Pergi ke kandungan

Perubatan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Sains perubatan)

Perubatan (Tulisan Jawi: ڤروبتن) ialah sains dan amalan berkenaan diagnosis, rawatan, dan pencegahan penyakit. Perubatan merangkumi pelbagai amalan penjagaan kesihatan yang bercambah untuk mengekalkan dan mengembalikan kesihatan melalui pencegahan dan rawatan penyakit-penyakit. Perubatan kontemporari menggunakan sains bioperubatan, kajian bioperubatan, genetik, dan teknologi perubatan untuk mendiagnosis, merawat, dan mencegah kecederaan dan penyakit, lazimnya melalui farmaseutikal atau pembedahan, di samping melalui terapi-terapi seperti psikoterapi, penganduh dan tarikan luaran, peranti perubatan, biologik, dan sinaran pengionan, di antaranya.[1]

Perubatan telah wujud sejak beribu-beribu tahun, ketika ia dianggap sebagai seni (sebuah bidang kemahiran dan pengetahuan), dan seringkalli berhubung-kait dengan kepercayaan keagamaan dan falsafah sesebuah kebudayaan setempat. Contohnya, seorang pawang akan menggunakan herba-herba dan membaca doa untuk pengubatan, atau seorang filasuf dan tabib akan menggunakan pembekaman menurut teori humorisme. Pada kebelakangan abad ini, semenjak kewujudan sains moden, kebanyakan perubatan telah menjadi gabungan antara seni dan sains (termasuk asasi dan gunaan, di bawah payungan sains perubatan). Sementara teknik menjahit sutur adalah sejenis seni yang dipelajari melalui latihan, pengetahuan mengenai perkara yang berlaku di tahap sel dan molekul pada tisu-tisu yang dijahit muncul daripada sains.

Perubatan pra-saintifik kini dikenali sebagai perubatan tradisional dan perubatan rakyat. Mereka masih digunakan, tanpa penglibatan daripada perubatan saintifik, dan dikenali sebagai perubatan alternatif. Contohnya, bukti-bukti mengenai keberkesanan akupunktur adalah “berubah-ubah dan tidak tetap” untuk sebarang penyakit,[2] tetapi secara umumnya selamat ketika dilakukan oleh pengamal yang bertauliah.[3] Sebaliknya, perubatan di luar lingkungan keselamatan dan keberkesanan diberi gelaran perubatan palsu.

Amalan perubatan

[sunting | sunting sumber]
Oil painting of medicine in the age of colonialism
The Doctor oleh Sir Luke Fildes (1891)

Sumber perubatan dan amalan perubatan adalah berbeza merentasi dunia disebabkan oleh perbezaan budaya dan teknologi di setiap kawasan. Perubatan saintifik moden berkembang maju di negara-negara Barat, sementara negara-negara membangun seperti sebahagian Afrika dan Asia, masyarakat mungkin lebih bergantung kepada perubatan tradisional dengan kekurangan bukti dan keberkesanan and tidak memerlukan latihan secara formal bagi pengamal-pengamalnya.[4] Walau bagaimanapun, di negara-negara maju penggunaan perubatan berasaskan bukti masih tidak digunakan secara menyeluruh; contohnya, sebuah tinjauan berkenaan ulasan tulisan pada tahun 2007 telah menemukan bahawa 49% daripada intervensi yang dilakukan adalah kekurangan bukti-bukti yang mencukupi untuk menyokong sama ada ia akan memanfaatkan atau memudaratkan.[5]

Dalam amalan perubatan moden, doktor-doktor akan menilai pesakit-pesakit secara sendiri bagi mendiagnosis, merawat, dan mencegah penyakit menggunakan penilaian klinikal. Hubungan doktor-pesakit kebiasaannya bermula dengan interaksi beserta pemeriksaan riwayat perubatan dan rekod perubatan pesakit, dan diteruskan dengan temuramah perubatan[6] dan pemeriksaan fizikal. Peranti perubatan diagnostik asas (eg. stetoskop, depresor lidah) selalunya digunakan. Selepas pemeriksaan untuk tanda-tanda dan menemuramah untuk gejala-gejala, doktor berkenaan mungkin akan memesan ujian perubatan (contohnya ujian darah), mengambil biopsi, atau memberikan ubat farmaseutikal atau lain-lain. Kaedah diagnosis kebezaan menolong untuk mengesampingkan sebahagian penyakit berdasarkan informasi yang telah diberikan. Ketika pertemuan tersebut, memberitahu pesakit dengan betul berkenaan fakta-fakta yang relevan ialah satu bahagian yang penting daripada hubungan tersebut dan mewujudkan kepercayaan. Temujanji perubatan tersebut kemudiannya direkodkan di dalam rekod perubatan, yang merupakan dokumen undang-undang dalam kebanyakan bidang kuasa.[7] Temujanji susulan mungkin lebih pendek, tetapi masih mengikuti langkah umum yang sama, dan begitu juga yang dilakukan oleh pakar-pakar rujuk perubatan. Diagnosis dan rawatan mungkin mengambil masa beberapa minit sehingga beberapa minggu, bergantung kepada kerumitan isu tersebut. Berikut adalah komponen-komponen sebuah temuramah dan temujanji perubatan[6]

  • Aduan utama: sebab untuk lawatan perubatan terkini. Ini merupakan gejala. Ia ditulis dalam bentuk kata-kata pesakit sendiri, dan direkodkan bagi setiap perjumpaan. Ia juga dikenali sebagai aduan terkini.
  • Riwayat penyakit terkini: peristiwa-peristiwa berkenaan gejala-gejala yang dihidapi pesakit, yang disusun secara kronologi, beserta penjelasan lanjut mengenai setiap gejala. Dibezakan dengan riwayat penyakit yang lalu, yang selalunya digelar sejarah perubatan lama. Riwayat perubatan merangkumi kedua-dua riwayat penyakit terkini dan riwayat perubatan lama
  • Aktiviti sekarang: pekerjaan, hobi, rutin yang dilakukan oleh pesakit
  • Ubat-ubatan (Rx): ubat-ubatan yang kini diambil oleh pesakit, termasuk yang dipreskripsikan, tanpa preskripsi, dan ubat-ubatan rumah, termasuklah ubatan alternative dan herba-herba. Alahan-alahan juga direkodkan.
  • Riwayat perubatan lama: masalah perubatan yang berlaku serentak dengan penyakit terkini, kemasukan hospital dan pembedahan-pembedahan yang lepas, penyakit berjangkit yang lepas or vaksinasi, riwayat alahan-alahan yang diketahui.
  • Riwayat sosial: tempat lahir, tempat tinggal, sejarah perkahwinan, status sosial dan ekonomi, tabiat kebiasaan (termasuk gizi, ubat-ubatan, rokok, dan pengambilan alkohol.
  • Riwayat keluarga: senarai penyakit-penyakit dalam keluarga yang boleh memberi kesan kepada pesakit. Salasilah keluarga juga digunakan.
  • Tinjauan sistem atau "pertanyaan sistem": soalan-soalan tambahan untuk ditanyakan, yang kemungkinan terlepas ketika riwayat perubatan terkini: soalan secara umum {adakah anda perasan akan kekurangan berat badan, perubahan dalam kualiti tidur, demam-demam, benjolan atau gumpalan? dan sebagainya), disusuli dengan soalan-soalan berkenaan sistem utama tubuh badan (jantung, paru-paru, saluran pencernaan, saluran kencing, dan sebagainya).

