Pergi ke kandungan

Perbincangan pengguna:Emrrans/Arkib 1

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sekarang saya pulang dengan hati yang baik. Harap agar semuanya berjalan lancar di Wikipedia Bahasa Melayu. Juga harap agar saya akan mengharapkan yang terbaik untuk Wikipedia Bahasa Melayu. — Emrrans, 3 April 2006

[sunting sumber]

Ditulis dari: Emrrans, 4 April 2006

Kepulangan ke Wikipedia Bahasa Melayu

[sunting sumber]

Hai Emrrans, selepas satu pusing yang amat besar, saya telah kembali ke Wikipedia Bahasa Melayu. Sewaktu itu, saya terperangkap oleh pengalaman saya di sebuah syarikat penerbitan. Memang tiada logiknya jika kita penat-penat berusaha dan kemudiannya, orang lain menjual usaha kita tanpa sebarang pampasan.

Saya telah meninjau beberapa daripada 160 portal yang menggunakan perisian MediaWiki dan mendapati bahawa lebih kurang setengah daripada mereka menggunakan lesen "Attribution-ShareAlike 2.0" (lebih kurang sama dengan GNU; masih belum baca dengan teliti tetapi kedua-dua lesen boleh menjual karya kita). Ada juga yang menggunakan lesen "Attribution-NonCommercial-ShareAlike 2.0" yang tidak membenarkan penjualan rencana tetapi tidak banyak.

Dari segi bahawa sesiapa pun boleh menjual rencana di dalam Wikipedia (termasuk anda dan saya), saya berasa syarat-syarat lesen GNU adalah adil. Sememangnya, dari sudut pandangan seorang penyumbang yang tidak berniat menjual rencana pada waktu ini, saya memang masih lebih suka lesen nyah komersil, iaitu "Attribution-NonCommercial-ShareAlike 2.0". Akan tetapi kalau saya fikir balik dan mengandaikan diri sebagai pengasas Wikipedia, saya percaya bahawa saya juga akan menggunakan lesen GNU seperti Jimmy Wales. Ini disebabkan kepentingan diri, ataupun dengan kata yang lain, disebabkan oleh ketamakan. Memang Jimmy Wales ada niat nak menjual rencana-rencana di Wikipedia Bahasa Inggeris untuk memperkayakan diri, jika kita membaca latar belakangnya dalam rencana Jimmy Wales yang saya baru hari ini menterjemahkan.

Alasan anda untuk meninggalkan Wikipedia amat berbeza dengan saya. Anda tidak suka kerana Jimmy Wales pernah memulakan portal untuk menjual bahan-bahan lucah. Bagaimanapun, dia memang dah malu sehingga mengambil tindakan untuk mengemaskinikan biografinya di Wikipedia Bahasa Inggeris. Memang orang Barat tak kasi muka padanya dan menulis segala hal-hal yang dia pernah buat. Selepas kena tangkap, dia mengaku berbuat demikian. Kan dia yang mengatakan sudut pandangan berkecuali adalah polisi yang "mutlak dan tidak boleh dirundingkan"? hehehe.

Kini, Jimmy telah meletakkan jawatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif untuk syarikat Bomis dan tidak begitu giat dalam bidang itu. Bagaimanapun, syarikat Bomis masih wujud (Jimmy adalah pemilik syarikat Bomis), dan kalau saya tidak salah, kegiatan syarikatnya telah bertukar.

Saya berasa bahawa Wikipedia Bahasa Melayu tidak akan mempunyai perkaitan yang rapat dengan Jimmy Wales kerana:

  • Jimmy tidak faham tentang bahasa Melayu;
  • Bahasa Inggeris adalah jauh di depan kita, dan ia akan memberi banyak manfaat kepada Jimmy sehingga dia tiada masa untuk bahasa lain, termasuknya bahasa Perancis, dan sebagainya.
  • Memang susah bagi Wikipedia Bahasa Melayu hendak mencapai 20% daripada pencapaian Wikipedia Bahasa Inggeris. Oleh itu, Jimmy tidak akan tengok kita selama-lamanya.

Atas sebab-sebab yang tertulis di atas, saya berasa bahawa anda harus kembali ke Wikipedia Bahasa Melayu. Bahasa Melayu memerlukan anda. Kita cuma mempergunakan Wikipedia untuk melanjutkan matlumat untuk mewujudkan satu sumber bahasa Melayu yang terunggul di dunia. Jika terdapatnya lain portal yang lebih baik, kita bolehlah pindah ke sana. Tetapi sewaktu ini, tidak terdapatnya mana-mana satu portal yang benar-benar baik, termasuknya portal untuk bahasa Inggeris.

Saya memang berasa kagum sewaktu membaca rencana-rencana yang dikarang anda. Segala aspek diambil berat, termasuknya gambar-gambar dan reka letak. Tidak perlulah menyatakan tentang tatabahasa, ejaan, taipan dan sebagainya. Memang kehilangan anda dari portal ini merupakan satu kerugian yang amat besar, bukan sahaja untuk Wikipedia Bahasa Melayu, tetapi untuk dunia Bahasa Melayu, secara amnya. Selain itu, anda juga mempunyai sikap pimpinan dan sikap agresif yang dapat mendorong portal ini ke tahap yang lebih tinggi.

Oleh itu, saya berharap bahawa selepas suatu tempoh rehat yang singkat, anda akan kembali ke portal ini. Kepulangan anda diharap-harapkan. — PM Poon 19:24, 31 Mac 2006 (UTC)[balas]

Selamat kembali, hehehe

[sunting sumber]

Hai Emrrans, saya tengah membuat kajian tentang latar belakang Wikipedia dan Jimmy Wales melalui penterjemahan rencana-rencana yang berkaitan. Oleh sebab sekarang, otak saya penuh dengan perkara-perkara tersebut, saya akan menulis kepada anda dalam satu dua hari. — PM Poon 12:23, 2 April 2006 (UTC)[balas]

Bila akan kembali

[sunting sumber]

Hai Emrrans. Dengar khabar anda akan kembali, tetapi bilakah masanya. Saya harap anda kembali dengan kadar yang segera kerana Laman Utama tidak ada yang kemaskini seperti anda. Buat masa sekarang saya mengendalikannya sehinggalah anda pulang kembali ke wikipedia. — Master2841 16:33, 2 April 2006 (UTC)[balas]

Penguasaan Bahasa Melayu saya

[sunting sumber]

Hai Emrrans, nak lapangkan otak sekejap sebelum saya menterjemahkan "Sejarah Wikipedia". Kini dah menterjemahkan Wikipedia:Teks Lesen Dokumentasi Bebas GNU. Boleh cek cek tak? Nak tahu saya boleh menjadi peguam tak, hehehe. Memang saya tak pernah mengambil berat tentang hal-hal hak cipta sehingga saya kedapatan bahawa rencana-rencana yang saya menyumbang dengan percuma boleh dijual oleh orang lain. Memang saya terkejut sewaktu itu kerana saya pernah bertugas dalam bidang penerbitan. Bagaimanapun, internet telah memaksakan pertukaran sudut pandangan yang amat drastik serta pertukaran peraturan-peraturan dalam permainan hidup.

Sewaktu saya menyertai Wikipedia Bahasa Melayu, saya mengharap-harapkan bahawa saya akan dapat memperbaik penguasaan bahasa Melayu saya, seperti yang saya dapat mengalami sewaktu menyertai Wikipedia Bahasa Inggeris. Tetapi, saya berasa amat kecewa kerana tidak terdapatnya interaksi sewaktu menulis rencana. Setiap orang mencipta rencana masing-masing dan oleh itu, kesilapan dan kelemahan setiap penyumbang dikekalkan. Bagaimanapun, saya tidak boleh menyalahkan sesiapa kerana ini adalah fenomena yang biasa bagi sesuatu portal yang sedang berjalan jatuh (toddler), hehehe. Ibu Wikipedia, iaitu Nupedia, juga mengalami keadaan yang sama dengan penggunanya langsung tidak berinteraksi antara satu sama lain.

