Sejarah Armenia
Armenia telah didiami oleh manusia sejak zaman prasejarah, dan telah diusulkan merupakan tapak warisan dari Taman Firdaus yang tertaktub di Alkitab.
Armenia merupakan daerah empayar yang kaya akan budaya hingga pada akhir abad pertama, dan daerahnya terbentang mulai dari Laut Hitam sehingga Laut Kaspia serta Laut Mediterranean pada zaman pemerintahan Tigranes Agung. Namun tempat strategik Armenia yang terletak di antara dua benua telah menjadi magnet untuk banyak penjajah, termasuk bangsa Assyria, Parsi, Greek, Rom, Byzantine, Mongol, Arab, Turki Uthmaniyyah, dan Mongolia.
Pada tahun 301, Armenia menjadi negara pertama di dunia yang menerima agama Kristian sebagai agama rasmi sesuatu negara, dua belas tahun sebelum Empayar Rom memberikan toleransi rasmi untuk agama Kristian di bawah Galerius, dan 30-40 tahun sebelum Constantine dibaptis. Walaupun ada komuniti-komuniti keagamaan lain sebelum Kristian, pada masa negara ini dijajah komuniti-komuniti ini dialihkan agamanya oleh para penyebar agama Kristian (mubaligh).
Setelah berulangkali dijajah dan dirubah oleh dinasti-dinasti yang berbeza termasuk oleh Parthian (Iran), Rom, Byzantine, Arab, Mongol, dan Parsi – Armenia menjadi lemah. Pada tahun 1500-an Empayar Uthmaniyah dan Safavid Parsi membelah Armenia.
Di tahun 1813 dan 1828, Armenia moden (terdiri dari Erivan dan Karabakh yang masih merupakan daerah kesultanan Parsi) dijadikan salah satu daerah empayar Rusia untuk sementara. Adanya Revolusi Bolshevik di Petrograd memungkinkan Armenia menjadi republik merdeka dalam waktu yang singkat, kemudian menjadi bahagian dari Kesatuan Soviet lagi. Wilayah Armenia yang dikuasai Kesatuan Soviet kemudian digabungkan dengan wilayah Georgia dan Azerbaijan menjadi Republik Sosialis Soviet Transkaukasus pada tahun 1922 dan 1936.
Lalu pada tahun 1936 sampai 1991 Armenia berdiri menjadi wilayah sendiri sebagai RSS Armenia walaupun masih menjadi sebahagian dari Kesatuan Soviet.
Pada masa-masa akhir Empayar Uthmaniyah pada tahun 1915 hingga 1922, sebahagian besar dari penduduk Armenia yang tinggal di Anatolia "hilang". Hal ini kemudian dikenal sebagai pembantaian orang Armenia atau Genosid Armenia, yang diyakini oleh orang-orang Armenia dan sebahagian besar sejarahwan barat sebagai pembunuhan besar-besaran yang didukung/dilakukan oleh pemerintahan suatu negara. Namun pemerintah Turki membantah hal ini dan berkeras bahawa angka kematian yang terjadi adalah akibat dari perang awam dan diperparah dengan penyebaran wabak penyakit dan kelaparan dan korban berjatuhan dari kedua belah pihak. Perkiraan angka jumlah penduduk Armenia yang terbunuh berkisar dari 650,000 hingga 1,500,000 dan kejadian ini diperingati setiap tahun pada 24 April. Rakyat Armenia dan beberapa negara lainnya di dunia telah berkempen selama 30 tahun agar kejadian ini diakui sebagai tindakan genosid yang brutal, namun banyak negara lain memberikan tekanan pada gerakan ini dan tidak ingin mengakui secara sah bahawa pembantaian besar-besaran di Armenia digolongkan sebagai genosid/pembunuhan kaum.
Armenia masih disibukkan oleh konflik berkepanjangan dengan Azerbaijan mengenai Nagorno-Karabakh, enklaf yang sebagian besar didiami oleh rakyat Armenia. Menurut Armenia Nagorno-Karabakh menjadi sebahagian daripada Azerbaijan akibat ulah Stalin yang memasukkan daerah tersebut menjadi bagian dari Soviet Azerbaijan. Konflik ketenteraan antara Armenia dan Azerbaijan dimulai pada tahun 1988, dan peperangan memuncak saat kedua negara merdeka dari Kesatuan Soviet tahun 1991. Pada bulan Mei 1994, saat gencatan senjata, angkatan perang Armenia berhasil mengambil alih tidak saja Nagorno-Karabakh tetapi juga daerah-daerah lainnya yang disengketakan dengan Azerbaijan dan dinyatakan sebagai haknya.
Keadaan ekonomi kedua negara ini dalam keadaan pincang akibat perang yang berkepanjangan dan tidak adanya resolusi damai.