Perbincangan pengguna:Master2841/Arkib1
Saya khatib padukacuba menulis apa yang saya dapat maklumat tentang kampung batu 5 jalan bangi, sungai manggis,kampung bangi lama, sekolah agama menengah rendah sungai manggis untuk perhatian Master2841(semua maklumat itu adalah betul) kerana saya sebahagian darinya.saya bermasalah untuk memasukkan gambar-gambar menarik, macam mana ye?202.58.86.3 04:42, 3 Mei 2006 (UTC)
Selamat datang ke Wikipedia, Master2841/Arkib1!
Beberapa panduan yang mungkin berguna untuk anda: | Sesetengah perkara yang digalakkan dan dilarang:
|
Jika anda memerlukan bantuan, anda boleh: | atau: |
Terdapat beberapa cara untuk menyumbang kepada Wikipedia. Antaranya seperti:
|
|
Sentiasa ingat untuk menandatangani pesanan anda pada laman perbincangan dengan meletakkan ~~~~ (empat kali tanda gelombang) atau klik butang pada laman penyuntingan.
Semoga anda menikmati kunjungan di Wikipedia bahasa Melayu. Selamat menyumbang!
Hayabusa future (perbualan) 14:24, 13 Ogos 2005 (UTC)
Klik di sini untuk meninggalkan sebarang mesej kepada saya. |
Saya merasakan bahawa puasa dan ibadat puasa perlu diasingkan. Bukan semua puasa adalah ibadat, dan bukan semua puasa adalah sama. Contohnya ada orang yang berpuasa daging sahaja. Dll. Yosri 15:03, 15 September 2005 (UTC)
Hai Master2841, Sudah lama tidak menulis. Selamat aktif kembali. Yosri 11:56, 9 Februari 2006 (UTC)
Templat Babel dan lain-lain
[sunting sumber]Hai, saya amat gembira mendengar anda mengatakan bahawa anda "juga berharap Wikipedia Bahasa Melayu dapat berkembang setaraf dengan Wikipedia Bahasa Inggeris".
Bagi saya, ini adalah satu wawasan yang tidak dapat dicapai kerana jumlah pengguna bahasa Inggeris adalah jauh lebih banyak berbanding jumlah pengguna bahasa Melayu. Lagipun, sikap orang barat dengan orang timur amat berbeza. Bagaimanapun, kalau kita dapat mencapai 30% daripada capaian Wikipedia Bahasa Inggeris, kan dah okay? Kini, kita cuma dapat mencapai 1.25% dari segi kuantiti dan dari segi kualiti, kita masih jauh tertinggal.
Dah lama tak nampak anda menyumbang! Baru hari ini je, saya nampak anda menyumbang rencana "Koh Tsu Koon" (saya telah memperbesarkan gambar Koh kerana gambar itu nampaknya amat kecil dalam pengawas komputer 14" saya) serta rencana "Ketua Menteri Pulau Pinang".
Saya juga memasukkan templat Babel ke halaman pengguna anda. Jika tarafnya salah, sila gantikan sendiri.
- ms = orang Melayu
- ms-1 = penguasaan bahasa Melayu peringkat paling rendah
- ms-4 = penguasaan bahasa Melayu peringkat paling tinggi, tetapi bukan orang Melayu.
Jika anda mengalami apa-apa masalah, sila kirimkan pesanan kepada saya. — PM Poon 08:53, 13 Februari 2006 (UTC)
Narnia
[sunting sumber]Terima kasih kerana menyokong kerja saya tentang artikel Narnia. Harap anda akan terus menyokong dalam memajukan wikipedia versi Bahasa Melayu dan kita boleh saling bekerjasama dalam memartabatkan bahasa melayu setaraf bahasa antarabangsa. Terima kasih sekali lagi. — Polar 22:53, 22 Februari 2006 (UTC)
Pelaku Musnah
[sunting sumber]Hai Master2841, memang betulnya komen anda. Saya baru-baru ini telah memaklumkan Aurora tentang hal tersebut dan cendurung melarang pengguna yang tidak mendaftar diri daripada "menyunting" di portal ini. Wikipedia Bahasa Inggeris baru-baru mengambil tindakan ini setelah mengalami rencana fitnah dan Kumpulan Googles telah lama mengamalkan kaedah ini. Bagaimanapun, sebagai pentadbir baru, saya kena menghormati pendapat pentadbir-pentadbir yang lama. — PM Poon 16:57, 26 Februari 2006 (UTC)
Hai Master2841, saya telah mengumpulkan semua pesanan mengenai hal pelaku musnah dan mencipta halaman Perbualan Wikipedia:Laku musnah supaya semua pengguna dapat berbincang hal ini secara masyarakat. Saya amat gembira sewaktu melihat pengguna-pengguna mengambil berat tentang hal-hal mengenai portal ini.
