Pusat Bandar Puchong, Puchong
Penampilan
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pusat Bandar Puchong adalah sebuah taman perumahan yang terletak di Puchong, Selangor, Malaysia. Ia terletak berhampiran dengan IOI Mall, Puchong Jaya dan Bandar Kinrara. Hampir 70% penduduknya adalah berbangsa Cina. Terdapat 3 buah sekolah di perbandaran seluas 700 ekar ini iaitu Sekolah Kebangsaan Pusat Bandar Puchong 1, Sekolah Menengah Pusat Bandar Puchong dan Sekolah Kebangsaan Pusat Bandar Puchong 2. Terdapat juga sebuah Masjid dan Sekolah agama disini.