Sewaktu saya masih bersekolah (iaitu pada zaman dahulu, hehehe), bahasa Melayu hanya merupakan satu perkara, sesama dengan perkara Geografi atau Kesusasteraan Inggeris. Oleh itu, bahasa Melayu sangat teruk dan saya benci akan bahasa ini. Bagaimanapun, semakin saya menjadi tua, semakin saya suka akan bahasa ini. Selain daripada fakta bahawa ia merupakan sebuah bahasa fonetik yang lebih mudah dibelajari berbanding banyak bahasa lain, termasuk bahasa Cina, ia juga sudi meminjam daripada bahasa Inggeris supaya dapat mengkukuhan kelemahannya dari segi perbendaharaan. Oleh itu, bahasa Melayu kini lebih mudah dikuasai bagi mereka yang belajar dalam aliran bahasa Inggeris. Tetapi "ikan" (iaitu penggunaan "i" dan "kan") masih merupakan pening kepala untuk saya.

Sememangnya, kini bahasa Melayu telah mengalami pencemaran yang amat serius. Tetapi ini amat sesuai untuk saya, hehehe. Kekadang kelakarnya sewaktu saya membaca istilah baru dari Dewan Bahasa, dan ini memberikan saya keseronokan dari semasa ke semasa. Sewaktu saya hendak menyertai Wikipedia Bahasa Melayu pada tahun lalu, saya membaca buku "Kunci Bahasa Malaysia" oleh Awang Sariyan. Awang Sariyan merupakan ahli bahasa Melayu serta penasihat yang unggul untuk Penerbitan Sasbadi. (Penyertaannya dalam Penerbitan Sasbadi telah menyebabkan pertumbuhan yang amat pesat untuk syarikat itu. Oleh sebab saya telah lama meninggalkan dunia penerbitan, saya tidak tahu adakah beliau masih aktif di syarikat itu.) Beliau juga pernah bertugas dengan Dewan Bahasa. Buku itu yang diterbitkan pada tahun 1986 menyatakan:

Kesalahan yang sering kita temukan ialah anggapan adanya artikel (a dan an dalam bahasa Inggeris) yang kerap diterjemahkan sebagai seorang, sebuah dan sebagainya. Misalnya ayat ["Ahmad pelajar."] dianggap sebagai tidak lengkap lalu ditulis "Ahmad seorang pelajar." Bahkan yang lebih bersikap keinggerisan menganggap ayat yang betul-betul sempurna ialah: "Ahmad adalah seorang pelajar." Mereka menganggap adalah sebagai terjemahan kopula seperti is, are dan sebagainya dalam bahasa Inggeris. Lalu timbullah anggapan yang salah, iaitu tanpa adalah sesuatu ayat dikatakan tidak sempurna.

Kan Ahmad adalah seorang pelajar kini merupakan ayat yang piawai dan Ahmad pelajar kini jarang digunakan lagi. Yang "betul" dah menjadi "salah", dan yang "salah" telah menjadi "betul", hehehe.

Terima kasih kerana sudi mengemukakan kesilapan penggunaan bahasa Melayu saya. Memang susahnya bagi saya nak melahirkan sebuah rencana bahasa Melayu, berbanding bahasa Inggeris. Sebenarnya, saya tidak berlayak menyertai portal bahasa Melayu dan harus kembali ke Wikipedia bahasa Inggeris, hehehe. Sewaktu saya menulis rencana bahasa Melayu, empat lima kamus bahasa Melayu dirujuk. Dalam masa saya menulis sebuah rencana bahasa Melayu, saya mungkin boleh menghasilkan tiga rencana bahasa Inggeris.

Saya masih ingat bahawa saya pernah menulis "lihat sumber" tetapi tidak ingat dalam rencana yang mana. Bolehkah anda menyegarkan ingatan saya, hehehe. Bagaimanapun, selepas teguran anda, saya telah merujuk kepada Kamus Dewan tetapi tidak dapat mencari perkataan "usha"; mungkin kena menggunakan "tengok sumber".

Bagi hal mengenai Jimmy Wales, saya akan terangkan dalam pesanan yang lain kerana terdapatnya terlalu banyak yang saya hendak mengemukakan; sedangkan pesanan ini sudah terlalu panjang. Bagaimanapun, saya hendak mengatakan sepatah dua di sini. Saya berasa kita harus bersikap pragmatik. Seperti yang dikatakan oleh Deng Xiaoping, "Jangan peduli kucing itu kucing hitam ke kucing putih, asalkan ia dapat menangkap tikus." Sewaktu mengatakan itu, beliau tengah memperdebatkan haluan yang China harus mengambil. Deng cenderung kepada sistem kapitalis sedangkan Mao mengutamakan sistem komunis yang lebih tulen. Bagaimanapun, kuasa adalah di dalam tangan Mao, dan Deng tidak dapat membuat apa-apa sehingga selepas kematian Mao. Kini, melalui wawasan Deng, China telah berkembang dengan begitu pesat, sedangkan sewaktu Mao, ramai orang China yang mati kerana kebuluran.

Kan wawasan kita adalah untuk mencipta sebuah sumber pengetahuan Bahasa Melayu yang terbesar di dunia? Janganlah peduli adakan Jimmy Wales merupakan kucing hitam ataupun kucing putih. Kita akan mempergunakannya, hehehe. Sewaktu kita dapat berdikari, kita boleh mengasingkan portal ini daripada Wikipedia. Saya telah mendapat cara untuk melaksanakannya selepas membuat kajian, hehehe. Kita tidak seharus mengekalkan nama "Wikipedia". Kita boleh menggantikan nama itu supaya berbau kemelayuan, umpamanya Melayupedia. Jangan terjadi Layupedia pulak, hehehe. — PM Poon

Hmm... Nampaknya, biarlah ramai orang kuat Wiki kembali memeriahkan portal kita ni. Sekurang-kurangnya, tulang belakang portal ni lebih kuat untuk kita sama-sama memajukannya. Saya setuju dengan PM Poon yang mengatakan kurangnya interaksi dan bantuan dari segi tatabahasa dan bahasa. Terus terang saya katakan memang banyak kesalahan ejaan, penggunaan kosa kata, penghubung kata dan penggunaan imbuhan (termasuk saya). Bukannya apa, masing-masing sedang sibuk menguruskan rencana sendiri malah ada pengguna membuat rencana yang hanya sebaris ayat dan tidak memberikan erti sebenar perkara yang hendak disampaikan. Harapnya, kita sediakan satu tempoh masa hanya diperuntukkan untuk memperbaiki semua rencana yang sedia ada dengan membetulkan kesalahan ejaan dan bahasa serta menokok tambah fakta kepada rencana yang stub dan terlalu seikit tanpa menambah sebarang rencana agar kawalan piawai bahasa portal ini lebih elok dan bersistem sebelum menambah lagi rencana baru yang menimbun banyaknya. Tidak guna kalau rencana banyak tetapi tiada mutu. Hehehe. Harap kembali cepat. Kita sama-sama gotong-royong. (Nak kena usulkan kepada Yosri ni.) Terima kasih atas ucapan tahniah anda tempoh hari. (Dah lama rasanya, hehe, sibuk kebelakangan ni tapi tak mahulah nanti dikatakan sombong.) Kembali cepat, ya! — Polar 02:46, 3 April 2006 (UTC)[balas]

Syabas kerana kembali

[sunting sumber]

Hai Emrrans, Saya amat gembira melihat anda kembali menyunting rencana di Wikipedia. Semoga anda akan kekal di Wikipedia bahasa Melayu ini. Kami (semua penyunting Wikipedia), sentiasa gembira mendapat penyumbang yang berdedikasi seperti saudara di sini. Yosri 10:07, 3 April 2006 (UTC)[balas]

Hai Emrrans,

Saya juga amat gembira melihat anda kembali menyunting rencana di Wikipedia. Sememangnya, jika sebuah portal seperti Wikipedia mendapat penyumbangan yang aktif secara daripada anda, Master2841 dan Polar, 50 orang pengguna sudah cukup. Tak perlu beratus-ratus ataupun beribu-ribu! Oleh itu, pemergian anda seolah-olah kehilangan 20% daripada penyumbangan dalam portal ini! — PM Poon 10:37, 3 April 2006 (UTC)[balas]

Pendapat tentang Jimmy Wales dan Wikipedia

[sunting sumber]

Hai Emrrans, untuk pendapat saya tentang Jimmy Wales dan Wikipedia, sila lihat: Perbualan Yosri. — PM Poon 12:58, 3 April 2006 (UTC)[balas]

Tentang laman pengguna

[sunting sumber]

Hai Emrrans, setiap orang mempunyai sudut pandangan yang berbeza-beza, bergantung kepada latar belakang, pengetahuan, pengalaman, kecenderungan, sikap berat sebelah dan sebagainya. Saya pun tidak dikecualikan. Selepas penyiasatan yang agak mendalam, saya berasa saya tiada apa-apa pergaduhan ("no quarrels", hehehe) dengan Wikipedia Bahasa Melayu, tetapi saya masih ada pergaduhan dengan Wikipedia Bahasa Inggeris. Wikipedia Bahasa Melayu tiada perhubungan yang rapat dengan Jimmy Wales. Yang penting di portal ini ialah Yosri sahaja. Jika pada suatu hari, Yosri bersikap seperti Jimmy, kita kena lari kuat kuat, hehehe.