Pemeriksaan fizikal ialah pemeriksaan yang dilakukan ke atas pesakit bagi mengenal pasti tanda-tanda penyakit, yang dilakukan secara objektif dan berdasarkan apa yang dapat dilihat, manakala gejala-gejala adalah apa yang diluahkan oleh pesakit, dan tidak semestinya boleh didapati secara objetif dan dapat dilihat.[8] Pihak penjagaan kesihatan menggunakan deria penglihatan, pendengaran, sentuhan, dan adakalanya penghiduan (eg. dalam jangkitan, uremia, ketoacidosis diabetes). Empat langkah-langkah berikut adalah asas bagi pemeriksaan kesihatan: pemeriksaan (peng, palpasi (sentuhan), perkusi (mengetuk bagi menentukan bunyi gemaan) dan auskultasi (mendengar), kebiasannya menuruti urutan tersebut, walaupun adakalanya auskultasi dilakukan sebelum perkusis dan palpasi untuk pemeriksaan abdomen.[9] Pemeriksaan kesihatan melibatkan pemeriksaan bagi:

Ia selalunya menumpukan bahagian yang ditekankan dalam riwayat perubatan, dan mungkin tidak menyertakan segalanya yang dinyatakan di atas. Pelan rawatan mungkin disertakan dengan memesan ujian-ujian makmal perubatan dan pengimejan perubatan, terapi awal, rujukan kepada pakar, ataupun pemerhatian rapi. Temujanji susulan mungkin dimaklumkan. Bergantung kepada pelan insurans kesihatan dan sistem pengurusan penjagaan, pelbagai bentuk “kajian semula kemudahan” seperti kebenaran awal untuk ujian-ujian, berkemungkinan meletakkan halangan pada penggunaan kemudahan yang lebih mahal.[10] Proses membuat keputusan dalam perubatan melibatkan analisis dan sintesis data daripada perkara-perkara di atas, bagi menghasilkan diagnosis-diagnosis yang munasabah (diagnosis kebezaan), bersama dengan pelan selanjutnya bagi mendapatkan diagnosis yang definitif yang boleh menerangkan masalah yang dihadapi oleh pesakit. Pada temujanji yang berikutnya, proses ini boleh diulangi dengan lebih ringkas bagi mendapatkan mana-mana riwayat, gejala-gejala, atau tanda-tanda yang baru, bersama dengan keputusan makmal atau pengimejan atau konsultasi bersama pakar perubatan.

Institusi-institusi

[sunting | sunting sumber]
Color fresco of an ancient hospital setting
Hospital Santa Maria della Scala, fresco oleh Domenico di Bartolo, 1441–1442

Perubatan kontemporari secara umumnya dijalankan dalam sistem penjagaan kesihatan. Rangka-rangka perundangan, pentauliahan, dan pembiayaan ditubuhkan oleh sesebuah kerajaan, dengan sokongan organisasi-organisasi antarabangsa, seperti gereja-gereja. Setiap ciri-ciri bagi mana-mana sistem penjagaan kesihatan adalah penting kerana ia memberi impak tentang bagaimana penjagaan kesihatan disalurkan. Sejak zaman-berzaman, penekanan golongan Kristian terhadap sumbangan berbentuk praktikal membawa kepada pembangunan kejururawatan dan hospital-hospital yang sistematik, dan Gereja Katolik pada hari ini kekal menjadi badan bukan kerajaan yang terbesar dalam menyumbangkan perkhidmatan perubatan dalam dunia.[11] Negara-negara maju (selain daripada Amerika Syarikat)[12][13] dan banyak negara-negara membangun membekalkan perkhidmatan perubatan melalui sistem penjagaan kesihatan universal yang bertujuan untuk memastikan penjagaan bagi semua masyarakat melalui sistem penjagaan kesihatan pembayar tunggal, ataupun penggunaan insurans kesihatan swasta atau koperasi. Hal ini adalah bertujuan untuk memastikan agar kesemua masyarakat mampu menggunakan perkhidmatan perubatan bergantung kepada keperluan, dan bukannya kebolehan untuk membayar. Pelaksanaan perkhidmatan perubatan mungkin dijalankan sama ada melalui pusat perubatan swasta, atau hospital-hospital dan klinik-klinik kerjaan, atau oleh badan-badan kebajikan, dan selalunya melalui gabungan ketiga-tiga badan perubatan. s Kebanyakan masyarakat berpuak tidak dapat memastikan penjagaan kesihatan kepada penduduk secara menyeluruh. Di kalangan penduduk tersebut, perkhidmatan kesihatan hanya mampu diperoleh mereka yang mampu membayar untuknya atau telah diinsuranskan (sama ada secara sendiri atau sebahagian daripada kontrak pekerjaan) atau mereka yang telah dijamin oleh penjagaan yang dibiayai oleh kerajaan atau puak itu sendiri

collection of glass bottles of different sizes
Ubat moden: ampul

Ketelusan informasi adalah sebuah lagi faktor mempengaruhi sistem perlaksanaan kesihatan. Akses terhadap informasi menganai penyakit-penyakit, rawatan-rawatan, kualiti, dan harga memberi kesan yang mendalam terhadap pemilihan oleh pesakit/pengguna, dan oleh itu, memberi galakan kepada pengamal perubatan. Walaupun sistem perkhidmatan kesihatan Amerika Syarikat telah menghadapi masalah disebabkan kekurangan keterbukaan,[14] undang-undang baru mampu menggalakkan keterbukaan. Hal ini berlaku kerana terdapat ketegangan tanggapan di antara keperluan untuk ketelusan pada satu sudut, dengan isu-isu berkaitan kesulitan maklumat pesakit dan kemampuan maklumat tersebut untuk disalahguna pada satu sudut yang lain.

Perlaksanaan

[sunting | sunting sumber]

Perlaksanaan perkhidmatan kesihatan dikelaskan kepada kategori penjagaan primer, sekunder, dan tertiar.

photograph of three nurses
Jurarawat-jururawat di Kokopo, East New Britain, Papua New Guinea

Perkhidmatan jagaan kesihatan primer disediakan oleh doktor-doktor, pembantu pegawai kesihatan, jururawat-jururawat, dan pekerja-pekerja kesihatan yang lain yang ditemui pertama kali ketika ketika pesakit mencari rawatan atau jagaan perubatan. Perkara ini berlaku di dalam pejabat doktor, klinik-klinik, rumah penjagaan, sekolah, lawatan ke rumah, dan tempat-tempat lain yang berdekatan dengan pesakit-pesakit. Sebanyak 90% daripada pertemuan-pertemuan medikal boleh dirawati oleh jagaan kesihatan primer. Ini termasuk rawatan untuk penyakit-penyakit akut dan kronik, jagaan pencegahan, dan pendidikan kesihatan untuk semua umur dan jantina. Perkhidmatan jagaan kesihatan sekunder disediakan oleh pakar-pakar perubatan di pejabat-pejabat atau klinik-klinik atau di hospital komuniti setempat untuk pesakit yang telah dirujuk oleh penjaga kesihatan primer yang telah mendiagnosis atau merawat pesakit tersebut. Rujukan dibuat untuk pesakit-pesakit yang memerlukan kepakaran atau prosedur-prosedur yang hanya boleh disediakan oleh pakar-pakar. Ini merangkumi jagaan ambulatory dan perkhidmatan pesakit dalaman, rawatan kecemasan, unit rawatan rapi, pembedahan, terapi fizikal, melahirkan anak, unit endoskopi, perkhidmatan makmal dan pengimejan, pusat-pusat hospis, dan lain-lain. Sesetengah pelaksana jagaan primer mempunyai berkhidmat untuk pesakit dalaman, dan melahirkan anak di pusat jagaan sekunder. Perkhidmatan jagaan kesihatan tertiar disediakan oleh pakar-pakar di hospital-hospital atau pusat-pusat perubatan yang dilengkapi dengan kemudahan diagnostik dan perubatan yang kebanyakkannya tidak didapati di hospital-hospital biasa. Kemudahan-kemudahan ini merangkumi pusat trauma, pusat rawatan kebakaran, unit neonatologi lanjutan, pemindahan organ, kandungan tinggo risiko, onkologi dan radiasi, dan lain-lain. Penjagaan kesihatan moden juga bergantung kepada maklumat – masih lagi disalurkan di kebanyakan pusat penjagaan kesihatan melalui rekod-rekod kertas, tetapi kini penggunaan sistem elektronik kian meluas. Di negara-negara berpendapatan rendah, perkhidmatan perubatan moden selalunya terlalu mahal untuk golongan kebiasaan. Pengkaji-pengkaji polisi penjagaan kesihatan antarabangsa menyokong “caj pengguna” diketepikan agar lebih ramai dapat menggunakan khidmat ini, meskipun selepas diketepikan, halangan-halangan dan caj-caj yang ketara masih kekal.[15] Pengasingan antara preskripsi dan dispensi ialah satu amalan dalam perubatan dan farmasi yang mana doktor-doktor yang menghasilkan preskripsi untuk ubat-ubatan, tidak terikat dengan ahli-ahli farmasi yang memberikan ubat preskripsi. Dalam dunia Barat, ia adalah tradisi sejak berzaman untuk mengasingkan antara ahli-ahli farmasi dan para doktor. Di negara-negara Asia, ia menjadi kebiasaan untuk para doktor/tabib untuk juga memberikan ubat-ubatan.[16]

Cabangan-cabangan

[sunting | sunting sumber]

