Pergi ke kandungan

Perbincangan pengguna:Yosri/Archive13

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Terima Kasih.

[sunting sumber]

Terima kasih untuk melawat halaman saya. --MingSen 8:40, 16 April 2009 (GMT+8)

Saya mahukan 90,000 dalam tahun 2009-2011 tangga ke 28 selepas bahasa arab dan korea.Sama-samaKiteretsu (bincang) 14:50, 17 April 2009 (UTC)[balas]

Marilah kita sama-sama bekerja keras untuk mencapai matlamat itu. Kita hendak kalahkan wikipedia bahasa Greek dan Euskara.Kiteretsu (bincang) 15:00, 17 April 2009 (UTC)[balas]
Halo Yosri, bisa luangkan waktu untuk ikut Voting di sini dan di sini? Terima Kasih. Mikhailov Kusserow (bincang) 04:14, 22 April 2009 (UTC)[balas]
Deo Volente, Yosri. Mikhailov Kusserow (bincang) 04:24, 22 April 2009 (UTC)[balas]

Wikimedia

[sunting sumber]

Yosri, ada proyek baru untuk edisi ms di Meta. Mikhailov Kusserow (bincang) 04:17, 29 April 2009 (UTC)[balas]

Saya berikan jawabannya di Meta. Mikhailov Kusserow (bincang) 04:50, 29 April 2009 (UTC)[balas]
Sudah dibuat di halaman pembicaraan Anda di Meta. Mikhailov Kusserow (bincang) 05:09, 29 April 2009 (UTC)[balas]

Terima Kasih. Mikhailov Kusserow (bincang) 06:41, 29 April 2009 (UTC)[balas]

Ada pesan dari Steward untuk projek baru ms yang baru dibuat. Mikhailov Kusserow (bincang) 06:15, 30 April 2009 (UTC)[balas]

Kiteretsu kini ialah Komsas.Kiteretsu 10:18, 1 Mei 2009 (UTC)

Pengundian sebagai sysop

[sunting sumber]

Hai Yosri, terima kasih di atas sokongan anda. Zamwan (bincang) 14:40, 1 Mei 2009 (UTC)[balas]

Saya sudah kembali-Kiteretsu 13:40, 2 Mei 2009 (UTC)

Undilah saya sebagai penyelia baru. Kiteretsu 06:58, 3 Mei 2009 (UTC)

Terima kasih kerana saudara mengundi saya Kiteretsu 11:10, 5 Mei 2009 (UTC)

Tidak Puas hati dengan Kiteretsu

[sunting sumber]

Untuk makluman anda, di bawah ini adalah tulisan saya di laman perbincangan "Wilayah Riau":

Saya rasa "Provinsi Riau" tidak patut dilencongkan kepada "wilayah Riau" kerana:

1. Provinsi adalah istilah tersendiri di Indonesia dan tidak sama dengan makna wilayah yang terlalu umum. Kita boleh menggunakan "wilayah Sumatera" tetapi tidak untuk wilayah Riau, wilayah Jambi dan sebagainya.

2. Provinsi hampir sama dengan dengan "Negeri-negeri" di Malaysia.

3. Anda melencongkan laman tersebut dengan mengambil kandungannya sekali tetapi dalam 'sejarah' seolah-olah anda memulai rencana tersebut. Perbuatan ini adalah tidak beretika langsung.

4. Rakyat Malaysia selalu berhubungan dengan Indonesia. Jadi dengan mengekalkan istilah provinsi akan memudahkan mereka memahami negara tersebut.

Pembinaan artikel baru

[sunting sumber]

http://en.wikipedia.org/wiki/Wikipedia_talk:Articles_for_creation/Shahida_Azad_Jamaludin

Seperti yang anda lihat, artikel ini ditolak kerana tiada rujukan yang kuat dan lagipun moderator mereka tidak tinggal di Malaysia. Memandangkan kita di sini semua tahu, artikel ini adalah benar dan berharap Yosri dapat membinanya untuk Wikipedia Bahasa Melayu. Untuk menyenangkan lagi, saya akan terjemahkannya ke dalam bahasa melayu jika mahu.

--Syafrei Effendiuz (bincang) 17:39, 4 Mei 2009 (UTC)[balas]

Permintaan penjenamaan semula

[sunting sumber]

Assalamualaikum, saya ingin meminta saudara melakukan penjenamaan semula dengan mengubah nama sedia ada kepada MB Buaya. Terima kasih. -- Tebuanhijau (bincang) 03:41, 28 Mei 2009 (UTC)[balas]

{{bimbang wikipedia Cebuano amat pantas sekarang. Nampak gayanya ia ingin merampas tempat ke 45 semula.}}ﻮﺴﺗﻳﺮﺍﺗﻲﻛ (bincang) 09:42, 2 Jun 2009 (UTC)[balas]

Mungkin bulan ini boleh mencapai rencana ke 40,000. Marilah kita berusaha bersama-sama.Terima kasihﻮﺴﺗﻳﺮﺍﺗﻲﻛ (bincang) 10:51, 2 Jun 2009 (UTC)[balas]

Saya cuma bimbang wikipedia Cebuano ini dia makin maju.. Saya nak jadi macam wikipedia bahasa indonesia dan arab.ﻮﺴﺗﻳﺮﺍﺗﻲﻛ (bincang) 11:02, 2 Jun 2009 (UTC)[balas]

Perihal Meta

[sunting sumber]

Halo Yosri, bisa bantu perbaiki artikel Perihal Meta di Wikimedia Meta-Wiki? — Mikhailov Kusserow (bincang) 12:16, 4 Jun 2009 (UTC)[balas]

Sudah saya kirim pesan untuk Anda. — Mikhailov Kusserow (bincang) 03:36, 8 Jun 2009 (UTC)[balas]

Saudara Yosri, mengapa 5 hb anda tiada ? ﻮﺴﺗﻳﺮﺍﺗﻲﻛ (bincang) 06:20, 6 Jun 2009 (UTC)[balas]

Wikipedia ms telah mencapai rencana ke 40,000. Terima kasih atas usaha anda semua.ﻮﺴﺗﻳﺮﺍﺗﻲﻛ (bincang) 08:30, 9 Jun 2009 (UTC)[balas]

Hi! I'm a Hungarian wiki-editor, and you were that who translated the article of my village (Ecser) into Melayu, thank you for that. I need your help again. Could you translate this article from the English wiki? Thank you! hu:User:Eino81

Thank you! hu:User:Eino81

Bls: Pemuras

[sunting sumber]

Yosri, terima kasih di atas pembetulan. Satu lagi nak tanya, mana satu yg betul "terakul" atau "tarkul"? Kebanyakan web2 melayu mengeja dengan ejaan "tarkul".Zamwan (bincang) 05:19, 16 Jun 2009 (UTC)[balas]

Kalau lihat kamus klassik (ditalian), ejaannya Terakul. Kamus Kata Klasik - Edisi Pelajar By Rahman Shaari Yosri (bincang) 05:39, 16 Jun 2009 (UTC)[balas]

Saya telah kirim email untuk Anda. — Mikhailov Kusserow (bincang) 11:27, 16 Jun 2009 (UTC)[balas]

Translation Request

[sunting sumber]

Hi! Could you translate and add this article into your wonderful wikipedia? You can reach me here. Thanks. With Kind Regards --Warayupay (bincang) 10:20, 18 Jun 2009 (UTC)[balas]

Tacloban

Tacloban is a port city in the Philippines. It is approximately 360 miles southeast of Manila. It is the capital of the province of Leyte. It is also the regional center of Eastern Visayas.

en:Tacloban


En.Yosri saya rasa hendak tukar nama akaun saya kepada Md. Farhan . iaitu nama sebenar saya kerana bila saya menggunakan akaun lain saya berasa sangat sayang kerana jumlah suntingan akaun ini amat banyak bagi saya.ﻮﺴﺗﻳﺮﺍﺗﻲﻛ (bincang) 11:04, 18 Jun 2009 (UTC)[balas]

Boleh saya meminta anda memadam akaun Pengguna:Rashdan, Pengguna:Kiteretsu dan Pengguna:Tonggari sebab saya tidak gunakan akaun itu lagi. Salam.Md. Farhan (bincang) 09:20, 20 Jun 2009 (UTC)[balas]

Brunei National Anthem

[sunting sumber]

Hello Yosri, As-salamu alaikum warahmatu Allah wabarakatuhu,

As part of my efforts to improve articles about national anthems in the Hebrew Wikipedia, I would like to ask you for the words of the national anthem of Brunei in the Jawi script (we already have the Roman transliteration). If you are able to assist us, it will be great.

Thank you very much in advance, Kulystab (bincang) 22:29, 22 Jun 2009 (UTC)[balas]

Pengguna:Aurora has already helped me, but thanks anyway, and may God bless you. Kulystab (bincang) 16:24, 24 Jun 2009 (UTC)[balas]

Rencana berkaitan L. Terbang

[sunting sumber]

Ejaan longtitude dan latitude salah, ejaan sebenar longitud dan latitud. Harap anda boleh tukar untuk rencana seterusnya yang anda akan cipta. Sekian T. Kasih. kurkur 10:54, 1 Julai 2009 (UTC)[balas]

Done. Yosri (bincang) 10:58, 1 Julai 2009 (UTC)[balas]

Marilah cipta rencana baru. Insyaallah hari ini saya wujudkan rencana ke-47,000. فرحان (bincang) 09:15, 24 Ogos 2009 (UTC)[balas]

Yosri, mengapa anda tidak letakan pautan wiki pada rencana berkaitan lapangan terbang? Contoh yg dapat saya temukan seperti Soesterberg Air Base. Satu lagi AB adalah merujuk kepada Air Base, yang mana kebiasaannya merujuk kepada lapangan terbang milik tentera. Jadi Soesterberg Air Base sepatutnya menjadi Pangkalan Udara Soesterberg. Zamwan (bincang) 09:31, 26 September 2009 (UTC)[balas]

Ejaan Sebenar Ialah Makyong / Makyung

[sunting sumber]

Salam! Di sini saya ingin mengulas mengenai tindakan saya yang mengubah tajuk 'Tarian Mak Yong' kepada 'Makyong'. Berikut merupakan rujukan saya:-

Menurut Kamus Dewan, ejaan yang betul bagi Mak Yong ialah 'Makyung' atau 'Makyong'. Kedua-dua ejaan ini digunakan secara meluas di seluruh Malaysia. Sebagai bukti, saudara boleh merujuk kepada laman web Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dan Portal Rasmi Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK). ASWARA menggunakan ejaan 'Makyong' manakala KPKK pula menggunakan ejaan 'Makyung'. Ejaan yang lain seperti 'Mak Yong' atau 'Mak Yung' adalah salah dari segi ejaan tatabahasa bahasa Melayu / bahasa Malaysia.

Sekiranya saudara ialah rakyat Malaysia, saudara pasti telah sedia maklum bahawa Makyong / Makyung adalah kebudayaan asal penduduk Semenanjung Malaysia dan Selatan Thailand. Oleh itu, saudara tidak seharusnya menjadikan laman web UNESCO sebagai rujukan. Mungkin demi mengelakkan kekeliruan dari segi sebutan, UNESCO menggunakan ejaan 'Mak Yong' kerana sesetengah penutur bahasa Inggeris boleh menyebut Makyong sebagai ' ma-kyong ' (seperti mana "Singapore" dibaca sebagai ' sing-ga-por '). Maka, adalah lebih wajar sekiranya saudara mengutamakan ejaan yang digunakan oleh tuan empunya tradisi tersebut, yakni orang Melayu Malaysia.

Sekian, terima kasih. Sigap86 (bincang) 17:47, 6 Julai 2009 (UTC)[balas]

difference between the cold and flu

[sunting sumber]

Turboshaft

[sunting sumber]

Yos, turboshaft sepatutnya diterjemah sebagai turboaci atau turbin aci (kerana turbo=turbin) dan bukannya aciturbo. Sila lihat terjemahan Dewan Bahasa dan Pustaka. Zamwan (bincang) 12:47, 23 Julai 2009 (UTC)[balas]

Hai Yosri, apabila saya ada masa, saya memang masih ingat akan Wikipedia bahasa Melayu. Laman-laman saya kini dah terlalu besar dan pengehosan pengongsian tidak mencukupi untuk mengehoskannya. Sesetengah laman saya kini tidak dapat masuk. Tengah merancang untuk menggunakan VDS (Virtual Dedicated Server) di GoDaddy. Wahhhh, mahalnya! Pokai betul. Tetapi Dummipedia.org kini telah mencapai pemeringkatan Alexa sebanyak 370,000 lebih. Ada orang Amerika yang minat beli.