Untuk memaksa saya membaca dengan teliti dan memahami setiap perkataan, saya telah menterjemahkan beberapa rencana daripada Wikipedia bahsa Inggeris:

  1. Jimmy Wales, pengasas Wikipedia induk
  2. Larry Sanger, ketua penyunting yang membantu menubuhkan Wikipedia
  3. Bomis, syarikat Jimmy yang pertama dan yang anda mempunyai pergaduhan
  4. Wikia, Inc., sebuah syarikat yang Jimmy baru menubuhkan untuk web hosting
  5. Wikia, sebuah projek utama dalam Wikia, Inc. yang mungkin akan "menjual" bahan-bahan Wikipedia Bahasa Inggeris melalui pengiklanan serta dalam bentuk-bentuk yang lain
  6. Nupedia, ensiklopedia bebas Jimmy yang sulung dan yang kini telah mati pada tepi jalan; Wikipedia sebenarnya dicipta semata-mata untuk menyokong Nupedia dan bukannya seperti apa yang dikatakan dalam wawasannya pada hari ini; wawasan kini membayangkan perkembangan yang tidak disangka-sangkai
  7. Sejarah Wikipedia
  8. Yayasan Wikimedia, sebuah yayasan yang kalau saya tidak silap, akan menjadi "piggy bank" (pendapat saya adalah berdasarkan struktur pengurusannya) untuk Jimmy
  9. Wikipedia:Teks Lesen Dokumentasi Bebas GNU untuk memahami tentang perincian lesen ini.

Ini cuma setakat ini. Masih ada beberapa rencana utama yang saya ingin menterjemahkan. Bagaimanapun, selepas membuat terjemahan, saya mendapati terdapatnya sedikit percanggahan antara rencana-rencana (walaupun tidak banyak). Tetapi yang paling utama ialah dalam pemilihan perkataan yang digunakan yang mendedahkan sikap berat sebelah yang cenderung memihak Jimmy, hehehe. Yang paling kelakar ialah Jimmy sendiri mengubah rencana Jimmy Wales mengenainya sendiri. Perbuatannya telah didapat tahu oleh media dan beliau telahpun mengaku salah. Pencipta polisi melanggari polisi sendiri, hehehe. Kan kejadiannya ini amat biasa sahaja?

Seperti yang saya kata, saya tidak peduli akan kesemua ini. Kita mesti tahu tentang perkara-perkara itu tetapi selepas mengetahuinya, kita biarkan sahaja jika ia tiada kaitan dengan kepentingan kita, hehehe. Kan sama sahaja? Jimmy mengutamakan kepentingannya sendiri, sedangkan kita mementingkan kepentingan kita diri, hehehe. Tak perlulah periuk mencela cerek hitam!

Sebagaimana yang Yosri tahu, saya tidak akan lama-lama di sini. Oleh itu, saya tiada rancangan yang panjang untuk Wikipedia bahasa Melayu. Saya cuma bertujuan membantu dengan sedaya upaya saya semasa portal ini dalam pertumbuhan awalnya. Sewaktu saya menyertai portal ini secara aktif pada November 2005, saya cuma dapat melihat Yosri, Aurora, dan Hayabusa future (ketiga-tiga ini adalah penyelia) yang paling aktif, bersama-sama dengan beberapa pengguna Wikipedia bahasa Indonesia yang sudi membantu portal ini sekali sekala.

Kini, entah dari mana termuncul "Tiga Mosquitoes" pada waktu yang lebih sama, hehehe. Sememangnya, saya sentiasa menganggap Polar, Master2841 dan anda sebagai satu kumpulan. Oleh itu, sewaktu anda meninggalkan portal ini, saya berasa seakan-akan kumpulan itu tidak lengkap. Saya tidak berniat memecahkan portal ini. Pada waktu itu, saya cuma terkejut bahawa sesuatu sumbangan yang diterima dengan percuma akan dijual. Itu sahaja. Konsep ini adalah amat berbeza dengan pengalaman saya dalam bidang penerbitan bercetak, dan amat susah untuk saya menerima. Sememangnya, saya tidak hendak diperbodohkan seperti penyumbang-penyumbang untuk Jack Canfield (siri "Chicken Soup").

Selain itu, saya telah berada dalam bidang pentadbiran selama dua puluh lebih tahun, dan kini amat bosan tentang hal-hal pentadbiran. Sememangnya, saya mungkin mempunyai sedikit pengalaman yang dapat membantu pentadbiran portal ini. Jika ditanya, saya akan mengemukakan pendapat saya, tetapi saya berasa bahawa saya tidak patut sibuk-sibuk jika tidak ditanya. Ini adalah berdasar pengalaman saya.

Oleh sebab-sebab yang tertulis di atas, saya berasa adalah baik jika kita mengekalkan keadaan sekarang, iaitu pengeluaran nama saya sebagai pentadbir dikekalkan. Kalau boleh, kemudahan pentadbir, iaitu kemudahan untuk membuat pemadaman dan pelindungan dikekalkan, hehehe. Tetapi ini memang tidak adil laaa. Kita tidak boleh nak makan kek dan menyimpannya pada waktu yang sama. Oleh itu, saya sudi menyerahkan kemudahan saya dan jika perlu, saya akan meminta anda membuat sesuatu, jika perlu.

Kini telah termuncul lagi beberapa pengguna yang amat akitf, umpamanya Ychmatematik, Johnmklee, Che@#%*&$#$, dan sebagainya. Saya berasa saya bolehlah beransur-ansur berundur. — PM Poon 16:11, 4 April 2006 (UTC)[balas]

Bahasa Parsi

[sunting sumber]

Hai Emrrans. Saya lihat anda rajin dalam menulis rencana baru mengenai bahasa-bahasa di dunia. Saya ingin meminta kepada anda supaya tolong menulis rencana mengenai Bahasa Parsi yang majoriti penuturnya bertutur di Iran. — Master2841 16:39, 4 April 2006 (UTC)[balas]

Terima kasih kerana menulis rencana Bahasa Parsi. Kalau ada rencana yang ingin anda lihat, beritahu sahaja saya, saya pasti akan menulisnya. — Master2841 12:33, 6 April 2006 (UTC)[balas]

Jawapan saya terhadap pesanan anda terkini

[sunting sumber]

Hai Emrrans, terima kasih atas pesanan anda. Janganlah anggap penyumbangan anda sebagai pengorbanan untuk "Wikipedia". Kemungkinannya, "Wikipedia" akan dikorbankan oleh kita pada suatu hari di masa hadapan, hehehe.

Bagi saya, setelah membuat penyelidikan yang agak mendalam, saya kini cuma menganggap "Wikipedia" sebagai satu perantara sementara untuk mencapai wawasan untuk mewujudkan sebuah sumber bahan-bahan bahasa Melayu yang terbesar di dunia. Saya tidak suka akan Jimmy Wales kerana sewaktu saya membaca rencana-recana yang berkaitan, saya berasa dia seorang yang amat mementingkan diri. Kemungkinan sebahagian besar orang-orang tidak bersetuju dengan pendapat saya. Biarlah mereka mengekalkan pendirian mereka. Tak payah mempengaruhi satu sama lain. Saya seorang yang tidak suka cuma mengikut pendapat orang ramai tanpa menggunakan otak sendiri. Saya suka membuat penyelidikan sendiri dan mencipta pendapat sendiri. Kebenaran akan muncul dengan perlaluan masa. Kita cuma kena menunggu dan tengok saje. Kemungkinan saya salah, kemungkinan mereka salah.