Menjadi sebahagian daripada pasukan antara disiplin, ramai ahli professional kesihatan selain para pengamal perubatan kini terlibat dalam perlaksanan penjagaan kesihatan moden. Sebagai contoh: jururawat, juruteknik perubatan kecemasan dan paramedik, saintis makmal, ahli farmasi, ahli podiatrik, ahli fisioterapi, ahli terapi pernafasan, ahli terapi pertuturan, ahli terapi pekerjaan, ahli radiografi, pakar diet, dan ahli biokejuruteraan, pakar bedah, pembantu pakar bedah, ahli teknologi pembedahan. Skop dan sains mengenai perubatan manusia banyak pertindihan dengan lapangan-lapangan yang lain. Pergigian, walaupun dianggap oleh sesetengah pihak sebagai disiplin yang terasing daripada perubatan, adalah sebahagian daripada kerjaya perubatan. Seorang pesakit yang dimasukkan ke hospital selalunya berada di bawah jagaan pasukan spesifik berdasarkan kepada masalah utama, eg. pasukan kardiologi, yang akan berinteraksi bersama kepakaran yang lain eg., pembedahan, radiologi, untuk membantu dalam diagnosis dan rawatan masalah utama yang dihadapi, atau mana-mana komplikasi yang mungkin berlaku Para doktor mempunyai pelbagai kepakaran dan sub-kepakaran dalam cabang-cabang perubatan, seperti disenaraikan di bawah. Terdapat pelbagai variasi pada sesebuah negara, bergantung kepada kepakaran dan kemudahan yang disediakan. Berikut adalah cabang-cabang utama dalam perubatan:

Sains-sains asasi

[sunting | sunting sumber]
  • Anatomi” ialah kajian mengenai struktur fizikal organisma-organisma. Berbanding dengan “makroskopik” atau “anatomi kasar”, “sitologi” dan “histologi” adalah berkaitan dengan struktur-struktur mikroskopik.
  • Biokimia” ialah kajian mengenai tindak balas kimia yang berlaku di dalam organisma hidup, terutama struktur dan fungsi komponen kimia tersebut.
  • Biomekanik” ialah kajian mengenai struktur dan fungsi sistem biologi menggunakan kaedah-kaedah mekanik.
  • Biostatistik” ialah applikasi statistik di dalam lapangan biologi dalam konteks yang luas. Pengetahuan mengenai biostatistik adalah penting dalam merangka, menilai, dan mentaksir kajian-kajian perubatan. Ia juga adalah asas kepada epidemiologi dan perubatan berasaskan bukti.
  • Biofizik” ialah sains antara disiplin yang menggunakan kaedah fizik dan kimia fizikal untuk mengkaji sistem-sistem biologi.
  • Sitologi” ialah kajian mikroskopi bagi setiap sel-sel.
Louis Pasteur, di dalam makmalnya, 1885 oleh Albert Edelfelt

Kepakaran-kepakaran

[sunting | sunting sumber]

Dalam bidang perubatan yang luas, terdapat berbagai kepakaran-kepakaran yang berbeza. Di UK, kebanyakan kepakaran-kepakaran mempunyai badan atau kolej yang tersendiri, di mana mereka mempunyai peperiksaan kemasukan masing-masing. Secara kolektif, mereka dikenali sebagai Kolej-Kolej Diraja (Royal Colleges), walaupun tidak kesemuanya menggunakan terma “Diraja”. Pembangunan sesebuah kepakaran selalunya didorong oleh teknologi baru (seperti penciptaan ubat anestetik yang berkesan), atau kaedah-kaedah bekerja yang baru (seperti bahagian kecemasan); kepakaran yang baru membawa kepada kewujudan badan bersatu oleh para doktor dan prestij untuk menghasilkan peperiksaan mereka yang tersendiri. Dalam bulatan-bulatan perubatan, setiap kepakaran kebiasaannya termasuk dalam dua kategori: “Perubatan” dan “Pembedahan”. “Perubatan” merujuk kepada praktis perubatan tanpa keperluan pembedahan, and kebanyakan sub-kepakarannya memerlukan latihan awal dalam Perubatan Dalaman. Di UK, ini selalunya melalui kelulusan dalam peperiksaan Keahlian Kolej Doktor Diraja (Membership of Royal College of Physicians atau MRCP) atau kolej seangkatan dengannya di Scotland atau Ireland. “Pembedahan” merujuk kepada praktis perubatan pembedahan, dan kebanyakan sub-kepakarannya memerlukan latihan awal dalam Pembedahan Umum, di mana di UK, ia memerlukan keahlian dalam Kolej Pakar Bedah Diraja England (Royal College of Surgeons of England atau MRCS). Pada masa kini, sebahagian kepakaran perubatan tidak termasuk dengan mana-mana kategori yang dihuraikan, seperti radiology, patologi, atau anesthesia (pakar bius). Kepakaran-kepakaran tersebut telah bercabang daripada satu daripada dua kepakaran besar tersebut; sebagai contoh pakar bius berkembang dahulu sebagai fakulti dalam Kolej Pakar Bedah Diraja (di mana keahliannya diperlukan terlebih dahulu) sebelum menjadi ahli Kolej Pakar Bius Diraja dan keahliannya didapati melalui kelulusan peperiksaan untuk fellowship Kolej Pakar Bius Diraja (Fellowship of Royal College of Anesthetists atau FRCA)

Kepakaran dalaman

[sunting | sunting sumber]

‘’’Perubatan dalaman’’’ ialah kepakaran perubatan yang berhubungkait dengan pencegahan, diagnosis, dan merawat penyakit-penyakit orang dewasa. Mengikut sebahagian sumber, ia memberi penekanan terhadap struktur-struktur dalaman.[17] In North America, specialists in internal medicine are commonly called "internists." Elsewhere, especially in Commonwealth nations, such specialists are often called physicians.[18] Terma-terma seperti ‘’internis’’ atau ‘’pakar perubatan’’ (dalam konteks khusus, di luar Amerika Utara) kebiasaannya mengecualikan pengamal perubatan dalam pakar sakit puan dan ibu mengandung, patologi, psikiatri, dan terutamanya pembedahan dan sub-kepakarannya. Oleh kerana pesakit-pesakit mereka adalah tenat atau memerlukan penyiasatan yang kompleks, pakar-pakar perubatan dalaman menjalankan kerja mereka di hospital-hospital. Pada awalnya, mereka tiada sub-kepakaran, di mana ‘‘doktor-doktor am’’ akan mengendalikan mana-mana masalah kompleks yang tidak memerlukan pembedahan; praktis sebegini sudah menjadi jarang diamalkan. Dalam praktis moden, kebanyakan pakar-pakar perubatan mempunyai sub-kepakaran masing-masing: oleh itu, mereka selalunya mengehadkan amalan perubatan mereka kepada masalah-masalah berkaitan satu sistem organ atau kepada satu bidang pengetahuan perubatan. Sebagai contoh, pakar-pakar gastroenterologi menjad pakar dalam salur pencernaan manakala pakar-pakar nefrologi adalah pakar tentang buah pinggang.[19] Di negara-negara Komanwel dan sebahagian negara lain, pakar pediatrik dan pakar geriatrik juga dianggap sebagai ‘’pakar-pakar perubatan’’ di mana kepakaran mereka adalah bergantung kepada umur pesakit. Di negara-negara, terutamanya Amerika Utara, pakar pediatrik am selalu menjadi sebahagian daripada kumpulan jagaan primer. Berikut adalah sub-kepakaran yang terdapat dalam Perubatan dalaman:

Latihan dalam perubatan dalaman (jika dibandingkan dengan latihan untuk pembedahan), berbeza-beza mengikut sesuatu kawasan: sila lihat artikel-artikel untuk ‘’pendidikan perubatan’’ dan ‘’pakar perubatan’’ untuk perincian yang lebih lanjut. Di Amerika Utara, mereka memerlukan sekurang-kurangnya tiga tahun dalam latihan residensi selepas pengajian perubatan, yang seterusnya diikuti oleh latihan fellowship selama satu hingga tiga tahun dalam sub-kepakaran yang disenaraikan di atas. Secara amnya, waktu kerja residen dalam perubatan adalah kurang berbanding mereka dalam pembedahan, secara puratanya sebanyak 60 jam dalam seminggu di Amerika Syarikat. Perbezaan ini tidak tertakluk kepada UK di mana doktor-doktor mereka kini harus bekerja kurang daripada 48 jam secara purata menurut undang-undang.

