Prebet Lapok
Prebet Lapok | |
---|---|
Pengarah | Aziz Sattar |
Penulis | Aziz Sattar |
Dibintangi | |
Disunting oleh | Johari Ibrahim |
Muzik oleh | Kassim Masdor |
Diedarkan oleh | Indra Film Sdn Bhd |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 90 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Prebet Lapok merupakan sebuah filem komedi perang Malaysia yang diarah oleh Aziz Sattar. Ia menampilkan barisan pelakon seperti A.R. Badul, Azlina Aziz dan ramai lagi.
Prebet Lapok mula ditayangkan pada 10 April 1979 di pawagam seluruh negara dalam format filem warna.
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Kisah seorang pemuda yang nakal bernama Badul Lapok sering mengusik anak-anak dara di kampung dan kerana tidak mempunyai pekerjaan, ia dipujuk supaya memohon menjadi anggota tentera dan diterima. Semasa menjalani latihan ketenteraan di Port Dickson, banyak peristiwa lucu berlaku dan di dalam diam-diam seorang gadis telah terpikat dengan Badul. Dalam operasi menentang kemaraan komunis, Badul mempamerkan keberanian beliau dengan kejayaan menembak mati seorang pengganas komunis dan menawan dua orang komunis. Manakala, Kapten Zulkifli mengalami cedera parah akibat terkena periuk api semasa penyusupan ke kem musuh.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]- A. R. Badul sebagai Prebet Badul Lapok
- Azlina Aziz sebagai Azlina
- Tawil sebagai Prebet Tawil
- Aziz Sattar sebagai Aziz Lapok
- Raja Ismail sebagai Sarjan Ismail
- Ed Osmera sebagai Kapten Zulkifli
- Jastina sebagai Tina
- Yusof Latiff sebagai Bapa Tina
- Sanisah Huri sebagai penyanyi
Runut
[sunting | sunting sumber]- Hey Kawan - Kawan - Badul , Tawil dan rekrut2 PUSASDA Port Dickson diiringi Orkes Tentera Darat - OTD (sekarang Badan Kesenian Tentera Darat - BKTD)
- Seruan Tentera - Orkes Tentera Darat - OTD (sekarang Badan Kesenian Tentera Darat - BKTD)
- Kasih Sayang - Azlina Aziz
Pencapaian
[sunting | sunting sumber]- Oscar Filem Terbaik Thailand 1977
- Festival Filem Afrika 1988 Anugerah Pelakon Pembantu Terbaik
- Pesta Film Nasional Indonesia 1990
Kategori Lagu Terbaik
Trivia
[sunting | sunting sumber]- Lokasi penggambaran dijalankan di Kuala Lumpur, Port Dickson dan Ulu Tiram, namun kebanyakan dibuat di Pusat Latihan Rekrut (kini dikenali sebagai Pusat Latihan Asas Tentera Darat, Port Dickson manakala babak pertempuran atau latihan dilakukan di Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA) serta Kem Majidee, Johor Bahru dan adegan akhir Kapten Zulkifli menerima rawatan di Hospital Angkatan Tentera, Kinrara.
- Batalion ke-17 Rejimen Askar Melayu Diraja (17 RAMD) dahulunya menghuni Kem Majidee dari tahun 1970 sehingga 1981, kemudian berpindah ke Kem Kukusan, Tawau, Sabah sebelum kembali ke Semenanjung dan ditempatkan di Kem Terendak, Melaka. Pada 01 Januari 1993, 17 RAMD telah dinaiktaraf sebagai batalion infantri payung terjun dan dikenali sebagai Batalion ke-17 Rejimen Askar Melayu Diraja (Para) dan diserapkan ke Briged ke-10 Payung Terjun (10 Briged Para).
- Adegan pertempuran antara kompeni Kapten Zulkifli dengan pengganas komunis, beberapa senjata milik pengganas komunis yang dirampas termasuk sepucuk raifal klon AK 47 buatan China turut digunapakai bagi adegan itu.
- Pelakon-pelakon filem Prebet Lapok termasuk warga Tentera Darat kebanyakan meninggal dunia atau uzur, hanya AR Badul dan Azlina Aziz sahaja pelakon masih hidup selepas Tawil meninggal dunia pada 2021 diikuti Baharuddin Haji Omar tahun sama.
- AR Badul dan Tawil dijemput menjadi tetamu program Malaysia Hari Ini TV3 pada Ogos 2020 untuk berkongsi pengalaman dalam filem Prebet Lapok dan pendapat tentang filem patriotik.