Sekolah Menengah Kebangsaan Gajah Berang
Sekolah Menengah Kebangsaan GYAT BESAR | |
---|---|
![]() | |
Lokasi | |
Jalan Gajah Berang, 75200, Melaka, Melaka Bandar Bersejarah![]() | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Moto | Labor Omnia Vincit |
Ditubuhkan | 1956 |
Nombor sekolah | 06-2831476 |
Kod sekolah | MEB2091[1] |
Pengerusi PIBG | Dato' Ng Teng Yau |
Pengetua | Encik Kamis bin Aman |
GPK Pentadbiran dan Akademik | En. Mohammad Seri bin Abu Bakar |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Encik Lau Siong Du |
Penolong Kanan Kokurikulum | Encik Omar bin Minhad |
Faks | 06-2828691 |
Sekolah Menengah Kebangsaan Gyat Besar merupakan sebuah sekolah menengah kebangsaan kerajaan yang terletak dalam daerah Melaka Tengah, Melaka. Kedudukannya terletak kira-kira 1.5 km dari pusat Bandar Melaka. Pada awal penubuhannya, sekolah ini dikenali sebagai Gyat Besar Secondary Modern School dan kemudian ditukarkan kepada Gyat Besar Secondary English School (GBSES). Pemberian nama sekolah dikaitkan dengan nama jalan yang berhadapan dengan sekolah iaitu Jalan Gajah Berang yang menghubungkan Jalan Tengkera di barat dan Jalan Hang Tuah, Bachang di timurnya serta bersebelahan dengan perkampungan Chetti.
Dalam usia yang mencecah lebih daripada separuh abad, SMK Gajah Berang telah memperoleh kecemerlangan dan kegemilangan sama ada dalam bidang kurikulum atau kokurikulum. Selain itu, SMK Gajah Berang telah berjaya melahirkan generasi pelajar yang berilmu, bermoral dan berdaya saing. Kejayaan pelajar-pelajar SMK Gajah Berang telah mendapat pengiktirafan bukan sahaja di peringkat nasional malah di peringkat antarabangsa khususnya dalam bidang kokurikulum.
Sejarah Sekolah
[sunting | sunting sumber]Era Pascamerdeka (1956 -1957)
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 1956 setahun sebelum Tanah Melayu mendapat kemerdekaan, kerajaan British menubuhkan sekolah ini. Lokasi yang dipilih terletak di atas sebuah tapak yang bertanah rendah dan berpaya seluas 7.5 ekar. Terdapat hanya sebatang jalan kecil sepanjang 50 meter ke Jalan Gajah Berang sebagai jalan penghubung ke sekolah.
Pada awalnya, sekolah ini terdiri daripada sebuah blok bangunan batu 2 tingkat yang mengandungi 6 buah bilik darjah, bengkel-bengkel dan sebuah tandas. Sebuah bilik darjah dijadikan bilik guru. Terdapat juga sebuah binaan sementara yang beratap rumbia, tempat untuk menjual makanan. Walaupun bengkel-bengkel telah siap dibina, namun ia tidak dapat digunakan kerana pemasangan mesin-mesin belum lagi dilakukan.
Sesi persekolahan bermula pada 9 Januari 1956. Bilangan pelajar ketika itu seramai 157 orang yang terdiri daripada pelajar lelaki sahaja. Bilangan tenaga pengajar pula seramai 6 orang. Pengetua pertama sekolah ini ialah En. Tan Gim Ann. Beliau menerajui dan memimpin sekolah sehingga tahun 1958 dengan bantuan 5 orang guru perintis yang lain iaitu Messrs. M.C. Kailasapathy, En. M.C. Oomen, En. Tan Teng Ghee, En. A.M. Narayanan dan En. Yoong Cheong Pin.
Pelbagai masalah terpaksa dihadapi oleh pengetua dan para guru seperti bilangan bilik darjah yang terhad dan ketiadaan kemudahan padang permainan. Para pelajar hanya dapat menjalankan aktiviti permainan ping pong dan catur sahaja. Mereka dibahagikan kepada 4 buah rumah sukan iaitu Peng Soon, Dhyan Chand, Owens dan Hutton. Rumah-rumah sukan tersebut diberi nama sempena tokoh-tokoh sukan yang terkemuka. Kerana sekolah ini tidak mempunyai makmal sains, guru-guru sains terpaksa meminjam dan menggunakan sepenuhnya makmal sains Sekolah Tinggi Melaka pada hari Selasa dan Khamis. En. Tan Gim Ann juga terpaksa membuat kerja-kerja perkeranian selama setahun tujuh bulan di samping menjalankan urusan pentadbiran sekolah sebelum ketibaan kerani.
Kedatangan tahun 1957 membawa kepada peningkatan dalam jumlah keseluruhan pelajar iaitu seramai 226 orang. Kemasukan 75 orang pelajar baru Tingkatan 1 menyebabkan sekolah terpaksa bergelut dengan masalah kekurangan bilik darjah. Bilik darjah yang sedia ada tidak mencukupi untuk menampung keseluruhan pelajar. Untuk mengatasi keadaan ini, bilik guru, bilik bacaan dan bengkel logam terpaksa diubah suai menjadi bilik darjah.Para guru terpaksa menggunakan ruangan koridor sebagai tempat melakukan kerja-kerja di luar bilik darjah. Bilik pengetua pula telah dibahagi dua untuk menyediakan ruangan bagi Bilik Bacaan atau Kelas Bahasa Melayu. Pada akhir tahun, cogan kata sekolah ini telah dicipta dengan mengambil kata-kata Latin iaitu "Labor Omnia Vincit" yang bermaksud "Usaha Mengatasi Segala-galanya".
Dekad Pertama (1958 - 1968)
[sunting | sunting sumber]Dalam sepuluh tahun pertama selepas era pasca merdeka, sekolah ini banyak mengalami transformasi dari segi pembangunan fizikalnya. Kerja-kerja pembinaan dan penambahan 3 blok baru bangunan sekolah dan padang giat dijalankan. Kesibukan dan bunyi bising dari kerja-kerja di tapak pembinaan tidak menghalang sesi persekolahan 1958 daripada diteruskan. Seramai 231 orang pelajar lelaki baru memasuki Tingkatan Satu dan Peralihan. 4 buah kelas tingkatan 1 dan 2 buah kelas peralihan terpaksa ditukarkan ke sesi petang kerana masalah kekurangan bilik darjah. Masalah ini hanya dapat diatasi selepas kerja-kerja pembinaan siap sepenuhnya pada penghujung bulan Mac.