Pada Februari 2002, peserta-peserta Wikipedia bahasa Sepanyol keluar beramai-ramai daripada Wikipedia untuk membentukkan Enciclopedia Libre. Saya tidak tahu akan sebabnya, tetapi peristiwa itu terjadi cuma sebulan selepas pemecatan (digelarkan "peletakan kerja" dalam Wikipedia bahasa Inggeris*) Larry Sanger yang merupakan orang yang benar-benar membuat kerja untuk mewujudkan Wikipedia semasa dalam penggajian Jimmy Wales. (Mengikut ceritanya, Jimmy tidak minat terhadap gagasan mewujudkan Wikipedia tetapi tidak membantahnya juga.) Saya tidak tahu adakah kedua-dua peristiwa itu mempunyai perkaitan; mungkin ada, tetapi mungkin juga, tidak ada. Bagaimanapun, kejadian kedua-dua peristiwa yang begitu rapat menimbulkan sedikit kecurigaian.

Yang penting, kita pun boleh membuat demikian kalau kita dapat penaja yang sudi menajakan penyewaan pelayan untuk ensiklopedia baru yang bukan lagi akan digelarkan "Wikipedia bahasa Melayu" tetapi "Mikipedia bahasa Melayu", hehehe. (Saya terbalikkan "W" menjadi "M".) Oleh sebab semua rencana dalam Wikipedia bahasa Melayu adalah di bawah lesen GNU, kita boleh menyalin kesemua rencana dalam portal ini ke portal yang baru. Oleh itu, usaha anda dan saya tidaklah dibazir. Dengan portal yang baru, kita juga dapat membiayai portal melalui pengiklanan. Kan banyaknya portal yang berbuat demikian? Jimmy tidak membenarkan pengiklanan dalam Wikipedia melalui perintahnya pada Ogos 2002, tetapi pengiklanan merupakan satu sumber pendapatan yang utama dalam syarikat-syarikat yang dimilikinya sendiri. Saya masih "menggaru kepala" mengapa dia tidak membenarkan pengiklanan dalam Wikipedia, sedangkan dia sudi mengamalkan perbuatan itu dengan sedaya upayanya untuk kepentingan sendiri, hehehe.

Atas sebab-sebab di atas, janganlah tekan brek sewaktu tekan minyak. Tekanlah minyak saje. Setiap usaha yang anda buat dalam portal ini pada hari ini tidak akan membazir, malahpun ia akan menjadi bernih untuk musim menuai pada masa tak lama lagi, hehehe.

(*NOTA: Dalam undang-undang perusahaan di mana-mana satu negara, termasuk Malaysia (mungkin kecuali negara-negara komunis), pengumuman keengganan membayar gaji oleh majikan dianggap sebagai pemecatan terancang ("constructive dismissal). Walaupun seseorang memang meletakkan jawatan, peletakan jawatan itu adalah bukan secara suka rela, tetapi sebaliknya dipaksa. Siapakah yang nak meneruskan perkhidmatannya dalam syarikat (Sanger dibayar gaji untuk jawatannya dalam syarikat Bomis) jika majikan telah mengatakan dia tidak akan membayar gaji mereka? Mungkin Yosri kot, hehehe.... sensitif nieeee!!

Tambahan pula, gaji Sanger yang merupakan gaji untuk jawatannya dalam syarikat Bomis digelarkan oleh Wikipedia bahasa Inggeris sebagai "gaji untuk kerja Wikipedia". Oleh itu, kenyataan "Sudut pandangan berkecuali" yang diumumkan oleh Jimmy dan yang menyatakan bahawa "Sudut pandangan berkecuali adalah mutlak dan tidak boleh dirundingkan, baik dengan sepersetujuan pengguna-pengguna atau tidak" berbau lebih busuk daripada tahi di dalam tandas awam, hehehe.) — PM Poon 20:11, 6 April 2006 (UTC)[balas]

Hai Emrrans. Ini dia link utnuk rencana negeara-negara Islam, Islam mengikut negara. — Master2841 05:12, 7 April 2006 (UTC)

Hai Emrrans, lu tipu gua ke? hehehe. Tak nampak apa-apa pun di situ. Kosong saje.... Tak kan u ikut Lao Tzu kot! — PM Poon 16:02, 9 April 2006 (UTC)[balas]

Hai Emrrans, muka anda nampaknya macam daripada golongan bangsawan (aristokrat). Alamat emel saya pmpoon@yahoo.com. Jika ada apa-apa yang sulit, anda boleh tulis ke alamat emel itu, tetapi anda harus meninggalkan pesanan anda di sini kerana saya jarang ke sana, hehehe. Imran dah keje ke atau masih belajar. Kalau masih belajar, bolehkan anda beritahu saya bidang anda? — PM Poon 02:01, 10 April 2006 (UTC)[balas]

Hai Emrrans. Wah. Dah letak imej sendiri ye. Rupa awak kelihatan matang. Berapa umur awak ye? Hehe. Maaflah menyibuk. Dahla saya sendiri tengah sibuk. Hehe... Tak mengapa la. Maaf kalau menyibuk. — Polar 02:24, 10 April 2006 (UTC)[balas]

Rencana "Injil"

[sunting sumber]

Hai Imran, oleh sebab saya tengah menumpukan perhatian saya kepada tajuk-tajuk rencana dalam Senarai rencana semua bahasa perlu ada, saya telah memperkembangkan rencana Injil yang merupakan salah satu daripada rencananya. Disebabkan saya tidak berupaya menterjemahan ayat-ayat Al-Qu'ran, bolehkah anda menterjemahkannya daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu, serta mengemaskinikan tatabahasa saya? — PM Poon 04:16, 10 April 2006 (UTC)[balas]

Saya telahpun menukarkan terjemahannya dari laman Kerajaan Arab Saudi ([1]). Yang selebihnya, mungkin anda boleh tolong tengok-tengokkan. — Polar 04:26, 10 April 2006 (UTC)[balas]
[sunting sumber]

Hai Emrrans, bolehkah anda menulis rencana tentang Galeri Seni Lukis Negara? Adakah anda orang kidal? Saya orang kidal tetapi saya tidak berbakat, walaupun saya memang suka akan gambar-gambar dan lukisan-lukisan , khususnya catan air. Mulakanlah galeri gambar anda dalam geocities, supaya kami semua dapat nikmat! — PM Poon 14:54, 10 April 2006 (UTC)[balas]

Hai Emrrans, soalan-soalan anda memang amat menarik. Saya harus mengambil masa yang sewajar untuk menjawab anda, mungkinnya akan makan masa setengah hari, hehehe.

Tapi untuk jawapan ringkas: Saya memang minat mempelajari semua agama, termasuk Islam. Banyaknya orang Kristian yang pernah ajak saya masuk agama Kristian, tetapi kepala saya memang terlalu keras dan susah nak masuk mana-mana satu agama, termasuknya agama Buddha. Saya pernah hidup bersama-sama dengan pelbagai sami Buddha selama lapan bulan, dari Johor Bahru, Pontian, Batu Pahat, Ipoh, Pulau Pinang, sehingga Haadyai, semata-mata untuk belajar tafakur serta kehidupan sederhana, tetapi saya pun tak masuk agama itu.

Walau bagaimanapun, saya selalu menyertai majlis-majlis mana-mana satu agama, jika ada khutbah, baik agama Kristian, agama Buddha atau agama apa-apa saje. Tetapi untuk Islam, saya tidak boleh masuk masjid sebab saya bukan orang Islam; oleh itu, saya tidak banyak memahami agama itu. Saya mempunyai sebuah buku Koran bahasa Inggeris yang saya beli pada lewat 1970-an di Pulau Pinang untuk RM50.00, serta beberapa buah buku huraian. Tetapi, oleh sebab ia ditulis dalam bentuk sajak, memang susah saya hendak memahaminya, khususnya kerana saya tidak tahu menghayati puisi.

Sebenarnya Allah pernah menolong saya, tetapi saya masih belum menunai janji saya jangan daging babi, hehehe. Memang susah bagi kami dari kaum Cina. Jawapan Allah memang pantas dan berkesan. Saya pun hairan! Sesuatu yang saya tidak dapat mengatasi selama hampir 3 tahun diselesaikan dalam satu hari... iaitu, saya tanya hari ini, besuk saya sudah dapat jawapan dan penyelesaian!