Kepakaran-kepakaran diagnostik

[sunting | sunting sumber]

Kepakaran-kepakaran utama lain

[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah kepakaran-kepakaran utama dalam perubatan yang tidak tergolong secara langsung dalam mana-mana kumpulan yang telah disenaraikan di atas:

  • ‘’Anesthesiologi/pakar bius: berkait dengan pengurusan pra-pembedahan bagi pesakit yang akan menjalani pembedahan. Peranan pakar bius ketika pembedahan ialah menghalang kerosakan pada fungsi-fungsi pada organ-organ vital (i.e otak, jantung, buah pinggang) dan kesakitan pasca-pembedahan. Di luar bilik pembedahan, pakar bius juga memainkan peranan yang sama di dalam wad pelahiran anak, dan sesetengah daripada mereka menjadi pakar dalam perubatan kritikal.
  • ‘’Dermatologi’’ berkait dengan kulit dan penyakit-penyakitnya. Di UK, dermatologi ialah sub-kepakaran bagi perubatan dalaman.
  • ‘’Perubatan kecemasan’’ berkait dengan diagnosis dan rawatan bagi masalah-masalah akut atau yang mengancam nyawa, termasuklah trauma, dan kecemasan-kecemasan pembedahan, perubatan, pediatrik, dan psikiatri.
  • ‘’Perubatan keluarga’’ ‘’praktis am’’, atau ‘’jagaan primer’’ dalam kebanyakan negara, menjadi pusat pertama bagi para pesakit untuk masalah-masalah perubatan yang bukan kecemasan. Pakar perubatan am menyediakan pelbagai perkhidmatan yang merangkumi praktis berasaskan pejabat, rawatan bilik kecemasan, jagaan pesakit dalaman, dan jagaan pesakit di rumah penjagaan.
Pakar sakit puan Michel Akotionga di Ouagadougou, Burkina Faso
  • ‘’Pakar obstetrik dan pakar ginekologi’’ berkait dengan pelahiran anak-anak dan sistem organ pembiakan wanita dan organ-organ yang berkaitan dengannya. Perubatan pembiakan dan perubatan kesuburan secara amnya menjadi praktis oleh pakar-pakar ginekologi.
  • ‘’Genetik perubatan’’ berkait dengan diagnosis dan pengurusan masalah-masalah keturunan.
  • ‘’Neurologi’’ berkait dengan penyakit-penyakit sistem saraf. Di UK, neurologi ialah sub-kepakaran perubatan dalaman.
  • ‘’Oftalmologi’’ berkait dengan rawatan penyakit mata dan adneksa okular, melalui kaedah konservatif atau pembedahan.
  • ‘’Pediatrik’’ berkait dengan penjagaan bayi, kanak-kanak, dan remaja. Seperti perubatan dalaman, pediatrik mempunyai pelbagai sub-kepakaran untuk peringkat umur, sistem-sistem organ, kategori-kategori penyakit tertentu, dan di mana penjagaan dilaksanakan.
  • ‘’Perubatan farmaseutikal’’ ialah disiplin saintifik perubatan yang berkait dengan penemuan, pembangunan, penilaian, pendaftaran, pemantauan, aspek perubatan bagi pemasaran ubat-ubatan untuk manfaat pesakit-pesakit dan kesihatan umum.
  • ‘’Perubatan fizikal dan rehabilitasi’’ (atau ‘’fisiatri’’) berkait dengan pembaikan fungsi selepas kecederaan, kesakitan, atau masalah kongenital.
  • ‘’Perubatan podiatrik’’ berkait dengan diagnosis dan rawatan perubatan atau pembedahan bagi penyakit-penyakit berkaitan kaki, tumit, pinggul, dan pinggang.
  • ‘’Psikiatri’’ berkait dengan penyelidikan biopsikososial terhadap etiologi, diagnosis, rawatan, dan pencegahan masalah-masalah kognitif, persepsi, emosi, dan perlakuan. bidang bukan perubatan yang berkait denga psikiatri ialah psikoterapi, dan psikologi klinikal.
  • ‘’Perubatan pencegahan’’ berkait dengan pencegahan penyakit-penyakit.
  • ‘’Kesihatan komuniti’’ atau ‘’kesihatan awam’’ ialah perkhidmatan kesihatan yang mengendalikan ancaman kepada kesihatan komuniti berasaskan analisis kesihatan populasi.

Bidang-bidang antara disiplin

[sunting | sunting sumber]

Berikut ialah sebahagian daripada sub-kepakaran antara-disiplin yang tersedia ada:

  • ‘’Perubatan ruang angkasa’’ berkait dengan masalah-masalah kesihatan berkaitan penerbangan dan angkasa lepas
  • ‘’Perubatan penagihan’’ berkaitan dengan rawatan untuk penagihan.
  • ‘’Etika perubatan’’ berkait dengan prinsip-prinsip etika dan moral yang menggunakan nilai-nilai dan penilain-penilaian berkaitan amalan perubatan.
  • ‘’Kejuruteraan bioperubatan’’ berkait dengan penggunaan prinsip-prinsip kejuruteraan untuk praktis perubatan.
  • ‘’Farmakologi klinikal’’ berkait dengan bagaimana sistem-sistem terapeutik bertindak balas dengan pesakit-pesakit.
  • ‘’Perubatan pemuliharaan’’ berkait dengan hubungan antara kesihatan manusia dan haiwan, dan juga keadaan-keadaan persekitaran. Ia juga dikenali sebagai perubatan ekologi, perubatan alam sekitar, atau perubatan geologi.
  • ‘’Perubatan bencana’’ berkait dengan aspek-aspek perubatan dalam persedian-persedian ketika kecemasan, dan pengurusan dan pengurangan bencana.
  • ‘’Perubatan selaman’’ (atau perubatan hiperbarik) berkait dengan pencegahan dan rawatan untuk masalah-masalah berkaitan selaman.
  • ‘’Perubatan evolusi’’ berkait dengan perspektif perubatan menggunakan teori evolusi
  • ‘’Perubatan forensik’’ berkait dengan persoalan-persoalan perubatan dalam konteks perundangan, seperti penentuan masa dan sebab kematian, senjata yang digunakan untuk mengakibatkan trauma, pembinaan semula sifat muka menggunakan tengkorak untuk membantu pengenalpastian mayat.
  • ‘’Perubatan berasaskan jantina’’ berkait dengan perbezaan-perbezaan biologi dan fisiologi antara jantina-jantina manusia, dan bagaimana perbezaan tersebut memberi kesan kepada penyakit-penyakit.
  • ‘’Perubatan hospis dan paliatif’’ berkait dengan kelegaan nyeri dan gejala-gejala dan sokongan emosi untuk pesakit-pesakit dengan penyakit maut, yang merangkumi kanser dan lemah jantung.
  • ‘’Perubatan hospital’’ berkait dengan jagaan umum untuk pesakit di dalam hospital. Para doktor yang mempunyai fokus dalam perubatan hospital digelar hospitalis di Amerika Syarikat dan Kanada. Terma Doktor Bertanggungjawab (The Most Responsible Physician) atau doktor bertugas juga ditukar ganti untuk peranan ini.
  • ‘’Perubatan laser’’ berkait dengan penggunaan laser untuk diagnostik atau rawatan pelbagai keadaan perubatan.
  • ‘’Ilmu kemanusiaan dalam perubatan’’ yang merangkumi ilmu kemanusiaan, (kesusasteraan, falsafah, etika, sejarah dan agama), sains sosial, (antropologi, kajian budaya, psikologi, sosiologi), dan seni (kesusasteraan, teater, perfileman, dan seni visual), dan penggunaanya untuk pendidikan perubatan dan amalan.
  • ‘’Informatik kesihatan’’ berkait dengan penggunaan komputer dan teknologi informasi kepada perubatan.
  • ‘’Nosologi berkait dengan pengkelasan penyakit-penyakit untuk pelbagai tujuan.
  • ‘’Nosokinetik berkait dengan ukuran dan pembentukan proses jagaan dalam sistem kesihatan dan jagaan sosial.
  • ‘’Perubatan pekerjaan’’ berkait dengan penyampaian nasihat berkaitan kesihatan kepada organisasi-organisasi dan pekerja-pekerja bagi memastikan standard terbaik untuk kesihatan dan keselamatan di tempat kerja mampu dicapai dan dikekalkan.
  • ‘’Pengendalian nyeri’’ (juga digelar ‘’perubatan nyeri’’ atau algiatri) berkait dengan kelegaan nyeri/kesakitan.
  • ‘’Farmakogenomik’’ berkait dengan ‘’perubatan individual’’ (spesifik untuk setiap individu).
  • ‘’Perubatan podiatrik berkaitan dengan diagnosis dan rawatan perubatan untuk masalah-masalah kaki, tumit, pinggang, dan pinggul.
  • ‘’Perubatan seksual’’ berkait dengan diagnosis, penilaian, dan rawatan untuk semua masalah berkaitan keseksualan.
  • ‘’Perubatan sukan’’ berkaitan dengan rawatan dan pencegahan dan rehabilitasi untuk kecederaaan sukan/senaman seperti kekejangan otot, tergeliat otot, kecederaan pada ligamen (seperti tergeliat, atau terputus), dan pembaikiannya untuk atlet-atlet, amatur, dan professional.
  • ‘’Terapeutik’’ mengikut sejarah awal, berkaitan dengan penggunaan pelbagai remedi yang boleh digunakan untuk penyakit dan meningkatkan kesihatan.[20]
  • ‘’Perubatan perjalanan’’ atau ‘’emporiatrik’’ berkaitan dengan masalah kesihatan untuk pengembara antarabangsa atau pelancong merentas persekitaran yang ketara bezanya.
  • ‘’Perubatan tropikal’’ berkaitan dengan pencegahan dan rawatan penyakit-penyakit tropikal. Ia dikaji secara asing di negara-negara beriklim sederhana di mana penyakit-penyakit adalah kurang biasa dilihat oleh pengamal perubatan mereka dan keperluan klinikal setempat.
  • ‘’Jagaan segera’’ berkait dengap perlaksanaan jagaan jumpa terus, yang tidak djadualkan di luar bahagian kecemasan hospital untuk kecederaan dan penyakit yang tidak begitu serius untuk menggunakan jagaan di bahagian kecemasan. Di sesetengah tempat fungsi ini digabungkan dengan bilik kecemasan.
  • ‘’Perubatan veterinari’’; veterinarian menggunakan kaedah yang sama seperti para doktor untuk menjaga haiwan-haiwan.
  • ‘’Perubatan perhutanan’’ berkaitan dengan amalan perubatan di hutan belantara, di mana kebanyakana kemudahan perubatan biasa tidak sedia ada.
  • Dan banyak lagi bidang-bidang sains kesihatan, e.g. dietetik