Tahun 1958 mengungkap beberapa peristiwa penting yang julung-julung kalinya berlaku di sekolah ini. Pada 3 April, sekolah ini menerima penghormatan yang tinggi apabila Ketua Pegawai Pelajaran Melaka, Dr F.J.A Rawcliffe membuat kunjungan rasmi kali pertama. Di samping itu, sekolah ini diserikan dengan kehadiran sekumpulan pertama pelajar perempuan Tingkatan 1 dan Peralihan seramai 106 orang pada bulan Mei. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) juga telah diasaskan bagi menjalinkan kerjasama rapat antara ibu bapa dan guru. Pengerusi pertamanya ialah Ahli Parlimen Melaka, Datuk Tambychik bin Karim. Seterusnya, kumpulan pertama pelajar tingkatan 3 telah menduduki Peperiksaan LCE dan keputusannya ialah 62%. Sebuah majalah sekolah yang pertama, The Torch telah berjaya diterbitkan pada tahun ini. The Torch melambangkan obor yang menyinari setiap pelajar yang menyertai sekolah ini. Padang sekolah SMK Gajah Berang telah siap pada penghujung bulan Disember selepas dua tahun ketiadaan padang. Sebelum ini, warga SMK Gajah Berang terpaksa menggunakan padang Sekolah Inggeris Tengkera dan Sekolah Anglo-Chinese untuk latihan sukan dan pertandingan.
Selepas persaraan En. Tan Gim Ann, En. Tan Boon Lin dilantik sebagai pengetua baru pada tahun 1959. Tahun ini merupakan tahun yang bersejarah kerana upacara perasmian sekolah ini telah disempurnakan oleh mendiang Tun Tan Cheng Lock pada 16 Mei 1959. Kemuncak upacara tersebut ialah pembukaan tirai plak perasmian oleh Tun Tan Cheng Lock. Plak tersebut telah ditempah khas untuk mengabadikan detik bersejarah tersebut.
Yang Dipertua Negeri Melaka yang kedua, Tuan Yang Terutama Tun Hj. Abdul Malek bin Yusof telah mengadakan lawatan rasmi beliau yang pertama ke sekolah ini pada 18 Mei 1960. Beliau telah diiringi oleh Ketua Menteri Melaka, Yang Amat Berhormat Encik Abdul Ghafar Baba, Ketua Pegawai Pelajaran Negeri Melaka dan beberapa orang pegawai penting kerajaan yang lain. Surat penghargaan telah diberikan kepada sekolah dan para pelajar. Pada 12 November pula, Hari Ucapan julung-julung kalinya diadakan. Ketua Menteri Melaka, YAB Encik Abdul Ghafar Baba telah sudi memenuhi jemputan sebagai tetamu kehormat untuk menyampaikan hadiah kepada para pelajar yang berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.
Pada tahun 1962, En. Khoo Heng Hock menjadi Pengetua ke-3 yang menggantikan tempat En. Tan Boon Lin. Di bawah pentadbiran beliau, beberapa perubahan telah dibuat. Antaranya termasuklah menukarkan nama-nama rumah sukan kepada nama tokoh-tokoh yang berjasa kepada sekolah dan Negeri Melaka iaitu Ee Yew Lin, Tan Cheng Lock, Tan Gim Ann, Hang Tuah dan Leong Yew Koh. Gelanggang tenis dan gelanggang bola keranjang juga telah dibina di bawah pimpinan beliau. Pengetua ke-5, En. Kok Swee Hong pula menumpukan usahanya dalam meningkatkan prestasi peperiksaan sekolah dan menambahkan lagi bangunan baru bagi menampung pertambahan bilangan pelajar setiap tahun.
Era Pembangunan (1969 - 2000)
[sunting | sunting sumber]Dari tahun 1969 hingga tahun 2000, sekolah ini berada di bawah pentadbiran 7 orang pengetua. Pelbagai usaha dan sumbangan telah dilakukan untuk membangunkan prasarana sekolah dan meningkatkan prestasi akademik serta kokurikulum para pelajar. Antaranya, pada tahun 1971, pengetua sekolah, Encik Tai Yen Chuan (1965-1975) telah memulakan kelas bagi Tingkatan 6 Aliran Sains. Pelajar-pelajar lepasan Tingkatan 5 yang berjaya dalam aliran sains dari sekolah ini dapat melanjutkan pengajian ke Tingkatan 6. Wang sewa sebanyak RM40,000.00 dikeluarkan untuk melengkapkan makmal sains, menambah buku-buku teks dan rujukan Tingkatan Enam di perpustakaan serta menampung perbelanjaan lain. Pasukan ragbi sekolah berjaya menjadi johan di peringkat kebangsaan.Pada tahun 1975, bangunan baharu yang terdiri daripada bengkel elektrik, kaji sawat, bilik makmal dan kelas Tingkatan 1 siap dibina di bahagian belakang kawasan sekolah yang berhampiran dengan padang.
Bagi membantu murid-murid SMK Gajah Berang yang menghadapi masalah kewangan, pengetua sekolah yang ke-7, Encik Seow Kim Swee (1976-1979) telah mengambil inisiatif menubuhkan "Tabung Murid-murid Miskin". Pada tahun 1979, berkat tunjuk ajar para guru dan kegigihan pelajar-pelajar Tingkatan 6, SMK Gajah Berang berjaya mencapai keputusan tertinggi di seluruh Malaysia dalam Peperiksaan HSC (aliran Sains) dengan keputusan 71.4%.
Di bawah kepimpinan pengetua yang ke-8, Encik Goh Kwee Meng, taraf sekolah ini dinaiktarafkan kepada gred "A" kerana mempunyai kelas Peralihan hingga kelas Tingkatan 6 dan mempunyai jumlah pelajar yang melebihi 1200 orang.
