Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia, dan Selamat Datang ke Wikipedia saya. Nama saya Aiman bin Ab Majid, (أيمان بن ابمجيد). Saya adalah anak kedua dari keluarga Abdul Majid bin Aziz. Saya dilahirkan pada 2 Jun1985 di Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. Saya ialah Orang Kurang Upaya (OKU) dari jenis masalah pembelajaran dan autisme. Sejak kecil lagi saya tidak petah bercakap tapi kini sudah ada sedikit lancar memandangkan saya sudah besar dan berfikiran seperti orang dewasa. Saya boleh membaca, menulis dan banyak tertumpu kepada pembelajaran dari tadika sampailah ke kolej. Saya pernah mendapat pendidikan awal di beberapa sekolah pendidikan khas bermasalah pembelajaran (Autistik) di Shah Alam, Johor Bahru dan Subang Jaya.
Perkara yang paling saya SUKAI: Cintakan keamanan, tolong menolong, berbudi bahasa, belajar di kolej, tumpukan perhatian kepada pelajaran, melakukan senaman, main bola sepak, berjalan-jalan ke sana sini dengan melalui jalan raya dan lebuhraya, selalu mendengar ceramah agama sebelum sembahyang Jumaat, taat setia kepada negara iaitu Malaysia.
Perkara yang paling saya TIDAK SUKAI: Peperangan, keganasan, merokok, perkara-perkara negatif seperti cetak rompak, melihat gambar-gambar lucah, rogol, sumbang mahram, penyalahgunaan dadah, rasuah, bermain judi, minum arak, sebar khabar angin dan fitnah, lumba haram, black metal dan sebagainya.
Saya selalu suka buat rencana dan artikel tentang lebuh raya dan jalan raya di Malaysia. Banyak persimpangan bertingkat dan persimpangan jalan telah saya buat sendiri terutamanya dalam Wikipedia Bahasa Inggeris. Nanti pada bila-bila masa, saya akan buat rencana dan artikel di setiap lebuh raya dan jalan raya di Malaysia dalam Wikipedia Bahasa Melayu.