Pergi ke kandungan

Perbincangan pengguna:Aiman abmajid/Arkib1

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Terima kasih kerana mencuba Wikipedia. Percubaan anda berjaya dan telah diundurkan atau dihapuskan. Sila gunakan kotak pasir untuk sebarang percubaan yang anda kehendaki. Selain itu, anda boleh melihat laman pengenalan untuk mempelajari lebih lanjut bagaimana anda boleh menyumbang di ensiklopedia ini.


Thank you for editing in Wikipedia. Your edit has been successful and has been reverted or deleted. Please use the sandbox for test edits. You can also read the introduction page to learn about how you can contribute to this encyclopedia.

Tentang templat pengguna Muslim

[sunting sumber]

Hai Aiman admajid, saya rasa amat berterima kasih kerana anda mencipta templat pengguna Muslim bagi orang Islam di Wikipedia Melayu ini. Selama ini, saya tidak kesampaian untuk meneruskan buat templat ini atas keselamatan orang Islam selepas peristiwa 11 September 2001. Walau bagaimanapun, status keselamatan orang Islam tidak tidak perlu lagi dirisaukan memandangkan ramai orang bukan Islam sekarang sudah lebih mempelajari, memahami dan menghormati agama Islam selepas peristiwa 11 September 2001. Yang terakhir, saya mengucapkan terima kasih banyak-banyak atas templat ini. — Emrrans 17:03, 15 April 2006 (UTC)[balas]

Satu lagi sebab mengapa saya tidak kesampaian untuk membuat templat pengguna Muslim ini adalah sebab saya takut kemungkinan manusia boleh berubah agama. Lebih-lebih lagi, jika dia letakkan templat ini untuk menunjukkan dia Islam di Wikipedia ini sedangkan pada sebaliknya dia tidak beragama Islam. — Emrrans 17:14, 15 April 2006 (UTC)[balas]

Saya minta maaf

[sunting sumber]

Hai Aiman abmajid, saya minta maaf banyak-banyak kerana saya tidak tahu bagaimana untuk jawi di sini kerana, sebab pertama saya memang orang Islam tetapi saya tidak pandai baca dan tulis jawi, sebab kedua pula anda perlu install unikod arab di komputer anda baru anda boleh tulis jawi. Saya rasa anda perlu pergi kepada orang yang pakar jawi dan yang pakar menulis unikod jawi di sini. Cuba tanya Master2841, Yosri, Aurora dan lain-lain pengguna yang mungkin pandai menulis jawi dalam Wikipedia Melayu. Minta maaf atas kesulitan ini. — Emrrans 06:51, 16 April 2006 (UTC)[balas]

توليسن جاوي - Tulisan Jawi

[sunting sumber]

Assalamualaikum. Maafkan saya kalau saya mengganggu atau menyibuk atau apa-apa sahaja. Saya dapati anda mula bergiat aktif dalam wikipedia bahasa melayu ini. Saya yakin anda boleh lakukan lebih jauh jika anda belajar sedikit sebanyak. Sebelum itu, salam ukhwah dan perkenalan dari saya.

Saya dapati anda berminat untuk menggunakan tulisan jawi. Saya pernah lakukannya tetapi dengan menggunakan aksara arab.

Kemudian, saya cuba untuk lakukan dalam Microsoft Word (seperti saya selalu guna) tetapi harus guna font yang Times New Roman. Anda mungkin boleh cuba tulis sedikit di Word dan guna "Insert" - "Symbol" - guna font Times New Roman dan cari karakter yang sesuai. (Ia sepatutnya sekurang-kurangnya mempunyai basic arab tetapi ada juga yang mempunyai extended arabic dan dari situ, anda boleh tulis jawi (ada yang terhad kepada huruf arab hija'iyah sahaja.) Jikalau anda sudah mahir di situ, cubalah di Wikipedia:kotak pasir untuk cuba-cuba. Ia tak sukar.

