Pergi ke kandungan

Angkatan Tentera Filipina

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Angkatan Tentera Filipina (bahasa Inggeris: Armed Forces of the Philippines, AFP; Filipina: Sandatahang Lakas ng Pilipinas, ; Sepanyol: Fuerzas Armadas Filipinas) bertanggungjawab atas keselamatan negara dan terdiri daripada tiga cabang, iaitu Tentera Udara Filipina, Tentera Darat Filipina, dan Tentera Laut Filipina (termasuk Kor Marin).[1][2][3] Angkatan Tentera Filipina merupakan angkatan sukarela. Keselamatan awam pula terletak pada Polis Kebangsaan Filipina (Philippine National Police) di bawah Jabatan Dalam Negeri dan Kerajaan Tempatan (DILG).[4][5]

Di Wilayah Autonomi Islam Mindanao, kumpulan pemisah terbesar iaitu Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro kini bertempur dengan kerajaan pusat. Kumpulan militan lain seperti Barisan Pembebasan Islam Moro, puak komunis New People's Army, dan Abu Sayyaf pernah menculik warga asing untuk wang tebusan, khususnya di pulau selatan Mindanao.[7][8][9][10] Kehadiran mereka susut atas berkat kawalan keselamatan dari kerajaan Pusat.[11][12] Pada 1.1 peratus daripada KDNK, Filipina kurang berbelanja untuk tentera daripada purata ASEAN.[13][14]

Filipina bersekutu dengan Amerika Syarikat sejak Perang Dunia Kedua. Sebuah perjanjian pertahanan bersama antara kedua-dua negara ditandatangani pada 1951. Filipina menyokong dasar-dasar AS sewaktu Perang Dingin serta terlibat dalam perang-perang Korea dan Vietnam. Setelah bermulanya Perang Terhadap Keganasan, Filipina menyertai angkatan tentera bergabung yang menyokong usaha AS di Iraq.[15]

Angkatan tentera ini berasal dari penubuhan "Peninjau Filipina" pada 1901 oleh Amerika Syarikat untuk membantu menentang revolusi Jeneral Emilio Aguinaldo. Seterusnya Angkatan Tentera Filipina ditubuhkan secara rasmi semasa era Komanwel Amerika melalui Commonwealth Act No. 1 atau National Defense Act pada 21 Disember 1935. Dibentuk di bawah seliaan penasihat Jeneral Douglas MacArthur yang dijemput oleh Presiden Komanwel Manuel L. Quezon, Angkatan Tentera Filipina secara kasarnya mengikut struktur ketenteraan Amerika Syarikat.

  1. ^ "Shoulder Ranks (Officers)". The Philippine Army. Diarkibkan daripada yang asal pada July 1, 2012. Dicapai pada September 23, 2014.
  2. ^ "Philippine Military Rank Insignia". Globalsecurity.org. Dicapai pada September 23, 2014.
  3. ^ "AFP Organization". Diarkibkan daripada yang asal pada April 19, 2008. Dicapai pada February 3, 2008.
  4. ^ "Department of the Interior and Local Government Act of 1990". Lawphil.net. Retrieved January 30, 2014.
  5. ^ "Republic Act No. 6975". The LAWPHiL Project. Dicapai pada December 31, 2012.
  6. ^ "Government urged to help kidnapped Australian". Australian Broadcasting Corporation. January 5, 2012.
  7. ^ Hayden Cooper, 2012, Australian Broadcasting Corporation, Government urged to help kidnapped Australian, Retrieved September 3, 2014, "...Warren Richard Rodwell from Australia being held captive by this group since December 5, 2011...please do whatever to raise the 2 million US dollars they are asking for my release ..."[6]
  8. ^ Florante S. Solmerin, December 7, 2013, Manila Standard, Abu Sayyaf keeping 17 foreigners hostage Diarkibkan Oktober 6, 2014, di Wayback Machine, Retrieved September 3, 2014, "...17 foreigners, mostly birdwatchers, were being held hostage by the Abu Sayyaf Group..."
  9. ^ Roel Pareño, The Philippine Star, March 24, 2013, Sayyaf releases Aussie hostage, Retrieved September 3, 2014, "...Australian Warren Rodwell emerged early yesterday withered after being held for 15 months by Abu Sayyaf bandits in southern Mindanao..."
  10. ^ Sun Star, April 25, 2014, Abducted tourist, hotel staff now in Sulu, Retrieved September 3, 2014, "...Abu Sayyaf bandits have brought a Chinese tourist and a Filipino hotel receptionist to their jungle stronghold in southern Philippines after kidnapping the women from a dive resort in eastern Malaysia ..."
  11. ^ "Guide to the Philippines conflict". (August 10, 2007). BBC News. Retrieved December 16, 2009.
  12. ^ World Bank. Conflict Prevention & Reconstruction Unit. (February 2005). The Mindanao Conflict in the Philippines: Roots, Costs, and Potential Peace Dividend by Salvatore Schiavo-Campo and Mary Judd. Washington, D.C.: World Bank. (Social Development Paper No. 24). Retrieved December 16, 2009.
  13. ^ "SIPRI Military Expenditure Database". Stockholm International Peace Research Institute 2016, Signalistgatan 9, SE-16972 Solna, Sweden. Dicapai pada March 27, 2016.
  14. ^ "Military expenditure (% of GDP)". The World Bank. Dicapai pada March 27, 2016.
  15. ^ The White House (March 27, 2003). "Coalition Members". Dicapai pada December 18, 2009.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]