Amat gembira juga sewaktu saya melihat usaha anda di portal ini daripada halaman "Perubahan Terkini". Sekiranya terdapat lagi beberapa pengguna seumpama anda, memang ms:Wikipedia akan mencapai keunggulan di kalangan Wikipedia bahasa-bahasa yang lain; bukannya beribu-ribu pengguna yang dikehendaki sebelum portal ini boleh berjaya. Kebetulannya, telah dikatakan bahawa negara Jepun mencapai kejayaan ekonominya yang ajaib selepas Peperang Dunia II dengan sumbangan daripada cuma lebih kurang 5,000 orang pemimpin sahaja, walaupun negara itu mempunyai berjuta-juta penduduk. — PM Poon 13:14, 27 Februari 2006 (UTC)
Comment
[sunting sumber]Thanks for adding flag which I cannot completely added the flag at daftar negara. Emrrans 05:04, 1 Mac 2006 (UTC)
Laman Utama
[sunting sumber]Hai Master2841. Sebagai pentadbir baru, saya tidak perasan bahawa setiap halaman dapat dilindungi daripada pengguna tanpa nama sahaja. Setakat ini, saya telah salah menganggap bahawa jika saya melindungi sesuatu halaman, semua pengguna (termasuk anda) tidak dapat menyuntingnya.
Selepas teguran anda yang terbaru, saya baru sedar akan kemudahan ini. Kini, Laman Utama telah dilindungi daripada kesemua pengguna tanpa nama. Saya juga menyekat pelaku musnah itu daripada mencapai portal ini kerana dia telah membuat 17 kali laku musnah dalam dua hari ini (walaupun kesemua adalah berkenaan dengan halaman rencana dan templatnya).
Di sini, saya meminta maaf kerana lambat bertindak dan juga hendak mengucapkan terima kasih kerana teguran dan sumbangan anda. — PM Poon 08:54, 3 Mac 2006 (UTC)
Gambar
[sunting sumber]Hai Master2841, saya pun tidak perasanan. 404 error biasanya bermaksud pangkalan data tidak dapat dicapai. Sebahagian pangkalan data mungkin mengalami masalah. Saya juga menghadapi masalah sewaktu muat naik gambar-gambar tadi. Ini bukan kali yang pertama. Biasanya, ia akan memulih baik, entah siapa yang mengendalikannya. Adakah ini merupakan masalah pemilik pelayan? Mungkin Yosri tahu akan masalah ini. — PM Poon 12:41, 3 Mac 2006 (UTC)
- Hai Master2841, saya lihat anda memuat imej-imej bendera dari Wikipedia Inggeris. Sebenarnya hampir semua imej bendera telah dapat dimuat langsung dari commons, sehingga tidak perlu dimuat lagi di :ms. Hayabusa future 13:37, 3 Mac 2006 (UTC)
Puteri Gunung Ledang
[sunting sumber]Hai Master2841, sewaktu saya mengarang rencana Tiara Jacquelina dengan maklumat surat khabar "New Sunday Times", saya keliru sewaktu hendak mengarang rencana untuk filem "Puteri Gunung Ledang". Saya terdapat telah ada rencana mengenai Puteri Gunung Ledang. Memang legenda hendaklah diasingkan daripada filem itu. Sepatutnya saya kena mengarang rencana baru, tetapi sewaktu itu, saya belum mahir dalam penggunaan Wikipedia. Terima kasih ke atas teguran anda kerana saya telah lupa tentang rencana ini. Saya telah pun mengasingkan rencana itu menjadi dua rencana selepas teguran anda.
Master2841, bolehkah anda menyusun semula fakta-fakta kedua-dua rencana itu supaya nampak menyeluruh, kerana sebenarnya, saya memang tidak minat akan filem dan muzik, hehehe. — PM Poon 07:38, 6 Mac 2006 (UTC)
Tidak ada masalah :) Master2841
Pemadaman gambar
[sunting sumber]Hai Master2841, gambar lama biasanya tidak perlu dipadam. Pada halaman gambar yang lama, anda cuma dikehendaki menekan "Upload a new version of this file" dan muat naik seperti biasa.
Untuk melihat gambar selepas dimuat naik, anda harus menekan butang F5 pada papan kekunci anda jika andak menggunakan Internet Explorer untuk menghapuskan ingatan cache. (Bagaimanapun, gambar memang dah masuk ke dalam portal, dan kalau anda tidak menekan F5, anda akan dapat melihatnya sewaktu anda membuka komputer anda semula untuk sesi yang baru.) — PM Poon 09:07, 8 Mac 2006 (UTC)
Terima kasih banyak-banyak
[sunting sumber]Saya mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan anda, Master2841 dalam membantu saya menjadi penyelia. — Emrrans 04:50, 9 Mac 2006 (UTC)
Templat OKI dan Oci
[sunting sumber]Hai Master2841, untuk menukarkan nama sesuatu halaman (baik rencana ataupun templat), tentang butang "alih" di sebelah kanan butang "sunting" di atas. Dengan pengalihan ini, templat itu akan mempunyai dua nama, iaitu "OKI" dan "Oic". Dengan demikian, anda boleh menggunakan mana-mana satu nama untuk mencapai templat ini. Kan bagus? Sila cuba!!
