Republik Sosialis Soviet Uzbekistan
Republik Sosialis Soviet Uzbekistan Узбекская Советская Социалистическая Республика Ўзбекистон Совет Социалистик Республикаси | |||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Republik di Kesatuan Soviet | |||||||||||||
1924–1991 | |||||||||||||
| |||||||||||||
Antem | |||||||||||||
Lagu Kebangsaan RSS Uzbekistan | |||||||||||||
Ibu kota | Samarkand (1924–30) Tashkent (1930–91) | ||||||||||||
Keluasan | |||||||||||||
• 1989 | 447,400 km2 (172,700 bt2) | ||||||||||||
Populasi | |||||||||||||
• 1989 | 19906000 | ||||||||||||
History | |||||||||||||
Kerajaan | |||||||||||||
• Jenis | Republik Sosialis Soviet | ||||||||||||
• Moto | Butun dunyo proletarlari, birlashingiz! Бутун дунё пролетарлари, бирлашингиз! "Kaum buruh dunia, bersatu!" | ||||||||||||
Setiausaha Agung | |||||||||||||
• 1925–1927 | Vladimir Ivanovich Ivanov | ||||||||||||
• 1989–1991 | Islam Karimov | ||||||||||||
Badan perundangan | Soviet Agung | ||||||||||||
Sejarah | |||||||||||||
• Ditubuhkan | 27 Oktober 1924 | ||||||||||||
• Dinamakan Republik Uzbekistan | 1 September 1991 | ||||||||||||
• Kemerdekaan | 25 Disember 1991 | ||||||||||||
| |||||||||||||
Hari ini sebahagian daripada | Uzbekistan |
Republik Sosialis Soviet Uzbekistan (RSS Uzbekistan) (Uzbek: Ўзбекистон Совет Социалистик Республикаси O`zbekiston Sovet Sotsialistik Respublikasi, Rusia: Узбекская Советская Социалистическая Республика Uzbekskaya Sovetskaya Sotsialisticheskaya Respublika) adalah salah satu daripada republik Kesatuan Soviet. Republik ini ditubuhkan pada 1924 dan tamat pada tahun 1991 selepas pembubaran Kesatuan, negara ini mencapai kemerdekaan dan diberi nama Republik Uzbekistan.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 1924, sempadan unit politik diubah mengikut kawasan etnik yang ditentukan oleh komisar kebangsaan Lenin, Joseph Stalin. Republik Autonomi Sosialis Soviet Turkestan (RASS Turkestan), Republik Soviet Rakyat Bukhara dan Republik Soviet Rakyat Khorezm telah dihapuskan dan dibahagikan kepada lima buah republik Sosialis Soviet yang baharu. Salah satunya ialah RSS Uzbekistan yang ditubuhkan pada 27 Oktober 1924. Pada tahun selepasnya, republik ini menjadi sebahagian daripada republik Kesatuan Soviet.
Kawasan RSS Uzbekistan termasuk Republik Autonomi Sosialis Soviet Tajikistan (RASS Tajikistan) sehingga tahun 1929 setelah RASS Tajikistan mendapat pengiktirafan negara yang setaraf dengan RSS Uzbekistan. Pada tahun 1930, ibu negara republik ini telah diperbesarkan dengan pertambahan wilayah Republik Autonomi Sosialis Soviet Karakalpak (RASS Karakalpak) ke dalam RSS Uzbekistan yang telah diambil daripada Republik Sosialis Soviet Kazakhstan (RSS Kazakhstan). Proses tersebut berada dalam peringkat terakhir persempadanan dalam republik di Kesatuan Soviet.
Pada 1928, pengkolektifan tanah ke dalam ladang negeri telah dimulakan sehingga 1930-an. Pada 1937 hingga 1938 ketika Penyingkiran Besar, beberapa nasinalis yang didakwa telah dihukum mati termasuk Faizullah Khojaev, perdana menteri yang pertama.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Republik Sosialis Soviet Uzbekistan. |