Selamat datang ke Portal Sains komputer! Kami sedang giat mengumpulkan sukarelawan untuk mengembangkan portal ini. Anda dialu-alukan untuk mencipta dan menyunting seberapa banyak rencana yang boleh untuk dimuatkan dalam ruangan Rencana pilihan kami. Jika anda ingin menyumbang, sila lihat Kerjasama bulan ini.
Sains komputer ialah satu kajian terhadap asas teori maklumat dan pengiraan serta pelaksanaan dan penggunaannya di dalam sistem komputer. Terdapat banyak bidang yang berkembang luas di bawah disiplin ilmu sains komputer; sebilangannya menekankan pengiraan hasil-hasil tertentu (seperti grafik komputer), manakala sebilangan yang lain pula (seperti teori kerumitan pengiraan) berkait dengan ciri-ciri masalah pengkomputeran. Ada juga bidang yang memfokuskan terhadap cabaran-cabaran dalam melaksanakan pengiraan berkomputer. Sebagai contoh, kajian teori bahasa pengaturcaraan mengambil pendekatan dengan menggambarkan suatu pengiraan, manakala pengaturcaraan komputer pula menggunapakai bahasa pengaturcaraan tertentu untuk menyelesaikan beberapa masalah pengiraan yang konkrit.
Mesej ralat HTTP 404', 404 Not Found, 404, Page Not Found, atau Server Not Found adalah kod respons standardHypertext Transfer Protocol (HTTP), dalam komunikasi rangkaian komputer, untuk menunjukkan bahawa penyemak imbas dapat berkomunikasi dengan pelayan tertentu, tetapi pelayan tidak dapat menemui apa yang diminta. Kesalahan itu juga dapat digunakan ketika pelayan tidak ingin mengungkapkan sama ada ia mempunyai maklumat yang diminta.
... bahawa kontroversi penamaan GNU/Linux merujuk kepada perbahasan yang berterusan terhadap nama yang sepatutnya diberikan kepada sistem pengendalian yang dibina dengan menggabungkan GNU dan Linux?
... bahawa ciri keselamatan dalam algoritmapenyulitanMD5 dipersoalkan sejak beberapa kelemahan besar ditemui pada tahun 2005?
... bahawa selain Linux, Linus Torvalds juga membangunkan sebuah perisian kawalan versi yang dinamakan Git?