P/S: Saya boleh membuat peralihan ini untuk anda, tetapi lebih baik anda mencuba sendiri supaya dapat belajar dan membuatnya pada masa depanm jika perlu . — PM Poon 09:55, 9 Mac 2006 (UTC)
Tentang templat
[sunting sumber]Saya rasa amat setuju dengan cadangan anda untuk membuat templat baru untuk pengguna Islam. Ini kerana jika perkara ini dibuat, maka kita dapat berkenalan dengan pengguna Islam lain dengan lebih mudah. InsyaAllah saya akan membuatkan satu templat baru untuk pengguna Islam. Terima kasih atas cadangan anda. — Emrrans 07:02, 10 Mac 2006 (UTC)
Ubah fikiran tentang templat pengguna Islam.
[sunting sumber]Saya telah ubah fikiran kerana templat itu kena dibuang kerana akibatnya amat buruk kerana kita tidak sepatutnya membuat kerana selepas peristiwa 11 Semtember 2001. Ramai orang bukan Islam tidak suka Islam. Tambahan pula, terdapat juga pengguna bukan Islam yang mengunjung ke sini. Jadi, saya rasa tidak perlu untuk menunjukkan siapa Islam siapa tidak Islam kerana manusia boleh berubah agama. — Emrrans 10:07, 10 Mac 2006 (UTC)
Pentadbir
[sunting sumber]Hai Master2841, adakah anda berminat menjadi pentadbir? Penyumbangan anda pada masa kebelakangan ini amat bagus dan lebih kurang dua minggu dahulu, saya memang hendak mengajak anda menjadi pentadbir sewaktu anda mencapai sekurang-kurang tiga bulan di portal ini. Saya baru sahaja menyedari bahawa anda telah menyertai portal ini selama enam bulan.
Persaingan untuk jawatan pentadbir di Wikipedia Bahasa Inggeris memang amat hebat. Tetapi di portal ini, kita masih "muda" lagi walaupun kita cuma dua tahun lebih muda daripada Wikipedia Bahasa Inggeris. Oleh sebab Yosri bercadang mengehadkan bilangan pentadbir ke sepuluh orang, dan kini, kita sudah mempunyai sembilan orang, terdapatnya cuma lagi satu tempat sahaja. Jika anda berminat, anda akan mendapat sokongan saya yang sepenuh hati. — PM Poon 15:49, 11 Mac 2006 (UTC)
Hai Master2841, Pengguna "Master2841" sekarang adalah sysop. Yosri 05:12, 14 Mac 2006 (UTC)
Pertanyaan mengenai pemberian cadangan mengenai rencana baru di Laman Utama
[sunting sumber]Hai Master2841, untuk pengetahuan anda tempat untuk memberikan cadangan mengenai rencana baru di Laman Utama adalah di Perbualan Wikipedia:Calon rencana pilihan. — Emrrans 04:52, 14 Mac 2006 (UTC)
p/s: Satu lagi saya nak kata, setahu saya anda memohon menjadi penyelia? Saya berharap agar permohonan anda menjadi penyelia diterima, dan selepas anda menjadi penyelia saya berharap agar anda menggunakan kuasa penyelia dengan sebaik-baiknya.
Tahniah kerana sudah menjadi penyelia
[sunting sumber]Hai Master2841, tahniah kerana anda sudah dilantik menjadi penyelia. Saya berharap agar anda terus menggunakan sepenuh tenaga dalam menyumbangkan pelbagai maklumat berguna kepada Wikipedia Bahasa Melayu ini. — Emrrans 08:56, 14 Mac 2006 (UTC)
Persoalan benua
[sunting sumber]Berkenaan "Adakah patut saya menggantikan nama benua itu kepada benua Tengah Afrika dan Selatan Afrika? " Pendapat saya, Ya. Yosri 10:15, 20 Mac 2006 (UTC)
Lord of the Ring
[sunting sumber]Terima kasih kerana menyokong hasil kerja saya. Saya memang bercadang untuk membuat rencana tentang Lord of the Ring tetapi maafkan saya jika saya tak dapat memulakannya dalam masa yang terdekat ini kerana saya akan menghadapi peperiksaan hujung semester pada bulan hadapan yang membuatkan saya semakin sibuk kebelakangan ini. Jika tiada sebarang halangan, dengan izin Tuhan, saya akan membuatnya pada sekitar bulan Mei (selepas peperiksaan saya tamat) kerana jika boleh, saya ingin membuat rencana bukan sekadar menterjemahkan (wikipedia inggeris) tetapi saya juga berminat untuk meletakkan intipati penting cerita (jika perlu) kerana saya mahukan yang terbaik untuk wikipedia melayu. Maka, untuk itu, saya agak memerlukan masa. Harap anda dapat memahami dan bersabar jika anda mahu saya lakukannya kerana anda telah memberi amanah dan saya akan lakukan yang terbaik dengan sedaya upaya. Terima kasih sekali lagi kerana menyokong saya. Dan tak terlambat saya ucapkan tahniah kepada anda kerana telah dinaikkan sebagai penyelia. Sekian. —Polar 12:54, 20 Mac 2006 (UTC)
Harry Potter
[sunting sumber]Saya berterima kasih kepada anda kerana membantu menambah rencana yang saya mungkin tak sempat lakukannya buat masa ini. Anda berhak menambah apa saja rencana di wikipedia ini termasuk Harry Potter. Saya akan turut memantau akan kesahihannya dan terus terang saya katakan, apabila anda buat yang terbaik, tiada apa untuk dibetulkan lagi (jika ada pun, cuma sedikit sahaja). Terima kasih, ya. — Polar 11:42, 23 Mac 2006 (UTC)
Tentang pentadbir
[sunting sumber]Hai Master2841, sememangnya saya berasa Polar berlayak menjadi pentadbir. Sebenarnya, saya tidak pernah melihat pengguna yang seaktif seperti ketiga-tiga anda ini, iaitul Emrrans, Polar, dan anda sejak menyertai portal ini; para pentadbir pun kalah kepada kamu ketiga-tiga yang seakan-akan tidak perlu tidur!