Beberapa penambahbaikan telah dilaksanakan oleh Encik A. Kalimutu, pengetua yang ke-9 semasa pentadbirannya seperti melengkapkan kemudahan-kemudahan bersukan, menggalakkan aktiviti bersukan pada waktu petang. Beliau juga melengkapkan kemudahan di perpustakaan dan mengadakan bilik rujukan untuk pelajar. Pada tahun 1982, beliau memperkenalkan tali leher sekolah untuk dipakai oleh semua murid dan guru sekolah. Ia merupakan satu langkah ke arah pembentukan dan mengekalkan suatu "identiti" sekolah ini serta menyemai semangat cintakan sekolah. Sistem merit dan demerit turut diperkenalkan bagi mempertingkatkan disiplin pelajar. Kutipan dana telah diusahakan oleh para pelajar untuk mendirikan jalan susur bagi menghubungkan bangunan-bangunan sekolah. Pada tahun 1986, "Skim Sarapan Untuk Murid-Murid Miskin" diperkenalkan untuk memberikan makanan dan minuman pagi kepada mereka yang memerlukannya. Skim ini dijalankan dengan wang bantuan daripada tabung murid-murid miskin SMGB. Pada tahun 1989, sekolah ini telah mula menerima pelajar perempuan di kelas Peralihan, Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat. Penerimaan ini merupakan percubaan yang besar dalam sejarah sekolah ini. Pada 21 September 1989, Pusat Sumber sekolah ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Mohd. Hj. Kamarudin, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia. Pada tahun 1992, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka telah mencalonkan sekolah ini sebagai Sekolah Harapan.
Ketika Encik Kassim bin Abbas menjadi pengetua, dua buah kedai koperasi telah diwujudkan. Selain itu, dataran taman, air pancut, kolam ikan, parkir kereta guru telah dibina untuk menambah keceriaan sekolah Bilik media turut dilengkapkan untuk kemudahan pelajar. Sekolah ini turut menyertai pertandingan drama TV3 peringkat kebangsaan dan telah memenangi tempat ke-3.
Usaha-usaha menambahbaik kemudahan sekolah diteruskan oleh pengetua yang ke-11 iaitu Encik Cheng Sheng Hua. Beliau menambah 5 buah komputer di bilik komputer, menyediakan pendingin hawa di perpustakaan dan bilik guru.
Pada tahun 1997, Tuan Haji Yaamah bin Mohd. Dris selaku pengetua yang ke 12 telah melengkapkan kemudahan internet di sekolah dan menambah bangunan sekolah yang baharu untuk mengatasi masalah kekurangan bilik darjah. Beliau juga telah mewujudkan Homepage Pengakap dan Homepage SMK Gajah Berang.
Bersama Milenium Menuai Kecemerlangan (2001 - 2010)
[sunting | sunting sumber]Dalam jangka masa 10 tahun selepas alaf baru, di bawah kepimpinan Encik Abu Hassan bin Ja'alam, dan Puan Hajah Umaizahrah Binti Alwi, SMK Gajah Berang mengorak langkah maju ke hadapan dan mencipta pentasnya yang tersendiri dalam arena pendidikan sama ada dalam bidang akademik mahupun kokurikulum. Pada tahun 2008, seramai 48 orang calon telah mendapat 8A dalam semua mata pelajaran dalam Peperiksaan Menengah Rendah. Keputusan ini adalah keputusan yang terbaik berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya. Bagi Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2008, SMK Gajah Berang juga mendapat keputusan yang memberangsangkan. Seorang calon mendapat 13A, 15 calon mendapat 12A, 15 calon mendapat 11A, 12 calon mendapt 10A dan 9 calon mendapat 9A. Bagi Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia pula, 2 calon cemerlang mendapat 5A, 6 calon mendapat 4A dan 9 calon mendapat 3A.
Dalam kokurikulum pelbagai pencapaian turut diperoleh pada tahun 2009. Antaranya, Pasukan St John Sekolah telah menjadi johan keseluruhan Pertandingan Pertolngan Cemas Dan Kawad kaki di peringkat kebangsaan. Persatuan Pandu Puteri berjaya menjadi johan peringkat negeri dalam Pertandingan Pengucapan Awam dan Pertandingan Senamrobik Anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri.Persatuan Bahasa Melayu turut menjadi johan peringkat zon dalam pertandingan Bahas Ala Parlimen.Persatuan Sains Dan Matematik telah memenangi pingat emas dalam International Competition Assessment for School Anjuran New South Wales University.
Pada 27 April 2009, Sambutan Jubli Emas telah diadakan bagi menyambut Ulangtahun ke-50 sekolah ini. Pengetua sekolah ketika itu ialah Puan Hajah Umaizahrah Binti Alwi. Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti Majlis Makan Malam Jubli Emas Yang ke-50, cetakan buku Kenangan Jubli Emas, Hari Kokurikulum, penjualan cenderahati Jubli Emas ke-50 dan pertandingan rekabentuk logo Jubli Emas ke-50.
Puan Hajah Umaizahrah Binti Alwi telah mencetuskan idea penubuhan Bilik Warisan SMK Gajah Berang dengan bermatlamatkan pemeliharaan warisan budaya sekolah bagi menjana kecemerlangan Institusi Pendidikan SMK Gajah Berang yang unggul. Dengan anggaran kos sebanyak RM25,000, Bilik Warisan telah berjaya diwujudkan hasil kerjasama ahli Panitia Sejarah, guru-guru cemerlang dan staf sokongan pada tahun 2009.
Era kecemerlangan (2011 - 2022)
[sunting | sunting sumber]Tahun 2011 hingga 2017 menyaksikan kemantapan pentadbiran SMK Gajah Berang di bawah dua orang pengetua iaitu Puan Hajah Umaizahrah Binti Alwi dan Encik Roszelan Bin Majid sehingga membawa kejayaan demi kejayaan bagi SMK Gajah Berang dalam akademik dan kokurikulum. SMK Gajah Berang juga mengalami transformasi dan perkembangan fizikal bagi memenuhi impian menjadikan sekolah sebagai 'The Better School' untuk para pelajarnya. SMK Gajah Berang turut mendapat kerjasama daripada Persatuan Ibu Bapa Dan Guru yang tidak pernah berhenti memberi sumbangan bagi kepentingan sekolah dan para pelajar.
Beberapa sumbangan daripada Persatuan Ibu Bapa Dan Guru adalah membina Dataran Nilam telah dibina antara Blok Pusat Sumber dan Makmal Komputer bagi kemudahan pelajar dan guru untuk mengakses internet secara wireless (2011) ,memasang 30 kamera litar tertutup (CCTV) bagi menjaga keselamatan di persekitaran sekolah (2013) dan menyediakan 7 buah SMART TV bagi pemasangan di Makmal Sains dan Bengkel Kemahiran Hidup (2017)
Pada tahun 2015, sekolah ini mendapat peruntukan daripada kerajaan untuk menukar sepenuhnya genting bumbung bangunan pentadbiran dan menaik taraf siling bangunan. Pengurusan sekolah juga telah mewujudkan bilik khas untuk pengurusan disiplin, bilik untuk Bimbingan dan Kaunseling juga bilik gerakan di bahagian atas blok pentadbiran.