Dah lama tak tulis dalam bahasa Melayu. Memang lambat penterjemahan saya, berbanding dengan masa dahulu. Otak dah karat! ITNM sangat teruk. Satu projek kecil memakan masa bertahun-tahun. Sampai hari ini, kerja dah hantar, habuk pun tak nampak, apalagi wangnya. — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 07:27, 24 Julai 2009 (UTC)[balas]


Sebenarnya, laman saya tidak dapat dikerjakan, hehehe. Fail sandar telah disiapkan. Nak rehat sehari dua untuk membuat beberapa keputusan tentang pengehosan baharu. Oleh itu, hari ini senang. Apabila senang, mesti singgah di sini dulu daripada pergi ke laman lain. Laman ini masih memberikan saya banyak ingatan sentimental... hahaha, macam tulis rencana komputer.... kenangan sentimental.

Asas laman ini amat kukuh... macammana pun, vandalisme ke, hacker ke... tak payah takut. Entah betul tak tanggapan saya bahawa para vandal merupakan orang yang ingin menyumbang tetapi tidak berupaya. Mereka memang ada niat nak menulis, maka contenglah apa-apa sahaja. Dari segi psikologi, ini mungkin merupakan suatu tindak balas iri hati terhadap mereka yang dapat memberikan sumbangan yang positif. Inilah teori baharu saya, hehehe. Mungkin ada asas, mungkin tiada.

Ya, Dummipedia.org kini sudah melahirkan banyak anak laman. Entah tujuh atau lapan, malas nak kira. Nanti nak tubuhkan satu pasukan bola sepak yang terdiri daripada 11 ahli laman. Kini nak menumpukan Dummipedia.com. Dummipedia.com ialah Amazon affiliate yang dimulakan semata-mata untuk menjual barang. Gaya penulisan kena lebih pada gaya pengiklanan dan bukan lagi pada rencana ensiklopedia. Tetapi memang susah nak melompat daripada satu gaya kepada gaya yang lain. Bayang dan bau ensiklopedia masih kuat. Masalah load? Itu dikatakan apa? Kemanisan dalam penderitaan atau penderitaan dalam kemanisan? Macam wanita beranak kot, hehehe. — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 11:37, 24 Julai 2009 (UTC)[balas]


Hai Yosri, terima kasih atas galakan anda. Memang betul kata anda. Kena tumpukan satu demi satu. Sebab itulah, sekarang pening. Skop kegemaran luas sangat. Kini macam supermarket. Nak tulis apa-apa pun ada laman, termasuk sub-laman erotika! Itu semata-mata untuk meningkatkan pemeringkatan Dummipedia.org sahaja, bukan pornografi. Cuma pornografi saya tak main. — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 12:02, 24 Julai 2009 (UTC)[balas]

Hai Yosri, lu punya pisang, hmmm.... yang merah tuuuuu, I ternampak secara kebetulan. Nampaknya kabur, namun I dah kasinya modify sikit dengan Photoshop. Tengok puas tak, kalo tak puas, pulihkan. (Dulu kan, I rosak banyak gambar masjid... yakkk, tak tukar komputer, tak tahu... ingat best lagi!)

Ya, saya baru dapat jawapan daripada GoDaddy. Mereka minta saya menggunakan shared hosting yang lihatnya "sama" sahaja dengan hosting saya dengan Maiahost dan pada harga yang lebih kurang sama, hehehe. Maka inilah satu ajaran. Memang ada alasannya mengapa GoDaddy adalah ketua pasaran. Jangan cari hos yang kuci kurap... baik gunakan wang itu untuk makan ikan kurap, hehehe.

(P/S: Dulu fikir kalau kita kecil, kita cari hos yang kecil. Ini salah tanggapan yang boleh membawa maut. Lihat, banyak kecoh, website down lagi... apalaaa.) — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 21:23, 24 Julai 2009 (UTC)[balas]

Bahasa Melayu

[sunting sumber]

Hello. Kenapa bahasa ensiklopedia Wikipedia ini dinamakan Bahasa Melayu? Bukankah ia harus dinamakan Bahasa Malaysia? Boleh kamu tolong jelaskan perkara ini? Terima kasih. BejinhanTalk 13:40, 8 Ogos 2009 (UTC)[balas]

Saya rasa tahun ini rencana bahasa melayu boleh mencapai 50,000 atau lebih. Saya akan membantu wikipedia bahasa melayu. Tahniah kerana banyak jasa disumbangkan di wikipedia. Selepas selesai rencana tahun saya akan cipta rencana wilayah/sesuatu tempat.فرحان (bincang) 05:44, 9 Ogos 2009 (UTC)[balas]

Salam Yosri, saya lihat kebelakangan ini anda berehat dari mencipta laman baru di wikipedia ms. فرحان (bincang) 11:10, 20 Ogos 2009 (UTC)[balas]

Yosri, marilah cipta rencana baru. Wikipedia lain semuanya mahu maju nak kalahkan kita. فرحان (bincang) 05:32, 25 Ogos 2009 (UTC)[balas]

Heee.... Heee.... Heee.... Orang lain nampaknya tak berminat langsung nak menambah rencana. 2 orang nak lawan ramai susah lah sikit. Tetapi baiklah, nantilah saya akan sambung bila kelapangan. Yosri (bincang) 05:47, 25 Ogos 2009 (UTC)[balas]

Translation of a short story

[sunting sumber]

Hi my friend!

I would like to request something from you. Yes, translation, again. I hope, it's not a bad thing for you. Some years ago I wrote a (really) short story about a lonely man (actually symbolized the Saami nation). I translated into some languages and I thought, it would be great to have it more, like also in Melayu, you know how I like your mother tongue :) I make this page, the English translation is somewhere there. You can put the Melayu translation there. Thank you again! Sorry for my disturb... again :( - hu:User:Eino81

thank you for your translation, again! :) --Eino81 (bincang) 10:23, 12 Ogos 2009 (UTC)[balas]
One last request. I would like to collect all the name sof my translator to publish it privately. Could you write your whole name to me? If it's problem, you could write me that by e-mail: eino (at) freemail.hu, but I hope, it's OK. --Eino81 (bincang) 10:40, 20 Ogos 2009 (UTC)[balas]

Tentang kedalaman Wikipedia (Depth)

[sunting sumber]

Hai, maaf banyak2 kerana kembali sekali dan janji untuk tidak lagi menyunting tidak kesampaian. serta atas kesalahan besar yang lalu. Tapi saya ada cadangan untuk kemukakan sebelum saya pergi sekali lagi. Saya lihat kedalaman Wikipedia Bahasa Melayu semakin berkurangan, dulu kedalaman (depth) wiki ms 32, sekarang 24 balik. kalau tak percaya lihat gambar ini:

Kalau nak kedalaman (depth) Wikipedia Bahasa Melayu tinggi adalah seperti berikut:

A) Rencana kena panjang, terperinci dan perlu diupdate secara kerap.
B) Kategori kena banyak pada pada setiap dan/atau kebanyakan rencana.
C) Pastikan kedalaman wiki ms ditambah bagi menunjukkan mutu rencana wiki ms tinggi.

Jadi kalau boleh, tolonglah sangat sangat sangat sangat sangat, supaya kalian dengar dan ikut apa yang hendak saya katakan ini. Saya hanya mahu membantu Wikipedia Bahasa Melayu. Sekian sahaja dari saya, selamat tinggal... Emrrans (bincang) 09:04, 30 Ogos 2009 (UTC)[balas]

Sila lihat pautan list of wikipedia's. Emrrans (bincang) 09:50, 30 Ogos 2009 (UTC)[balas]

Penghapusan kategori

[sunting sumber]

Hai Yosri, tolong hapuskan tiga kategori yang berikut:

Category:Environment ialah Kategori: Alam sekitar, bukan Kategori:Persekitaran (saya silap), manakala Category:Core issues in ethics ialah Kategori:Isu teras etika dan bukannya Kategori:Isu teras dalam etika. Saya rasa "pengabstrakan" adalah lebih tepat jika ia merupakan verb-noun, manakala "keabstrakan" adalah untuk kata nama. — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 11:02, 31 Ogos 2009 (UTC)[balas]

Sasaran 50K

[sunting sumber]

Hi Yosri, sasaran 2,000 rencana dalam 3 bulan, saya rasa dapat dicapai. Next level kan 100k? — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 19:17, 4 September 2009 (UTC)[balas]

Hai Yosri,

Terima kasih atas pesanan anda. Sebenarnya sumbangan saya kini dari segi jumlah agak sedikit merosot berbanding dulu. Selain kes2 vandalism yg semakin meningkat, saya juga agak sibuk dengan beberapa projek penting yang diamanahkan kepada saya dalam kehidupan sebenar saya. Keadaan ini membantutkan usaha saya untuk menterjemah beberapa rencana panjang. Berkenaan idea untuk meningkatkan lagi wikipedia, saya rasa selain meletakan pautan di beberapa laman terkenal seperti tranungkite.net atau blog2, kualiti rencana juga harus dipertingkatkan. Beberapa bulan lepas, beberapa rencana di ms.wiki seperti Kor Armor DiRaja dan PT-91M "Pendekar" telah dijadikan rujukan oleh seorang penulis dalam Majalah Perajurit. Ini secara tidak langsung mempromosi ms.wiki kepada rakyat Malaysia. Zamwan (bincang) 13:56, 7 September 2009 (UTC)[balas]

Hai Yosri, tolong hapuskan kategori di atas. Saya tak check terjemahan yang betul. Saya pikir jika forensics ialah "forensik", maka biometrics ialah "biometrik". Mana tau, ejaan yang tepat ialah "biometri". "Biometri" macam biometry saje dalam bahasa Inggeris, hehehe. — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 01:07, 6 September 2009 (UTC)[balas]

Kategori:Hubungan kekeluargaan dan keturunan ditukar kepada Kategori:Persanakan dan keturunan

(P/S: Saya cuba menterjemahkan 20 buah rencana (iaitu 10 ekor udang dan 10 ekor ikan bilis) demi mencapai 1% sasaran anda dalam kunjungan ini, hehehe)

Pening kepala

[sunting sumber]

Hi Yosri, jika "of Indian descent" ialah "dari keturunan India" dan bukannya dari keturunan orang India, apakah terjemahan untuk "of Malaysian descent?" — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 14:02, 6 September 2009 (UTC)[balas]

Kesilapan terjemahan kategori

[sunting sumber]

Wahhh, banyak NG! Tolong hapuskan yang berikut:

Kategori:Orang British keturunan orang Asia
Kategori:Orang British keturunan orang Malaysia
Kategori:Orang Malaysia keturunan orang Ireland
Kategori:Orang Malaysia keturunan orang India
Kategori:Orang Ireland keturunan orang India
Kategori:Orang Malaysia keturunann Eropah
Kategori:Genealogi orang Ireland
Kategori:Diaspora orang India di Malaysia
Kategori:Diaspora orang India mengikut negara
Kategori:Diaspora orang IndiaSyarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 02:29, 7 September 2009 (UTC)[balas]

Penghapusan kategori salah

[sunting sumber]

Hai Yosri, terima kasih kerana memadamkan laman kategori-kategori yang salah itu. Banyaknya tetapi saya rasa semua kesilapan telah ditangkap. Semalam, saya buat sampai betul-betul blur. Nasib anda memberikan bimbingan yang jelas. Saya rasa cadangan anda itu kurang berkontroversi walaupun saya nampak 10,500 hasil "keturunan orang India" dalam Google.

Sebenarnya apa yang menarik saya ke Wikipedia kali ini ialah kemungkinan menterjemahkan buku-buku tentang biodegradasi. Tulang belakang dah bengkok? Saya punya betul-betul bengkok kerana slip disc. Kini masih mengalami kekebasan kaki kiri. Ke manakah Alistaire pergi? Kan dia dah kembali? Ingat dia nak buat perjanjian dengan saya supaya tidak bergaduh, hehehe. Nampaknya, tiada banyak penyumbang yang dapat kekal lama, kecuali anda, Aurora, dan Che Det. Bagaimanapun, Wikipedia kini telah stabil dan tidak menimbulkan sebarang kebimbangan.

Apakah url laman-laman anda? Bolehlah saya bantu sedikit sebanyak. Saya rasa anda boleh cuba Wetpaint.com atau Wikidot, jika anda ingin menggunakan pengehosan sesawang percuma. (Terdapat banyak hos sesawang yang tipu peruntukan lebar jalur dan ruang cakera. Sebelum anda menghabiskan 5% daripada peruntukan anda, mereka dah memaksa anda meningkatkan pelan anda supaya mereka dapat menjual peruntukan anda yang tidak digunakan kepada pelanggan lain. Cara mereka ialah "fine print" seperti had penggunaan CPU dan inod. Ini sudah menjadi suatu amalan yang meluas dan dianggap berpatutan oleh mereka!) Wikidot mungkin lebih sesuai untuk anda, tetapi wajah Wetpaint lebih canggih. — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 10:36, 7 September 2009 (UTC)[balas]

Saya rasa lebih baik anda siapkan Pengguna:Yosri/Lapangan terbang 6 mungkin jika anda mahu cipta rencana, senang jika dicipta. ファルハン (bincang) 11:05, 7 September 2009 (UTC)[balas]

Daftar bukan masaalah. Mengisi daftar itu yang payah. Yosri (bincang) 11:09, 7 September 2009 (UTC)[balas]

Saya lihat ramai daftar akaun tetapi tidak menyumbang. Apalah diaorang tu. Kalau daftar patutnya menyumbang. ファルハン (bincang) 11:11, 7 September 2009 (UTC)[balas]


heee... Sebenarnya saya tidak memaksa. Mereka mendaftar, sekurang-kurangnya menunjukkan tahap pendedahan Wikipedia dikalangan pengguna Internet. Lebih ramai mendaftar, bererti lebih ramai orang yang terdedah. Mengenai yang mahu atau tidak mahu menyumbang, mungkin apabila datang kesedaran bagi membina generasi baru, mereka mungkin akan menyumbang. Think positif. Yosri (bincang) 11:16, 7 September 2009 (UTC)[balas]

Mengaktifkan laman-laman lama

[sunting sumber]

Hai Yosri, hahaha... ingat anda kata anda hendak mengaktifkan semua laman-laman anda. Salah baca!