Bagaimanapun, saya telah memberi sokongan utama kepada dua orang, iaitu Emrrans dan anda. Oleh sebab itu, saya berasa bahawa saya harus memberikan orang lain peluang untuk memberi sokongan pertama, dan kemudiannya saya boleh memberikan sokongan kedua.
Janganlah bimbang tentang jawatan pentadbir itu. Usahalah dalam perkembangan portal ini dan jawatan itu akan dihadiahkan secara automatik. Sebenarnya, saya tidak amat minat menjadi pentadbir, tetapi dua kali dijemput oleh Yosri. Supaya tidak memberi tanggapan bahawa saya tarik harga, saya telah menerima tawaran itu untuk jangka masa pendek. Dengan kata yang lain, sekiranya Polar tidak dapat menjadi pentadbir kerana peruntukan untuk penyelia dah penuh, saya akan menarik diri dan menyokong Polar mengambil alih tempat saya kalau dia terus berusaha. — PM Poon 15:37, 23 Mac 2006 (UTC)
- Hai Master2841 sekali lagi. Terus terang saya katakan, perkara ini yang membuat saya risau iaitu saya bakal diberi tanggungjawab sebagai pentadbir. Bukannya tak mahu tapi saya tak mahir lagi dengan portal wikipedia dan saya risau kalau saya tak punya masa yang banyak untuk menjadi pentadbir dengan sebaiknya. Walau bagaimanapun, jika dicalon, saya tak menolak. Saya sudi dicalonkan dan diberi tanggungjawab tapi saya masih memerlukan sokongan dan tunjuk ajar dari semua pentadbir. Walau apapun, kata putus bukan saya yang lakukan. Anda calon dan sokong, saya hanya boleh katakan yang saya sudi. — Polar 17:52, 23 Mac 2006 (UTC)
- Terima kasih kerana mencalonkan dan menyokong saya sebagai pentadbir. Saya akan lakukan dengan baik. — Polar 10:03, 24 Mac 2006 (UTC)
Jason Mraz
[sunting sumber]Hai Master 2841, barangkali saya amat meminati Jason Mraz dan ingin membuat rencana mengenainya, ini kerana dalam Wikipedia Inggeris, rencana Jason Mraz hanya ada pada Wikipedia Inggeris sahaja. Lagunya sedap-sedap belaka, saya harap awak minat dia. Apabila rencana Jason Mraz lengkap, pergilah ke rencana mengenai Jason Mraz pada bila-bila masa. Kalau tak mahu pun tak mengapa. Hehe. Best Jason Mraz!! — Emrrans 16:06, 24 Mac 2006 (UTC)
p/s: Saya tak kisah siapa yang akan mulakan rencana Jason Mraz tu dulu. Tetapi saya inginkan rencana tu ada. Hehe. Saya suka dia. Memang sedap siotlah lagu dia!! Kalau ada music downloader macam kazaa, ares dan lain-lain, downloadlah lagu dia. Sekali sekala boleh dengar lagu dier masa buat rencana Wikipedia. Hehe.
Terima kasih banyak-banyak
[sunting sumber]Hai Master 2841, terima kasih banyak-banyak kerana membuat rencana mengenai Jason Mraz untuk saya. Rencana yang anda tulis amat baik sekali dan tepat dari Wikipedia Inggeris yang anda terjemahkan. Barangkali tiada banyak kesilapan yang anda tuliskan mengenai rencana Jason Mraz. Cuma sedikit sahaja. Tak mengapa saya akan betulkan. Hehe, sebagai balasan baik tiba giliran saya pula untuk tulis rencana untuk anda. Kalau anda mempunyai rencana mengenai yang anda minat bolehlah saya tulis untuk anda. Apakah rencana yang anda mahu saya buatkan? Kalau anda tak perlukan pertolongan saya tidak mengapa. Sebab saya memang sedang dalam freetime ni. — Emrrans 15:26, 25 Mac 2006 (UTC)
Tentang kedai kopi
[sunting sumber]Hai Master 2841, kalau nak tahu saya akan membuat wajah lebih baru di laman utama, iaitu pada hari ini. InsyaAllah saya juga akan membuat link kedai kopi di laman utama. — Emrrans 03:04, 27 Mac 2006 (UTC)
Apa jadi dengan PM Poon?
[sunting sumber]Hai Master 2841, apa jadi dengan PM Poon? Dah 3 - 4 hari dia takde. Dia merupakan penyelia yang baik di sini. Dan apa yang saya lihat juga ialah laman penggunanya telah musnah. Adakah sesiapa tahu apa yang telah jadi dengan PM Poon? Saya harap dia ok. — Emrrans 06:02, 27 Mac 2006 (UTC)
p/s:Link kedai kopi di laman utama telah saya buat.