Untuk gambar, saya boleh hantar ke alamat emel anda, tetapi saya tak nak memaparkannya dalam portal ini, hehehe. Sebagaimana yang anda tahu, banyak pengguna portal suka merahsiakan identiti mereka. Saya juga tidak dikecualikan. Serupa dengan di mana-mana, ada sebahagian pengguna-pengguna di sini yang tidak suka akan saya, dan ada sebahagian pengguna-pengguna di sini yang saya juga tidak suka. Maka, baiklah saya kekal menjadi pengguna tanpa identiti.

Saya menggunakan pmpoon untuk id saya di Yahoo Chat, tetapi saya jarang masuk. Jika anda hendak chat, memang boleh sewaktu anda tengok saya mengirim suntingan dari halaman "Perubahan Terkini".

Saya akan menerangkan lebih lanjut tentang perkara agama dalam pesanan yang berasingan. — PM Poon 18:09, 10 April 2006 (UTC)[balas]

Laman Istimewa

[sunting sumber]

Hai Emrrans, saya tidak pernah menyentuhi laman istimewa. Mungkinnya, cuma birokrat yang berupaya menukarkannya. Kalau tidak, tak kan halaman itu dipanggil "istimewa", hehehe. Sebagaimana yang saya tahu, cuma Yosri dan Aurora ialah birokrat.

Emrrans, janganlah terlalu bercita-cita tinggi, hehehe. Sememangnya, kenaikan anda ke pangkat penyelia dah begitu luar biasa. Bagi saya, kemudahan untuk menulis rencana sudah cukup untuk saya. Kan banyaknya rencana yang belum lagi ditulis? Tak nampak anda begitu aktif pada hari-hari kebelakangan ini. Sibuk ke?

P/S: Saya tidak begitu faham tentang apa yang anda maksudkan dengan "paparan yang belum disimpan adalah ke bawah?" Adakah anda menghadapi "konflik suntingan"? Konflik suntingan terjadi sewaktu pengguna yang lain sudah menyunting dan menyimpan halaman anda itu sejak anda muat turun halaman itu untuk menyunting. Oleh itu, sewaktu anda hendak menyimpan, versi yang anda sedang mengerjakan sudah menjadi versi yang lama, dan anda cuma boleh menyimpan sebahagian rencana itu yang tidak disentuhi oleh pengguna itu, iaitu bahagian selepas gantian terakhir dalam halaman itu. — PM Poon 19:09, 12 April 2006 (UTC)[balas]

Jawapan pesanan-pesanan anda

[sunting sumber]

Hai Emrrans, saya akan menjawab pesanan anda nanti. Kini baru siap menterjemahkan rencana Wendy's, tetapi masih belum mengemaskini. — PM Poon 15:23, 13 April 2006 (UTC)[balas]

Hai Emrrans, itu ke sebab-sebabnya anda jarang masuk? Kalau macam tu, takpe. Ingat ada hal yang lain, hehehe.

Tentang paparan, itu mungkin disebabkan oleh cara anda menetapkan tatarajah anda. Butang tatarajah adalah di bahagian paling atas dalam skrin pengawas anda, di sebelah kanan butang "Perbualan Saya". Dalam halaman tatajarah anda, anda boleh membuat pilihan dalam menu "Menyunting". Jika anda menandakan kotak "Papar pratonton sebelum kotak sunting dan bukan selepasnya", hasil suntingan anda akan dipaparkan di atas kotak sunting. Jika anda tidak menandakan kotak itu, hasil suntingan anda akan dipaparkan di bawah kotak sunting.

Mengenai makanan

[sunting sumber]

Sebenarnya, makanan adalah sesuatu yang amat bergantung kepada tabiat. Saya pernah membeli sejenis ikan untuk membela dalam akuarium saya. Ikan ini memang ikan yang sering dihidangkan oleh restoran (dah lupa namanya pulak!). Bini dan anak saya tak berani nak menyentuh ikan itu sewaktu ikan itu mati! Saya pun rasa sama juga, hehehe. Tapi sewaktu ke pasar, mengapa tak rasa begitu sewaktu memilih ikan?

Sewaktu saya kecil, saya tidak makan ayam. Ini disebabkan mak saya membela anak ayam untuk dimakan kemudian. Setiap hari selepas saya balik dari sekolah, saya akan pergi ke reban ayam untuk bermain dengan anak ayam kekuning-kuningan yang comel sehingga ayam-ayam menjadi besar. Tahu kan apa perasaan saya sewaktu ayam-ayam itu dimasak?

Oleh itu, memang daging babi adalah suatu persoalan yang amat sensitif bagi orang Islam. Mungkin mereka dengar namanya dah nak muntah, hehehe... walaupun mereka tidak teragak-agak sewaktu minum bir dan arak yang juga diharamkan oleh agama Islam.

Saya ingin menceritakan satu jenaka yang benar-benar berlaku pada tahun 1980... kira hikayatlaaa, hehehe. Sewaktu itu, ada seorang mejar askar Melayu yang amat salih. Pada suatu hari, dia pergi sendiri ke coffeehouse di sebuah hotel. Oleh sebab dia tidak tahu nak makan apa, dia membaca menu dan memilih sandwic bacon. Selepas itu, dia balik ke kem dan mengesyorkan "daging yang paling lembut" (very tender) kepada semua pegawai askar. Sewaktu mendengarnya, pegawai-pegawai itu memberitahunya bahawa bacon ialah daging babi, tetapi mejar itu tidak setuju dan mengatakan bahawa bacon ialah beef ("b" dalam perkataan "bacon" menunjukkan "beef") sedangkan "ham" ("h" dalam perkataan "ham" menunjukkan "hog") ialah daging babi!

Lagi satu cerita askar, hehehe. Pada suatu hari, seorang Leftenan Kolonel Cina hendak membelanjai orang bawahannya untuk sarapan tengah hari. Semasa itu, daging babi masih dihidangkan di hotel-hotel. Oleh itu, Leftenan Kolonel itu memberitahu restoran itu supaya menghidangkan makanan halal sahaja. Setiap makanan dihidangkan dengan lancar mengikut arahan itu... sehingga makanan terakhir, iaitu nasi goreng. Nasi goreng itu mengandungi daging babi char siew yang seolah-olah daging masala merah, tetapi dipotong menjadi kiub-kiub yang amat kecil. Sewaktu nasi goreng sampai, Leftenan Kolonel itu menggigil. Macam mana sekarang? Nak cakap pun tak susah, tak nak cakap pun tak boleh. Kedua-dua kapten Melayu makan nasi goreng itu dengan penuh nikmat. Selepas pertimbangan yang amat mendalam, Leftenan Kolonel itu memutuskan menghalang mereka kerana ini memang bukan kesilapannya. Kan semua orang telah dengar pesanannya kepada restoran? Oleh itu, beliau memberitahu bahawa restoran itu memang dah silap. Tahukah anda apa kapten Melayu berkata? "Alamak! Janganlah cakap. Tak kan kedua-dua kami ini tak tahu! Memang dah makan banyak di luar negeri. Kini, sewaktu kamu sudah menegur, mengikut agama kami, kami tak boleh makan lagi. Lain kali jangan cakaplah! Char Siew memang sedap!"

Kebanyakan pegawai askar dilatih di luar negeri, khususnya di Amerika Syarikat. Mengikut mereka, mereka tiada pilihan sewaktu menjalani latihan sebab kem di sana tidak menghidangkan makanan berasingan. Lagipun, jika mereka merupakan komando, lagi teruk. Sewaktu latihan dalam hutan, mereka tidak diberi bekalan makanan. Tangkap apa, makan apa, termasuk babi hutan dan kala jengking (scorpion). Merujuk komando Melayu itu, kala jengking amat sedap sewaktu dibarbeku. Yakksss!!! (seperti orang Melayu kata Yakksss terhadap daging babi, hehehe.)

Memang agama adalah sesuatu bidang yang amat sensitif. Jika kita boleh berbincang tanpa emosi, kita akan dapat belajar banyak antara satu sama lain. Sememangnya, pengetahuan saya terhadap Islam tidak banyak. Selain itu, saya banyak menyelidik agama yang lain. Mungkin kita boleh menukar pengetahuan bagi tujuan mendapat pemahaman yang lebih mendalam. Itu saje. Oleh sebab pesanan itu (seperti biasa, hehehe) dah terlalu panjang, saya akan menceritakan tentang agama adat resam orang Cina dalam pesanan yang berasingan.