Mungkin anda boleh mencubanya. — Polar 11:42, 16 April 2006 (UTC)[balas]

Oh, saya terlupa. Tulis di ms word dahulu dan kemudian, cut & paste di sini.
Laman ini mungkin dapat membantu. ...Aurora... 07:23, 18 September 2006 (UTC)[balas]

Gambar The Powerpuff Girls masuk dalam templat

[sunting sumber]

Assalamualaikum! Tadi saya nampak ada gambar Totally Spies dekat templat saya. Nanti boleh tak cari gambar The Powerpuff Girls untuk masukan dalam templat saya? Aiman Ab Majid 21 April 2006

Cari punca berlakunya sakit jantung

[sunting sumber]

Assalamualaikum! Saya ada buat artikel tentang "Sakit Jantung" Nanti, boleh tak cari apa punca berlakunya sakit jantung? - Aiman abmajid - 2 Mei 2006

Sudah dibuat :) — Master2841 18:28, 7 Jun 2006 (UTC)[balas]

Siap — Master2841 17:48, 11 Jun 2006 (UTC)[balas]

Perbualan terkini...

[sunting sumber]

Assalamualaikum! Hai Aiman abmajid. Anda kini sudah menjadi pengguna aktif. Banyak sumbangan yang anda telah lakukan. Tahniah. Dan nampaknya anda sering membuat templat pengguna. Ada kemajuan... Walau bagaimanapun, saya rasakan anda perlu mengehadkan atau kurangkan dahulu pembuatannya buat masa ini kerana masih belum ramai pengguna yang tahu menggunakannya. Lagipun, tak bermakna kita tak letak templat tu, kita tak suka sesuatu. Mungkin anda boleh membaca perbincangan ini. Jika anda merasakan tidak sesuai, janganlah segan silu untuk berikan komen atau membalasnya. Walau bagaimanapun, usaha anda berkenaan templat itu memang menggalakkan dan patut diberi pujian. Cuma, apa kata anda belajar memasukkan gambar ke dalam templat. Sekurang-kurangnya, anda tahu dan boleh memasukkan terus tanpa menunggu Master2841. Manalah tahu, dia mungkin sibuk. Lagipun, anda akan dapat satu lagi ilmu. — Polar 11:46, 12 Jun 2006 (UTC)[balas]






Hai Aiman. Jika anda buka laman pengguna anda dan lihat bagi suntingannya, di bawah akan terdapat seperti ini:


Templates used on this page:


Anda boleh buka mana-mana pautan templat tersebut dan copy keseluruhan suntingannya tanpa mengubahnya dan pindahkannya ke Wikipedia:Kotak pasir untuk belajar apa yang terkandung di dalam templat tersebut dan anda boleh menyunting atau mengubahnya di sana. Contohnya saya lakukan bagi templat Siti Nurhaliza, anda akan lihat seperti yang berikut:


<div style="float: right; border:solid {{{1|#000}}} 1px; margin: 1px;"> {| cellspacing="0" style="width: 238px; background: {{{2|#eee}}};" | style="width: 45px; height: 45px; background: {{{1|#168}}}; text-align: center; font-size: {{{5|12}}}pt; color: #fff;" | '''[[Imej:Siti Nurhaliza.jpg|frames|40px]]''' | style="font-size: 8pt; padding: 4pt; line-height: 1.25em; color: #000;" | {{{4|Pengguna ini amat meminati penyanyi no 1 Malaysia '''[[Siti Nurhaliza]] '''.}}} |}</div>

yang menyebabkan jadi begini:

frames Pengguna ini amat meminati penyanyi no 1 Malaysia Siti Nurhaliza .




Untuk senang kerja, anda hanya perlu mengubah "style", "color", "imej" dan ulasannya. Contohnya, saya tukar daripada apa yang ada di atas. Sekarang saya tukar "style="float: right", right menjadi left. Ia akan membuatkan templat itu nanti akan berada di sebelah kiri.


Kalau yang ada "#" dan nombor serta huruf seolah-olah nombor pin, itu menunjukkan warna. Kalau anda hendak lihat contoh warna yang boleh, ada di laman ini. Kalau saya tukar, saya akan tukar yang ada # sahaja. Contohnya, saya ambil untuk "background" yang pertama dan saya tukar #eee bagi warna latar belakang (kotak besar) kepada #FF3 (kuning). Kemudian warna bagi "background" yang kedua dan tukar #168 kepada #4B0082 (indigo). Yang ini akan mengubah warna belakang imej.


