Pergi ke kandungan

Rangkaian kawasan persendirian

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Rangkaian Kawasan Persendirian (bahasa Inggeris: Personal Area Network, PAN) ialah rangkaian komputer yang digunakan untuk komunikasi antara peranti komputer (termasuk telefon dan PDA) yang berhampiran dengan seseorang pengguna. Jarak rangkaian PAN hanya dalam beberapa meter sahaja. PAN boleh digunakan untuk komunikasi antara alat persendirian mereka sendiri (komunikasi intrapersendirian), atau untuk sambungan kepada rangkaian tahap tinggi dan Internet (laluan menaik).

Rangkaian kawasan persendirian boleh disambungkan dengan bas komputer seperti USB dan FireWire. Rangkaian kawasan persendirian tanpa wayar (WPAN) juga boleh dibina dengan menggunakan peralatan teknologi rangkaian seperti IrDA, Bluetooth, UWB, Z-Wave dan ZigBee.

Teknologi

[sunting | sunting sumber]

Rangkaian kawasan persendirian Bluetooth (Bluetooth PAN) juga dikenali sebagai piconet, dan adalah gabungan dari 8 peralatan aktif di dalam satu hubungan. Piconet biasanya dalam lingkungan 10 meter, walau bagaimanapun lingkungan ini boleh menjangkau sehingga 100 meter apabila berada di dalam sesuatu keadaan.

Skinplex , juga merupakan salah satu teknologi PAN, Skinplex boleh mengesan dan berhubung lebih dari satu meter dari pengguna. Ia biasanya digunakan untuk akses kawalan untuk kunci pintu dan kawalan untuk membuka bumbung kereta.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  • Intrabody Signalling oleh Tom Zimmerman dan Neil Gershenfeld
  • ASPAN - Generasi Rangkaian Kawasan Persendirian Seterusnya
  • smartnfc.com - Komunikasi Intrabody dan rangkaian kawasan persendirian