Bermula tahun 2016, sekolah ini terpilih untuk melaksanakan Program Dual Language Program (DLP) iaitu program pengajaran subjek Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris bermula dari tingkatan 1 untuk semua murid.
Pada tahun 2017, Sekolah Menengah Kebangsaan Gajah Berang mempunyai seramai 762 orang pelajar lelaki dan 599 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1361 orang. Ia mempunyai seramai 112 orang guru yang terdiri daripada 25 orang guru lelaki dan 87 orang guru perempuan. Sekolah ini mempunyai sebanyak 52 buah kelas dari tingkatan 1 hingga tingkatan 6 atas. Terdapat 8 buah kelas untuk setiap untuk arus Perdana dari tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. GBS juga mempunyai 12 kelas PRA Universiti aliran sains untuk rendah dan atas.
Lencana Sekolah
[sunting | sunting sumber]![](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/ms/thumb/8/89/Lencana_Sekolah_Menengah_Kebangsaan_Gajah_Berang.jpg/300px-Lencana_Sekolah_Menengah_Kebangsaan_Gajah_Berang.jpg)
Warna Maroon
Keberanian, dinamik, futuristik
Warna Putih
Kesucian dalam fikiran dan perbuatan. Kesopanan dan kesusilaan
Warna Kuning
Kesetiaan kepada sekolah, negeri, raja dan negara
Gading Gajah
- Simbolik kepada tangan murid-murid menimba ilmu pengetahuan kepada masyarakat.
- Murid-murid yang progresif dalam keharmonian zaman sains dan teknologi moden.
Labor Omnia Vincit
Cogan kata atau moto sekolah SMK Gajah Berang ini telah dicipta pada tahun 1957 bagi membentuk identitinya yang tersendiri. Perkataan-perkataan ini berasal daripada bahasa Latin yang bermaksud Usaha Mengatasi Segala-galanya ( Works Conquers All ).
Lagu Sekolah
[sunting | sunting sumber]Pencipta lagu: Mah Khye Cheng/Raid
SMK GAJAH BERANG
Sekolah Menengah Gajah Berang
Kaulah yang kami cinta
Berkorban untuk kami
Bertaat Setia
Mengharumkan nama anda
Kami pelajar sekolah ini
Berikrar maju jaya
Berbakti
Berpadu
Untuk kita semua
Negara makmur kaya
Gagah
Berani
Berdisiplin
Bertekun
Menghadapi cabaran
Maju dalam sukan dan pelajaran
Bakal pemimpin depan.
Pengetua
[sunting | sunting sumber]Berikut merupakan senarai pengetua SMK Gajah Berang:
Bil | Nama Pengetua | Tahun berkhidmat |
---|---|---|
1 | Encik Tan Gim Ann | 1956 - 1958 |
2 | Encik Tan Boon Lin | 1959 - 1961 |
3 | Encik Khoo Heng Hock | 1962 - 1963 |
4 | Encik Chan Yit Tat | 1963 - 1964 |
5 | Encik Kok Swee Hong | 1964 - 1965 |
6 | Encik Tai Yen Chuan | 1965 - 1975 |
7 | Encik Seow Kim Swee | 1976 - 1979 |
8 | Encik Goh Kee Meng | 1980 - 1981 |
9 | Encik A.Kalimuthu | 1981 - 1993 |
10 | Encik Kassim Bin Abas | 1993 - 1994 |
11 | Encik Chen Sheng Hua | 1995 - 1997 |
12 | Tuan Haji Yaamah Md Dris | 1997 - 2000 |
13 | Tuan Haji Abu Hasan Bin Hj Ja'alam | 2001 - 2007 |
14 | Puan Hajah Umaizahrah Binti Alwi | 2007 - 2014 |
15 | Encik Roszelan Bin Majid | 2014 - 2019 |
16 | Tuan Haji Mohd Nizam Bin Abdullah | 2019 - 2022 |
17 | KAMIS BIN AMAN | 2022-kini |
Barisan Pentadbir
[sunting | sunting sumber]Nadi utama kejayaan dan kecemerlangan SMK Gajah Berang terletak pada kewibawaan Tuan Pengetua iaitu Tuan Haji Mohd Nizam Bin Abdullah sebagai peneraju sekolah dan gandingan mantap jentera pentadbiran dan barisan guru yang berkaliber dan komited.
Berikut ialah Barisan Pentadbir SMK Gajah Berang pada tahun 2018:
Jawatan | Nama Pentadbir |
---|---|
Pengetua | Tuan Haji Mohd Nizam Bin Abdullah |
Penolong Kanan 1 | Encik Kamis Bin Aman |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Encik Lau Siong Du |
Penolong Kanan Kokurikulum | Encik Omar Bin Minhad |
Penolong Kanan Tingkatan 6 | Encik Chu Yuan Lye |
GKMP Teknik & Vokasional | Puan Koh Li Luan |
GKMP Sains & Matematik | Puan Teng Yiew Lay |
GKMP Kemanusiaan | Puan Norhayati Binti Parlan |
GKMP Bahasa | Puan Norashikin Binti Osman |
Prasarana Sekolah
[sunting | sunting sumber]Dalam mencapat matlamat utama bagi mendidik dan melahirkan murid-murid yang berpengetahuan dan berpotensi, Sekolah Menengah Kebangsaan Gajah Berang berusaha menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif , kemudahan fizikal dan prasarana yang mencukupi. Sekolah ini mempunyai 8 blok bangunan dua tingkat, 3 blok bangunan satu tingkat dan sebuah dewan utama. Sekolah ini juga mempunyai 54 bilik darjah, 7 buah Makmal Sains, 5 buah Bengkel Kemahiran Hidup, 1 bilik Pendidikan Seni, 1 Pusat Sumber, 1 Bilik Kaunseling, 1 Bilik Warisan, 1 surau, 1 Bilik Koperasi, 1 pasang bola sepak, 1 gelanggang badminton, 1 gelanggang tenis, 1 bilik jahitan, 1 bilik masakan, 2 bilik guru, 1 kantin, 6 pondok bacaan dan 9 tandas.