Pendidikan dan kawalan perundangan

[sunting | sunting sumber]
Pelajar-pelajar perubatan mempelajari tentang jahitan sutur

Pendidikan dan latihan perubatan berbeza-beza merentasi dunia. Ia selalunya merangkumi pendidikan awal kemasukan di universiti yang menawarkan pengajian perubatan, yang kemudiannya disusuli sebuah jangka waktu praktis di bawah seliaan atau sebagai doktor siswazah atau residen. Ini kemudiannya boleh diteruskan dengan kursus vokasional pasca-siswazah. Pelbagai kaedah pengajaran telah digunakan dalam pendidikan perubatan, dan ia masih menjadi subjek kajian yang aktif. Di Kananda dan Amerika Syarikat, ijazah Doktor Perubatan (Doctor of Medicine, atau M.D.), atau Doktor Perubatan Osteopatik (unik untuk AS) harus ditamatkan dan mesti terhasil daripada universiti yang diiktiraf. Oleh kerana pengetahuan, teknik, dan teknologi perubatan terus berkembang pada kadar yang pantas, kebanyakan penguasa peraturan memerlukan pendidikan perubatan berterusan. Pengamal-pengamal perubatan meningkatkan pengetahuan mereka melalui berbagai-bagai cara, sama ada melalui jurnal perubatan, seminar, persidangan, dan program-program atas talian.

Ibu pejabat Organización Médica Colegial de España, yang mengawal atur profesi perubatan di Sepanyol

Di kebanyakan negara, ia menjadi keperluan undang-undang untuk setiap doktor perubatan mempunyai lesen dan didaftarkan. Secara umum, ini memerlukan ijazah perubatan dari sebuah universiti, dan pentauliahan oleh lembaga perubatan atau organisasi kebangsaan yang seangkatan dengannya, yang memerlukan pemohon untuk melepasi peperiksaan. Ini mengehadkan autoriti undang-undang bagi profesi perubatan hanya kepada doktor-doktor yang telah dilatih dan berkelulusan menurut standard kebangsaan. Ini juga bertujuan untuk menjamin keselamatan pesakit-pesakit dan melindungi daripada penyemu-penyemu untuk mengamalkan perubatan untuk kepentingan sendiri. Walapun undang-undang memerlukan para doktor untuk dilatih dalam “perubatan berasaskan bukti”, Barat, atau perubatan Hippokratik, ia tidak bertujuan melarang amalan daripada paradigma kesihatan yang berbeza. Dalam Kesatuan Eropah, profesi doktor perubatan dikawal atur. Sesebuah profesi dikatakan di kawal atur sekiranya kemasukan dan praktis memerlukan pemilikan pentauliahan professional yang tertentu. Pangkalan data pekerja terkawal mengandungi senarai pekerja-pekerja dalam kawalan bagi doktor-doktor perubatan dalam negara Kesatuan Eropah, negara-negara EEA, dan Switzerland. Senarai ini termasuk dalam Arahan 2005/36/EC Doktor-doktor yang cuai atau membahayakan dengan niat dalam penjagaan pesakit-pesakit mereka boleh menghadapi dituduh untuk penyelewangan dalam perubatan, dan boleh dikenakan tindakan sivil, jenayah, atau profesional.

Etika perubatan

[sunting | sunting sumber]
Manuskrip pada kurun ke-12 Byzantine untuk ikrar Hippokratik

Etika perubatan ialah sistem prinsip-prinsip moral yang menggunakan nilai-nilai dan penilaian-penilaian untuk amalan perubatan. Sebagai disiplin kesarjanaan, etika perubatan merangkumi penggunaan secara praktikal dalam latar klinikal dan juga hasil kerjanya dalam sejarah, falsafah, teologi, dan sosiologi. Enam nilai yang kebiasaanya digunakan untuk perbincangan etika-etika perubatan ialah:

  • autonomi – seorang pesakit mempunyai hak untuk menolak atau memilih rawatan mereka. (‘’Voluntas aegroti suprema lex’’.)
  • kebajikan – seorang pengamal perubatan harus bertindak dalam keputusan terbaik untuk pesakit. (‘’Salus aegroti suprema lex’’.)
  • keadilan – berkait dengan pembahagian kemudahan kesihatan yang terhad, dan keputusan untuk penerima rawatan (keadilan dan kesaksamaan)
  • tiada kejahatan – ‘’pertama, jangan cederakan mereka’’ (‘’primum non-nocere’’)
  • kehormatan – pesakit (dan perawat pesakit) mempunyai hak untuk dilayan dengan maruah
  • kebenaran dan kejujuran – konsep keputusan termaklum menjadi semakin sejak semenjak peristiwa-peristiwa bersejarah seperti Perbicaraan Doktor-Doktor pada perbicaraan Nuremberg, eksperimen sifilis Tuskegee, dan lain-lain

Nilai-nilai ini tidak memberi jawapan tepat untuk mengendalikan sesuatu situasi, namun ia memberikan rangka yang berguna untuk memahami konflik-konflik. Ketika nilai moral berada dalam konflik, keputusan yang dibuat mungkin menjadi dilema atau krisis etika. Kadang kala, tidak ada keputusan yang baik wujud suatu dilema dalam etika perubatan, dan pada masa yang lain, nilai sesebuah komuniti perubatan (i.e., hospital dan staf mereka) mempunyai konflik dengan nilai seseorang pesakit, keluarga, atau komuniti bukan perubatan yang lebih besar. Sebagai contoh, sesetengah golongan mungkin mengatakan prinsip autonomi dan kebajikan berselisih apabila pesakit menolak untuk transfusi darah, walaupun ia dianggap boleh menyelamatkan nyawa. Namun begitu, konsep kebenaran tidak ditekankan pada skala yang besar, sebelum era HIV bermula.

Patung kecil tabib Mesir purba Imhotep, doktor pertama dari zaman purba dikenali melalui nama.