P/S: Emrrans, saya tidak berasa anda "terkasar ayat". Sebenarnya, sikap anda adalah amat baik. Saya tahu anda menyarankan agama Islam kepada saya kerana anda percaya bahawa agama Islam ialah agama yang amat baik, bukan atas sebab-sebab yang lain, dan anda cuma hendak berkongsi apa-apa yang baik dengan saya. Anda tidak serupa dengan sebilangan besar orang Kristian yang saya pernah berjumpa. Sewaktu anda tidak masuk agama mereka, mereka tidak suka anda. Mereka seakan-akan pengedar Amway. Amat baik dengan anda sewaktu nak mengambil anda sebagai penyedar bawahan mereka. Bila anda menolak, mampus kau! Persahabatan pun takde lagi, hehehe. Tapi itu dulu (hikayat juga, hehehe), sekarang saya dengar mereka dah bersikap amat profesional. — PM Poon 01:22, 14 April 2006 (UTC)[balas]

Teka-teki

[sunting sumber]

"How long is a Chineseman?" 10 alphabets.

Tahu kan anda tentang "chicken and egg" story. Tanya anda pula. "Which comes first? Chicken or egg?" — PM Poon 01:22, 14 April 2006 (UTC)[balas]

Emrrans sila lihat Imej Perbualan:Pentagram.gif dan nyatakan pandangan anda di sana. — Master2841 07:40, 14 April 2006 (UTC)[balas]

Pertama kali buat templat

[sunting sumber]

Saya rasa ini adalah pertama kali saya cuba buat templat tentang Malaysia, Islam, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, Wallahhuallam! - Aiman Ab Majid 15 April 2006

Nak buat tulisan Jawi dalam Wikipedia

[sunting sumber]

Emrrans, Boleh tak (ajar_ saya macam mana nak buat tulisan jawi dalam Wikipedia Melayu? - Aiman Ab Majid 16 April 2006

Barnstar

[sunting sumber]

Hai Emrrans, Terima kasih di atas Barnstar itu. Saya harap lebih ramai orang akan menyertai Wikipedia bahasa Melayu ini dan menyumbang secara aktif. Dengan itu lebih ramai yang akan dapat menafaatkan ilmu yang ada. Yosri 05:56, 16 April 2006 (UTC)[balas]

Persoalan asal-usul

[sunting sumber]

Hai Emrrans, since the beginning of time, Man has always been puzzled by the origin of the universe. The perennial question has always been: "What is the beginning of eternity, and the end of time and space". Einstein provided some clues via his General Theory of Relativity, and Stephen Hawking expanded on it. Do you know what is the beginning of eternity, and the end of time and space? — PM Poon 05:34, 17 April 2006 (UTC)[balas]

Laman utama

[sunting sumber]

Hai Emrrans, saya ingatkan anda yang mengawal selia laman utama? Saya lebih suka jika anda yang bertanggungjawab mengawal selia pertukaran rencana dan apa-apa sahaja di laman utama. Saya hanya menyelia calon rencana pilihan dan memberi cadangan untuk rencana minggu hadapan.

p.s: Memandangkan anda akan menukar rencana di laman utama, tolong kemaskini tarikh peristiwa semasa dengan meletak tarikh mengikut tahun dari tahun terdahulu hingga terkini. — Master2841 06:20, 17 April 2006 (UTC)[balas]

Tentang masalah komputer

[sunting sumber]

Hai Emrrans, mungkin anda harus menghubungi TMNet kerana mengikut Polar, TMnet tengah menaiktaraf semua talian. Polar juga menghadapi masalah beberapa hari dahulu dan sewaktu itu, berpendapat bahawa modemnya ada masalah. Oleh itu, beliau (hehehe, bukan saje taliannya dinaiktaraf, pangkatnya juga dinaiktaraf) jarang masuk, sehingga beliau menghubungi TMNet dan masalahnya diatasi dengan serentak:

Rupanya masalah komputer saya adalah sambungan jaringan... (network connection). Sebab saya menggunakan Streamyx, maka, pihak TMnet menghadapi masalah teknikal sedikit kerana mereka sedang menaiktaraf semua talian. Nasib baik hari ini semuanya telah diperbaiki. Syukur.... (Tidak satu sen pun dikeluarkan melainkan duit telefon... Hehehe) — Petikan daripada pesanan Polar

Berkenaan dengan General Theory of Relativity, tak perlulah Tuhan saje yang tahu. Tetapi General Theory of Relativity masih tidak dapat menjelaskan asal usul alam semesta itu. Teori sains yang paling dekat menemui asal usul alam semesta ialah Teori Bang Besar. Bagaimanapun, teori ini cuma dapat menerangkan apa yang terjadi tiga saat selepas letupan agung itu, dan masih tidak dapat menerangkan apa yang terjadi sebelumnya. Oleh itu, setakat ini, cuma Tuhan yang tahu tentang asal usul alam semesta ini.

Bagi soalan saya dalam pesanan dahulu, General Theory of Relativity cuma dipergunakan sebagai muslihat untuk mengelirukan anda saje, hehehe. Kalau tidak, soalan saya memang amat senang, khususnya kerana anda dapat berjawab dengan mudah which comes first, chicken or egg, hehehe.

Jawapan untuk soalan, "What is the beginning of eternity, and the end of time and space?" ialah huruf E, iaitu: The letter "E" is the beginning of Eternity, and the end of timE, spaceE, hehehe. — PM Poon 22:40, 17 April 2006 (UTC)[balas]

Official press contact

[sunting sumber]

Hai Emrrans, terima kasih kepada anda dan Yosri kerana memandang saya tinggi, hehehe. Bagaimanapun, saya berasa orang yang kena menonjolkan diri dalam Wikipedia bahasa Melayu harus daripada kaum orang Melayu. Kan anda juga amat agresif? Saya berasa "The Three Mosquitoes" lagi baik. Taukan siapa yang saya maksudkan? Kalau tak tau, mereka ialah Emrrans, Masters2841 dan Polar. Tonjolkanlah Wikipedia sebagai satu kerja berkumpulan. Tak perlulah seorang saje yang merupakan official press contact.

Saya lagi seronok di belakang langsir, hehehe. Memang saya akan mendokong dari belakang. Dan saya amat gembira bahawa anda semua di sini tidak bersikap perkauman. — PM Poon 12:42, 18 April 2006 (UTC)[balas]

Hai Emrrans, saya terlupa. Ychmatematik pernah memberitahu saya bahawa Wikipedia bahasa Melayu amat memerlukan publisiti, dan beliau sudi membantu. Dalam salah sebuah emel kepada saya, beliau berkata:

Untuk mempromosikan Wikipedia ini, apa kata kita menulis surat kepada surat khabar untuk membuat liputan...? Kalau ada liputan, saya rasa web ini akan terus "boom"... jadi rancang dulu, kita orang buat rencana yang hebat-hebat untuk penyiaran di Media Massa....

Tiga orang Melayu, seorang Cina, kombinasi yang baik juga, kan? — PM Poon 12:52, 18 April 2006 (UTC)[balas]

Tentang benda baru

[sunting sumber]

Hai Emrrans, saya tak faham tentang apa yang anda maksudkan dengan "...Google Earth, jika anda ada program ini anda boleh lakukannya". Saya tak tahu apa itu Google Earth. Boleh lakukan apa?

Kini, saya masih menghidapi "slip disc", iaitu cedera tulang belakang, dan tidak dapat jalan jauh sangat. Cuma ada satu penyelesaian, iaitu pembedahan. Saya masih menangguhkan keputusan disebabkan kesan sampingannya. Bagaimanpun, jika saya sembuh, saya akan membuat satu perjalanan ke Kuala Lumpur untuk berjumpa dengan anda. U nie macam kawan lama, hehehe.

