R. Ismail
Allahyarham Tuan Haji R. Ismail | |
---|---|
اسماعيل بن عبدالرحمن | |
Kelahiran | Ismail bin Abdul Rahman 1 Julai 1937 |
Meninggal dunia | 13 September 2020 Hospital Besar Sengkang, Singapura | (umur 83)
Sebab kematian | Komplikasi dari kegagalan jantung, buah pinggang dan paru-paru |
Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Pusara Aman (Abadi), Lim Chu Kang, Singapura |
Warganegara | Singapura |
Terkenal kerana | Penyanyi asal lagu Gurindam Jiwa yang dibawa oleh pelakon Allahyarham Nordin Ahmad |
Pasangan | Rokiah Mat Shukor |
Anak-anak | Elfee Ismail, Iskandar Ismail, lagi 8 orang anak dan 13 cucu |
Kerjaya muzik | |
Genre | Lagu Melayu asli, Skor filem, Pop, Keroncong, Tradisional |
Pekerjaan | Penyanyi |
Instrumen | Vokal |
Tahun aktif | 1950-an hingga ke 2020 |
Syarikat rakaman | Malay Film Productions (Jalan Ampas), Singapura
Cathay-Keris Studio (Siglap), Singapura EMI, Singapura LIFE Records, Singapura Parlophone Label, Singapura Times Records (Olympic Records), Singapura Philips Records, Singapura |
Pengkarya berkait | Nordin Ahmad, Latifah Omar, S. Roomai Noor, Roseyatimah, Zubir Said, Kassim Masdor, P. Ramlee, Zainal S. Abbas, Ismail Kassim, Rafeah Buang, S. M. Salim, M. Daud Kilau, Ahmad Jais, Siti Nurhaliza, Saloma, Ahmad Daud, Rahim Jantan, Sharifah Aini, Hasnah Kana, Sanisah Huri, Ismail Haron, Aishah, Zaleha Hamid, Maznah Ali, M. Rosila, Sulaiman Idros, Sarena Hashim, Kartina Dahari, Rahimah Rahim, Mahani Mohamed Ali, Kamaliah Latiff, Eddie Ali, Wahid Satay, Junainah M. Amin, A. Mahady, 'Papa Rock' Dato' Ramli Sarip, Afidah Es, Yusni Hamid |
Almarhum Tuan Haji Ismail bin Abdul Rahman (Jawi: اسماعيل بن عبدالرحمن) atau lebih dikenali sebagai R. Ismail (1 Julai 1937 – 13 September 2020) merupakan seorang penyanyi Melayu era 1960-an dan awal 1970-an yang sering mendendangkan lagu-lagu di radio dan TV di Malaya dan Singapura.
Kehidupan awal
[sunting | sunting sumber]Dilahirkan di Singapura pada 1 Julai 1937 dengan nama Ismail Abdul Rahman, beliau adalah anak kepada penyanyi tahun 1930-an dan 1940-an iaitu A. Rahman.
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]R. Ismail banyak merakam lagu untuk soundtrack filem-filem keluaran Cathay Keris dan Shaw Brothers, dua syarikat gergasi perfileman di Singapura, selain merakam lagu untuk album-album beliau sendiri. Pelakon yang paling banyak meminjam suara R. Ismail untuk filem-filem lakonannya ialah Nordin Ahmad dalam Gurindam Jiwa kerana suara mereka seakan-akan sama.
Pada pertengahan tahun 1970-an, nama R. Ismail mula tenggelam dari persada seni suara Melayu dan beliau meneruskan kehidupannya sebagai pemandu lori di Singapura. Namun begitu, dengan kemunculan siaran Radio Klasik kelolaan Radio & Televisyen Malaysia (RTM), beliau muncul kembali dengan beberapa persembahannya sekali-sekala, sehingga akhirnya beliau memutuskan untuk menetap di Kuala Lumpur.
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Dua orang anaknya, Elfee Ismail dan Iskandar Ismail, turut mengikuti jejak langkah Ayahnya sebagai penyanyi di Singapura dan Malaysia.
Kematian
[sunting | sunting sumber]Pada 13 September 2020, beliau meninggal dunia di Hospital Besar Sengkang, Singapura akibat dari kegagalan jantung.[1]
Beliau akan ditanam pada pukul 9 pagi, hari Isnin bersamaan 25 Muharram 1442 Hijriah, 14 September 2020 di Tanah Perkuburan Islam Pusara Aman Abadi, Lim Chu Kang, Jalan Bahar, Singapura.
Anak beliau Aslina R. Ismail menyifatkan bapanya seorang yang penyayang dan sangat rapat dengan keluarga dalam kesibukan sebagai penyanyi.
"Dalam kalangan rakan artis juga, Aba disayangi. Ramai rakan artis di sini yang datang ziarah dan rakan artis di Malaysia yang menghubungi.
"Jika COVID-19 semakin pulih dan sempadan dibuka, rakan artis di Malaysia menyuarakan hasrat untuk datang ziarah ke sini," katanya.
Aslina turut memohon peminat penyanyi itu agar mendoakan supaya roh bapanya dicucuri rahmat.
Beliau turut memaklumkan bapanya meninggal dunia pada hari lahir ibunya yang ke-70 tahun, hari ini.[2]
Lagu
[sunting | sunting sumber]Antara rakaman lagu-lagu filem
- Menanti dan Tak Mungkin - duet dengan Rosiah Chik - filem: Laila Majnun keluaran Cathay Keris (awal 1960an)
- Nasib Malang - filem: Jula Juli Bintang Tujuh keluaran Cathay Keris (awal 1960an)
- Gurindam Jiwa - duet dengan Rafeah Buang - filem: Gurindam Jiwa keluaran Cathay Keris (1966)
- Kini Dah Tiba - duet dengan Rahimah Simin - filem: Bidasari keluaran Shaw Brothers (1965)
- Dari Hati Ke Hati - duet dengan Rafeah Buang - filem: Anak Buloh Betong keluaran Shaw Brothers (1966)
- Gelombang - dari drama Gelombang terbitan TV Singapura (1966)
Antara rakaman lagu-lagu ke piring hitam
- Chemburu, Ilham Penchipta, Budi Dan Chita - iringan John Lee Orchestra keluaran EMI (1966)
- Harapan Tinggi Menggunong, Aku Pergi Ta'kan Lama dan Khayalan-Ku - iringan The Pretenders keluaran Philips (1967)
- Seloka Budi - duet dengan Afida Es - iringan The Times keluaran Olympic Records (1969)
- Semarak Hati - duet dengan Maria Bachok - iringan The Times keluaran Olympic Records (1970)
- The Times Bersama Bintang2 Radio dan TV - iringan The Times keluaran Olympic Records (1970)
- Bulan Dan Juga Angin, Wanita Dan Teruna - duet dengan Siti Aishah - keluaran EMI (1973)
- Rakaman semula lagu-lagu filem Melayu lama keluaran Life Records (awal 1990an)
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Serimah Mohd Sallehuddin (13 September 2020). "R Ismail meninggal dunia". Berita Harian. Dicapai pada 14 September 2020.
- ^ BERNAMA (13 September 2020). "Penyanyi veteran Singapura R. Ismail meninggal dunia". Astro Awani. Dicapai pada 14 September 2020.