Piala Emas Raja-Raja 2012 ialah musim ke-72 penganjuaran Piala Emas Raja-Raja dengan nama Bank Mandiri Piala Emas Raja-Raja. Ia telah diadakan bermula pada 9 November sehingga 22 Disember 2012 di beberapa buah stadium di seluruh Malaysia. Pahang merupakan juara pada musim lalu.
15 buah pasukan dari Malaysia dan sebuah pasukan dari Singapura telah menyertai kejohanan kali ini manakala Pulau Pinang menarik diri dari menyertai kejohanan kali ini
Undian bagi menentukan pasukan-pasukan di dalam kumpulan telah diadakan pada 6 September 2012. Setiap pasukan akan melawan pasukan yang lain. Tiga (3) mata diberikan kepada pasukan yang menang, satu (1) mata diberikan kepada pasukan yang seri dan tiada mata diberikan kepada pasukan yang kalah.
Dua pasukan teratas dalam setiap kumpulan akan memasuki peringkat kalah mati.