Antara prasarana yang terdapat di SMK Gajah Berang ialah:
Bilik Warisan
[sunting | sunting sumber]Sejarah penubuhan Bilik Warisan
[sunting | sunting sumber]Idea penubuhan Bilik Warisan SMK Gajah Berang dicetuskan oleh Pengetua sekolah yang ke-14 iaitu Pn Hajah Umaizahrah Bt Alwi. Usaha murni beliau adalah bermatlamatkan pemeliharaan warisan budaya sekolah bagi menjana kecemerlangan Institusi Pendidikan SMK Gajah Berang yang unggul. Justeru, beliau telah memperkenalkan Blok Warisan Budaya Sekolah yang meliputi sudut, galeri dan Bilik Warisan. Bilik ini telah dibina di blok utama pengurusan dan diuruskan bersama oleh ahli Panitia Sejarah, guru-guru cemerlang dan staf sokongan yang telah bertungkus lumus menjadikan cetusan idea puan pengetua satu kenyataan. Kos pembinaan bilik ini dianggarkan sebanyak RM 25,000.
Secara keseluruhan, konsep Bilik warisan adalah mengikut tema-tema tertentu yang dapat menggambarkan sejarah dan perkembangan SMK Gajah Berang bermula dari tahun 1956 hingga masa kini. Pelbagai teknik pameran diguna pakai seperti diorama yang memaparkan peristiwa penting sekolah, artifak-artifak seperti lukisan-lukisan, bahan-bahan bergambar, peralatan sains, kemahiran hidup dan permainan.
Objektif Bilik Warisan
[sunting | sunting sumber]- Sebagai tempat mengumpul, menyimpan dan mempamerkan bahan-bahan sejarah SMK Gajah Berang.
- Sebagai pusat kajian dan penyelidikan sejarah.
- Sebagai pusat informasi tentang sejarah SMK Gajah Berang.
- Sebagai satu usaha penerapan dan penghayatan nilai patriotisme dan jati diri warga SMK Gajah Berang.
- Sebagai produk pelancongan berunsurkan pendidikan yang boleh dimanfaatkan oleh pelbagai pihak khususnya murid dan penyelidik.
Galeri Warisan
[sunting | sunting sumber]Antara artifak yang terdapat di Bilik Warisan SMK Gajah Berang ialah:
Artifak | Info | Pautan video |
---|---|---|
|
Video | |
|
Video | |
|
Video | |
|
Video | |
|
Video | |
|
Video | |
|
Video |
Kurikulum
[sunting | sunting sumber]Bidang kurikulum yang menjadi teras perkhidmatan di sekolah sentiasa mengadakan pelbagai aktiviti sepanjang tahun untuk memastikan murid mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan PT3, SPM dan STPM. Semua aktiviti panitia mata pelajaran dirancang dengan baik menggunakan peruntukan PCG mata pelajaran untuk manfaat murid SMK Gajah Berang. Penolong Kanan Kurikulum dan Guru Kanan Mata Pelajaran sentiasa menyediakan program-program inovatif dan terancang setiap tahun bagi peningkatan prestasi akademik sekolah dan pelajar. Penekanan dan pemantauan sering dilakukan agar program-program tersebut dilaksanakan dengan baik dan berkesan di bawah guru panitia masing masing.[1]
Jawatankuasa Unit Kurikulum
[sunting | sunting sumber]Bidang Kemanusiaan | Bidang Teknik dan Vokasional | Bidang Sains dan Matematik | Bidang Bahasa |
---|---|---|---|
Sejarah | Reka Bentuk & Teknologi | Sains | Bahasa Melayu |
Geografi | Kemahiran Hidup | Fizik | Bahasa Inggeris |
Pendidikan Islam | Ekonomi/Ekonomi Asas | Biologi | Bahasa Cina |
Pendidikan Moral | Prinsip Perakaunan/Prinsip Akaun | Kimia | Bahasa Tamil |
Pendidikan Seni Visual | Perniagaan/Perdagangan | Matematik | |
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan | Asas Sains Komputer | Matematik Tambahan | |
Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan |
Program-Program Tahun 2017
[sunting | sunting sumber]- Program Jom Membaca.
- Bengkel Penulisan Bahasa Melayu PT3.
- Bengkel Teknik Menjawab Kemahiran Hidup PT3.
- Ceramah Teknik menjawab Sejarah.
- Ceramah Teknik Menjawab Prinsip Akaun.
- Program Intensif Sukses (PIS) 2017
- Program Intan 2017.
- Golden Holiday (Go For A)
- Program Titian Gemilang.
- Program Hidayah.
- Program Jejak SPM.
- Program 3P - Pengayaan, Pengukuhan dan Pemulihan.
- Bulan Bahasa.
- Bulan Matematik Dan Sains.
- English Day.
- Hari bersama Pelanggan.
- Anugerah Kecemerlangan.
- Program Nilam.
- Program ICC.
- Ladap Digital Classroom Science.