Dunia purba

[sunting | sunting sumber]

Perubatan pra-sejarah menggunakan pokok-pokok herba, bahagian-bahagian binatang, dan mineral-mineral. Pada kebiasaanya, bahan-bahan ini digunakan secara ritual sebagai bahan ajaib oleh pawang-pawang, bomoh-bomoh, atau dukun. Sistem spiritual yang terkenal termasuklah animisme (kepercayaan bahawa objek tidak bernyawa mempunyai roh-roh), spiritualisme (rayuan kepada tuhan-tuhan atau percakapan dengan roh-roh nenek moyang); kepawangan (kebergantungan kepada seseorang dengan kuasa mistik); dan penilikan (mendapatkan kebenaran secara ajaib). Bidang antropologi perubatan mengkaji bagaimana setiap budaya dan masyarakat disusun dan terkesan dengan isu-isu berkaitan kesihatan, jagaan kesihatan, dan sebagainya. Rekod-rekod awal mengenai perubatan telah dijumpai daripada perubatan Mesir purba, perubatan Babylon, perubatan Ayurveda (di benua kecil India), perubatan klasik China (pendahulu bagi perubatan Cina tradisional moden), dan perubatan Yunani kuno dan perubatan Rom Di Mesir, Imhotep (alaf ke-3 SM) ialah pengamal perubatan pertama yang dikenali dalam sejarah melalui nama. Teks perubatan Mesir tertua ialah ‘’Papirus Ginekologi Kahun’’ dari 2000 SM, yang menerangkan penyakit-penyakit ginekologi (sakit puan). ‘’Papirus Edwin Smith’’ yang bertarikh 1600 SM ialah hasil awal berkenaan pembedahan, manakala ‘’Papirus Ebers’’ yang bertarikh 1500 SM ialah hampir serupa dengan buku teks perubatan.[21] Di China, bukti arkeologi tertua mengenai perubatan di China bertarikh sehingga Dinasti Shang pada Zaman Gangsa, mengenai benih-benih herba dan alat-alatan yang digunakan untuk pembedahan.[22] ‘’Huangdi Neijing’’, pengasas kepada perubatan Cina, ialah sejenis teks perubatan yang ditulis pada abad ke-2 SM, dan disusun pada abad ke-3 TM.[23] Di India, pakar besar Sushruta menerangkan pelbagai operasi-operasi pembedahan, yang merangkumi pembedahan plastik terawal]].[24][meragukan ][25] Rekod-rekod terawal mengenai hospital-hospital datang dari Mihintale di Sri Lanka di bukti-bukti mengenai kemudahan rawatan perubatan untuk pesakit-pesakit dijumpai.[26][27] Di Greece, pengamal perubatan Yunani Hippocrates, “bapa perubatan moden",[28][29] memperkenalkan asas bagi pendekatan rasional dalam perubatan. Hippocrates juga memperkenalkan ikrar Hippokratik untuk pengamal perubatan, yang masih relevan dan masih digunakan pada hari ini. Beliau juga telah mengkategorikan penyakit-penyakit kepada penyakit akut, kronik, endemic, dan epidemic, dan menggunakan terma-terma seperti “eksaserbasi, relaps, resolusi, krisis, paroksisme, puncak, dan pemulihan”.[30][31] Pakar perubatan Yunani Galen juga seorang daripada pakar bedah terhebat pada zaman kuno, dan telah berani melakukan pelbagai pembedahan, seperti pembedahan mata dan otak. Selepas kejatuhan empayar Rom Barat dan kebangkitan Zaman Pertengahan Awal, tradisi perubatan Yunani telah jatuh di Eropah Barat, walaupun perkembangannya diteruskan di empayar Rom Timur (Byzantine). Kebanyakan pengetahuan mengenai perubatan Ibrani kuno pada millennium pertama SM datang daripada kitab Taurat, iaitu satu daripada lima kitab Nabi Musa, yang mempunyai pelbagai ritual dan perundangan mengenai kesihatan. Sumbangan masyarakat Ibrani kepada pembangungan perubatan moden bermula pada era Byzantine, dengan pakar perubatan Asaph sang Yahudi.[32]

Zaman Pertengahan

[sunting | sunting sumber]
Manuskrip Al-Risalah al-Dhahabiah oleh Ali al-Ridha, Imam kelapan untuk Muslim Shia. Teks mengatakan: "Disertasi emas dalam perubatan yang dihantar oleh Imam Ali ibn Musa al-Ridha, sejahtera ke atasnya, kepada al-Ma'mun."

Selepas 750 TM, dunia Islam telah mendapat hasil-hasil karya Hippocrates, Galen, dan Sushruta yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Ara, dan pakar-pakar perubatan Islam telah bergiat dalam beberapa kajian perubatan yang penting. Antara perintis perubatan Islam yang terkenal ialah Ibn Sina, seorang polymath (pakar dalam segala bidang) Parsi, yang bersama Imhotep dan Hippocrates, digelar “bapa perubatan".[33] Dia telah mengarang Kanun Perubatan, yang dianggap antara buku-buku terkenal dalam sejarah perubatan.[34] Pakar perubatan yang lain termasuklah Abu al-Qasim

[35] Ibn Zuhr,[36] Ibn al-Nafis,[37] and Ibn Rushd.[38] Ar-Razi[39] mempersoalkan teori Yunani mengenai humorisme, walaupun ia masih berpengaruh dalam perubatan Barat dan Islam pada zaman itu.[40] Al-Risalah al-Dhahabiah oleh Ali al-Ridha, Imam Kelapan Muslim Shia, dianggap sebagai sastera paling berharga dalam Sains Perubatan.[41] The Persian Bimaristan hospitals were an early example of public hospitals.[42][43] Di Eropah, Charlemagne memerintahkan bahawa sesebuah hospital perlu disertakan bersama katedral dan biara, dan sejarawan Geoffrey Blainey menyamakan aktiviti-aktiviti Gereja Katolik dalam jagaan kesihatan pada Zaman Pertengahan seperti versi awal bagi negeri berkebajikan. “Ia menguruskan hospital untuk orang-orang tua, dan rumah anak-anak yatim bagi kanak-kanak; hospis untuk orang-orang sakit dari semua peringkat umur; tempat untuk pesakit kusta; dan asrama atau rumah penginapan bagi penziarah mendapatkan tempat tidur dan makanan dengan murah”. Ia membekalkan makanan kepada masyarakat ketika kebuluran dan membahagikan makanan kepada orang-orang miskin. Sistem kebajikan gereja ini dibiayai melalui cukai-cukai yang dikumpul dalam skala yang besar, selain memiliki estet dan ladang yang besar. Mazhab Santa Benedict terkenal dengan menyediakan hospital dan rumah sakit di biara-biara mereka, dan menanam herba-herba perubatan dan menjadi ketua dalam memberikan jagaan perubatan di daerah mereka, di Abbey the Cluny. Gereja juga menubuhkan beberapa sekolah katedral dan universiti di mana perubatan diajar. Scholar Medica Salernitana di Salerna, yang mengajar pakar-pakar perubatan Yunani dan Arab, berkembang menjadi sekolah perubatan terbaik di Eropah pada Zaman Pertengahan.[44]

Panorama of Siena's Santa Maria della Scala Hospital, salah sebuah hospital terbesar di Eropah. Pada Zaman Pertengahan, Gereja Katolik menubuhkan universiti-universiti untuk mengembalikan pengajian-pengajian sains – ini telah menarik minat pakar-pakar perubatan Yunani dan Arab untuk mempelajari perubatan.

Walau bagaimanapun, pada abad ke-14 dan -15, Maut Hitam telah memusnahkan kedua-dua Timur Tengah dan Eropah, dan ia diperkatakan Eropah Barat adalah lebih efektif dalam menangani pandemik tersebut daripada Timur Tengah.[45] Para awal zaman moden, beberapa individu yang penting dalam perubatan dan anatomi telah muncul di Eropah, seperti Gabrielle Falloppio dan William Harvey Anjakan terbesar dalam pemikiran perubatan ialah penolakan berkala, terutama ketika Maut Hitam pada abad ke-14 dan -15, yang juga dikenali sebagai pendekatan ‘autoriti tradisional’ untuk sains dan perubatan. Ini adalah kepercayaan bahawa jika apa yang dikatakan oleh seseorang yang penting di masa lampau seharusnya betul, dan itu seharusnya apa yang terjadi, dan apa yang dilihat berlainan dianggap sebagai anomali (perkara ini berlaku bersama anjakan masyarakat Eropah secara – lihat penolakan Copernicus terhadap teori Ptolemy terhadap astronomi). Pakar-pakar perubatan seperti Vesalius memperbaik dan menolak sesetengah teori dari masa lampau. Kitab-kitab besar yang digunakan oleh pelajar-pelajar perubatan dan pakar-pakar perubatan adalah Materia Medica dan Pharmacopoeia. Andreas Vesalius adalah pengarang “De humani corporis fabrica”, sebuah buku yang penting tentang anatomi manusia.[46] Bakteria dan mikroorganisma pertama kali dilihat melalui mikroskop oleh Antonie van Leeuwenhoek pada1676, dan ini mencetuskan bidang saintifik microbiologi.[47] Berbeza daripada karya Ibn al-Nafis, Michael Servetus menemui kitaran pulmonari, tetapi penemuan ini tidak mencapai masyarakat awam kerana ia telah ditulis pada kali pertama dalam "Manuskrip Paris" pada 1546, dan kemudiannya diterbitkan dalam karya teologi yang telah dibayar dengan nyawanya pada 1553. Hal ini kemudian diterangkan oleh Renaldus Columbus dan Andrea Cesalpino. Herman Boerhaave yang juga digelar sebagai "bapa fisiologi" oleh kerana pengajaran hebatnya di Leiden dan buku teks 'Institutiones medcae' (1708). Pierre Fauchard telah digelar"bapa pergigian moden".[48]

