Pergi ke kandungan

Rumah limas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Rumah Limas)

Rumah Limas banyak terdapat di Johor, Selangor dan Terengganu. Maksud Limas adalah bentuk timba atau takir yang diperbuat daripada daun pisang atau upih yang berbentuk tirus ke atas seperti piramid.

Seni bina rumah limas menitikberatkan aspek pengudaraan, pencahayaan dan keselamatan. Rumah limas dibina agak tinggi dari aras tanah bagi menggelakkan dimasuki air ketika musim banjir atau binatang buas pada waktu malam. Rumah Limas tidak memiliki pangkal serambi dan beranjung di bahagian hadapan. Ukiran atau jejaring yang ada pada setiap tingkap, bukan sahaja berfungsi sebagai hiasan tetapi juga untuk memudahkan cahaya dan udara masuk ke dalam rumah.

Kebanyakan rumah limas Johor mempunyai “kolong” iaitu bahagian bawah rumah berpagar yang berfungsi sebagai tempat menyimpan barang.

Selain itu rumah limas di Muar biasanya biasanya memiliki struktur tambahan iaitu penambahan seperti pagar di bahagian bawah rumah yang dikenali sebagai "kolong" yang berfungsi sebagai tempat menyimpan barang. Rumah limas sebegini biasanya dikenali sebagai rumah baju kurung.

Ruang anjung rumah limas juga lebih besar dan luas kerana ia berfungsi sebagai tempat melayan tetamu dan sebagai tempat melakukan kerja-kerja seperti membaiki jala.