Piala AFC 2014 akan menjadi edisi ke-11 bagi Piala AFC, dimainkan di antara kelab-kelab dari negara-negara yang menjadi ahli kepada Konfederasi Bola Sepak Asia.
^Nota IND:India (IND): Memandangkan tarikh akhir penghantaran pasukan adalah sebelum Piala Persekutuan India 2013, Naib juara liga telah dipilih untuk mewakili India dalam Piala AFC[2].
^Nota MAS:Malaysia (MAS): Oleh kerana LIONSXII yang diuruskan oleh Persatuan Bola Sepak Singapura dan tidak layak untuk mewakili Malaysia dalam pertandingan peringkat asia, menjuarai Liga Super Malaysia 2013 maka naib juara liga telah dipilih untuk mewakili Malaysia dalam Piala AFC.[4]
^Nota MYA:Myanmar (MYA): Oleh kerana Piala MFF 2013 terpaksa dibatalkan kerana kepadatan jadual dalam persiapan untuk Sukan Asia Tenggara 2013, naib juara liga telah dipilih untuk mewakili Myanmar dalam Piala AFC.
^Nota ACL:AFC Champions League (ACL): Pasukan-pasukan ini akan bermain dalam kelayakan play-off Liga Juara-Juara AFC 2014. Mereka akan bermain di peringkat kumpulan Piala AFC jika mereka gagal untuk layak ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara AFC. Jika mereka layak ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara AFC, mereka akan diganti dengan pasukan lain dari persatuan yang sama (lihat jadual di bawah).
Pasukan-pasukan gantian untuk pasukan yang layak ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara AFC
Berdasarkan keputusan undian peringkat kumpulan, jadual perlawanan untuk Pusingan 16 pasukan diputuskan seperti berikut. Setiap pasukan akan bermain dalam satu perlawanan, dihoskan oleh juara setiap kumpulan (Pasukan 1) dengan naib juara kumpulan yang lain (Pasukan 2).[6]