2011. Bangunan asrama yang dapat menampung sebanyak 200 orang penghuni ini mula diduduki oleh murid-murid Kelas Rancangan Khas dan Kelas Kawalan pada Januari 2011
Kumpulan Tenaga Perintis SMK Nyalas
Bil | Nama/Jawatan | Bil | Nama/Jawatan |
1 | Tn Hj Ab Karim Bin Daud - Pengetua | 8 | En. Rosli Bin Mahat - Guru |
2 | En. Abed Bin Md Deh - GPK 1 | 9 | En. Abdul Rahman Bin Md Zin - Guru |
3 | En. Hamzah Bin Mohd Taib - GPK HEM | 10 | Pn. Jariah Bte Alimun - Guru |
4 | En. Sarip Bin Jumaat - GPK KOKU | 11 | Cik Teh Teck Yong - Guru |
5 | Pn. Goh Lian Eng - Guru | 12 | Pn. Rabayah Bte Tahir - Guru |
6 | Tn. Hj. Nor Azman Bin Sharif - Guru | 13 | En. Norshah Bin Bujang - Pembantu Tadbir |
7 | En. Mazlan Bin Harun - Guru | 14 | En. Yusof B Md Yasin - Pekerja Rendah Am |
Sejarah Perkhidmatan Pentadbir-Pentadbir Sekolah Menengah Kebangsaan Nyalas
Pengetua SMK Nyalas GPK Pentadbiran SMK Nyalas
GPK Hal Ehwal Murid GPK Kokurikulum
GKMP Teknik dan Vokasional GKMP Sains dan Matematik
NAMA | TAHUN | NAMA | TAHUN | |
Pn. Sh. Noreha bte Sy. Ismail | 2008 – | Pn. Sabariah Bt. Ali | 2008 – |
GKMP Bahasa GKMP Kemanusiaan
NAMA | TAHUN | NAMA | TAHUN | |
Pn. Radhamani a/p Krishnan | 2008 – | En. Rahmat B. Md Nor | 2008 – 2011 | |
Pn. Mariah Bte Meser | 2011 – |
Pencapaian
[sunting | sunting sumber]Alamat
[sunting | sunting sumber]- Sekolah Menengah Kebangsaan Nyalas
- Jalan Melangkan, Nyalas
- 77100, Asahan
- Melaka, Malaysia
- Telefon = 6065228001
- Fax = 6065228990