Hmmm... laman-laman saya kini sudah melebihi 15 buah. Ada alasannya... terdapat had saiz salinan sandar pangkalan data serta alasan lalu lintas yang menyebabkan keadaan itu. Nak buat perniagaan dalam internet memang susah. Lebih mudah menjual nama domain dan laman sesawangnya. Dummipedia kini ada orang minat tetapi saya tidak ingin menjualnya dulu. Kini slow sikit selepas kena tipu oleh Maiahost. Saya telah pindah ke GoDaddy dua bulan dahulu kerana tidak sudi dipaksa meningkatkan pelan pengehosan saya kepada Virtual Dedicated System (VDS). Lagi pun, apa yang digelar oleh Maiahost sebagai VDS sebenarnya adalah sama saiznya dengan "shared hosting" kebanyakan hos sesawang yang lain seperti GoDaddy, Hostgator, dan Siteground, maka itu merupakan lagi satu tembelang.

Saya tidak tahu menggunakan WYSWYG Netscape. Saya tak cukup adventurous... kena cuba berbagai-bagai perisian demi memperluas pengetahuan saya, LOL. — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 11:21, 7 September 2009 (UTC)[balas]

Hai Yosri, tolong hapuskan kategori di atas. Perkataan "ahli" kini digunakan hanya untuk "expert", misalnya, ahli biologi. Ia tidak lagi digunakan sebagai terjemahan untuk "member". — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 16:16, 7 September 2009 (UTC)[balas]

Masih ada kecuaian saya... Jews ialah orang Yahudi, saya salah menterjemah sebagai Yahudi sahaja:

Ada sesetengah yang saya temui. — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 17:58, 7 September 2009 (UTC)[balas]

Saya rasa jika anda cipta rencana baru sila letak br atau baru di bahagian ringkasan. ファルハン (bincang) 10:38, 9 September 2009 (UTC)[balas]

Hai Yosri, mana yang lebih tepat sebagai terjemahan untuk "Spiritual theories": Teori rohaniah atau teori keagamaan? Saya berasa teori keagamaan lebih tepat. — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 19:30, 9 September 2009 (UTC)[balas]

Hai Yosri, betul juga logik anda. Saya sudah membalikkan semua rencana Teori rohaniah. Tolong hapuskan Kategori:Teori keagamaanSyarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 04:59, 10 September 2009 (UTC)[balas]

Saya fikir balik. Terjemahan yang tepat untuk "Civil rights and liberties" ialah "Hak dan kebebasan awam" kerana there is such a thing called "civil liberities". — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 20:04, 9 September 2009 (UTC)[balas]

Walaupun "hak kebebasan penyataan" sebagai terjemahan untuk "Freedom of expression", kebebasan bersuara lebih sedap bunyinya, LOL. &mdash Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 21:55, 9 September 2009 (UTC)[balas]

Malunya... manyak salah. Abstraction... Keabstrakan is more appropriate. — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 23:59, 9 September 2009 (UTC)[balas]

Istilah laras bahasa sains sosial untuk "Social Groups" ialah "Kelompok sosial" — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 09:51, 10 September 2009 (UTC)[balas]

Kecuaian — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 12:40, 10 September 2009 (UTC)[balas]

Progres semasa

[sunting sumber]

Hai Yosri, saya dah siap 20 buah rencana (tidak termasuk 3 ekor ikan bilis). Empat buah rencana tambahan masih dalam proses. Apabila keempat-empat rencana ini telah siap, saya akan blah. — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 14:18, 10 September 2009 (UTC)[balas]

Bilangan rencana

[sunting sumber]

Hai Yosri, saya berasa bilangan rencana akan mencecah 49,000 dalam sebelum akhir bulan, hehehe. — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 07:42, 13 September 2009 (UTC)[balas]


Marilah cipta rencana baru banyak-banyak sebab wbm kini berada tempat ke-44 selepas Hindi. Md. Farhan (bincang) 10:54, 15 September 2009 (UTC)[balas]

Nak blah

[sunting sumber]

Hai Yosri, saya kini ketagih bahasa Melayu. Kalau sekarang tak blah, sampai mati pun lekat kat sini, hehehe.

Selamat Hari Raya Aidilfitri! — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 16:46, 18 September 2009 (UTC)[balas]


Hai Yosri, nampaknya saya masih terlekat. Nak lari, tak boleh lari... matilah laman-laman aku!

Penterjemahan bak bermain Lego dengan set 26 huruf. Lagi lama saya bermain, lagi ketagih saya menjadi. Takpe laaa, saya tunggu sehingga ketagihan itu surut sebelum saya diusung dengan kaki tercacak ke langit. — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 07:12, 19 September 2009 (UTC)[balas]

Marilah cipta rencana bnyk2 Md. Farhan (bincang) 15:15, 24 September 2009 (UTC)[balas]

Hai Yosri, templat ini menghadapi masalah, mungkin kerana kekurangan satu atur cara extension atau extension kena kemas kini.

[[Zaman Kelam Greek|←]] dalam rencana Sparta tidak dapat dipaparkan dengan betul, mungkin kerana aksara khas (←) digunakan.


Bagaimanapun, perkara ini tidak urgen. Rayakan diri dahulu, asalkan janji ambil satu tengok kemudian kerana templat ini digunakan oleh dan menjejaskan 61 buah rencana. Mungkin anda nak tengok dengan mata pinjaman, jika anda tidak hendak menggunakan mata sendiri. Aurora pasti boleh buat. — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 18:35, 19 September 2009 (UTC)[balas]

Salam Pertama

[sunting sumber]

Permintaan: Kirimkan pendapat dan salam Anda kepada saya ke Pembicaraan Pengguna:Erik Evrest karena saya ingin berteman dengan Anda sekalian.Erik Evrest (bincang) 23:11, 25 September 2009 (UTC)[balas]

52,000 buah rencana

[sunting sumber]

Hai Yosri, wahhhh! Dah sampai 52,000 rencana! Mungkin anda perlu menaikkan sasaran menjadi 55,000 untuk akhir tahun dan 100,000 untuk akhir tahun depan! Projek saya mungkin akan bermula Jumaat ini. Tengok dulu.... — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 02:40, 6 Oktober 2009 (UTC)[balas]

Kapal terbang tak selamat

[sunting sumber]

Hai Yosri, kapal terbang tak selamat. Tak ada satu kapal terbang pun yang selamat dalam rencana ini. Kematian seolah-olah statistik, saya dah nak muntah. — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 07:46, 8 Oktober 2009 (UTC)[balas]

Pornografi melampau/keterlaluan

[sunting sumber]

Wahhh, cepatnya anda mengecam kesilapan. Actually, saya pun tak perasan adanya "hardcore pornography" dan "extreme pornography". Mengikut Karyanet, "hardcore" ialah "keterlaluan", namun "extreme" ialah "extrim/lampau, dengan "extreme condition" diistilahkan sebagai "keadaan lampau" dalam (5) bagi halaman yang sama. Lampau atau melampau, bagi saya, semuanya tak lampau, hehehe. — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 01:17, 9 Oktober 2009 (UTC)[balas]


Hai Yosri, saya telah tukarkan istilah itu menjadi "pornografi melampau". Objeksi anda memang berasas kerana ia memberikan tanggapan "pornografi kuno".

Saya ingin memohon menjadi penapis FINAS. Tak berupah pun tak apa, janji mereka membenarkan saya potong babak, baik lampau mahupun melampau dan baik berketerlaluan mahupun tidak, asalkan babak itu merupakan babak kesayangan saya supaya saya boleh bawak balik rumah menonton bertubi-tubi sehingga jelak, hehehe. — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 03:08, 9 Oktober 2009 (UTC)[balas]

Pornografi melampau

[sunting sumber]

Hai Yosri, saya telah menukarkan judul rencana "pornografi melampau" menjadi "pornografi ekstrim" kerana istilah itu merupakan istilah khas undang-undang United Kingdom. Oleh itu, ia bukan pornografi yang lebih melampau daripada pornografi keterlaluan. Aiseh man, buang masa saje... salah anggap rencana itu lebih ghairah daripada "pornografi keterlaluan". Rencana pornografi Wikipedia tak sedap. Tak boleh membangkitkan nafsu berahi tak apa, tapi janganlah membunuh nafsu dengan ancaman pemenjaraan! Apalaaaaa, tajuk yang sedap di tangan Wikipedia menjadi tajuk yang mengerikan! — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 01:51, 10 Oktober 2009 (UTC)[balas]

Keselamatan pengangkutan udara

[sunting sumber]

Hai Yosri, sebuah kajian yang saya lakukan menunjukkan bahawa kebarangkalian masih dapat bernafas selepas penerbangan ialah 12.4% sahaja. Dengan kata yang lain, tujuh daripada setiap lapan penerbangan akan membawa penumpangnya ke dunia ekstraterestrial. Ini berdasarkan analisis berlogik terhadap statistik pepejal yang berkonkrit di bawah bahawa antara 686 orang yang naik kapal terbang, hanya 85 orang masih bernafas, dengan 601 orang kini di dunia yang tidak memerlukan pernafasan:

  • 3 Mei – Penerbangan 967 Armavia, sebuah pesawat Airbus A320, jatuh ke dalam Laut Hitam berhampiran dengan bandar raya Sochi di Rusia dan membunuh kesemua 113 orang di dalamnya.
  • 9 Julai – Penerbangan 778 S7 Airlines, sebuah pesawat Airbus A310, merempuh perintang konkrit lalu terbakar semasa mendarat di Irkutsk, Rusia. Antara 203 orang di dalamnya, 128 orang dibunuh.
  • 10 Julai – Penerbangan 688 Pakistan International Airlines, sebuah pesawat Fokker F27, jatuh ke dalam ladang gandum berhampiran Multan, Pakistan, sepuluh minit selepas naik terbang dan membunuh 41 penumpang serta 4 anak kapalnya.
  • 22 Ogos – Penerbangan 612 Pulkovo Airlines, sebuah pesawat Tupolev Tu-154, jatuh terhempas berhampiran Donetsk, Ukraine dan membunuh kesemua 170 orang di dalamnya.
  • 27 Ogos – Penerbangan 191 Comair, sebuah pesawat Canadair CRJ-100, jatuh terhempas semasa naik terbang berhampiran Lexington, Kentucky dan membunuh 49 daripada 50 orang di dalamnya.
  • 29 Oktober – Penerbangan 53 ADC Airlines, sebuah pesawat Boeing 737-200, jatuh terhempas berhampiran Abuja, Nigeria dan membunuh 96 daripada 105 orang di dalamnya. — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 01:01, 13 Oktober 2009 (UTC)[balas]

Malaysia

[sunting sumber]

Assalamu `alaykum, Bang. Saya sudah melakukan perubahan besar di rencana Malaysia, terjemahan dari Wikipedia Bahasa Inggeris, dan beberapa bahagian adaptasi dari Wikipedia Bahasa Melayu. Bolehkah abang tengok periksa itu. Ada beberapa gambar yang belum di-upload, sehingga tidak muncul di rencana. Apakah sebaiknya dihapus atau dimacammanakan? Sila tunjuk ajar. Reindra (bincang) 05:22, 13 Oktober 2009 (UTC)[balas]

Pangkalan bukan Pengkalan

[sunting sumber]

Salam saudara. Ada kesilapan ejaan dalam entri. "Pangkalan" bukan "Pengkalan". Kamalzack (bincang) 07:37, 15 Oktober 2009 (UTC)[balas]

Akan dibetulkan dalam masa terdekat. <30 hari. Ada hal sikit. Yosri (bincang) 07:42, 15 Oktober 2009 (UTC)[balas]

Yosri memang pakar "ianya". Daripada itu, dah boleh agak umurnya... tak muda lagi, hehehe. "Ianya" paling popular pada dekad 1960-an. Serupa juga "pengkalan". Nasib dia tak pakai "e pepet" dan "e tetek". Tetapi ini hanya kerana papan kekunci tak ada huruf itu... kalau ada, dia mesti pakai! — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 08:35, 16 Oktober 2009 (UTC)[balas]

Haaaa... Haaaa... Haaaa... Dah cuba kontrol, tapi terlepas jugak. Tak pakai e pepet, tapi e tanda. Yosri (bincang) 10:11, 16 Oktober 2009 (UTC)[balas]

2,000 rencana lapangan terbang

[sunting sumber]

Hai Yosri, saya baru perasan anda tidak meneruskan rencana lapangan terbang anda. Adakah itu disebabkan oleh pesanan saya? Saya harap bukan kerana saya cuma main-main saja. Tetapi rencana Senarai nahas dan kejadian pesawat komersil memang boring. Tertinggal sepertiga masih. Nak tinggalkan, sayang, tak tinggalkan, borian. Maka kekadang kena relaks sikit, bergurau-gurau.