Paul-Louis Simond menyuntik vaksin wabak di Karachi, 1898

Perubatan veterinari telah dipisahkan daripada perubatan manusia pada 1761, ketika seorang ahli veterinari Perancis Claude Bourgelat menubuhkan sekolah veterinari pertama di dunia di Lyon, Perancis. Sebelum ini, doktor perubatan merawat kedua-dua manusia dan haiwan. Kajian bioperubatan saintifik moden (di mana keputusannya boleh diuji dan boleh diulangi semula mula menggantikan tradisi Barat awal berasaskan herba-herba, “4 humor-humor” Yunani dan kepercayaan pra-kemodenan yang lain. Era moden benar-benar bermula dengan penemuan vaksin cacar oleh Edward Jenner pada akhir kurun ke-18 (dengan inspiriasi daripada teknik inokulasi yang berasal dari Asia), penemuan sebaran penyakit oleh bakteria oleh Robert Koch pada 1880, dan penemuan antibiotik pada 1900. Zaman kemodenan selepas kurun ke-18 melahirkan lebih ramai pengkaji-pengkaji hebat dari Eropah. Dari Jerman dan Austria, doktor Rudolf Virchow, Wilhelm Conrad Rontgen, Karl Landsteiner, dan Otto Loewi memberi banyak sumbangan penting. Di United Kingdom, Alexander Fleming, Joseph Lister, Francis Crick, dan Florence Nightingale dianggap sebagai individu-individu penting. Doktor Sepanyol Santiago Ramon y Cajall dianggap sebgai bapa kepada neurosains moden. Dari New Zealand dan Australia, terdapat Maurice Wilkins, Howard Florey, dan Frank Macfarlane Burnett. William Williams Keen, William Coley, dan James D. Watson di Amerika Syarikat, Salvador Luria di Itali, Alexander Yersin di Switzerland, Kitasato Shibasaburo di Jepun, dan Jean-Marie Charcot, Claude Bernard, Paul Broca di Perancis telah banyak memberi sumbangan penting. Tidak dilupakan juga Nikolai Korotkov dari Rusia, dan Sir William Osler dan Harvey Cushing.

Bersama perkembangan sains dan teknologi, perubatan menjadi lebih bergantung kepada ubat-ubatan. Menuruti sejarah di Eropah sehingga akhir kurun ke-18, bukan sahaja hasil-hasil haiwan dan tumbuh-tumbuhan digunakan sebagai ubat, malahan bahagian-bahagian dan bendalir dari manusia.[49] Farmakologi berkembang daripda herbalisme dan sebahagian ubat-ubatan masih terhasil daripada tumbuh-tumbuhan seperti atropin, ephedrin, warfarin, aspirin, digoxin, alkaloid vinka,[50] taxol, hiosina, etc.).[51] Vaksin-vaksin telah ditemui oleh Edward Jenner dan Louis Pasteur. Antibiotik pertama (arsphenamine, Salvarsan) ditemui oleh Paul Ehrlich pada 1908 apabila beliau mendapati pencelup-pencelup toksik telah memberi kesan kepada bakteria, sementara tidak memberi kesan kepada sel-sel manusia. Kelas antibiotik besar yang pertama ialah drug sulfa, yang dijumpai oleh ahli kimia Jerman melalui penggunaan pencelup-pencelup azo. Bidang farmakologi kini kian menjadi canggih; bioteknologi moden membolehkan drug-drug yang ditujukan untuk proses-proses fisiologi yang tertentu untuk dihasilkan, dan kadangkalanya direka bersesuaian kepada tubuh badan bagi mengurangkan kesan-kesan sampingan. Genomik dan pengetahuan tentang genetik manusia juga mempengeruhi bidang perubatan, dengan gen-gen penyebab bagi kebanyakan penyakit genetik monogenik (kerosakan pada satu gen) telah ditemui, dan pembangunan teknik-teknik dalam biologi molekul dan genetik kini mempengaruhi teknologi, praktis, dan membuat keputusan dalam perubatan. Perubatan berasaskan bukti merupakan pergerakan kontemporari dalam merangka lebih banyak algoritma-algoritma yang efektik dalam praktis melalalui penggunaan penilaian sistematik dan analisis meta. Pergerakan ini dibantu oleh sains informasi global moden, yang membolehkan sebanyak mungkin bukti-bukti sedia ada untuk dikumpul dan dianalisis mengikut protokol standard yang telah diberikan kepada pekerja-pekerja kesihatan. Kolaborasi Cochrane telah menerajui pergerakan ini. Menurut 160 penilaian sistematik Cochrane pada tahun 2001, menurut dua orang pembaca, 21.3% daripada penilaian-penilain tersebut mempunyai kurang bukti, 20% menemui bukti tidak memberi sebarang kesan, 22.5% telah menemui kesan yang positif.[52]