Program-Program Tahun 2019
- Bengkel Pendidikan Seni
- Pertandingan Persahabatan Bola Keranjang antara SMK Gajah Berang dan SM Pay Fong
- Program Pasca PT3: Lawatan ke KLESF
- Program Hari Kesedaran Kerjaya
- Program Titian Gemilang
- Program Intan 2019
- Hari Bersama Pelanggan
- Bulan Sains dan Matematik
Galeri Kurikulum
[sunting | sunting sumber]-
Program Membaca 10 min
-
Pelancaran Nilam
-
Teknik Menjawab Pengajian Am
-
English Day Presentation
-
Pertandingan Memasak Sempena Bulan Teknik & Vokasional
-
Taklimat Pentaksiran Tingkatan 3
-
Ceramah Sejarah SPM
Pencapaian Kurikulum
[sunting | sunting sumber]KEPUTUSAN STPM 2016
- JUMLAH CALON : 92 ORANG
- BILANGAN LULUS SEKURANG-KURANGNYA 1P : 92 orang
- BILANGAN MENDAPAT 5P DAN 4P : 77.17 %
- PERATUS LULUS : 100 %
Bil | Nama Calon | Keputusan PNGK |
---|---|---|
1 | EDMUND CHUA MING WAI | 4.00 |
2 | POH JIN EN | 4.00 |
3 | LOO CHGE YIN | 3.75 |
4 | CHONG PEI JUIN | 3.67 |
5 | ONG WEN LE | 3.67 |
6 | NG LI TIAN | 3.67 |
7 | TOH CHEN LONG | 3.59 |
8 | DYLAN SALIM | 3.59 |
9 | LIM XIANG YUN | 3.59 |
10 | MAH CHEW YING | 3.59 |
11 | LOW PHAK HO | 3.58 |
12 | CHUA ZHUO SENG | 3.58 |
13 | LOO QIAO QIAN | 3.58 |
14 | TAY GUI XIN | 3.50 |
15 | VALERIE TAY SIEW LING | 3.50 |
16 | WONG WEE KIT | 3.50 |
KEPUTUSAN SPM 2016
- JUMLAH CALON : 231 ORANG
- BILANGAN MENDAPAT SEMUA A+ : 2 CALON
- BILANGAN MENDAPAT SEMUA A : 23 CALON
- PERATUS SEMUA A : 10.82
Bil | Nama Calon | Bilangan A | Catatan |
---|---|---|---|
1 | TAN YOKE TENG | 11A+ | Mendapat Semua A+ |
2 | TAN HONG ANN | 9A+ | |
3 | CHERYL HONG | 6A+, 4A, 1A- | Mendapat 11A |
4 | CHUA WEI JING | 5A+, 6A | |
5 | CHWA XIANG NING | 6A+, 3A, 2A- | |
6 | GAN WEI LING | 7A+, 3A, 1A- | |
7 | HAY JIE MIN, JASMINE | 2A+, 6A, 3A- | |
8 | KOK SHIONG HUEY | 7A+, 3A, 1A- | |
9 | LIM PING AN | 6A+, 4A, 1A- | |
10 | LIM SHI QI | 6A+, 5A | |
11 | LOW HUAN SIEN | 7A+, 4A | |
12 | MAO JIT SWEN | 3A+, 5A, 3A- | |
13 | NG HUI CHIN | 9A+, 2A | |
14 | ONG HENG YON | 6A+, 4A, 1A- | |
15 | TEO BOON KHANG | 8A+, 2A, 1A- | |
16 | THEN DAO QING | 8A+, 2A, 1A- | |
17 | ANDREW PANG | 9A+, 1A | Mendapat 10A |
18 | LEE MING ZE | 6A+, 4A | |
19 | YONG JIE YING | 4A+, 4A, 2A- | |
20 | LAI WEI HONG | 6A+, 3A | Mendapat 9A |
21 | LIEW YOU HONG | 5A+, 4A | |
22 | TAN JUN AN | 4A+, 5A | |
23 | TAN JUN CONG | 5A+, 4A | |
24 | JOANNE LEE WEI MIN | 4A+, 1A, 4A- | |
25 | TOH PEI WAH | 2A+, 2A, 5A- |
KEPUTUSAN PT3 2016
Bil | Nama Calon | Bilangan A |
---|---|---|
1 | NIKKO LAW | 10A |
2 | ANDY TAN HONG PIN | 9A |
3 | ARASH HADZIM HAIQAL | |
4 | CHIEIU HUI CHIN | |
5 | GRACE LEE XIN CI | |
6 | LIOW XING REN | |
7 | ANNIE TAN JING NI | 8A |
8 | CHEW ZHING YUE | |
9 | CHUA JIE LIN | |
10 | DAVID TAN LI WEI | |
11 | GAN WEI LIANG | |
12 | JONATHAN GOH JUEI REN | |
13 | LOW YI ZHUI | |
14 | NG TING SHENG | |
15 | SHARVIN A/L NADRRAJA | |
16 | TIU JIAN KAI | |
17 | GANESH A/L VELLASAMY | |
18 | RACHEL A/P MANICKAM | |
19 | CAROLYN ANG WEI SAN | 7A |
20 | GE ZI QING | |
21 | GOH KANG YUE | |
22 | LIM SUE WERN | |
23 | LIM ZE LONG | |
24 | MAHBUB SALMAN KHAN | |
25 | TAN CHZE YIN | |
26 | TEE LUAN QI | |
27 | TIEW MING HUI | |
28 | YANG YUAN KANG | |
29 | LIVENT A/L DURAIRAJOO | |
30 | YAP WEN JIEK |
KEPUTUSAN SPM 2017
- JUMLAH CALON: 238 ORANG
- BIL CALON MENDAPAT SEMUA A: 19 ORANG
Bil | Nama Calon | Bilangan A |
---|---|---|
1 | TAN EJIN | 11A |
2 | LAI LI SHA | |
3 | LIEW CUI SING | |
4 | GAN FONG TEE | |
5 | NG ZHE YAU | |
6 | CHAN YIK CHENG | |
7 | TAN CHIA YUAN | 10A |
8 | KHOO CHIA LING | |
9 | ADELE LEE FANNY | |
10 | YANG SZE JUE | |
11 | TAN ZI LIANG | |
12 | WONG E CHERN | |
13 | FU SHIN HUI | |
14 | GAN WEI HENG | |
15 | SEAN EE ZHI HAN | |
16 | LEONG GEOK BIN | |
17 | LEE HUI JOO | |
18 | MOK CHIN HONG | |
19 | YONG WEN SERN | 9A |
KEPUTUSAN SPM 2018
- JUMLAH CALON : 245 ORANG
- BIL CALON MENDAPT SEMUA A: 20 ORANG
Bil | Nama calon | Bilangan A |
---|---|---|
1 | CHIEU HUI CHIN | 11A |
2 | TEE LUAN QI | |
3 | TAN WOON CONG | |
4 | LIM SUE WERN | |
5 | ANDY TAN HONG PIN | 10A |
6 | LIOW XING REN | |
7 | NG SHI CEN | |
8 | GAN WEI LIANG | |
9 | JONATHAN GOH JUEI REN | |
10 | NG TING SHENG | |
11 | GRACE LEE XIN | |
12 | CHONG ZHI YEE | |
13 | TIEW MING HUI | |
14 | GOH KANG YUE | |
15 | GAN YU HONG | |
16 | TEE YAN XUAN | |
17 | DAVID TAN LI WEI | 9A |
18 | YAN MUN KYE | |
19 | GAN WEI CHENG | |
20 | SOH ZEN REN |
Kokurikulum
[sunting | sunting sumber]Kecemerlangan SMK Gajah Berang dalam kokurikulum memang tidak dapat disangkal lagi. Kejayaan demi kejayaaan diraih oleh para pelajar sekolah ini menerusi pertandingan dan kejohanan di peringkat daerah hingga ke arena antarabangsa melalui sukan permainan, badan beruniform, kelab dan persatuan. Nama SMK Gajah Berang tersohor setanding dengan sekolah-sekolah lain di Malaysia khususnya aspek kokurikulum negara.