Apa tu Yahoo Pool? Saya ada Yahoo Messenger, tetapi tak ada Gmail dan hotmail. Banyak sangat, pening! Saya masuk Wikipedia Cina? Kalau saya masuk Wikipedia Cina, baik anda yang masuk! Serupa saje, hehehe. Saya cuma boleh tulis nama saya sahaja dalam bahasa Cina. Lagipun bahasa Cina bukan bahasa fonetik, memang susah nak belajar, walaupun kini ada hanyu pinyin. Nada tukar sikit, makna tukar banyak, hehehe. — PM Poon 13:46, 18 April 2006 (UTC)[balas]

Google Earth ialah program yang membolehkan kita lihat mana-mana tempat di bumi menggunakan satelit. Kalau nak ketahui mengenainya lagi carilah di laman Google. — Master2841 13:48, 18 April 2006 (UTC)[balas]

Wowww!! U nie memang amat advance!! Saya pun tak tahu ada kemudahan ini. Nak masuk pun takut, hehehe. Saya jangan main game sebab takut ketagih. Kan kini dah menjadi penagih Wikipedia bahasa Melayu?

Pesanan saya yang dahulu telah terlepas perhatian anda. Saya pernah memberikan anda emel Yahoo saya. Pesanan dahulu itu disalin semula:

Hai Emrrans, muka anda nampaknya macam daripada golongan bangsawan (aristokrat). Alamat emel saya pmpoon@yahoo.com. Jika ada apa-apa yang sulit, anda boleh tulis ke alamat emel itu, tetapi anda harus meninggalkan pesanan anda di sini kerana saya jarang ke sana, hehehe. — 02:01, 10 April 2006 (UTC)

P/S: Emrrans, Polar nak tahu tentang kegiatan penulisan saya. Saya dah perincikannya dalam halaman perbualannya. Mungkin anda nak membaca lebih mengenai saya. Selepas anda membaca, tolong tinggalkan pesanan supaya Polar boleh memadamkannya. — PM Poon 15:35, 18 April 2006 (UTC)[balas]

Emrrans, m'bolo, y'o num vah? Ma wok ki Fang. Ma kobe ki Fang. Wa dzon ah dzeh? A tar dzam!

(P/S: Anda ni memang ahli bahasa! Faham kan apa yang saya tulis?) — PM Poon 15:41, 18 April 2006 (UTC)[balas]

Hai Emrrans, saya mesti menjawab! — PM Poon 20:22, 19 April 2006 (UTC)[balas]

Hai Emrrans,
Anda tidak perlu bimbangkan mereka yang mendaftar tanpa menyumbang. Ia perkara biasa di mana-mana Wiki. Mereka hanyalah menunjukkan sokongan mereka kepada Wikipedia bahasa Melayu. Yosri 00:35, 20 April 2006 (UTC)[balas]

Nama id di en:Wikipedia

[sunting sumber]

Hai Emrrans, saya menggunakan nama yang sama di semua portal Wikipedia, termasuk Wikicommons. — PM Poon 13:06, 20 April 2006 (UTC)[balas]

Pesanan pertama anda terlepas perhatian saya

Saya telahpun menukarkan terjemahannya dari laman Kerajaan Arab Saudi ([2]). Yang selebihnya, mungkin anda boleh tolong tengok-tengokkan. — Polar 04:26, 10 April 2006 (UTC)[balas]

Hai Emrrans, pesanan pertama anda terlepas perhatian saya tadi. Bukannya senang nak menjadi penyelia di Wikipedia bahasa Inggeris atau Wikimedia. Persaingan amat hebat. Lagipun, kriterianya adalah amat ketat kerana banyak pengguna nak menjadi penyelia di sana. Mencapai taraf penyelia di sana serupa dengan mendapat "Datuk" di Malaysia. Anda harus amat aktif di sana, serta mendapat sokongan yang kuat daripada penyelia-penyelianya.

Saya tidak faham mengapa anda nak masuk Wikimedia, sedangkan Wikipedia bahasa Melayu masih memerlukan banyak kerja. Jika anda menumpukan masa anda terhadap satu portal, anda akan melihat pencapaian anda. Jika usaha anda berpecah-pecah, anda tidak akan mencapai apa-apa pada akhirnya. Sebagai contoh: Jika anda pegang kaca pembesar supaya sinar cahaya matahari terfokus pada kertas kering, anda boleh membakarnya. Tanpa kaca pembesar, bahan letupan pun tak boleh bakar.

Jika anda menanyakan saya, saya akan menasihatkan anda membiarkan Wikimedia dahulu. Tumpukan masa dalam satu ruang nama dahulu, iaitu ruang nama Wikipedia bahasa Melayu. Dulu, saya aktif di Wikipedia bahasa Inggeris, tetapi saya tidak menyumbang apa-apa lagi di sana. Semua masa saya ditumpukan ke Wikipedia bahasa Melayu sahaja. Walaupun demikian, terdapat banyak lagi kerja yang saya kena buat di sini. Kalau saya membahagikan masa saya, habuk pun tak nampak, hehehe.

Oh ya, saya telah membatalkan keahlian saya di Wikipedia bahasa Inggeris. Bagaimanapun, penyelia di sana mengatakan bahawa tiadanya kemudahan untuk membatalkan keahlian. Oleh itu, mereka membantu saya memadamkan laman pengguna saya. Permintaan untuk membatalkan keahlian saya di sana disebabkan terlalu banyak pesanan tentang gambar-gambar yang saya muat naik di sana pada suatu masa. Saya tidak memasukkan teg imej yang pada masa itu tidak diperlukan. Sewaktu saya menyertai portal itu, saya pernah membaca bahawa imej sekurang-kurangnya harus menyebut sumber. Oleh itu, saya tidak memasuki teg sebab saya memang keliru sewaktu itu tentang pelbagai teg yang amat mengelirukan. Jika anda masuk laman pengguna saya di sana, anda cuma akan melihat laman yang kosong. Saya terlupa, tapi sumbangan saya di sana pun amat banyak. Sekurang-kurangnya 80 rencana baru, serta melebihi 2,000 suntingan. Lagipun, saya membazirkan banyak masa dalam gambar-gambar. — PM Poon 14:15, 20 April 2006 (UTC)[balas]

Kaedah perlantikan penyelia

[sunting sumber]

Hai Emrrans, mungkin disebabkan dahulu, kita tidak mengikuti kaedah untuk perlantikan penyelia walaupun kaedahnya sedia ada, anda kini keliru, hehehe.

Sebenarnya, terdapatnya sistem yang tertentu untuk perlantikan penyelia. Sebagaimana yang saya tahu, seorang pengguna harus berada dalam portal ini sekurang-kurang tiga bulan, dan agak aktif. Che090572 memang aktif, ini tidak dapat dipertikaikan. Dia menyertai portal ini sejak 28 Januari, iaitu lagi seminggu, cukup-cukup tiga bulan. Saya berasa ini bukan masalah besar.

Yosri pernah mengatakan bahawa beliau cuma hendak sepuluh orang penyelia buat masa ini. Saya tidak pasti adakah beliau bermaksud bilangan sepuluh yang ditetapkan merupakan penyelia aktif, ataupun termasuk penyelia tidur. Bagaimanpun, mengikut keadah, anda boleh menyuruh Che090572 mengemukakan minatnya di halaman Wikipedia:Penyelia, dan kemudian, kita semua boleh memberikan sokongan. — PM Poon 02:36, 21 April 2006 (UTC)[balas]

Jawapan saya

[sunting sumber]

Hai Emrrans, tadi gi tidur kerana portal Dewan Bahasa down. Dewan Bahasa down, saya pun turut down juga, hehehe. Memang tak boleh buat tanpa Dewan Bahasa!

Wikipedia bahasa Minangkabau

[sunting sumber]

Nak memulakan portal baru, senang, nak memeliharakannya susah! Kalau tak percaya, sila lihat senarai nama portal yang menggunakan perisian Mediawiki. Kebanyakan portal itu yang menggunakan perisian yang sama dengan Wikipedia kini setengah mati, yang dah mati tidak lagi dalam senarai!