Emrrans
[sunting sumber]Hai Master2841, dapatkah anda menghubungi dengan Emrrans? — PM Poon 18:01, 31 Mac 2006 (UTC)
Saya telah pulang sepenuhnya
[sunting sumber]Hai Master2841, saya telah pulang sepenuhnya atas permintaan anda, PM Poon dan Polar. Saya juga pulang disebabkan kerana saya dengar sekali lagi dari khabar dari PM Poon, bahawa dia mengatakan yang Wikipedia Melayu tiada kaitan rapat dengan Jimmy Wales. Itulah antara sebab saya pulang. Jadi rasalah gembira kerana saya sudah kembali aktif sepenuhnya. — Emrrans 10:22, 3 April 2006 (UTC)
Usaha meningkatkan mutu rencana di ms:Wikipedia
[sunting sumber]Hai Master2841, saya bersetuju dengan anda mengenai keperluan untuk meningkatkan mutu rencana di ms:Wikipedia. Bagaimanapun, bagi saya, tidak perlulah kita amat menghiraukan kebanyakan rencana di portal ini, khususnya rencana-rencana stub yang ditulis tanpa sepenuh hati.
Kan lebih baik jika kita mementingkan Senarai Rencana Semua Bahasa Perlu Ada? Senarai itu mengandungi 1,000 tajuk rencana yang dianggap perlu ada oleh komuniti Wikipedia di seluruh dunia, berbanding 12,681 rencana dalam portal. Dengan itu, kita dapat menumpukan usaha kita bukan sahaja terhadap satu sasaran yang tertentu (iaitu penumpuan terhadap 8% berbanding 100%), tetapi juga terhadap satu sasaran yang utama. Rencana-rencana itu ialah teras bagi mana-mana sebuah ensiklopedia. — PM Poon 11:03, 3 April 2006 (UTC)
- Hai Master2841, lama tak bertegur sapa. Mana taknya kalau masing-masing sibuk. Hehehe. Selama ni, saya melihat Senarai Rencana Semua Bahasa Perlu Ada hanyalah tajuk. Rupa-rupanya banyak lagi yang tidak terisi. Nampaknya, kita memang ada banyak kerja lagi. (Membuatkan saya tak sabar-sabar nak tamatkan peperiksaan walaupun belum bermula lagi. Teruknya. Memang betul kata PM Poon. Saya ketagih wiki. Bukannya apa. Untuk kesenangan bersama juga rasanya.) Saya turut memberitahu kawan-kawan saya tentang wikipedia ini tetapi ramai yang masih belum mengetahuinya dan ada juga yang berminat. Sekurang-kurangnya, ada yang mengatakan yang mereka ingin membantu. Rasanya, kita kena promosikan lagi portal ni. Tapi, tu kenalah buat bersama. Okey, saya keluar dulu. Saya kini sudah jarang memasuki portal melainkan hanya membaca dan menambah perbualan kerana jika hendak buat rencana, takut kelam kabut lalu tersilap fakta. Hehehe. Lagi-lagi, sekarang modem saya rosak dan periksa saya sangat hampir. Harap anda teruskan usaha ye. Saya akan kembali bersama anda. InsyaAllah. — Polar 02:22, 5 April 2006 (UTC)
Alexander Agung
[sunting sumber]Hai Master2841, terima kasih kerana membetulkan istilah "Persia". Saya tadi mencari istilahnya dalam kamus Dewan Bahasa tetapi tidak dapat. Oleh kerana saya tengah menterjemahkan rencana GNU yang dimulakan lebih awal, saya harus menyiapkannya dahulu. Rencana itu baru-baru siap. Kini, saya boleh menumpukan masa saya kepada kedua-dua rencana yang anda mencadangkan.
