Pergi ke kandungan

Jalur lebar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Jalur lebar (bahasa Inggeris: broadband) adalah medium yang menyambungkan komunikasi berkeupayaan tinggi. Ia berbeza dengan jalur sempit (narrowband); kedua istilah merujuk kepada kelebaran spektrum frekuensi tersedia untuk penggunaan komunikasi. Contoh yang nyata adalah ADSL, di mana 'suara' dan data berkongsi bahagian yang berlainan dalam dawai kuprum ('suara' dikendalikan di bawah frekuensi 3.3 kHz manakala data dikendalikan di atas 138 kHz).[1]

Kelebihan

[sunting | sunting sumber]

Dengan menggunakan jalur lebar, sesuatu laman boleh dimuat turun lebih pantas berbanding talian dail. Ia membolehkan kita menghantar maklumat ataupun menerima dengan pantas sehingga 40 kali ganda lebih pantas jika dibandingkan dengan modem berkeupayaan 56kbps.

Sungguhpun pelbagai jalur lebar minima telah digunakan bagi mentakrif jalur lebar, julat antara 64 kbit/s sehingga 2.0 Mbit/s[1], laporan OECD 2006 adalah biasa mentakrifkan jalur lebar sebagai memiliki kadar pemindahan data muat turun sama atau melebihi 256 kbit/s, sementara United States (US) Federal Communications Commission (FCC) pada 2009, mentakrifkan "Jalur lebar Asas" sebagai kelajuan penghantaran data melabihi 768 kilobit per saat (Kbps), atau 768,000 bit/saat, sekurang-kurangnya satu arah: muat turun (dari Internet kepada komputer pengguna) atau muat naik (daripada komputer pengguna ke Internet). Fesyen adalah untuk meningkatkan tahap definasi jalur lebar ketika pasaran melancarkan perkhidmatan yang lebih pantas.

Kadar data ditakrifkan dari segi muat turun maksima kerana beberapa teknologi jalur lebar pengguna biasa seperti ADSL adalah "asymmetric"—menyokong kadar data muat naik maksima yang lebih perlahan berbanding muat turun.

"Kadar penembusan jalur lebar" kini dianggap sebagai petunjuk ekonomi utama.

Dalam hal data eletronik pula, kesan yag sama boleh diperolehi dengan teknologi kabel yang maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia semakin berubah dengan pelbagai inovasi hasil sains dan teknologi.

Internet jalur lebar

[sunting | sunting sumber]

Jalur lebar juga digunakan untuk merujuk kepada capaian Internet jalur lebar, di mana sambungan untuk capaian adalah lebih tinggi berbanding modem telefon (56 kbit/s). Istilah jalur lebar digunakan bagi merujuk kepada sambungan 512 kbit/s atau lebih tinggi, walaupun sesetengah Internet Service Provider (ISP) telah mengiklankan perkhidmatan dengan lebar jalur (bandwidth) yang kurang kerana tidak terdapat kadar bit (bitrate) yang ditakrifkan dalam industri komunikasi.

Multiplexing

[sunting | sunting sumber]

Komunikasi boleh menggunakan beberapa saluran fizikal berlainan serentak; ini adalah multiplexer capaian pelbagai (multiplexing for multiple access). Saluran sedemikian boleh dibezakan setiap satunya melalui masa - multiplexer pembahagian masa (time division multiplexing) atau TDMA, dalam frekuensi pembawa - multiplexer pembahagian frekuensi (frequency division multiplexing) atau FDMA, atau multiplexer pembahagian panjang gelombang (wavelength division multiplexing) WDM, atau dalam kaedah capaian multiplexer pembahagian kod (code division multiplexing) atau CDMA. Setiap saluran yang mengambil bahagian dalam multiplexing exercise adalah dari segi takrifan merupakan jalur sempit (kerana tidak menggunakan seluruh lebar jalur medium), manakala jika seluruh saluran dilihat secara sekaligus dan digunakan untuk tujuan komunikasi yang sama, maka ia boleh dipanggil sebagai jalur lebar.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Faizal, Mohd (2024-07-15). "Senarai Pelan Jalur Lebar Terbaik di Malaysia 2024" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-07-24.