Sebenarnya, Wikipedia juga menggunakan kaedah anda semasa dalam peringkat awal untuk mengembangkan bilangan rencana. Sebagaimana yang mungkin anda tahu, mereka mencipta rencana bandar. Mungkin anda juga boleh berbuat demikian selepas anda siapkan semua rencana lapangan terbang anda. Biar capai 100,000 rencana dulu sebelum mengembangkannya.

Saya biasa juga main dengan pautan rencana rawak. Apabila ada rencana yang menarik perhatian saya dan perlu dikembangkan, saya akan berbuat demikian. Akan tetapi apabila saya hendak mengembangkan rencana lapangan terbang, saya melihat Wikipedia bahasa Inggeris juga tidak mempunyai bahan. Maka selepas tiga empat percubaan, saya tidak mencuba lagi. — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 08:28, 16 Oktober 2009 (UTC)[balas]

Hai Yosri, apabila anda mĕnyĕbut "e-tanda", ianya mĕmbelokkan saya ka-arah lorong mĕmori. Ya, memang bukan "e-pepet". Tapi "e-tanda" atau "e-darling"? Saya maseh ingat pada suatu hari yang halus, Chikgu Bahasa Mĕlayu saya masuk ka-dalam bilek darjah dan mĕngishtiharkan bahwa nama baharu untuk "e-tanda" adalah "e-darling" atau sumting like dat. Bĕliau juga berchakap bahwa kami tidak boleh lagi mĕnulis "bĕrsama-sama" sa-bagai "bersama2". Leceh bĕtul.

Saya maseh ingat bahwa pĕnjodoh bilangan "barang Jĕpun" bĕrmaksud "barang yang murah tĕtapi buruk", tĕtapi mĕreka sĕkarang chakap ianya bĕrmakna "barang yang bĕrkualiti" pulak! Lĕbeh-lĕbeh lagi, mĕreka bĕrkata bahwa "bĕrmaksud" yang saya gunakan adalah salah kĕrana pĕrkataan "bĕrmaksud" kini bĕrmakna "bĕrniat"!

Kan mĕreka sendiri yang bĕrkata bahwa pĕrkataan yang mantap... oppphs, okey, ingat saya mĕnulis huruf "p" pada pĕngkal pĕrkataan itu (otak lama tak chuchi), hehehehe... ya, kan mĕreka yang bĕrkata pĕrkataan yang mantap tak boleh di-tukar? Jadi mĕngapa Rafidah boleh menjadi dato? Langsong tak mĕngĕrti.

Manyak ayer sudah bĕralir di-bawah titi yang kini sudah mĕnjadi jambatan, dan "jamban" pula mĕnjadi "tandas". Dulu mana ada "kini". Yang ada cuma "bikini" yang kini di-gĕlar dwikini!

Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 13:51, 16 Oktober 2009 (UTC)[balas]

permission

[sunting sumber]

meminta kebenaran untuk menjadi setiausaha dalam bahagian wikipedia... saya lihat ramai dah setiausaha yang tidak aktif disamping saya juga ingin membantu laman wikipedia bahasa melayu ini... tolong bantu saya bagaimana... :)

Tadi ada vandal yang merusak besar-besaran. Saya mencari-cari penyelia tampaknya tidak ada yang online. Untunglah Pengguna:Rdsmith4 dapat menyekat. Gombang (bincang) 04:38, 17 Oktober 2009 (UTC)[balas]

Daripada litel akorn, besar oak tumbuh. Rencana tunas kelihatan amat berguna. Seorang sedikit membikini, lama-lama bukit menjadi. Ada ritma tak? — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 13:36, 17 Oktober 2009 (UTC)[balas]

Lapangan Terbang

[sunting sumber]

Hi.. salam buat saudara Yosri... saya pengguna wiki malaysia sangat tertarik dengan artikel yang disadur oleh saudara mengenai lapangan terbang... saya menganggap bahawa saudara cukup minat dalam hal-hal berkaitan dengan penerbangan... oleh itu, dengan kesempatan ini... saya ingin memohon bantuan daripada pihak saudara jikalau tidak keberatan boleh tak mengroupkan senarai-senarai lapangan terbang tersebut mengikut negara? bagi memudahkan pengguna lain membuat rujukan...

mungkin saudara boleh membuat satu templat baharu berkaitan seperti "senarai lapangan terbang mengikut negara", "senarai lapangan terbang mengikut benua", "senarai lapangan terbang mengikut kod lapangan terbang" dan sebagaimya...

Terima kasih di atas ulasan saudara. Untuk pengetahuan saudara,ia telah dikelompokkan dalam kategori menurut negara. Klik pada kategori di bawah. Untuk pembinaan pandu arah, saya perlu melengkapkan keseluruhan nama lapangan terbang kerana terdapat kemungkinan pertindanan nama yang memerlukan ia dipindah. Perkara tersebut ada dalam perancangan. Terima kasih. Yosri (bincang) 13:25, 18 Oktober 2009 (UTC)[balas]
hmm... saya tak perasaan pasal kategori tuh.. haha

tapi lebih baik kalu saudara dapat membuatnya dalam bentuk templat... tak aper... saya akan tolong-tolongkan bantu saudara buatkan template jika mempunyai masa lapang.. :)

"Operasi Reskui" dicadangkan. Saya akan cuba menggabungkan rencana di atas dengan Teluk Kemang pada bahagian "Sejarah" dan see the outcome. Kalau tak berjaya, saya akan tertanya-tanya "how come", hehehe. — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 10:50, 19 Oktober 2009 (UTC)[balas]

Dah siap dah... Saya faham, tapi Malaysia ini banyak kekurangan sumber, maka bak orang Cina cakap, "Tiada ikan, udang pun boleh." Tapi ungkapan itu sudah lapuk. Siapa nak makan ikan jika udang disediakan untuk bufet hotel. Bagaimanapun, nada rencana itu agak jujur. Sungguhpun demikian, saya telah bubuh rujukan pembatasan pada tajuk "Sejarah". Jika itu tidak mencukupi, anda boleh taruh lagi yang lebih ketara, misalnya 18SX.
(P/S: Yosri, anda boleh hapuskan rencana SEJARAH PANTAI TELOK KEMANG,PORT DICKSON kerana saya telah memindahkan kesemua yang dianggap sebagai intipati atau intisarinya ke dalam rencana Teluk Kemang.) — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 11:33, 19 Oktober 2009 (UTC)[balas]

Sejarah lisan ke budaya rakyat? (Just pulling your legs) — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 11:43, 19 Oktober 2009 (UTC)[balas]

Oooooiiiii, tak percaya ke ini: "Banyak perkara mencarik adap berlaku ke atas diri Sheikh Mohd Taib, antaranya terbentuk sekumpulan awan hitam sentiasa memayungi beliau pada waktu cerah setiap kali beliau berjalan".

Sebenarnya, saya pernah mendengar rakan sekerja saya mengatakan bahawa semasa mereka sembahyang di sebuah kuil agama Buddha Tibet di Malaysia yang dikunjungi oleh sami besar Tibet ketika itu, awan hitam memayungi kuil itu, sedangkan langit terang, tidak membayangkan hujan akan mali. Dia nie ketua bahagian kejuruteraan dan segan nak menceritakan peristiwa itu kerana langsung tidak masuk akal, apa lagi dia dari jurusan kejuruteraan. Dikatakannya jika dia tidak melihat awan hitam itu dengan mata sendiri, dia sendiri pun tak percaya. Maka dengan itu, saya menanyakannya adakah tabiatnya memang melihat benda dengan mata orang lain? hehehehe.

Anyway, mana-mana laluan, saya telah menukarkan "perlu petikan" dalam templat {{fact}} menjadi "perlu rujukan". — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 01:02, 20 Oktober 2009 (UTC)[balas]


Ya, memang betul, kena jaga standard. — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 11:01, 20 Oktober 2009 (UTC)[balas]

Leksikologi "harimau"

[sunting sumber]

Hai Yosri, entah betul atau tidak, saya mendengar bahawa perkataan "harimau" untuk Pak Belang sebenarnya berasal daripada sifatnya yang hari-hari mau. Tapi saya tidak berani memasukkannya ke dalam Senarai leksikologi bahasa Melayu agar mengelakkan tag {{fact}} dibubuh, hehehe. Bagaimanapun, saya bilang itu hanya budaya rakyat saje dan tidaklah mempunyai setitis kebenaran pada dirinya. — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 08:27, 21 Oktober 2009 (UTC)[balas]

Steward request

[sunting sumber]

Hi, you can block 81.156.54.218 in relation to your request at meta. --Erwin (bincang) 13:38, 21 Oktober 2009 (UTC)[balas]

Burung Pekaka Api

[sunting sumber]

Burung Pekaka Api (nama Mat Salleh: Rufous-backed Kingfisher) ialah burung kecik berkerakyatan Indonesia, Malaysia, Brunei, Indonesia, Filipina, Thailand, dan India. Meskipun burung ini ialah rakyat berbilang negara, khususnya di Samudera Asia Tenggara, Burung Pekaka Api dilarang masuk ke dalam negara tanah besar Asia Tenggara kecuali Thailand kerana disyaki merupakan penyokong kuat terhadap perjuangan hak asasi keburungan. Permohonan pasportnya kepada keempat-empat pemerintahan Myanmar, Kemboja, Laos, dan Vietnam telah ditolak berulang kali, namun burung ini masih gigih membuat rayuan, dengan Myanmar kini kelihatan akan meluluskan laluan pintas penerbangan Burung Pekaka Api merentasi ruang udaranya dari Thailand ke India, baik untuk melancong mahupun untuk menetap. Bagaimanapun, hak pendaratan masih tidak dapat dipertimbangkan. Kelewatan meluluskan hak ruang udara dikatakan diakibatkan oleh kesukaran pemerintahan Myanmar untuk menetapkan kadar cukai yang perlu dikenakan kerana ketiadaannya duluan. Oleh sebab burung ini ialah penyelam bertauliah yang menangkap makanannya dengan terjun menjunam dari dahan bertenggek, Menteri Belia dan Sukan Myanmar kini mencadangkan bahawa Burung Pekaka Api dirakyatkan dengan secepat mungkin agar dapat menghantarnya ke London, United Kingdom untuk menyertai Sukan Olimpik Musim Panas 2012 dengan harapan memperoleh pingat emas untuk acara junam.

(183 perkataan)

Haaaa...Haaaa... Haaaa.... Saya ambil nama dari daftar burung Malaysia, Baru tahu burung ini nomad. Dari data minima jadi rencana tunas, kini rencana dah menetas dah. Yosri (bincang) 09:42, 24 Oktober 2009 (UTC)[balas]
haaaahahahahha kelakar laa..Che (bincang) 10:40, 24 Oktober 2009 (UTC)[balas]
Sebenarnya saya meletak data yang ada, iaitu burung tersebut ada di Malaysia. Saya tidak pasti ia ada di tempat lain. Perkara yang sama juga bagi semua rencana putung burung-burung yang lain. Sama juga bagi pokok, cuma saya tak sentuh rencana yang dipindahkan. Yosri (bincang) 04:32, 25 Oktober 2009 (UTC)[balas]

Hai Yosri, jika ada gambar hensem, tolong hiasi rencana di atas. — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 18:29, 24 Oktober 2009 (UTC)[balas]

Cantik sekali... opphs, manyak cantik, cantik manyak kali. Manyak manyak timasih. — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 06:16, 25 Oktober 2009 (UTC)[balas]

Checkuser

[sunting sumber]

Salam saudara Yosri, suara anda di pilihan raya Wikipedia:Pengurus/Pemungutan suara/IvanLanin untuk checkuser 27 Oktober 2009 sangat kami perlukan. Terima kasih sebelumnya. Meursault2004 (bincang) 12:25, 28 Oktober 2009 (UTC)[balas]

Terima kasih banyak!. Meursault2004 (bincang) 12:49, 28 Oktober 2009 (UTC)[balas]

Nama negara yang terbabit ialah Republik Congo dan Republik Demokratik Congo. ...Aurora... (b) 15:33, 29 Oktober 2009 (UTC)[balas]

Selain itu, Lubnan, Guinea Khatulistiwa, Côte d'Ivoire, Kemboja. ...Aurora... (b) 15:39, 29 Oktober 2009 (UTC)[balas]

Hai Yosri, saya melihat anda menukarkan seluar dalam menjadi seluar dalam lelaki. Nampaknya, seluar dalam lelaki tidak sangat disayangi oleh Wikipedia bahasa Inggeris dan justera, dilonggokkan dengan seluar dalam wanita di dalam rencana umum, seluar dalam, manakala seluar dalam wanita diberikan perhatian khusus menerusi banyak rencana, berdasarkan kelainannya.