Unit Kokurikulum
[sunting | sunting sumber]Badan beruniform | Persatuan | Kelab | Permainan |
---|---|---|---|
Pasukan Kadet Bersatu Malaysia | Bahasa Melayu | Koperasi | Bola Sepak |
Kadet Polis | Bahasa Inggeris | Seni Visual | Bola Tampar |
Kadet Remaja Sekolah | Bahasa Cina | Kemahiran Hidup | Bola Keranjang |
Pengakap Remaja | Sains dan Matematik | Muzik | Sofbol |
Taekwando | Sains Kemasyarakatan | Tarian | Olahraga |
Pandu Puteri Remaja | Agama Islam | Kompang | Ping Pong |
Pandu Puteri Renjer | Agama Buddha | Interact/Leo | Badminton |
Bulan Sabit Merah Malaysia | Agama Kristian | Rukun Negara | Sukan Elit |
St John Ambulance | Kebudayaan India | Bimbingan Kaunseling | Gimrama |
Wushu | Pencinta Alam | Kerjaya/PPDA | Lawan Pedang |
Pergerakan Puteri Islam | Pengguna | PRS | Petanque |
Badan Khidmat Sukarela | Fotografi | Catur | |
Pusat Sumber | Scrabble | ||
SPBT | Carrom | ||
Robotik | Bola Jaring | ||
Pencegahan Jenayah | Bola Baling | ||
Gendang Bermusim | Sepak Takraw |
Program-Program Tahun 2018
- Taklimat PAJSK & badan Beruniform Tingkatan Satu.
- Pendaftaran Ahli Kelab Dan Persatuan.
- Pendaftaran Ahli Sukan Dan Permainan.
- Pendaftaran Ahli Badan Beruniform.
- Hari Merentas Desa.
- Kursus Kepimpinan Kokurikulum.
- Perjumpaan Kelab Dan Persatuan.
- Perjumpaan Sukan Dan Permainan.
- Perjumpaan Badan Beruniform.
- Latihan Rumah Sukan.
- Sukantara.
- Acara Saringan Sukan.
- Kejohanan Sukan Tahunan.
- Hari Anugerah Kokurikulum.
- Hari Kokurikulum.
- Gotong Royong Perdana.
Program-Program Tahun 2017 [2]
[sunting | sunting sumber]- Taklimat PAJSK & badan Beruniform Tingkatan Satu.
- Pendaftaran Ahli Kelab Dan Persatuan.
- Pendaftaran Ahli Sukan Dan Permainan.
- Pendaftaran Ahli Badan Beruniform.
- Hari Merentas Desa.
- Kursus Kepimpinan Kokurikulum.
- Perjumpaan Kelab Dan Persatuan.
- Perjumpaan Sukan Dan Permainan.
- Perjumpaan Badan Beruniform.
- Latihan Rumah Sukan.
- Sukantara.
- Acara Saringan Sukan.
- Kejohanan Sukan Tahunan.
- Hari Anugerah Kokurikulum.
- Hari Kokurikulum.
- Gotong Royong Perdana.
Pencapaian Kokurikulum 2016 [3]
[sunting | sunting sumber]Sukan Dan Permainan
[sunting | sunting sumber]Peringkat Daerah |
---|
|
Peringkat Negeri |
|
Peringkat Kebangsaan |
|
Badan Beruniform
[sunting | sunting sumber]Peringkat Daerah |
---|
|
Peringkat Negeri |
|
Peringkat Kebangsaan |
|
Peringkat Antarabangsa |
|
Kelab Dan Persatuan
[sunting | sunting sumber]Peringkat Daerah |
---|
|
Peringkat Negeri |
|
Peringkat Kebangsaan |
|
Peringkat Antarabangsa |
|
Pencapaian Kokurikulum 2017
[sunting | sunting sumber]Sukan Dan Permainan
[sunting | sunting sumber]Peringkat Negeri |
---|
|
Badan Beruniform
[sunting | sunting sumber]Peringkat Negeri |
---|
|
Peringkat Kebangsaan |
|
Peringkat Antarabangsa |
|
Kelab Dan Persatuan
[sunting | sunting sumber]Peringkat Negeri |
---|
|
Peringkat Kebangsaan |
|
Pencapaian Kokurikulum 2018
[sunting | sunting sumber]Sukan Dan Permainan
[sunting | sunting sumber]Peringkat Negeri |
---|
|
Peringkat Kebangsaan |
|
Peringkat Antarabangsa |
|
Badan Beruniform
[sunting | sunting sumber]Peringkat Negeri |
---|
|
Peringkat Kebangsaan |
|
Peringkat Antarabangsa |
|
Kelab Dan Persatuan
[sunting | sunting sumber]Peringkat Negeri |
---|
|
Peringkat Kebangsaan |
|
Galeri Kokurikulum
[sunting | sunting sumber]-
4th Legend International Karate Club Championship 2017
-
Young Innovators Challenge
Hal Ehwal Murid
[sunting | sunting sumber]Hal Ehwal Murid SMK Gajah Berang mempunyai keazaman dan komitmen terhadap prestasi murid khususnya dari aspek akhlak dan sahsiah serta keterampilan mereka. Berlandaskan dasar ini, pengurusan HEM sekolah ini bermatlamat untuk memastikan kebajikan, keselamatan dan disiplin murid pada tahap yang baik hingga dapat memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara. Jatuh bangun sesebuah sekolah juga bergantung kepada pengurusan HEM yang efisien dan berkesan dalam mengawal disiplin murid supaya dapat mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk sesi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan seterusnya menyumbang kepada kecemerlangan akademik sekolah. Pada waktu yang sama, Persatuan Ibu Bapa dan Guru sentiasa memberi bekerjasama dalam menjayakan pelbagai program dan aktiviti yang dirancang bagi merealisasikan matlamat ini.
Program-Program Tahun 2017
[sunting | sunting sumber]- Penyampaian Watikah Exco MPP.
- Pelancaran 'Sayangi Buku SPBT'
- Pelancaran 'Program Guru Penyayang'.
- penyerahan Watikah Ketua Kelas & Pengawas SPBT.
- Pelancaran Bulan 3K.
- Gotong Royong.
- Pameran Pendidikan & Kerjaya.
- Kem Bina Insan.
- Program Orientasi T6 bawah.
