Pergi ke kandungan

Kapal Acita 3 Karam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kapal Acita 3 merupakan kapal penumpang yang membawa penumpang berdaftar seramai 125 orang telah tenggelam di Selat Kadatua, bandar Bau-Bau, Pulau Buton, di kepulauan Sulawesi Tenggara, Indonesia pada hari Khamis, 18 Oktober 2007 jam 8.15 malam.

Kapal itu dipandu oleh nakhoda Laboti . Belayar dari Tomia, Kabupaten Wakatobi ke kota Bau-Bau.[1]

Penumpang baru pulang berhari raya aidilfitri. Banyak barang dibawa pulang, kembali ke rumah masing-masing setelah berhari raya di kampung halaman.

Kapal itu condong sebelah kerana penumpang ramai naik ke atas dek untuk segera turun ke jeti, lantas kapal dimasuki air. Laut itu sedalam 70 meter. Ramai yang terperangkap dalam kapal atau tertindih antara satu sama lain.

Seramai 30 maut dan 30 lain masih hilang. Seramai 125 penumpang dapat diselamatkan. Kapal itu membawa 125 penumpang berdaftar. Tetapi dipercayai membawa 200 penumpang.

Gerakan menyelamat

[sunting | sunting sumber]

Ketua Pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) Kendari, ibu kota Sulawesi Tenggara, Rocky Asikin berkata gerakan mencari disertai oleh pihak polis, tentera laut Indonesia dan nelayan tempatan.[2]