Adakah anda ingin mengekalkan perubahan anda itu. Tidak salahnya jika kita tidak hendak mengikut Wikipedia bahasa Inggeris kerana kita boleh mencipta rencana tersendiri yang misalnya, merangkumi seluar dalam Cina Ah Pek yang longgar yang seringnya mendedahkan atau melepaskan burung beroda atau dalam istilah yang lebih teknikal, "burung berbasikal", hehehe. — Pakar Seluar Dalam (bincang) 03:45, 31 Oktober 2009 (UTC)[balas]

Hai Yosri, the Eagle has Landed, dan buaya sudah mendarat....

Ya, anda betul. Saya baru perasan ada rencana seluar dalam lelaki dalam Wikipedia Inggeris apabila saya mencipta templat untuk Templat:Clothing. Sebenarnya, saya tertawa semasa saya melihat gambar kuku unta. Itu menyebabkan saya melihat yang lain, namun dicipta ekor paus, kuih mufin, bra lelaki dan kini seluar dalam boxer. Yang terakhir itu, saya ternampak meriam yang disoroknya. Tapi dah cukup laaa. Sebenarnya, ekor paus yang kedua itu difikir last, tapi last, last, tak last...

Saya baru perasan ada perkataan sesendal yang sudah wujud... lupa untuk apa tadi, tapi takde dalam Kamus Dewan (saya melihatnya di Kamus Istilah). Pada mulanya, saya fikir tiada perkataan itu, namun saya menggunakannya. Bolehkah kita menggunakan bebaji. Penggunaan kaedah "be", "ce", "le", dan sebagainya diiktiraf oleh DBP sebagai imbuhan untuk membayangkan sesuatu, misalnya "baji" yang bukan baji. — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 09:06, 31 Oktober 2009 (UTC)[balas]

Hai Yosri, keluar sekejap tadi untuk mengambil kereta. Takde wang, maka cuci kusyen supaya ia seolah-olah kereta baharu untuk anak suling memakai, hehehe.

Wedgie tu tidak merujuk kepada perbuatan tetapi kepada kain seluar dalam yang tersekat di dalam belahan punggung selepas seluar dalam itu ditarik kuat-kuat ke arah langit. Seluar dalam itu akan berbentuk V tajam yang digelar sebagai "wedgie". Maka saya berasa bebaji mungkin lebih tepat.

Saya terlupa memberitahu anda. Semasa kami menyertai kursus ITNM, kami dimarahi kerana selalu merungut bahasa Melayu masih tidak mempunyai perbendaharaan kata yang cukup. "Siapa cakap?" tanya pensyarah yang juga "Sasterawan Negara". "Kan DBP dah sediakan pedoman untuk membentukkan istilah baharu? Gunakannya!" Beliau menyesali perkembangan semasa yang daya cipta Melayu dalam pembentukan istilah telah merosot dengan ketara. Satu-satunya yang dipetiknya sebagai pembentukan istilah yang berdaya cipta unggul ialah istilah "buah dada". Maklumlah pensyarah wanita. Yang dirungut oleh pensyarah wanita yang lain ialah istilah "kongkek". Issshhhh, apa itu kongkek? Kan persetubuhan lagi canggih?" Ada peserta wanita yang ingin tahu apa itu "kulum". Hahaha, pensyarah wanita itu pun nak ketawa apabila menerangkannya, manakala saya cuma tertawa di dalam hati.

Ya, sewaktu saya menterjemahkan rencana, kekadang saya mendapati bahawa istilah itu tidak ada, baik dalam kamus DBP atau dalam gelintaran Google. Maka saya mencipta istilah sendiri, selaras dengan nasihat pensyarah ITNM. Mereka berkata kita jangan tunggu DBP untuk menciptanya tetapi sebaliknya, kita harus mengembangkan daya cipta kita. Tetapi daya cipta mana ada? Ikut pun masalah, apalagi nak cipta, hehehehe. Namun, mungkin anda boleh menyemak templat-templat yang dicipta oleh semua pengguna (termasuk saya) dan mungkin, anda dapat membetulkan kebanyakan istilah di dalamnya. Sekarang dah ada buah dada, buah pelir, buah pinggang dan buah tangan. Saya dah mencipta buah kaki tetapi entah nak pakai dalam bahagian tubuh yang mana, hehehe. — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 09:59, 31 Oktober 2009 (UTC)[balas]


Hai Yosri, kesilapan menterjemah... tadi, saya merujuk kepada Kamus Inggeris-Melayu Dewan dan mendapati bahawa ada perkataan "menyendal", tetapi saya tidak meneliti maksudnya. Saya telah tukarkan perkataan "tersendal" menjadi "terasak" lalu menukarkan judul rencana menjadi "Sesendal (pakaian)" kerana adanya alat sesendal dalam bidang kejuruteraan.

Saya rasa perkataan "sesendal" adalah tepat kerana kaedah pembentukan istilah ini banyak digunakan dalam bidang teknologi maklumat dan sains, misalnya tetikus, tetingkap, kekunci, cecincin, dan sebagainya.

Wedgie merujuk kepada bentuk seluar dalam apabila ditarik kuat-kuat. Ia kelihatan seolah-olah sendal...., maka sesendal.

Ada dua tajuk lagi yang saya ingin bincangkan. — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 11:11, 31 Oktober 2009 (UTC)[balas]

Gaya penterjemahan

[sunting sumber]

Terlupa tadi. Anda berkata, "Kadang kala saya mengelat (cheat) apabila menterjemah. Jika perkataan itu saya tidak pasti, saya ubah ayat untuk tidak menggunakan perkataan tersebut, tetapi mengekalkan maksud ayat."

Sebenarnya, itulah kaedah penterjemahan yang betul. Yang penting ialah maksud yang tidak lari daripada maksud penulis asal. Suasana dan nada juga kena dikekalkan. Satu lagi aspek yang penting adalah bahawa ia tidak berbau penterjemahan. Dengan kata yang lain, ia perlu berasa seolah-olah rencana asli yang ditulis oleh orang Melayu. Itulah yang saya hadapi masalah.

Maka saya kini berhasrat membaca novel "Biru Warna" sebanyak 20 kali atau lebih sehingga saya dapat menyerap gaya penulisan Awang Had Salleh dan menghafaz seluruh novel itu sebanyak 278 halaman tanpa merujuk kepada buku itu. Saya suka gaya penulisannya, berbanding dengan penulis lain. Selepas menguasai gayanya, saya akan menerbitkan buku saya yang secara tentatif, berjudul "Kuning Warna", dengan nama samaran penulisnya Awang Takhad Salleh.

"Biru Warna" membincangkan percanggahan nilai jurang generasi, dengan salah satu watak sampingannya dijadikan watak utama "Kuning Warna" kerana dicela bermalam dengan seorang gadis. Maka "Kuning Warna" adalah kepada "Biru Warna" seumpama "Teratai Keemasan" kepada "Pinggir Air". Kedua-dua rencana mengambil satu watak sampingan dalam novel asal dan menjadikannya sebagai watak utama. "Kuning Warna" jika berbuah, akan menjadi "Kamasutra Melayu", serupa dengan Teratai Keemasan yang telah lama menjadi novel erotika klasik terutama Cina, hehehe.

Mungkin apabila anda ada mood, anda boleh mengemaskinikan sesetengah rencana penterjemahan saya supaya saya juga dapat menerap sesetengah gaya penulisan bahasa Melayu asli.— Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 11:48, 31 Oktober 2009 (UTC)[balas]

Hai Yosri, nampaknya baji boleh digunakan kerana ia sama bentuknya dengan wedgie. Tetapi baji itu barang fizikal, maka kita perlu menggunakan perkataan "bebaji", seumpama dengan tetikus yang kelihatan seolah-olah tikus tetapi bukannya tikus, atau tetingkap yang bukannya tingkap benar.

Bolehkan anda membuat peralihan judul rencana? — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 13:03, 31 Oktober 2009 (UTC)[balas]

Rencana Beijing

[sunting sumber]

Ini adalah antara dua tajuk yang saya katakan tadi. Anda berkata, "Sebenarnya saya pelik jugak kenapa anda tiba-tiba rajin menulis tentang XXX." Sebenarnya, saya berhasrat membanjiri portal ini dengan rencana Beijing kerana saya merancang nak ke sana untuk melihat kebudayaan Cina.

Gagasan itu tertimbul awal bulan ini apabila pensyarah ITNM memberitahu saya bahawa dia hendak ke China buat kali keempat. Kawan sekolah saya juga pernah ke Beijing dan mengatakan saya perlu ke sana untuk tengok satu tengok. Dikatakanya maharaja Cina bukan orang.

"Memang," saya membalas, "mereka kata mereka anak dewa".

"Anak dewa, tahiku! Mereka lebih teruk daripada binatang. Tengoklah rata mereka yang dipamerkan di dalam Istana Musim Panas. Ia lebih besar daripada rumahkau. Cuba fikir berapa ratus orang diperlukan untuk mengangkatnya berbatu-batu dari Kota Larangan ke Istana Musim Panas dan kembali!"

Rata sebesar rumah saya? Angkat berbatu-batu? Gila ke? Namun perlulah tengok satu tengok. Tapi minat macam takde. Rencana Beijing disambung daripada penyumbang lain pada 12 Oktober. Sampai hari ini pun masih belum siap.

Cuma nak beritahu jangan pelik nanti kalau angin datang dan saya membanjiri portal ini dengan rencana Beijing supaya dapat membuat lawatan termaklum dan berpengetahuan ke sana. Tapi saya tidak yakin. Pensyarah itu kata kena jalan jauh. Mati aku. Kalau kerusi roda disediakan, bolehlaaa, tapi macam mana nak naik Tembok Besar China? Kakak cakap pergi Gold Coast, Australia, memang perkhidmatan kerusi roda disediakan. Setakat nak pergi Gold Coast, Pulau Pinang pun ada, apa lagi macam tak masuk akal melancong dengan menggunakan kerusi roda, hehehe. — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 14:50, 31 Oktober 2009 (UTC)[balas]

Yang mana satu ? .Saya ada baca di blog. Oleh kerana u bantah, saya padamlah. Ini mungkin isu lama tahun-tahun 1999 .Malekhanif (bincang) 23:49, 31 Oktober 2009 (UTC)[balas]

Besuk baru tidur

[sunting sumber]

Hai Yosri, saya rasa saya nak pindahkan semua rencana teknologi maklumat dalam laman saya ke sini kerana saya nak memulakan konsep baru untuk semua laman saya, termasuk Dummipedia. Konsep baru hanya memberikan nota ringkas bernombor dan hanya menumpukan bidang yang saya minat. Dengan kata yang lain, ia tidak lagi mengendahkan khalayak, hehehe. — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 00:57, 1 November 2009 (UTC)[balas]

Terima kasih

[sunting sumber]

Hai Yosri, tawaran bantuan anda dirakam. Bagaimanapun, saya tidak berhasrat mengembangkan laman-laman saya secara besar-besaran selepas bergaduh dengan bekas webhos saya, walaupun saya kini telahpun pindah ke GoDaddy dan mengambil pengehosan laman perkongsian tak terhad. Antara alasan utama yang lain adalah kerana untuk menjayakan sesuatu laman, seseorang harus memperuntukkan 75-80% masanya dalam pemasaran dan hanya 20-25% masanya dalam pengembangan lamannya. Justera, terdapat banyak pemilik laman juga menggunakan perisian "penciptaan rencana" yang mencuri laman orang lain lalu digantikannya setiap perkataannya dengan sinonim. Hasilnya tahi ayam belanda. Sebagaimana yang anda tahu, saya lebih suka menulis daripada yang lain. Namun pemasaran bukannya cawan teh saya.

Bagi saya, hati penting. Setakat anda sudi membantu saya, itu dah berbaloi. Sebenarnya, anda adalah satu-satunya orang yang membantu saya paling banyak, berbanding dengan kawan-kawan saya yang lain. Mereka menyumbangkan dua tiga rencana dan lepas itu, tidak nampak lagi, hehehe. Kalau saya tidak salah, anda telahpun menyumbangkan sekitar 50 rencana, jika bukan lebih.