- Kem Derma Darah.
- Bulan PPDa.
- Pelancaran Bulan Kemerdekaan.
- Kem Motivasi T6.
- Pelantikan Pengawas Am.
- Ceramah Gangguan seksual.
- Program Tak Nak Ponteng.
- Program Kasturi.
- Program Amal Datang Lewat Ke Sekolah.
- Program RIMUP.
Program-Program Tahun 2018
[sunting | sunting sumber]- Penyampaian Watikah Exco MPP.
- Pelancaran 'Sayangi Buku SPBT'
- Pelancaran 'Program Guru Penyayang'.
- Penyerahan Watikah Pemimpin Sekolah
- Pelancaran Bulan 3K.
- Gotong Royong.
- Pameran Pendidikan & Kerjaya.
- Kem Bina Insan.
- Program Orientasi T6 bawah.
- Kem Derma Darah.
- Bulan PPDa.
- Pelancaran Bulan Kemerdekaan.
- Kem Motivasi T6.
Galeri Hal Ehwal Murid
[sunting | sunting sumber]Sambutan Bulan Kemerdekaan 2017
[sunting | sunting sumber]Telah menjadi tradisi di SMK Gajah Berang, di bawah pengelolaan Bidang Kemanusiaan dengan kerjasama daripada panitia-panitia mata pelajaran di bawahnya seperti Panitia Sejarah, Panitia Geografi, Panitia Pendidikan Seni, Panitia PJK, Pendidikan Islam dan Moral akan merangka program dan aktiviti bulan kemerdekaan pada bulan Ogos sempena menyambut ulangtahun kemerdekaan negara kita Malaysia. Pada tahun ini, bulan kemerdekaan telah berlangsung pada 1 Ogos 2017 hingga 16 September 2017 dengan bertemakan 'Negaraku Sehati Sejiwa' . Majlis penutupan akan diadakan pada 18 September 2017.
MONTAJ BULAN KEMERDEKAAN 2017 |
---|
Matlamat Bulan Kemerdekaan
[sunting | sunting sumber]- Memupuk semangat patriotisme dalam kalangan warga SMK Gajah Berang.
- Meningkatkan kesedaran dan penghayatan warga SMK Gajah Berang tentang sejarah dan perjuang tokoh-tokoh kemerdekaan negara.
- Memupuk minat murid terhadap mata pelajaran sejarah.
- Memperkukuh dan memperkasakan PdP mata pelajaran sejarah.
- Menyemaikan nilai perpaduan di peringkat warga SMK Gajah Berang.
Aktiviti Yang Dijalankan
[sunting | sunting sumber]- Majlis Pelancaran Bulan Kemanusiaan dan Kemerdekaan.
- Majlis Penutupan dan Gimik Bulan Kemanusiaan Dan Kemerdekaan.
- Pertandingan Mewarna dan Mencipta Slogan Bulan Kemerdekaan.
- Pertandingan Kuiz Bulan Kemerdekaan.
- Pertandingan Melukis Banner Bulan Kemerdekaan.
- Nyanyian Lagu-Lagu Patriotik.
- Lawatan Ke Bilik Warisan SMK Gajah Berang.
Galeri Kemerdekaan
[sunting | sunting sumber]-
Bacaan Sajak Dalam Tiga Versi Bahasa
-
Pertandingan Mewarna Dan Mencipta Slogan
-
Pertandingan Membuat Banner
-
Lawatan Ke Bilik Warisan
Rakaman Momen
[sunting | sunting sumber]Rakaman video menunjukkan beberapa aktiviti dan peristiwa yang berlaku di SMK Gajah Berang yang sempat dirakamkan untuk dikongsi bersama:
RAKAMAN VIDEO | ||||
---|---|---|---|---|
link=Special:FilePath/Rakaman_Video_Bengkel_VLE_Frog_RIMUP_Peringkat_Kelompok_2017.webm |
Pengerusi PIBG
[sunting | sunting sumber]Berikut ialah barisan pengerusi PIBG SMK Gajah Berang:
Bil | Nama pengerusi PIBG | Tahun berkhidmat |
---|---|---|
1 | Encik Tamby Chik b. Abdul Karim | 1958 - 1975 |
2 | Encik Ramli b. Mohd Said | 1975 - 1977 |
3 | Encik Pakir Mohd b Abdullah | 1977 - 1983 |
4 | Encik Abdul Aziz b. Abul Hamid | 1983 - 1986 |
5 | Haji Mohamad b. Haji Embong | 1986 - 1987 |
6 | Encik Mahmat b Osman | 1987 - 1989 |
7 | Encik Lee Ching Sen | 1989 - 1993 |
8 | Dato' Ng Peng Hay | 1994 - 1997 |
9 | Encik Syawal b Mat | 1997 - 1998 |
10 | Encik Abu Bakar b. Baharom | 1999 - 2000 |
11 | Dato' Ng Peng Hay | 2001 - 2006 |
12 | Dato' Ngoh Kinh Hua | 2006 - 2010 |
13 | Dato' Ng Teng Yau | 2010 - kini |
Sumbangan PIBG
[sunting | sunting sumber]Sumbangan PIBG |
---|
|
Alumni
[sunting | sunting sumber]Antara bekas pelajar SMK Gajah Berang ialah:
Bil | Tokoh Alumni | Biografi/Latar belakang |
---|---|---|
1 |
| |
2[2] |
| |
3 |
|
Alamat
[sunting | sunting sumber]- Sekolah Menengah Kebangsaan Gajah Berang
- Jalan Gajah Berang
- 75200, Melaka
- Melaka, Malaysia
- Telefon = 06-2831476
- Faks = 06-2828691
- E-mel: MEB2091@gov.edu.my
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Senarai Sekolah Mengikut Kumpulan Jenis Dan Negeri". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-10. Dicapai pada 2018-05-19.
- ^ "Tan Sri Abdul Rahim Bin Mohd. Noor (1994 - 1999)". PDRM. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-09-13. Dicapai pada 14 September 2017. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan)
Rujukan
[sunting | sunting sumber]
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Laman Facebook rasmi Sekolah Menengah Kebangsaan Gajah Berang
- Persatuan Bekas Pelajar-Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Gajah Berang
- Blog Sekolah Menengah Kebangsaan Gajah Berang
- (Inggeris) Sekolah Menengah Kebangsaan Gajah Berang
- Gambar-gambar Sekolah Menengah Kebangsaan Gajah Berang
|}