Sejarah Cyprus
Pulau Cyprus mula diduduki pada Zaman Neolitik.
Era moden
[sunting | sunting sumber]Pada 1878, sebagai hasil Persidangan Cyprus, United Kingdom mengambil alih pemerintahan Cyprus dalam bentuk negeri naungan daripada Empayar Uthmaniyyah. Selepas pembubaran Empayar Uthmaniyyah, Cypus dijadikan sebagai jajahan mahkota pada 1925.
Cyprus, ketika masih merupakan jajahan British, akan diberikan kepada Greece. Tetapi minoriti Turki menolak. Akhirnya persepakatan dicapai dan pada tahun 1959 didirikan negara Cyprus merdeka. Tetapi kedua belah pihak tidak puas hati dan akhirnya pada tahun 1974 sebuah kelompok yang menginginkan persatuan dengan Greece merampas kuasa yang dibalas dengan serangan Turki. Semenjak itu Turki menduduki sepertiga utara pulau.
Pada 1 Mei 2004, Cyprus menjadi anggota Kesatuan Eropah. Tetapi yang diperbolehkan ikut hanya wilayah selatan saja, kecuali kalau wilayah utara juga ingin bersatu. Akhirnya penduduk wilayah utara menekan pemerintah mereka supaya bersatu dengan wilayah selatan. Pada 24 April 2004 wilayah utara (yang dipimpin Raouf Denktash) mengatakan "ya" kepada persatuan. Daerah selatan (yang dipimpin Tassos Papadopoulos) mengatakan "tidak" kepada persatuan. Jadi akhirnya hanya bahagian selatan sahaja yang menjadi anggota Kesatuan Eropah. Pada 1 Januari 2008 pula, Cyprus mula menggunakan Euro sebagai mata wangnya, kecuali wilayah utara menggunakan Lira Turki.