Saya nampak anda juga amat cinta akan bidang ilmiah. Jika anda ada masa, ada kebaikan jika anda menjalin hubungan yang baik dengan ITNM, apalagi anda di Kuala Lumpur. Ini akan memberikan anda satu jalan yang lumayan apabila anda bersara. Cuma fikir. ITNM mengenakan 45 sen setiap perkataan. Pesanan ini memiliki 244 perkataan, namun jika anda menulis sebanyak ini, anda akan mendapat RM109.80. Andai katalah kita cuma mengenakan 50% daripada itu. Berapa agaknya? Oleh sebab itu, saya kini telah memulakan penterjemahan buku dalam laman saya yang terlindung. Mana tahu kan? — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 10:12, 1 November 2009 (UTC)[balas]

Hai Yosri, rencana anda di atas sampai dengan selamat menerusi syipmen pertama, hehehe. Tapi memang boringlaaa kerja pemunggahan ni walaupun syarikat saya digelar Syarikat Pemunggahan Rencana. Oleh sebab tiadanya keperluan untuk memindahkannya sekaligus, saya memindahkan sikit-sikit setiap hari.

Tahukah anda ada apa perisian pangkalan data percuma berasaskan Linux dalam internet? Saya nak memulakan kamus Bahasa Melayu-Bahasa Indonesia, hehehe. — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 11:27, 1 November 2009 (UTC)[balas]

Glamour atau wang, ataupun wang glamour

[sunting sumber]

Hai Yosri, pemasaran tu bukan nak glamour, kan nak wang? Tetapi saya rasa-rasa ambil tin susu tunggu di tepi jalan lebih berkesan daripada mengutip duit syiling menerusi Google Adsense. Walaupun kekadang dapat RM3-4 sehari daripada Google, tetapi kerjanya tidak berbaloi. Bila tak buat, satu sen pun takde, namun selalu kena berusaha. Sebagaimana yang saya katakan hari tu, saya kini cuma buat apa yang saya suka, bukan apa yang saya anggap orang lain akan suka baca. Terutamanya, ia kini mengandungi bahan rujukan, kekadang terus daripada laman lain, maka subportal itu perlu dilindungi atas alasan hak cipta (ayat yang salah, tak boleh kata "atas alasan", kena kata "bawah alasan", oppphs.... kena pakai "kerana"... susahlaaa nie, kalau dulu tak gi ITNM, kan seronok? Cuma taruhje). Mungkin saya akan cuba menumpukan analisis sesuatu. Itulah bidang yang saya lebih masyhur ketika saya belajar di universiti dan sewaktu saya bekerja dulu.

Yosri, isteri anda buat terjemahan untuk ITNM ke? Sekurang-kurangnya anda ada hubungan dengan ITNM, walau tidak langsung. Anda bolehlah cuba peperiksaannya tanpa menyertai kursus. Cuma perlu meluangkan sehari sahaja. Ambillah dan nilaikan standard semasa anda. Saya melihat terjemahan anda dan dapati bahawa anda ada sesetengah kecenderungan yang perlu dielakkan, misalnya penggunaan "di mana". "Di mana" sebagai terjemahan "in which or where [he]..." tidak diiktiraf kerana ia merupakan ciri bahasa Inggeris yang bukan bahasa Melayu. Tetapi adanya keadaan yang "di mana" adalah tepat, misalnya, "Dia bertugas di Universiti Malaya di mana dia bertemu dengan sarjana yang terkenal."

Tentang Wikipedia Indonesia yang mampu berdiri kerana mereka sudah mempunyai carter di sana... itu dah menjadi duluan untuk Wikipedia Malaysia yang memang akan mendapatknya pada satu hari nanti... Pokok akan berbuah, bak minyak mengapung sendiri di permukaan air, nak dia turun pun tak boleh ("dia" lebih sedap daripada "ia", itulah tajuk kedua yang saya katakan hari ini tetapi pesanan nie dah macam rencana... nantilah). Maka tak perlulah buat apa-apa selain daripada mengusahakan portal ini. — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 11:58, 2 November 2009 (UTC)[balas]

Kaedah yang saya pergunakan untuk menterjemahkan rencana Wikipedia

[sunting sumber]

Hai Yosri, mungkin dapat saya menarik minat anda jika saya mencerita di sini tentang kaedah yang saya gunakan dalam penterjemahan saya. Pertamanya, saya membaca semula seluruh isi rencana Wikipedia bahasa Inggeris dengan teliti secara sendirian. Kemudian, saya membacanya kuat-kuat kepada diri sendiri sementara saya menterjemah dengan seberapa tepat yang dapat, ayat demi ayat. Sebenarnya, saya ingin mengupah Ah Lung membaca kuat-kuat kepada saya tetapi malangnya, dia telah lama pergi menjumpai Penciptanya. Walaupun demikian, saya mendapati bahawa dengan mengikut bacaan saya, saya masih dapat menterjemahkan rencana dengan lebih pantas. Selepas terjemahan disiapkan, saya meneliti seluruh terjemahan saya dan membandingkannya, perkataan demi perkataan, dengan rencana Wikipedia bahasa Inggeris yang asli. Sebagai awasan tambahan demi memastikan ketepatan, saya meneliti terjemahan saya itu semula dengan satu lagi kawan saya.

Teh tarik tak, oppphs, I mean tertarik tak? Kalau tertarik, namun anda kini boleh membaca perenggan ini. — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 03:55, 5 November 2009 (UTC)[balas]


Pesanan di atas ditulis untuk bermain-main sahaja. Sebenarnya, saya juga mempergunakan terjemahan harfiah seperti Pearl S. Buck, walaupun kaedah itu tidak disarankan. Buck mempunyai tujuan sendiri, iaitu supaya "pembaca yang tidak faham akan bahasa Cina mendapat sekurang-kurangnya tanggapan bahawa mereka sedang membaca karya asli". Bagi saya, saya mencuba meningkatkan penguasaan bahasa saya sehingga dapat menterjemahkan semua ayat bahasa Inggeris, tanpa mengira apa jua bidang. Namun percubaan itu seolah-oleh merempuh tembok tetapi saya masih terus mencuba. Sebagai saudara beruk, juga terdapat banyak kali yang ingin saya ambil jalan pintas dan menggugurkan bahagian yang susah (apabila penyongsangan ayat tidak berhasil) tetapi apabila berasa saya hanya menipu diri sendiri, maka saya juga memecahkan tempurung dan menyumbangkan kepada untung tahunan Syarikat Panadol Berhad.

Ya, saya nampak banyak kesilapan yang dilakukan dalam banyak rencana di dalam portal ini. Tetapi saya tidak hendak menegur penyumbangnya kecuali yang saya lebih rapat kerana tidak hendak menimbulkan salah tanggapan. Ada orang tak suka ditegur, manakala ada orang tidak suka menegur kerana lebih baik orang lain terus membuat kesilapan supaya dia kelihatan lebih baik daripada segi perbandingan.

Sewaktu saya mengambil peperiksaan ITNM pada Mac 2008, seorang pensyarah menasihati kami berusaha mencapai markah tertinggi dalam kertas teori kerana kertas-kertas penterjemahan praktikal susah nak mendapatkan markah tinggi. Sewaktu itu, kesemua kami berpendapat bahawa kertas teori sangat susah, namun pensyarah itu mengatakan bahawa ada seorang setakat itu yang sudah mendapat 24 daripada 25. Jika kenyataannya adalah betul, maka saya adalah orang pertama atau antara orang pertama dalam peperiksaan ITNM untuk mendapatkan markah penuh dalam kertas teorinya. Mungkin Alizah, opppphs, I mean isteri you tahu kalau dia menyertai peperiksaan itu selepas saya, hehehe. Walaupun demikian, saya masih menghadapi banyak masalah dalam penterjemahan saya. — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 14:07, 5 November 2009 (UTC)[balas]


Hai Yosri, penggunaan "di mana" dalam rencana anda, Diriku, adalah satu-satunya penggunaan yang tepat untuk ungakapan itu:

Tetapi di sini aku adalah tuan tanah, aku adalah pemilik, akulah yang di rumah sendiri. ini adalah rumah purbaku, di mana ayahku dan ayah-ayah mereka tinggal.

Ini kerana "di mana" merujuk kepada "rumah", suatu barang fizikal, dan bukan konsep yang abstrak.

Tetapi ayat "Dan kini... orang asing memberitahuku, bila mereka akan datang ke sini, dan apa yang aku perlu buat, apa yang aku boleh lakukan" perlu ditulis sebagai:

"Dan kini... orang asing memberitahuku, bila mereka akan datang ke sini, dan apa yang perlu aku buat, apa yang boleh aku lakukan"

Walaupun saya selalu membaca perkataan seperti "memberitahuku", saya tidak pasti adakah bentuk "memberitahu aku" lebih tepat kerana "ku" biasanya digunakan sebagai "'s", misalnya, rumahku, komputerku. Sungguhpun demikian, saya tidak pernah melihat sebuah buku (termasuk buku teks DBP), majalah, atau terbitan yang lain yang betul-betul menepati tatabahasa Melayu DBP pada keseluruhannya. Maka kekadang, saya pun tertanya-tanya, "Adakah perlunya kita menepati peraturan Dewan Bahasa, sedangkan DBP juga menerbitkan buku yang tidak menepati peraturan dirinya. Dengan kata yang lain, biarlah Dewan Bahasa mengentut, kita buat apa yang kita mahu, hehehe. — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 15:29, 5 November 2009 (UTC)[balas]


Hai Yosri, cuba baca ayat ini daripada Prakata Kamus Inggeris Melayu Dewan (2002) yang ditulis bukan oleh penjual pasar malam tetapi satu-satunya oleh Dato' Haji Jumaat bin Dato' Mohd Noor, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka:

  • Dalam rangka perancangan ini, Dewan Bahasa dan Pustaka menyambut baik pelawaan pihak Australian National University, Canberra, Australia pada tahun 1977, untuk mengambil alih projek penyusunan English-Malay Dictionary yang sedang mereka usahakan dan meneruskan kerja penyusunannya hingga selesai."

Pembetulan: Dalam rangka perancangan ini, Dewan Bahasa dan Pustaka menyambut baik pelawaan pihak Australian National University, Canberra, Australia pada tahun 1977, untuk mengambil alih projek penyusunan English-Malay Dictionary yang sedang diusahakan (oleh) mereka dan meneruskan kerja penyusunannya hingga selesai."

Kalau kamus pun boleh salah, ahem.... — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 17:15, 5 November 2009 (UTC)[balas]

Hari itu, saya beli Mingguan Wasilah kerana gaya penulisann pada muka depannya kelihatan amat canggih. Apabila saya pulang ke rumah, "Awwww.... perut disakitkannya!

  • "Sebagai wadah yang membawa Islam, Pas seharusnya disegani dan dihormati agar ianya mudah untuk diterima oleh semua pihak, termasuk golongan bukan Islam," ujar beliau.
  • "Kaum Cina dan India adalah raja dalam menentukan siapakah yang bakal dinobatkan sebagai Adun N31 Bagan Pinang pada PRK kali ini."
  • "Katanya kewangan Islam bermula di Malaysia pada 1983, dengan penubuhan bank Islam yang pertama di negara itu dan di dalam tahun 1990-an, bank-bank telah dijemput untuk membuka tetingkap di dalam sistem masing-masing untuk memulakan dagangan produk Islam."

Selain daripada banyak kesalahan yang melanggar tatabahasa DBP, gaya penulisannya memang canggih.

Tetapi itu bukan apa yang saya hendak ceritakan hari ini. Yang saya hendak ceritakan ialah pengembalian perkataan "ianya". "Ia" telah diperuntukkan sebagai padanan untuk "it" dalam bahasa Inggeris sejak Dewan Kamus Edisi Ke-3 tetapi tidak sewaktu Edisi Keduanya. Tetapi "ia" terlalu singkat sehingga memberikan tanggapan bahawa ia hanya digunakan dalam bentuk mufrad. Maka apakah yang perlu digunakan apabila kita nak menyatakan bentuk majmuk? Bagi saya, "ianya" sangat sesuai. Dengan penggunaannya semula salah satu perkataan Melayu yang begitu berirama dapat dihidupkan semula.

Saya mencadangkan anda sebagai presiden "Persatuan untuk Pemulihan Perkataan "Ianya" dalam bahasa Melayu" untuk menuntut penghidupan semula perkataan itu. Jika adanya "Persatuan Bumi Leper" yang masih wujud sehingga 2001, mengapa tidak boleh adanya "Persatuan untuk Pemulihan Perkataan "Ianya" dalam bahasa Melayu"? — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 20:16, 6 November 2009 (UTC)[balas]

Hai Yosri, entah mengapa saya berasa perenggan yang tersebut di atas itu sangat susah penterjemahkannya. Dengan kata yang lain, saya tidak begitu puas dengan terjemahan itu. Bolehkah anda tengok satu tengok dan tengok apa yang boleh diperbaik? Mungkin kita kena berbuat demikian dari masa ke semasa demi dapat mempertingkat penterjemahan kita. Apa kata anda?

(P/S: Anyway, nampaknya tempurung saya macam sudah pecah, akibat obersaturasi. Kena rehat dulu.) — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 00:55, 8 November 2009 (UTC)[balas]


Hai Yosri, sungguh cantik! Terima kasih atas semakan anda. Cuma satu ayat ini: "Punca nahas ditetapkan sebagai pelancaran naik pramatang, disusuli oleh pemegunan dan merempuh benteng setinggi 12 kaki."

