Kolej Poly-Tech MARA
Kolej Poly-Tech MARA (KPTM), ialah sebuah institusi pendidikan di Malaysia yang ditubuhkan oleh Kolej Poly-Tech MARA Sdn. Bhd., KPTMSB (547467-W) dan didaftarkan sebagai sebuah Institusi Pendidikan Tinggi Swasta di bawah Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555).
Kolej Poly-Tech Mara Sdn. Bhd. (KPTMSB) merupakan sebuah syarikat yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 menurut kehendak Seksyen 12(1) Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555) dan milik penuh Majlis Amanah Rakyat (MARA).
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Sebelum ini, Kolej Poly-Tech MARA dikenali sebagai Kolej Yayasan Pelajaran MARA. Pada 1 September 2003, namanya telah ditukar secara rasmi kepada Kolej Poly-Tech MARA. Ia mempunyai 1 kolej universiti dan 7 kolej cawangan yang mengendalikan program-program sepenuh masa iaitu:-
- Universiti Poly-Tech Malaysia (Dinaiktaraf dari Kolej Poly-Tech MARA Kuala Lumpur mulai Oktober 2015)
- Kolej Poly-Tech MARA Kuantan
- Kolej Poly-Tech MARA Bangi
- Kolej Poly-Tech MARA Kota Bharu
- Kolej Poly-Tech MARA Alor Star
- Kolej Poly-Tech MARA Ipoh
- Kolej Poly-Tech MARA Batu Pahat[pautan mati kekal]
Identiti
[sunting | sunting sumber]Visi
[sunting | sunting sumber]Menjadi sebuah Institusi Pendidikan Tinggi pilihan tempatan dan serantau
Misi
[sunting | sunting sumber]- Memupuk kecemerlangan akademik dan keusahawanan ke arah mencapai potensi individu yang optimum.
- Menerajui pendidikan holistik melalui penerimaan dan pengiktirafan global.
Moto
[sunting | sunting sumber]Kecemerlangan Kerjaya Bermula di KPTM
Ahli lembaga pengarah
[sunting | sunting sumber]YBhg. Datuk Dr. Roziah binti Omar
- Pengerusi
YBhg. Puan Nor Uyon binti Shoib
- Pengarah
YBhg. Encik Luqman bin Ahmad
- Pengarah
YBhg. Encik Mohd Nazri bin Mohd Deni
- Pengarah
YBhg. Dato' Ally Azwin Bin Dato' Haji Abdul Hamid
- Pengarah
YBhg. Encik Ismail bin Haji Junuh
- Pengarah