Bagi rencana Alexander Agung dalam Wikipedia bahasa Inggeris, saya mencadangkan pengeluaran bahagian "Perkahwinan-perkahwinan Alexander dan keseksualan" serta "Alexander dalam media popular" kerana rencana itu terlalu panjang. Kita akan menumpukan kepada pencapaiannya sahaja. Dah cukup panjang! Apakah pendapat anda? Jika anda berasa kita harus menyimpannya, maka saya akan memisahkannya menjadi dua rencana. Sebenarnya, jika kita hendak menulis sebuah buku tentang Alexander Agung, kita pun boleh berbuat demikian. Tetapi pembaca akan berasa bosan. — PM Poon 21:13, 5 April 2006 (UTC)
Bahasa Parsi selesai disunting
[sunting sumber]Hai Master2841, saya telah selesai menyunting rencana mengenai bahasa Parsi. Ia telah memakan masa dua hari iaitu dari 5 hingga 6 April untuk disiapkan oleh saya. Sila lihat rencana itu, jika ada salah sila betulkan, jika tiada biarkan. Juga jika anda mahu tambah lagi ayat rencana mengenai bahasa Parsi, tak mengapa, anda dipersilakan suntingkannya. — Emrrans 12:00, 6 April 2006 (UTC)
Tentang tujuan saya untuk menyunting negara-negara Islam
[sunting sumber]Hai Master2841, macamana nak pergi ke link berkenaan negara-negara Islam? Saya hendak menyuntingnya tetapi link itu tiada. Ini disebabkan saya hapuskan ayat-ayat laman perbualan saya yang lama semasa saya mengundurkan diri buat sementara di Wikipedia Melayu ini, dan kemudian saya masuk balik ke Wikipedia Melayu dengan laman perbualan saya diisi semula. Bolehkah anda meletakkan link untuk saya mengenai negara-negara Islam yang anda suruh saya lakukan mengenai rencana itu pada masa dulu? Iaitu di laman perbualan saya. Jangan lupa reply dan letakkan link negara-negara Islam untuk saya di laman perbualan. — Emrrans 17:30, 6 April 2006 (UTC)
Senarai Artikel Semua Bahasa Perlu Ada
[sunting sumber]Hai Master2841, kan nak mencipta rencana baru dari senarai di atas? Saya percaya bahawa 1,000 rencana utama yang sempurna adalah lebih baik daripada sejuta stub dalam mana-mana satu portal, hehehe. Kan kita harus menumpukan masa pada rencana-rencana teras (core articles) untuk portal ini; bagaimanapun, sekali sekala juga kena mengikut angin. — PM Poon 06:42, 8 April 2006 (UTC)
Rencana
[sunting sumber]terima kasih...kerana memberitahu....akan tetapi saya minta tolong jangan padamkan rencana berkenaan sebab saya masih di dalam keadaan penyuntingan....insyaAllah saya akan buat sedikit terjemahan dulu...sebab seperti saya katakan dalam laman saya..saya ingin membuat/menterjemah rencana mengenai minyak dan isu2 mengenainya..
che 11:33, 10 April 2006 (UTC) che 11:33, 10 April 2006 (UTC)
Perbualan:Lao Zi
[sunting sumber]Hai Master2841, saya telah mengunjungi halaman tersebut dan juga meninggalkan pesanan saya di sana. Memang Nerake mengambil hati terhadap pemulihan anda (dalam bahasa Inggeris: take the reversion personally). Mungkin dia tidak begitu biasa dengan amalan dalam penggunaan wiki. Oleh itu, anda juga jangan ambil hati terhadap kejadian itu. Yang penting kan niat kita? Jika kita cuma melaksanakan tugas kita, dan bukan nak menyakitkan hati sesiapa, kita tidak harus berasa apa-apa, walaupun jika perbuatan itu salah. Kan membuat kesilapan adalah sesuatu yang merupakan kemanusiaan? Cuma orang yang tidak membuat apa-apa tidak pernah membuat kesilapan.
Bagaimanapun, saya tidak bermaksud anda telah salah sewaktu membuat pemulihan itu. Sebenarnya, saya pun tidak tahu adakah saya betul atau tidak (hehehe). Jangan bunuh saya, okay? Kerana saya cuma menterjemahkan sebahagian besar rencana itu daripada rencana padanan di Wikipedia Bahasa Inggeris. Dalam bahasa Cina, saya digolongkan dalam golongan pisang, hehehe....iaitu, "kulit kuning, isi putih" atau "kuning diluar, putih di dalam". (Orang Cina sering digelarkan "kulit kuning" dalam bahasa Inggeris, dan mereka menggelarkan diri sebagai kulit putih.) Saya seorang Cina yang tidak faham bahasa Cina. Sikit, sikit, bolehlaaa tapi kalau nak tulis, langsung tak boleh! hehehe — PM Poon 19:37, 10 April 2006 (UTC)
Tersalah letak gambar
[sunting sumber]hi....saya tersalah letak gambar formula...tolong buangkan gambar Diisopropyl_ether_chemical_structure.png sebab saya termuat naik gambar lain.. che 09:25, 11 April 2006 (UTC) ok..saya dah settlekann.. tak perlu ibah.. terima kasih..:) che 09:34, 11 April 2006 (UTC) terima kasih...saya bekerja dalam bidang math dan sains pun.. che 07:54, 12 April 2006 (UTC)
Imej
[sunting sumber]Kebetulan saya sedang membuka laman itu ketika membelek-belek laman Perubahan Terkini, saya dapat pesanan baru dari anda. Saya agak terkejut kerana ianya lambang pentagram terbalik dengan kepala kambing dan seperti yang kita telah sedia maklum, ianya JELAS melambangkan Satanist. Kita patut memberikannya nasihat agar membuang imej itu kerana ianya menyinggung kebanyakan pengguna seperti mana kita tidak galakkan penggunaan templat pengguna yang memaparkan agama walaupun ianya suatu yang baik. Saya tak kisah dia agama apa atau betapa kuatnya agama dia tetapi pengguna hendaklah bersikap berkecuali dalam wiki. Kalau dia mahu juga, buatlah rencana tentang itu berbanding menyatakan dia suka pentagram atau kambing. Terus terang saya katakan, hal ini nampak serius dan sensitif. — Polar 07:37, 14 April 2006 (UTC)
- Kejap. silap. Saya terujuk pada penggunanya pula. — Polar 07:40, 14 April 2006 (UTC)
- Kalau tentang gambarnya, saya akan balas di Imej Perbualan:Pentagram.gif — Polar 07:41, 14 April 2006 (UTC)
- Siapa yang suka melainkan penyokongnya. Sebab itu saya katakan hal ini serius (kerana melibatkan kepercayaan kebanyakan agama yang menentang unsur syaitan) dan sensitif (kerana ianya mempunyai melibatkan sensitiviti). Saya risau kalau ada perbalahan tentang hal ini pula seperti di Mastika. Silap-silap, golongan Black Metal hentam wiki ni. Naya pula. Sebab tu kita kena tanya pakar dan rujuk polisi wiki. — Polar 07:49, 14 April 2006 (UTC)
- Saya fikir administrator-administrator : Polar, Master2841, PM Poon, Yosri kena letakkan satu polisi di suatu laman khusus untuk polisi wikipedia bahasa melayu....mengingatkan pengguna wikipedia supaya pengguna supaya tidak menyentuh hal-hal yang tidak baik seperti satan dsb.