Mula-mulanya, saya pun tulis sebegini. Tetapi "pe" dan "me" macam tak padan. Selepas saya menterjemahkan senarai nahas pesawat yang sangat panjang itu, saya ingat saya dah expert dalam bidang itu. Tetapi adanya tiga masalah yang lain sewaktu saya menterjemahkan perenggan itu semalam... opphs, sesenja:

  • Hampir semua nahas dalam senarai itu melibatkan pengorbanan. Tiada orang dikatakan masuk hospital, masuk kubur adalaaaa. Maka perenggan ini kelihatan sangat asing, hehehe.
  • Penggunaan "beliau" macam tak kena apabila digunakan untuk memerikan sesuatu kemalangan. Oleh itu, saya tukarkan kebanyakannya menjadi "Wozniak".
  • Sewaktu menterjemahkan perenggan itu, Awang Had Salleh selalu kacau saya. Dikatakannya, "cubalah gaya saya. Perenggan nie macam cerita, gaya saya lebih sesuai...." Maka saya cuba menggunakan "doggie-style", dengan semua ayat disongsangkan kurang lebih seperti yang berikut:
"Langsung tidak dapat ingat kembali dia kemalangan itu dan buat beberapa lama, juga tidak tahu keterbabitan dia dalam nahas. Juga tidak ingat dia kemasukan ke hospital atau perkara-perkara yang dia lakukan sekembali dari hospital. Bagaimanapun, Wozniak dapat melakukan rutin hariannya seperti biasa (kecuali memandu pesawat). Sungguhpun demikian, selalu terlupa pula dia tujuan masuk ke dalam bilik selepas berbuat demikian. Juga selalu tidak ingat dia hari itu hari apa." (Awang Tak Terhad)

Tetapi gaya itu tidak dapat menampung perkataan "beliau" kerana nampak macam tak kena. Seperenggan menggunakan "dia", dengan yang lain menggunakan "beliau" memang mencucuk mata. Maklumlah saya cuma ada dua mata, maka kalau dicucuk, apa yang tertinggal? Cermin mata bukan dapat dijadikan alat ganti.

Tapi saya belajar banyak daripada semakan anda, hehehe... ayat yang ditukar, mahupun ayat yang tidak ditukar. Sebilangan perkataan yang salah, walaupun sikit, boleh mencacati seluruh perenggan, bak dua tiga bata yang senget pada dinding yang dibina dengan teliti. — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 07:38, 8 November 2009 (UTC)[balas]

Perkataan "mengenai"

[sunting sumber]

Sewaktu di ITNM, saya diberitahu bahawa perkataan "mengenai" tidak boleh digunakan lagi sebagai ganti untuk "yang berkenaan dengan". Namun semua "mengenai" perlu ditukar menjadi "yang berkenaan dengan" yang sungguh panjang. Tapi nampaknya, Kamus Dewan masih membenarkannya dalam makna ke-3, iaitu:

  • Mengenai: Berkenaan (berkaitan, berhubungan) dengan, tentang: Dalam buku kecil itu terdapat catatan-catatan penting mengenai beberapa perkara. Mereka mencari suatu penyelesaian mengenai masalah tersebut."

Yang dikatakan, "kena" hanya boleh digunakan dalam segi erti "kena pada", iaitu makna pertama dalam Kamus Dewan: Kena pada (matlamat, sasaran, dll): Maka peluru meriam itu pun datang mengenai segala orang Melaka, ada yang putus lehernya. Diparangnya segala tombak itu habis putus-putus, sebilah pun tiada mengenai dia. Dari segi erti itu, makna ke-5 juga kelihatan bersepadan, iaitu bersetubuh, hehehe. — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 07:55, 8 November 2009 (UTC)[balas]

Hai Yosri, muka saya sama dengan Steve Wozniak? Namun mengapa dia nie orang antara terkaya di dunia manakala saya semiskin tikus gereja? Berdasarkan ilmu Cina tengok muka atau dalam istilah yang mengerikan, fisiognomi, orang yang bermuka serupa ditakdirkan nasib yang serupa. Nampaknya, fisiognomi langsung tidak berasas.

Tetapi saya suka akan Steven Wozniak. Orangnya memang baik hati. Apabila Steve Jobs tidak hendak memberikan pekerja Apple opsyen saham sewaktu syarikat itu diapungkan, Wozniak memberikan sebahagian peruntukannya kepada pekerja, baik pada diskaun yang tinggi mahupun secara percuma. Sewaktu terdapat pertikaian dalam Apple antara Steve Jobs dan lembaga pengarah tentang iklannya, 1984, Wozniak menawarkan untuk membayar iklan itu daripada saku sendiri demi mengelakkan pergaduhan. Anda tahu e-melnya tak? Saya nak meminta sedikit wang daripadanya.

Ya, bahasa Melayu memang lentur. Sebagaimana yang dikatakan oleh pensyarah, jika kita cakap, "Lu punya mak sepupu punya kawan punya anak roti canai telur orang India bikin punya tadi makan" pun dapat difahami. Memang dia ada logik sendiri. Tapi kita terperangkap dalam zaman peralihan, namun banyak keliru. Pensyarah juga berkata, "atas alasan" dan "di bawah syarat" semua tak boleh guna kerana berbau bahasa Inggeris. Gunakanlah "dengan alasan" dan "dengan syarat"." Saya cuba menepati sistem DBP tapi "boleh" dan "dapat" memang pening. Bunyi "dapat" tak syiok kecuali dalam satu keadaan sahaja, iaitu "saya dapat wang". "Saya dapat penyakit" langsung tak syiok bunyinya.

(P/S: Kalau anda berpendapat muka saya macam Wozniak, mengapa saya marah? Nanti kalau nasib saya sama dengannya, saya beli Mercedes untuk anda, okey?) — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 10:17, 8 November 2009 (UTC)[balas]

Kesiannyaaaaaa!! Tapi memang aneh orang Mat Salleh, tak kan tak tahu apa itu syarikat sendirian berhad sehingga melepaskan berbilion-bilion dolar Amerika Syarikat. Itu tahun 1976, bukan 1876. Sedih dalam hati tapi mulut cakap tak apa, hehehe. — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 10:51, 8 November 2009 (UTC)[balas]

Hai Yosri, jelasnya anda tidak baca dengan teliti. Cuba baca semula. — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 12:42, 8 November 2009 (UTC)[balas]

Hai Yosri, betul cakap anda tu. Bukan saja kakinya sejuk, bebolanya pun kecut. Steve Wozniak menjual kalkulator HP manakala Steve Jobs menjual vannya untuk mengumpulkan USD$1,300. Sumbangan Wayne sebanyak US$800 hanya dinilai sebagai 10% syarikat. Adakah itu sesuatu yang menjadi masalah? Bagi saya, Jobs ialah lelaki sihir pemasaran manakala Wozniak ialah lelaki sihir teknikal. Dalam kes sedemikian, 10% untuk lelaki sihir karate, iaitu pakar silat tangan kosong, masih berbaloi.

Anda berkata: Menurut undang-undang US, "legally all members of a partnership are personally responsible for any debts incurred by any of the other partners."

Sebenarnya, itulah undang-undang perkongsian di seluruh dunia, termasuk juga Malaysia. Itulah yang mengakibatkan banyak orang bankrup pada suatu ketika sehingga tiada orang nak memulakan bisnez. Untuk mengatasi masalah itu, maka konsep "syarikat sendirian berhad" dan "syarikat berhad" dicipta entah pada abad ke-18 atau abad ke-19. Ianya bukan konsep baharu sewaktu 1976. Yang saya katakan, aneh mereka tak tahu. Hanya selepas Wayne keluar daripada perkongsian itu bahawa perniagaan Apple diperbadankan sebagai syarikat sendirian berhad. Kalau Wayne tahu, dia tak perlu mempunyai kaki sejuk. Tetapi sendirian berhad itu pun hau siau punya. Bank kan masih nak jaminan peribadi yang mengatasi batas sendirian berhad? Cuma pembekal kecil dipermainkan oleh konsep itu.

Tapi nampaknya, Wayne tidak ditakdirkan menjadi bilionwan. Sampai tua masih merupakan jurutera. Sebagai pemegang saham 10%, dia tidak perlu menjadi penjamin peribadi. Yang kena hanya Jobs dan Wozniak. Maka, benar pepatah orang tua-tua, "Nothing venture, nothing gain." Nanti saya cuba lompat dari tingkat ke-14 dan tengok apa yang dapat digainkan. — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 15:23, 8 November 2009 (UTC)[balas]

Kehilang daya cipta orang Melayu

[sunting sumber]

Hai Yosri, ITNM mengesal kehilangan daya cipta orang Melayu untuk mencipta istilah baharu. Biarlah saya tendang bola dengan kaki bangku dan anda ikut belakang. Perkataan "celebrity", apabila diterjemahkan sebagai "orang termasyhur" macam tak kena. Mungkin pemasyhur lebih sesuai. Tapi mengikut Pedoman Pembentukan Istilah Baharu DBP, "celebrity" boleh diterjemahkan sebagai "selebriti". Tapi selebriti memberi tanggapan kewanitaan. Maka saya mencadangkan yang berikut:

  • selebriti lelaki: selebrata;
  • orang bukan selebriti: rotiprata.

Masuk akal? — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 17:22, 9 November 2009 (UTC)[balas]

Rencana komputer

[sunting sumber]

Adoiiii! Terlalu banyak rencana komputer yang saya nak tulis. Dari satu ke satu tak terhingga. Kena tukar haluan. Nak jadi cikopek. Nak cari rencana best best. — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 23:44, 9 November 2009 (UTC)[balas]

Bentuk-bentuk rumah tradisional Melayu • Rumah Tradisional MelayuRumah Dusun LotudRumah KutaiRumah Tiang 12Rumah Panjang IbanRumah Orang SemaiRumah LimasRumah PanjangRumah Limau BungkusRumah Adat MinangkabauRumah Serambi gajah MenyusuRumah Bumbung PanjangRumah Melayu MelakaRumah Laut BajauRumah SerambiRumah Ketua Bidayuh

Hai Yosri, apakah padanan untuk "wearable computer"? Cadangan Khidmat Nasihat Bahasa DBP ialah "komputer sesuai dipakai". Tapi bunyi tak syiok. Entah "komputer pakai", "komputer berpakai", atau "komputer kepakaian" boleh digunakan tak? Ianya bukan:

Kaedah saya memindahkan rencana daripada Teknologi-maklumat.com (pesanan kedua)

[sunting sumber]

Hai Yosri, mungkin anda melihat saya macam keberatan memindahkan rencana daripada teknologi-maklumat.com kerana kadar pemindahannya jelas manyak slow. Sebenarnya, pemindahannya dianggarkan hanya memerlukan tiga hari penuh masa. Tapi saya hendak menyemak setiap rencana selepas dipindahkan kerana standard penguasaan bahasa saya ada naik sedikit selepas balik dari ITNM. Tambahan lagi, setiap kali saya memindahkan sebuah rencana, saya mendapati bahawa rencana itu mula beranak rencana stub. Maka saya mengambil masa saya menghayati ia beranak. Tetapi apabila saya dah bosan, saya akan sekaligus mencirit-biritkan kesemua rencana teknologi-maklumat.com dalam tempoh yang paling singkat, hehehe.

Nampaknya, belen rencana sekitar 350 buah... oppsh, tak boleh cakap "buah". Nanti abang DBP cakap "rencana" itu bukan barang fizikal, semua penjodoh bilangan diharamkan. Mati nak menyemak semula rencana! Yang ada tindanan, saya menggabungkan rencana, misalnya bahasa pengaturcaraan BASIC. Jangan bazirkan setitis maklumat pun... oppphs, maklumat itu bentuk apa ya? — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 19:01, 10 November 2009 (UTC)[balas]

Hai Yosri, apakah padanan untuk "dating"? Jelasnya, "dating" tu bukan amalan adat resam orang Melayu mahupun orang Cina. Kalau mengikut Pedomanan Pembentukan Istilah DBP, padanannya ialah "pendatan", tapi bunyinya tak syiok. Kamus Dewam memiliki satu masukan seperti yang berikut:

  • berpacar-pacaran: berseronok-seronokan, berkasih-kasihan

Apakah pendapat anda jika kita menggunakan "pemacaran"? Telah dikatakan oleh ahli bahasa bahawa perkataan pada dirinya tidak memiliki sebarang makna. Hanya orang yang memberikan makna kepadanya. Namun berdasarkan konsep itu, tiada apa-apa kesalahan yang dilanggar jika kita memasukkan makna kepada perkataan itu, asalkan ianya melihat masuk akal dan dapat diterima orang ramai.