  1. ^ "Dictionary, medicine". Dicapai pada 2 Disember 2013.
  2. ^ Colquhoun, D; Novella S (2013). "Acupuncture is a theatrical placebo: the end of a myth" (PDF). Anesthesia & Analgesia. 116 (6): 1360–1363. doi:10.1213/ANE.0b013e31828f2d5e. PMID 23709076.
  3. ^ "Acupuncture (PDQ®)". National Cancer Institute. Dicapai pada 15 September 2013.
  4. ^ WHO Dept. of Essential Drugs and Medicines Policy (2002). "Traditional medicine: growing needs and potential". World Health Organization.
  5. ^ El Dib RP, Atallah AN, Andriolo RB (August 2007). "Mapping the Cochrane evidence for decision making in health care". J Eval Clin Pract. 13 (4): 689–92. doi:10.1111/j.1365-2753.2007.00886.x. PMID 17683315.
  6. ^ a b Coulehan JL, Block MR (2005). The Medical Interview: Mastering Skills for Clinical Practice (ed. 5th). F. A. Davis. ISBN 0-8036-1246-X. OCLC 232304023.
  7. ^ Addison K, Braden JH, Cupp JE, Emmert D, Hall LA, Hall T, Hess B, Kohn D, Kruse MT, McLendon K, McQueary J, Musa D, Olenik KL, Quinsey CA, Reynolds R, Servais C, Watters A, Wiedemann LA, Wilkins M, Wills M, Vogt NE (September 2005). "Update: Guidelines for Defining the Legal Health Record for Disclosure Purposes". Journal of AHIMA. 76 (8): 64A–G. PMID 16245584. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 March 2008.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  8. ^ What Are Symptoms? What Are Signs?. Medical News Today.
  9. ^ "Assessing patients effectively: Here's how to do the basic four techniques". Nursing2014.
  10. ^ Grembowski DE, Diehr P, Novak LC, dll. (August 2000). "Measuring the "managedness" and covered benefits of health plans". Health Serv Res. 35 (3): 707–34. PMC 1089144. PMID 10966092.
  11. ^ Blainey, Geoffrey (2011). A Short History of Christianity. Penguin Viking. OCLC 793902685.[halaman diperlukan]
  12. ^ "Insuring America's Health: Principles and Recommendations". Institute of Medicine at the National Academies of Science. 14 Jan 2004. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 October 2009. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  13. ^ "The Case For Single Payer, Universal Health Care for the United States". Cthealth.server101.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-23. Dicapai pada 4 May 2009.
  14. ^ Martin Sipkoff (January 2004). "Transparency called key to uniting cost control, quality improvement". Managed Care.
  15. ^ Laokri S, Weil O, Drabo KM, Dembelé SM, Kafando B, Dujardin B (April 2013). "Removal of user fees no guarantee of universal health coverage: observations from Burkina Faso". Bull. World Health Organ. 91 (4): 277–82. doi:10.2471/BLT.12.110015. PMC 3629451. PMID 23599551.
  16. ^ Chou, Y. J.; Yip, Winnie C.; Lee, Cheng-Hua; Huang, Nicole; Sun, Ying-Pei; Chang, Hong-Jen (September 2003). "Impact of separating drug prescribing and dispensing on provider behaviour: Taiwan's experience". Health Policy and Planning. 18 (3): 316–329. ISSN 0268-1080. PMID 12917273.
  17. ^ internal medicine di Kamus Perubatan Dorland
  18. ^ Fowler, H.W. (1994). A Dictionary of Modern English Usage (Wordsworth Collection) (Wordsworth Collection). NTC/Contemporary Publishing Company. ISBN 1-85326-318-4.
  19. ^ "The Royal Australasian College of Physicians: What are Physicians?". Royal Australasian College of Physicians. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 March 2008. Dicapai pada 5 Feb 2008.
  20. ^ "therapeutics (medicine)". Britannica Online Encyclopedia. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 December 2007. Dicapai pada 21 Apr 2012. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  21. ^ Ackerknecht, Erwin (1982). A Short History of Medicine. JHU Press. m/s. 22. ISBN 978-0-8018-2726-6.
  22. ^ Hong, Francis (2004). "History of Medicine in China" (PDF). McGill Journal of Medicine. 8 (1): 7984. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 1 December 2013. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  23. ^ Unschuld, Pual (2003). Huang Di Nei Jing: Nature, Knowledge, Imagery in an Ancient Chinese Medical Text. University of California Press. m/s. ix. ISBN 978-0-520-92849-7.
  24. ^ Singh, A.; Sarangi, D. (2003). "We need to think and act". Indian Journal of Plastic Surgery. 36 (1): 53–54.
  25. ^ Rana RE, Arora BS (2002). "History of Plastic Surgery in India". Journal of Postgraduate Medicine. 48 (1): 76–8. PMID 12082339.
  26. ^ Aluvihare, Arjuna (November 1993) "Rohal Kramaya Lovata Dhayadha Kale Sri Lankikayo" Vidhusara Science Magazine.
  27. ^ Resource Mobilization in Sri Lanka's Health Sector – Rannan-Eliya, Ravi P. & De Mel, Nishan, Harvard School of Public Health & Health Policy Programme, Institute of Policy Studies (Sri Lanka), February 1997, Page 19. Accessed 22 Feb 2008.
  28. ^ Grammaticos PC, Diamantis A (2008). "Useful known and unknown views of the father of modern medicine, Hippocrates and his teacher Democritus". Hell J Nucl Med. 11 (1): 2–4. PMID 18392218.
  29. ^ The father of modern medicine: the first research of the physical factor of tetanus Diarkibkan 18 November 2011 di Wayback Machine, European Society of Clinical Microbiology and Infectious Diseases
  30. ^ Garrison, Fielding H. (1966). History of Medicine. Philadelphia: W.B. Saunders Company. m/s. 97.
  31. ^ Martí-Ibáñez, Félix (1961). A Prelude to Medical History. New York: MD Publications, Inc. m/s. 90. Library of Congress ID: 61-11617.
  32. ^ Vaisrub, Samuel; A. Denman, Michael; Naparstek, Yaakov; Gilon, Dan (2008). "Medicine". Encyclopaedia Judaica. The Gale Group.
  33. ^ Becka J (1980). "The father of medicine, Avicenna, in our science and culture: Abu Ali ibn Sina (980–1037) (Czech title: Otec lékarů Avicenna v nasí vĕdĕ a kulture)". Cas Lek Cesk (dalam bahasa Czech). 119 (1): 17–23. PMID 6989499.
  34. ^ ""The Canon of Medicine" (work by Avicenna)". Encyclopædia Britannica. 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 May 2008. Dicapai pada 11 Jun 2008. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan); Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  35. ^ Ahmad, Z. (St Thomas' Hospital) (2007). "Al-Zahrawi – The Father of Surgery". ANZ Journal of Surgery. 77 (Suppl. 1): A83. doi:10.1111/j.1445-2197.2007.04130_8.x.
  36. ^ Abdel-Halim RE (2006). "Contributions of Muhadhdhab Al-Deen Al-Baghdadi to the progress of medicine and urology. A study and translations from his book Al-Mukhtar". Saudi medical journal. 27 (11): 1631–1641. PMID 17106533.
  37. ^ "Chairman's Reflections: Traditional Medicine Among Gulf Arabs, Part II: Blood-letting". Heart Views. 5 (2): 74–85 [80]. 2004. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 March 2013. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  38. ^ Martín-Araguz A, Bustamante-Martínez C, Fernández-Armayor Ajo V, Moreno-Martínez JM (1 May 2002). "Neuroscience in al-Andalus and its influence on medieval scholastic medicine". Revista de neurología (dalam bahasa Spanish). 34 (9): 877–892. PMID 12134355.CS1 maint: unrecognized language (link)
  39. ^ Tschanz, David W. (2003). "Arab(?) Roots of European Medicine". Heart Views. 4 (2). copy Diarkibkan 30 November 2004 di Wayback Machine
  40. ^ On the dominance of the Greek humoral theory, which was the basis for the practice of bloodletting, in medieval Islamic medicine Pormann, Peter E.; Smith, E. Savage (2007). Medieval Islamic medicine. Washington DC: Georgetown University. m/s. 10, 43–45. OL 12911905W.
  41. ^ Muhammad Jawad Fadlallah. Imam ar-Ridha', A Historical and Biographical Research. Al-islam.org. Yasin T. Al-Jibouri. Dicapai pada 18 Jun 2014.
  42. ^ Micheau, Françoise. "The Scientific Institutions in the Medieval Near East": 991–2. Cite journal requires |journal= (bantuan), in (Morelon & Rashed 1996, pp. 985–1007)
  43. ^ Peter Barrett (2004). Science and Theology Since Copernicus: The Search for Understanding. Continuum International Publishing Group. m/s. 18. ISBN 0-567-08969-X.
  44. ^ Blainey, Geoffrey (2011). A Short History of Christianity. Penguin Viking. m/s. 214–215. OCLC 793902685.
  45. ^ Michael Dols has shown that the Black Death was much more commonly believed by European authorities than by Middle Eastern authorities to be contagious; as a result, flight was more commonly counseled, and in urban Italy quarantines were organized on a much wider level than in urban Egypt or Syria (Michael W. Dols (1977). The Black Death in the Middle East. Princeton. m/s. 119, 285–290. OCLC 2296964.).
  46. ^ "Page through a virtual copy of Vesalius's De Humanis Corporis Fabrica". Archive.nlm.nih.gov. Dicapai pada 21 Apr 2012.
  47. ^ Brock Biology of Microorganisms (ed. 11th). Prentice Hall. 2006. ISBN 0-13-144329-1. Unknown parameter |editors= ignored (bantuan)
  48. ^ Lynch CD, O'Sullivan VR, McGillycuddy CT (2006). "Pierre Fauchard: The 'Father of Modern Dentistry'". British Dental Journal. 201 (12): 779–81. doi:10.1038/sj.bdj.4814350. PMID 17183395.
  49. ^ Cooper, Peter (2004). "Medicinal properties of body parts". The Pharmaceutical Journal. 273 (7330): 900–902. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 December 2008. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  50. ^ van Der Heijden, Robert; Jacobs, Denise I.; Snoeijer, Wim; Hallard, Didier; Verpoorte, Robert (2004). "The Catharanthus alkaloids: Pharmacognosy and biotechnology". Current Medicinal Chemistry. 11 (5): 607–628. doi:10.2174/0929867043455846. PMID 15032608.
  51. ^ Atanasov AG, Waltenberger B, Pferschy-Wenzig EM, Linder T, Wawrosch C, Uhrin P, Temml V, Wang L, Schwaiger S, Heiss EH, Rollinger JM, Schuster D, Breuss JM, Bochkov V, Mihovilovic MD, Kopp B, Bauer R, Dirsch VM, Stuppner H (2015). "Discovery and resupply of pharmacologically active plant-derived natural products: A review". Biotechnol. Adv. 33: 1582–614. doi:10.1016/j.biotechadv.2015.08.001. PMC 4748402. PMID 26281720. Cite has empty unknown parameter: |1= (bantuan)
  52. ^ Ezzo J, Bausell B, Moerman DE, Berman B, Hadhazy V (2001). "Reviewing the reviews. How strong is the evidence? How clear are the conclusions?". Int J Technol Assess Health Care. 17 (4): 457–466. PMID 11758290.