Pergi ke kandungan

Azlee Khairi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Azlee Khairi
Kelahiran
Azlee Khairi bin Zulah Hainee

(1989-01-19) 19 Januari 1989 (umur 35)
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi MARA (UITM)
PekerjaanPelakon, model, pengacara
Tahun aktif2010–kini
Terkenal keranaLove You Mr. Arrogant
PasanganZulah Hainee (k. 2021)
Anak-anak1

Azlee Khairi Zulah Hainee[1] (Jawi: ازلي خيري; lahir 19 Januari 1989) merupakan seorang pelakon dan model lelaki Malaysia. Beliau ialah bekas graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam jurusan filem.[2] Beliau mula meraih populariti menerusi drama Love You Mr. Arrogant sebagai pelakon utama yang digandingkan dengan Zara Zya.

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Azlee merupakan anak kedua daripada enam orang adik-beradik.[3] Beliau pernah menjadi pemain bola sepak untuk pasukan negeri Perak FA.[4]

Pernah muncul dalam iklan Brylcreem.[5] Azlee telah menjadi pengacara untuk sebuah rancangan berbentuk kuiz yang diberi nama Ello!Ello! dan ditayangkan di Astro Ceria.

Banyak program realiti telah menjemput beliau, antaranya adalah Ada Bran!: Lebih Ekstrem yang ditayangkan TV9 pada tahun 2013; Woot! Woot! Episod 2 dimana beliau berpasangan dengan Angah Raja Lawak yang ditayangkan TV3 pada tahun 2013; Remaja Ekstrem Episod 9 ditayangkan pada tahun 2013; ResQ yang ditayangkan TV3 pada 8 Februari 2014 dan Yabedabedu juga ditayangkan pada 8 Februari 2014 oleh TV9. Azlee juga menjadi pengacara rancangan Shop In Love di TV2.

Pada malam Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2014 yang dianjurkan buat pertama kali pada 22 Februari 2014, beliau telah merangkul Anugerah Pelakon Drama Lelaki Pilihan untuk drama Love You Mr. Arrogant.

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Catatan
2010 Lu Pikirlah Sendiri de Movie Azlee Filem pertama
2011 Raya Tak Jadi! Ali
Ratu The Movie Johan
Ombak Rindu Dr Borhan
2012 Bujang Terlajak Pemuda Misteri
Ngorat Marshall Penampilan khas
2016 Warna Cinta Impian
2022 Seratus Penampilan khas

Telefilem

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2010 Kemelut Cinta Azman
2011 Tarbiyah Ala Datin Ustaz Hafiz
Geisha Melayu Terakhir Astro Ria
Pusing Beraya Fendi
Qaseh & Aiman Danny
Korban Tak Jadi Fendi
2012 Mencari Athirah
Baju Kebaya Terakhir Bapak Ustaz Ashraff
Cinta Si Tukang Kasut Aduka
Mak Sanggup Bakri
Cinta Dari Syurga Zarul Aiman
Dewi Kasihku
Setahun Setengah Mencari Cinta Kid
2013 Hanya Dikau Iqbal
Lara Qaseh Imran TV3
Suamiku Jururawat Dr. Fakri
Andai Itu Takdirnya Fitri
Anak Menantu Aiman
Miss Aaliyah Azlan
Takdir Cinta Syamsul
Mimpi Fara Haikal
Dari Ibu Hazim
2014 Setulus Kasih Kamil
Rania Tip Top Irfan
Nikah Kita Bercinta Danial
3 Hati Ibu Razman
Dzikir Ramadan
Cinta Ramadan Adam
Love You Mr. Arrogant Raya Zafriel Irham TV3
Sebenarnya, Saya Isteri Dia! Raya Raimy
Baju Raya Yaya
Vaanakam Cikgu Shaari
Kontrak Cinta Safwan
2020 Saka Viral TV3
Rahsia Malam Jumaat Muaz
2021 Kuba Guling, Karipap Pusing Awesome TV
Kerana Setitik Susu Nuh TV3
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2010 Ponti Anak Remaja Kamal Astro Ria
Blogger Boy: Episode 34 Adam 8TV
2011 Rojak Malik
Iparku Diva Hamzah Astro Warna
Annissa Imran TV3
Dingin Lavenda Azhar
Jangan Bunuh Matahariku 2
Kelaas Kau Maria
Karma Eizlan
Kias Ramadan Alif TV3 Episod: "Cicir"
2012 Atas Nama Cinta Tuan Jaafar
Mahabbah Iskandar
Mencari Atirah TV1
Bukan Bidadari Kamal TV3
Julia Azwan
Syukur Allah Hayat TV AlHijrah
2013 Dalam Setiap Sujud Fareez TV9
Sebenarnya, Saya Isteri Dia! Raimy TV3
Cinta Yang Satu Arif
Fira Ayuni Duqqi Amani TV3
Love You Mr. Arrogant Zafriel Irham
2014 Raya Ni Mesti Kahwin Hisham
2015 Setulus Janji Ilham TV1
2016 Pergilah Air Mata Darius
2020 Seadanya Aku Zarul TV3
Maaf Tak Indah Raimie
2021 Rahimah Tanpa Rahim Jauhar
Hari Kita Jatuh Cinta Yusof Farhan Awesome TV
Ramadani Bahar TV3
Malaysian Ghost Stories Uzair Astro Ria Episod: “Buka Hijab”
2022 Derhaka Cinta Jebat Jebat TV1
Air Mata Allisya Prof Mirza TV9
Roxy Aqil TV3
2023 Penggali Kubur dan Miss Sleepwalker Khalid Tonton
Saya Tunggu Awak Rafiq Aqlan TV1
Kerasnya Takdir Syed Murad TV3
Tuhan Beri Aku Cinta Syukri TV1
2024 Racun Rihanna Ikhmal TV3
Lempeng, Madu & Kambing Umar TV Okey

Anugerah dan pencalonan

[sunting | sunting sumber]
Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2014 Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2014 Pelakon Drama Lelaki Pilihan (Love You Mr. Arrogant) Menang
Hero-Heroin Drama Pilihan (bersama Zara Zya) Menang
Barisan Pelakon Drama Pilihan (Sebenarnya, Saya Isteri Dia!) Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-27 Gandingan Serasi di Layar (bersama Zara Zya) Menang
2024 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-36 Aktor Pembantu TV Popular Tercalon

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]