Bukan semua portal serupa dengan Wikipedia bahasa Melayu. Pencapaian Wikipedia bahasa Melayu bolehlah dikatakan amat memuaskan apabila dibandingkan dengan Wikipedia bahasa lain. Umpamanya, Wikipedia bahasa Indonesia. Nampaknya, mereka dua kali lagi berjaya pada kita. Mereka mempunyai 23,000 rencana, sedangkan kita cuma mempunyai 13,000. Tetapi bilangan penduduk Indonesia ialah 240 juta, sedangkan penduduk Malaysia cuma 25 juta. (Jangan silap bilangan penutur bahasa Melayu ialah 200–300 juta, kerana bahasa Melayu yang digunakan di portal ini ialah kelainan bahasa Melayu yang banyak keinggerisan, iaitu bahasa Malaysia, ataupun lebih tepat lagi, bahasa Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia, hehehe. Memang di luar Malaysia, banyak yang tidak faham.) Oleh itu, kita boleh dikatakan 5.4 kali lebih berjaya daripada portal bahasa Indonesia.

Janganlah ikut contoh Imran W.Smith. Saya cakap terus terang. Kalau portal ini tidak ada Yosri, dah lama dikebumikan. Sebagaimana yang saya mengatakan pada permulaan pesanan ini, "Nak memulakan portal baru, senang, nak memeliharakannya susah!" Serupa dengan manusia, nak melahirkan senang, nak menyarakan, susah. Siapakah yang menyarakan portal ini? Tanpa susu Yosri, portal ini dah lama mati. Tengok Yosri sekarang. Kan tinggalkan tulang, hehehe. Kalau anda tak percaya, tanyakan Yosri. Tanyakannya beberapa malam beliau tak tidur? Memang bukan senang nak menjadi pengasas.

Sebelum kita memulakan sesuatu, kita harus membuat "feasibility study" (hehehe, tanpa kamus Dewan, tak tau apa istilahnya! Kajian kebolehjayaan ke atau kajian kemungkinjayaan? hehehe). Bahasa Jawa cuma mempunyai 1,650 rencana walaupun mereka dikatakan mempunyai 80 - 100 juta. Beberapakah bilangan penutur Minangkabau?

Saya berasa sewaktu terdapatnya bahasa yang lebih diutamakan, penutur tidak akan menggunakan loghat sendiri. Walaupun bahasa Hindi merupakan bahasa rasmi India, dengan 480 juta asli, Wikipedia bahasa Hindi cuma mempunyai 1,300 rencana, iaitu 10% daripada bilangan rencana kita. Serupa juga dengan bahasa Tagalog yang merupakan bahasa rasmi Filipina. Walaupun bilangan penuturnya ialah 87 juta, bilangan rencana dalam Wikipedia bahasa Tagalog hanya 2,400, iaitu tak sampai 20% bilangan rencana kita, walaupun penuturnya melebihi 3 kali penutur bahasa Malaysia. Saya berasa penuturnya menyumbang kepada Wikipedia bahasa Inggeris. Oleh itu, saya berpendapat bahawa pembukaan portal Wikipedia bahasa Minangkabau (atau mana-mana satu loghat bahasa) cuma merupakan sebuah usaha yang membuang masa sahaja.

Lagipun, pembukaan Wikipedia bahasa lain bukan sesuka hati. Kena dapat kebenaran daripada Wikipedia induk. Terdapat kaedah yang tertentu. Sila lihat: Help:How to start a new Wikipedia.

Walaupun pencapaian Wikipedia bahasa Melayu adalah memuaskan, terdapat banyak kerja lagi yang kena dibuat. Pencapaian kita seolah-olah seorang yang mempunyai satu mata. Jika dibandingkan dengan si-buta, memang memuaskan, tetapi kalau dibandingkan dengan orang yang mempunyai dua mata, kita masih jauh di belakang. Kalau tak percaya, cuma membaca statistik ini:

  • Wikipedia bahasa Inggeris: 1,100,00
  • Wikipedia bahasa Jerman: 390,000
  • Wikipedia bahasa Perancis: 275,000
  • Wikipedia bahasa Melayu: 13,000
  • Wikipedia bahasa Jepun: 205,000
  • Wikipedia bahasa Belanda: 175,000
  • Wikipedia bahasa Sepanyol: 110,000.

Jadikanlah sasaran kita untuk mencapai 100,000 rencana. Saya tidak bermaksud 100,000 rencana stub. Saya bermaksud rencana lengkap. Kan banyak kerja lagi? Anda sudah banyak memulakan rencana bahasa. Tapi kebanyakannya tiada kandungan, selain daripada jadual, hehehe. Nak tak kita memulakan suatu projek usaha sama. Bagi setiap rencana bahasa yang anda menterjemahkan daripada rencana bahasa Inggerisnya atau diperoleh daripada sumber-sumber yang lain, saya menterjemahkan satu?

Perkara-perkara lain

[sunting sumber]

Akan disambung. — PM Poon 10:36, 21 April 2006 (UTC)[balas]

Penyelia

[sunting sumber]

Hai..emranns. Terima kasih sebab percayakan saya menjadi penyelia. Tapi kalau Yosri hanya inginkan 10 penyelia saya akan terus menunggu...!

che 12:01, 21 April 2006 (UTC)[balas]

Tentang Wikipedia bahasa Inggeris

[sunting sumber]

Hai Emrrans, asalkan anda masukkan teg hak cipta sewaktu anda muat naik gambar di Wikipedia bahasa Inggeris, anda tidak akan menghadapi apa-apa masalah. Jika orang menghapuskan gambar anda tanpa alasan untuk tiga kali, anda boleh buat sungutan, dan jika pengguna itu didapati salah, dia akan dipanggil ke Mahkamah Wikipedia ataupun terus disekat. Sebagai peraturan, seorang pengguna di sana tidak boleh menghapuskan ataupun memulihkan rencana yang sama melebihi dua kali dalam satu hari, jika saya tidak ingat salah.

Peraturan di Wikipedia Inggeris kekadang lebih ketat daripada garis panduannya kerana terdapatnya banyak orang pengguna dengan idea masing-masing. Ada yang memang salah, termasuknya penyelia-penyelia yang telah digelarkan "rogue admin" (penyelia jahat). Bagaimanapun, pentadbirannya amat terbuka, dan kalau "rogue admin" tidak melanggari sebarang peraturan yang serius, mereka tidak akan mengambil tindakan. Bagaimanapun, bagi pengguna-pengguna biasa, pengguna-pengguna dan penyelia-penyelia sebegitu itu memang merupakan "sakit pada leher" (pain in the neck, hehehe). Saya tidak bercadang balik ke sana. Kalau saya tidak di sini, saya mungkin akan menyertai EvoWiki yang mempunyai lesen bukan komersial. — PM Poon 16:48, 21 April 2006 (UTC)[balas]

Tentang sejarah teori letupan besar

[sunting sumber]

Hai Emrrans, nampaknya saya telah tutup halaman muat naik gambar sebelum proses itu siap. Oleh itu, gambar tidak berjaya.

Kini, saya dah hapuskan gambar itu. Geram sangat, hehehe. Kena buat semula. Gambar rajah itu makan sedikit masa kerana kena menterjemahkan dan kena menggunakan dua perisian. Jika saya cuma menggunakan Photoshop, teksnya tidak cantik. Bagaimanapun, Kamus Dewan dah down dua hari. Tanpa kamus itu, saya tidak boleh bikin kerana dah lupa istilah-istilah.

Saya baru-baru menulis pesanan kepada Polar dan mengatakan bahawa kamus Dewan Bahasa kini jarang down selepas saya memarahi mereka. Mungkin mereka terbaca dan nak balas dendam, hehehe. Memang Kamus Karyanet Dewan Bahasa tiada tandingan dalam talian. Saya berasa tiada lagi kamus yang dapat bersaing dengan mereka kerana kamus-kamus mereka amat menyeluruh, khususnya Dewan Bahasa Inggeris-Bahasa Melayu yang memberikan banyak tafsiran. — PM Poon 05:13, 22 April 2006 (UTC)[balas]

Hai Emrrans, gambar rajah dah muat naik! Nasib terjemahan sikit saje. Masih boleh ingat! Saya silap menggunakan mod CYMK untuk gambar rajah... lebih tepat, saya tidak perasan perisian saya menukarkan mod gambar daripada mod RGB kepada CYMK sewaktu saya muat naik gambar itu daripada Adobe Illustrator kepada Adobe Photoshop untuk menukarkan format daripada AI kepada JPG. Saya cuba dua kali tak berjaya. Memang hairan kerana saya biasa tidak menghadapi masalah! Kemudian, saya mengkaji masalah itu baru menemui mod salah! — PM Poon 06:12, 22 April 2006 (UTC)[balas]