che 15:03, 14 April 2006 (UTC)
Tentang templat pengguna Muslim
[sunting sumber]Hai Master2841, saya rasa berterima kasih atas templat ini. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang sebab saya sudah terima templat untuk pengguna Islam di sini, lihat Perbualan Pengguna:Aiman abmajid. — Emrrans 17:15, 15 April 2006 (UTC)
Tulisan Jawi dalam Wikipedia Melayu
[sunting sumber]Assalamualaikum Master 2841, Boleh tak (ajar_ saya macam mana nak buat tulisan jawi dalam Wikipedia Melayu? - Aiman Ab Majid 16 April 2006
Bila nak letak rencana pilihan kat Laman Utama?
[sunting sumber]Hai Master2841, bilakah anda mahu letak rencana pilihan kat Laman Utama? Dah lebih dari seminggu rencana tokoh:Florence Nightingale, Sukan:Formula 1 dan Tahukah Anda?:Star Wars dipaparkan. Bolehkah anda lakukan perubahan atau saya yang lakukan perubahan di Laman Utama? — Emrrans 02:22, 17 April 2006 (UTC) Perbualan
Cadangan untuk membuka Wikipedia Minangkabau
[sunting sumber]Hai Master2841, ada tak orang yang tahu banyak tentang bahasa Minangkabau? Jika ada, boleh beritahu saya? Sebab saya ingin Wikipedia Minangkabau untuk wujud kerana budaya dan sejarah minang sangat kaya. Walau bagaimanapun, jangan risau kerana saya masih lagi mengambil keputusan untuk berada di sini. Satu lagi, saya cuma mahu Wikipedia Minang untuk wujud tapi saya tak mahu menyumbangkannya kerana saya tak reti bahasa Minang. Saya juga cuma membiarkan pengguna yang tahu bahasa Minang sahaja yang akan datang menyumbangkan pelbagai jenis rencana ke Wikipedia Minang. Cadangan saya ini adalah mengikut contoh Imran W.Smith yang dimana dia cadangkan Wikipedia Melayu untuk dibuka tetapi tidak menyumbangkan rencana ke dalam Wikipedia Melayu kerana dia tidak faham bahasa Melayu. — Emrrans 06:35, 21 April 2006 (UTC)
Cari gambar The Powerpuff Girls masuk ke dalam templat
[sunting sumber]Assalamualaikum Master2841! Tadi saya nampak ada gambar Totally Spies dalam templat saya. Nanti boleh tak cari gambar The Powerpuff Girls untuk masukan dalam templat saya? Aiman Ab Majid 21 April 2006
Perbualan Pengguna:Sharifah munira
[sunting sumber]Berlaku kesilapan ketika saya memadam contengan lain. Sudah saya pulihkan. Yosri 09:59, 27 April 2006 (UTC)
Hai Master2841,
Boleh anda jelaskan laman yang diconteng oleh pengguna 219.93.153.249. Saya lihat dia banyak menyumbang. Kemungkinannya IP sekolah yang dikongsikan. Tetapi saya tidak nampak laman yang diconteng oleh IP ini. Yosri 10:59, 28 April 2006 (UTC)
Hari ulang tahun pilihan
[sunting sumber]Hai Master2841, kan anda dah mengatakan itu "Hari ulang tahun pilihan", hehehe. Sila lihat pesanan saya dalam halaman Kedai Kopi.
Ciri ini mengemaskinikan Laman Utama secara automatik, tetapi kita kena mengisikan halaman-halaman untuk setiap hari. Bagaimanapun, pengisian itu cuma perlu dibuat sekali saje, kerana ia boleh digunakan semula selama-lamanya, iaitu pada tiap-tiap tahun.