Sebagai ganti, mungkin "paktor" boleh digunakan; ianya mirip dengan "faktor", sepatah istilah yang telah diterima, bersama-sama ejaannya. Itulah bahasa Hokkien yang entah berasal dari mana. Nampaknya, bahasa Cina piawai pun tak ada padanan. Memelayukannya menjadi "berpaktor, memaktori atau mempaktori, pempaktoran, kepaktoran", hehehe. — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 20:59, 10 November 2009 (UTC)[balas]

Jika paktor memberikan tanggapan kilang, namun istilah itu amat sangat sesuai. Kan paktor merupakan tawar-menawar dan perundingan untuk mencipta perkongsian bagi mengilangkan anak?
"Komputer pakai" ertinya komputer itu yang mengenakan pakaian? Maka "kedai makan" harus bererti kedai yang memakan, hehehe. — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 05:52, 11 November 2009 (UTC)[balas]

(P/S: "Berkenaan pesanan kedua, saya ingin maklumkan bahawa satu maklumatpun saya tidak ada mengenai maklumat itu bentuk apa." Ayat ini berperingkat tinggi, boleh rendahkan sedikit tak?)

Kekeliruan konteks ayat

[sunting sumber]

Hai Yosri, selepas penjelasan anda, kekeliruan saya terhadap ayat:

""Berkenaan pesanan kedua, saya ingin maklumkan bahawa satu maklumatpun saya tidak ada mengenai maklumat itu bentuk apa"

adalah daripada segi konteksnya, bukan daripada segi struktur ayat. Saya ingat anda berbincang daripada segi maklumat perpindahan rencana tetapi sebenarnya, anda membincangkannya daripada segi penjodoh bilangan yang tidak saya perasan kerana itu hanya untuk bermain-main sahaja. Serupa juga, ayat "Saya betulkan beberapa istilah, tetapi masih ada yang kurang berpuas hati, mungkin kerana kurang biasa" tidak memberikan konteks rencana yang mana yang anda tidak berpuas hati. Namun, saya kena melihat satu persatu rencana yang mungkin anda maksudkan. Saya mengesan dua rencana, iaitu:

Saya juga melihat rencana-rencana komputer tetapi tidak dapat mengesan sebarang perubahan. Mungkin masalahnya tertimbul kerana saya mengirim pesanan secara pukal. Namun ada banyak lagi yang ingin saya bincangkan tentang perubahan yang anda lakukan tetapi nanti dulu demi mengelakkan kekeliruan. — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 20:45, 11 November 2009 (UTC)[balas]

{{wbm makin merosot}}Md. Farhan (bincang) 08:28, 26 November 2009 (UTC)[balas]

Australia? New Zealand!!!!! --Gereon K. (bincang) 09:21, 25 November 2009 (UTC)[balas]

Tamak betul!

[sunting sumber]

Sebenarnya bukan marah. Ingat perkara itu sensitif sikit, maka saya menghapuskannya. — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 11:17, 1 Disember 2009 (UTC)[balas]

Semua laman saya kini tidak lagi menjemput penyumbang (sesetengahnya telah ditutup daripada penyumbangan, dengan yang lain akan turut serta) kerana dalam dua tiga bulan ini, sesetengah laman saya telah dimusnahkan oleh pelaku musnah tanpa saya sedari. Kini terlalu banyak laman untuk memeriksakannya satu demi satu. Selain itu, memang susah nak mendapatkan penyumbang. Yang boleh dapat cuma pelaku musnah. Dengan kesedaran itu serta bahawa pembukaan laman bukan dapat menguntungkan wang, pendapat saya kini telah berubah. Saya cuma menggunakannya untuk menulis apa-apa yang saya suka, bukan lagi apa yang saya teka pembaca nak membaca. Kalau mereka minat akan apa yang ditulis, okey, kalau tidak, okey juga. Saya juga tidak lagi mengejarkan bilangan rencana. — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 11:37, 1 Disember 2009 (UTC)[balas]

Translate from en:Concerned.

[sunting sumber]

Terima kasih kerana menyunting recana Concerned. P.S I am English-Malay Translator.--Woad85 (bincang) 05:54, 9 Disember 2009 (UTC)[balas]

{{mahu WBM capai rencana 100,000}}--Digimon Adventure 02 07:24, 28 Disember 2009 (UTC)

Gambar pilihan

[sunting sumber]

Minta saudara betulkan gambar pilihan pada laman utama, terima kasih <*)))>< Mr Ikan (bincang) 02:18, 2 Januari 2010 (UTC)[balas]

116.111.250.247

[sunting sumber]

Kesian budak tu kamu balikkan suntingan dia di Bandaraya Ho Chi Minh. Ubahkan semula ye. Ho Chi Minh ialah Saigon pada satu masa dahulu.

Rencana baru

[sunting sumber]

Tolonglah capaikan rencana ke 100,000 pada tahun ini. Saya akan membantu sepenuhnya apabila PMR 2010 berakhir kerana saya akan mendudukinya.--Digimon Adventure (bincang) 05:53, 23 Januari 2010 (UTC)[balas]

Assalaamu `alaykum.

Sebelumnya saya mohon maaf jika saya menulis surat kepada Yosri. Kerana Yosri kerap hadir di Wikipedia Bahasa Melayu, mungkin juga Inggris dan Indonesia. Apa beza Bakri dengan Bakri, Johor? Manakala sama, baiklah digabung sahaja? Apa betul Bakri sudah berupa bandar (chartered-city), atau sememangnya masih berwujud pekan? Mohon petunjuk.

Setelah membaca rencana-rencana nama tempat (tidak hanya tempatan) di Malaysia, saya menemui beberapa tulisan yang tidak standar atau tidak jelas bagaimana posisi hierarkhi-nya. Misalnya: (ini fiktif, contoh yang tidak nyata) Pisang adalah sebuah pekan di Negeri Jambu. Kalimat itu mungkin tidak membingungkan bagi warga Negeri Jambu, tetapi orang-orang dari luar Negeri Jambu mungkin saja belum tahu di mana tepatnya Pekan Pisang yang di Negeri Jambu itu. Mungkin saja di Negeri Jambu ada banyak terdapat Pekan Pisang, yang berada di daerah yang berlainan (berbeza). Padahal Negeri Jambu terdiri dari beberapa daerah. Sementara, daerah-daerah di Negeri Jambu pun terdiri dari beberapa mukim. Bahkan saya juga tidak tahu bagaimana kedudukan (posisi) mukim terhadap pekan, atau pekan terhadap mukim. Kalimat pada paragraf pembuka rencana-rencana pembagian wilayah di Malaysia, semacam Negeri, Bahagian, Daerah, Mukim, Bandar, Pekan, Kampung, FELDA, atau istilah-istilah lain perlu diperbaiki. Tetapi saya pengguna dari Indonesia tidak ada pengetahuan untuk itu, adapun sangat sedikit, dan berbahaya apabila diterapkan. Kerana akan memicu kesalahfahaman. Sudilah kiranya Yosri boleh menambahkan kejelasan.

Sebagai bahan pembanding hierarkhi pembagian wilayah di Indonesia, saya ambil contoh berikut ini

Kalimat pada masing-masing paragraf pembuka rencana mereka adalah:

  • Daerah Istimewa Yogyakarta (atau Jogja, Yogya, Yogyakarta, Jogjakarta) dan seringkali disingkat DIY adalah sebuah provinsi di Indonesia yang terletak di bagian selatan Pulau Jawa dan berbatasan dengan Provinsi Jawa Tengah di sebelah utara. ... (dan seterusnya)
  • Kabupaten Sleman, adalah sebuah kabupaten di Provinsi Daerah Istimewa Yogyakarta, Indonesia. Ibukotanya adalah Sleman. Kabupaten ini berbatasan dengan Provinsi Jawa Tengah di utara dan timur, Kabupaten Gunung Kidul, Kabupaten Bantul, dan Kota Yogyakarta di selatan, serta Kabupaten Kulon Progo di barat. ... (dan seterusnya)
  • Turi adalah sebuah kecamatan di Kabupaten Sleman, Provinsi Daerah Istimewa Yogyakarta, Indonesia. Kecamatan Turi merupakan wilayan kecamatan paling utara di Kabupaten Sleman, yang berbatasan langsung dengan Kabupaten Magelang, Jawa Tengah. ... (dan seterusnya)
  • Wonokerto adalah sebuah desa yang terletak di Kecamatan Turi, Kabupaten Sleman, Daerah Istimewa Yogyakarta, Indonesia.

Rencana-rencana tentang pembagian administratif (wilayah) di Indonesia memang selalu harus diperbaiki. Sama ada dengan yang di Malaysia. Minimal yang saya harapkan adalah kalimat awal pembuka pada paragraf pembukanya jelas. Kalimat-kalimat berikutnya diserahkan kepada penyunting yang berpengetahuan akan hal itu.

Saya pernah bertanya kepada pengguna lain dari Malaysia, namun rupanya kompleks (pelik). Kerana ada jua macam nama Majlis Perbandaran, Majlis Bandaraya, Majlis Daerah, Majlis Tempatan. Apakah manakala Bandar setaraf dengan Kota di Indonesia, sama ada Majlis Perbandaran setaraf dengan Pemerintah Kota di Indonesia? Terima kasih. Reindra (bincang) 20:44, 28 Januari 2010 (UTC)[balas]

Terima kasih, Yosri. Penjelasan Anda lebih mudah difahami. Sedikit demi sedikit kita sama-sama perbaharui. Selamat bekerja. Wassalam. Reindra (bincang) 08:41, 29 Januari 2010 (UTC)[balas]

Yong Peng

[sunting sumber]

Di Negeri Johor, apakah Yong Peng berwujud sebagai daerah tersendiri? Ataukah masih menjadi bahagian daripada Daerah Batu Pahat, mengingat ada kalimat: Yong Peng ditadbir oleh Majlis Daerah Yong Peng (MDYP, dahulu dikenali sebagai "Majlis Daerah Batu Pahat Timur". Majlis Daerah Yong Peng diasaskan pada 1 September 1979.

Apakah di dalam satu daerah yang sama boleh terdapat dua Majlis Daerah, ataukah justeru hanya satu? Masalahnya, di dalam {{Johor}}, Yong Peng tidak dikategorikan sebagai daerah, melainkan hanya sebagai Bandar/Pekan.

Contoh nyata, di daerah Batu Pahat terdapat Majlis Perbandaran Batu Pahat. Logika saya, sebuah daerah harus ditadbir oleh Majlis Daerah, bukan oleh Majlis Perbandaran. Kecuali apabila status tempat itu berubah dari daerah menjadi bandar. Bila saja yang terjadi tidak sama dengan logika saya, berarti terdapat saling tumpang tindihnya (intersection) batas-batas jurisdiksi.

Apakah status Batu Pahat sebagai daerah sudah ditukar kepada bandar? Kalau ini benar, kemudian bagaimana halnya dengan tempat-tempat yang "pernah" menjadi bahagian daripada Daerah Batu Pahat. Apakah kini mereka menjadi bahagian daripada Bandar Batu Pahat juga?

Ataukah mungkin suatu keluasan tanah yang dahulu bernama Daerah Batu Pahat kini berwujud di dalam dua kawasan pentadbiran, yakni Yong Peng yang ditadbir oleh Majlis Daerah Yong Peng dan satu lagi Bandar Batu Pahat yang ditadbir oleh Majlis Perbandaran Yong Peng?

Saya menjadi bingung kembali, manakala mengetahui bahwa Bahagian Kuching di Negeri Sarawak ditadbir oleh lima entitiy pentadbir yang berbeda-beda, yakni Kuching (yang ditadbir oleh tiga entity pentadbir, yakni: Majlis Perbandaran Padawan, Dewan Bandaraya Kuching Utara, dan Majlis Bandaraya Kuching Selatan), ditambah dua lagi oleh Majlis Daerah Bau dan Majlis Daerah Lundu. Yang menjadi pertanyaan adalah mewakili manakah rencana Kuching itu? Bandaraya-kah? Kawasan-kah? Persekutuan-bandaraya-kah? Sementara menurut hukum Malaysia, tidak ada yang namanya Kawasan Kuching, tidak ada juga yang namanya Persekutuan Bandaraya Kuching. Di sini batas wilayah jurisdiksi Kuching tidak ditetapkan secara tegas/kaku.

Untuk pemikiran saya, fakta ini adalah hal yang baru, mengingat sebagai pembanding, Jakarta-pun secara hukum Indonesia dikatakan sebagai provinsi (meskipun orang awam mengatakannya sebagai kota), yang terbagi ke dalam lima "kota administrasi" dan satu "kabupaten administrasi". Juga terdapat tiga entity yang menggunakan kata Tangerang, yakni Kabupaten Tangerang, Kota Tangerang, dan Kota Tangerang Selatan. Tetapi tidak ada perkataan bahwa Tangerang adalah sebuah kawasan yang ditadbir oleh Kabupaten Tangerang, Kota Tangerang, dan Kota Tangerang Selatan. Instead (sebagai gantinya), yang dimaksud dengan Tangerang secara automatik adalah Kota Tangerang, bukan Kabupaten Tangerang, bukan pula Kota Tangerang Selatan.

Reindra (bincang) 11:11, 29 Januari 2010 (UTC)[balas]