Portal:Hal semasa di ASEAN/2007
Penampilan
2007
[sunting sumber]- Sukan Asia Tenggara 2007 bermula di Wilayah Nakhon Ratchasima ,Thailand.
- Pemberontakan Hotel Peninsula Manila 2007 tamat apabila Angkatan Tentera Filipina menyerbu hotel itu.
- Sekurang-kurangnya 31 orang maut apabila kapal Acita 3 Karam berhampiran bandar Bau-Bau.
- Letupan bom di Makati, Manila, Filipina menyebabkan 9 orang terkorban.
- Siren di Gunung Kelud (gambar) berbunyi, tanda gunung berapi akan meletup dalam jangkamasa terdekat.
- Perdana Menteri Myanmar, Soe Win meninggal dunia akibat leukemia.
- Jeneral Sonthi Boonyaratglin mendapat perkenan Raja Bhumibol Adulyadej menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri Thailand.
- Sami Buddha menyertai rakyat Myanmar berarak di jalan raya membantah kenaikan harga petroleum sehingga 500 %.
- Sebuah kapal terbang terbabas di Phuket mengorbankan 89 penumpang.
- Gempa bumi terjadi di Bengkulu dengan kekuatan 8.4 pada skala Richter.
- Tan Sri Musa Hassan selaku KPN Malaysia telah mengutus surat maaf kepada Donald Kolopita, ketua pengadil karate Indonesia atas kejadian pukul beliau.
- Pertandingan bola sepak Piala Asia 2007 berlangsung di Indonesia, Thailand, Malaysia dan Vietnam.
- Tabung Alam Sedunia (WWF) mengumumkan penemuan spesies baru di Kepulauan Melayu, Harimau Dahan Borneo (Neofelis diardi).
- Vietnam menyertai Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) sebagai anggota ke-150.
- Gempa bumi di Sulawesi berukuran 7.5 pada skala Richter yang diiringi beberapa gempa bumi kecil menggemparkan negara pasifik yang masing-masing mengeluarkan amaran tsunami.
- Penerbangan 574 Adam Air dilaporkan hilang berdekatan dengan Pulau Sulawesi, Indonesia.