Ciri ini dimulakan di Wikipedia bahasa Inggeris pada 26 Februari 2004, dan kini terdapat 16 buah Wikipedia yang menggunakannya, termasuk Wikipedia Afrika. Nampaknya orang Afrika lagi maju berbanding kita, hehehe. — PM Poon 18:21, 28 April 2006 (UTC)
Alexander Agung
[sunting sumber]Hai Master2841, saya baru mendapati bahawa Dewan Bahasa menterjemahkan "Alexander the Great" sebagai "Iskandar Agung". Oleh demikian, saya telah membuat pembetulan dan peralihan rencana. Bilakah anda hendan menterjemahkan Peribadi dan keseksualan Iskandar Agung? — PM Poon 04:35, 29 April 2006 (UTC)
- Tulis sedap-sedap ye? Gunakanlah bahasa yang merangsangkan, hehehe. — PM Poon 07:13, 29 April 2006 (UTC)
Ciri Wikipedia:Hari ulang tahun pilihan untuk Laman Utama
[sunting sumber]Hai Master2841, bagus tak ciri ini yang menukarkan Bahagian Peristiwa secara automatik? Anda boleh membantu memperbaiknya. Oleh sebab ini merupakan terjemahan daripada en:Wikipedia, peristiwa-peristiwa Malaysia dan ASEAN langsung tidak nampak!
Bolehkah anda tolong mengisikannya dalam halaman-halaman yang berkaitan; umpamanya untuk besuk, halaman yang kena diisi ialah Wikipedia:Hari ulang tahun pilihan/30 April. Saya akan membuat terjemahan daripada en:Wikipedia untuk 366 hari, sikit demi sikit. Jika anda hendak membantu, bantuan anda juga dialu-alukan. — PM Poon 07:24, 29 April 2006 (UTC)
Hai Master2841, en:Wikipedia cuma memperuntukkan enam peristiwa saje setiap hari. Bagaimanapun, jika anda melihat Bahagian Peristiwa dalam Laman Utama kita, kita memang memperuntukan bahagian yang agak besar untuk ciri ini. Oleh itu, kita boleh menulis lebih banyak, tetapi kita kena memastikan bahawa peristiwa itu memang bersejarah... kalau tidak, memang tidak bermakna.
Saya berpendapat bahawa tarikh kelahiran dan kematian semua Perdana Menteri Malaysia harus dimasukkan. Yang lain kena mengikut budi bicara anda. Saya pun tidak tahu apa yang bersejarah, hehehe. Saya juga tidak tahu adakah ia lebih baik untuk peristiwa-peristiwa di ASEAN ataupun di Asia diasingkan melalui penggunaan ==Peristiwa ASEAN==.
Kita tidak perlu mengikut en:Wikipedia secara 100%. Cuma dengan perbaikan atas gagasan kita sendiri bahawa kita dapat maju. Kita harus mengikut kata Galileio, "Cuma dengan menduduk di atas bahu orang termasyhur lain bahawa saya dapat mencapai kecemerlangan", hehehe. Kan negara Jepun pun berbuat demikian selepas Perang Dunia II. Mereka mengambil barang Barat, membukanya untuk mengkaji, dan kemudian memperbaiknya lagi.
Marilah kita memajukan portal ini dalam semangat "Malaysia Boleh"! Memang Dr Mahathir akan berpuas hati dengan pencapaian kita, jika kita boleh berbuat demikian. — PM Poon 07:53, 29 April 2006 (UTC)
Hai Master, saya teringat. Perlukan kita masukkan hari raya semua golongan di ASEAN, selain daripada hari-hari kelepasan utama? Saya berasa bahawa hari raya puak-puak ASEAN harus dimasukkan. — PM Poon 08:38, 29 April 2006 (UTC)
Alamak! Ingat banyak ruang lagi dalam Bahagian Peristiwa, hehehe. Sewaktu saya membuat rencana untuk 28 April, saya mendapati banyak ruang, tetapi hari ini (29 April), nampaknya tak banyak! Mungkin anda boleh mengutamakan peristiwa-peristiwa mengikut budi bicara anda, jika ruang tidak mencukupi. Kita tidak semestinya mengikut peristiwa-peristiwa dalam en:Wikipedia. Kita buat apa yang kita berasa seronok, hehehe.
Untuk peristiwa yang tiada ruang, anda boleh masukkannya dalam halaman tarikh yang berkaitan. Cuma tekan pautan "Lebih" di sudut bawah kanan Bahagian Peristiwa. — PM Poon 08:49, 29 April 2006 (UTC)
Masalah yang sama...
[sunting sumber]Hai Master2841. Saya lihat awak rajin betul padam rencana yang bermasalah. Ni menunjukkan rencana wiki sudah banyak kes pelaku musnah. Masalah ni nampaknya memang sukar hendak dibendung. Mana penyelia lain ye? Balik-balik awak, Yosri dan Aurora yang perhatikan hal-hal sebegitu. Apa-apapun, baguslah. Kurang sikit rencana yang tercemar.
Oh, ya. Rasanya halaman perbualan awak ni sudah panjang. Baik awak arkibkan sebahagian ke... (Saya ulangi perangai yang sama macam dengan PM Poon hari tu. Asyik mendesak mengarkibkan halaman perbualan... hehe. Maaf kalau menyibuk). — Polar 13:12, 3 Mei 2006 (UTC)
Mengautomatikkan rencana pilihan dalam Laman Utama
[sunting sumber]Hai Master2841, adakah keperluannya untuk mengautomatikkan rencana pilihan? Saya berasa kita boleh membuatnya dengan cara yang sama dengan rencana Hari Ulang Tahun.
Saya ketinggalan masa. Adakah rencana pilihan ditukar setiap minggu atau setiap bulan? — PM Poon 14:10, 3 Mei 2006 (UTC)