Bagi imej, anda tukarlah kepada mana-mana nama imej yang sesuai dengan proses muatnaik atau cari mana-mana gambar yang telah ada di wiki ni. Kemudian, anda sesuaikan saiz gambar bersesuaian dengan kotak dengan menukar berapa "px"nya.


Kemudian yang berkaitan font tu pula ialah tulisan. Tu pasti anda sudah tahu. Yang ini, anda hanya perlu usik "Pengguna ini.....". Tukarlah penerangannya seperti "Pengguna ini suka makan KFC" atau "Pengguna ini ingin menjadi Perdana Menteri Malaysia".


Tapi secara mudahnya, anda hanya perlu tukarkan apa yang saya telah tukarkan seperti "style" (yang saya ubah tadi ialah floating, di mana kotak templat itu akan berada), "color" (sentiasa ada "#") dan gambar. Tukar gambar lain dan sesuaikan saiznya. Tak dilupakan juga penerangan bagi templat pengguna. Itu sahaja. Yang lain tak perlu tukar melainkan anda mahu tahu apa dia, anda tukar-tukarlah di laman pasir dan lihat perubahannya.


Ok, yang akan bertukar ialah warna, kedudukan, penerangan dan gambar, seperti yang saya terangkan. Kita cuba lihat perubahan yang telah dilakukan dan bandingkan dengan templat Siti di atas.:


<div style="float: left; border:solid {{{1|#000}}} 1px; margin: 1px;"> {| cellspacing="0" style="width: 238px; background: {{{2|#FF3}}};" | style="width: 45px; height: 45px; background: {{{1|#4B0082}}}; text-align: center; font-size: {{{5|12}}}pt; color: #fff;" | '''[[Imej:Akademi_fantasia.jpg|frames|50px]]''' | style="font-size: 8pt; padding: 4pt; line-height: 1.25em; color: #000;" | {{{4|Pengguna ini amat meminati '''[[Akademi Fantasia]]'''.}}} |}</div>


Ia akan menjadi begini:


frames Pengguna ini amat meminati Akademi Fantasia.




Itu sahaja! Anda ubahlah sikit-sikit dan tekan butang paparan untuk lihat perubahannya. Saya dahulu pun belajar begitu tanpa ada orang yang mengajar. Practice makes perfect. Tapi taklah perfect mana. Pastikan "{" dan "}" tidak terlebih dan terkurang serta jangan hilang "<div" dan "".

Apapun, jangan buat banyak sangat templat pengguna buat masa ni. Tunggu apabila lebih 100 pengguna sudah aktif, nanti baru kita boleh syorkan templat sebegini. Selamat mencuba! — Polar 17:34, 12 Jun 2006 (UTC)[balas]

Perbualan terkini

[sunting sumber]

Hai Aiman, minta maaf kerana masih tidak membuat templat geografi dan sejarah. Saya akan membuat kedua-dua templat itu sejurus saya mendapat imej yang sesuai untuk templat berkenaan. — Master2841 17:00, 23 Jun 2006 (UTC)[balas]

Hai Aiman, minta apabila anda mencipta rencana baru, kalau boleh biarlah panjang sedikit. Janganlah satu ayat sahaja. Terima kasih. ...Aurora... 00:53, 4 Julai 2006 (UTC)[balas]

Saya lihat ada benarnya kata Aurora itu apabila melihat suntingan anda, Aiman abmajd. Lagi satu, rencana seperti Super Doll★Licca-chan yang ada bintang tidak ensiklopedik. Saya akan padamkannya. Buatlah betul-betul tanpa bintang jika mahu ia terus wujud dan isikannya dengan sesuatu yang lebih dari sekadar satu ayat. — Alistair 阿力斯特伊儿 02:37, 5 Julai 2006 (UTC)[balas]

Templat sejarah dan geografi

[sunting sumber]

Hai Aiman, minta maaf kerana mengambil masa yang lama untuk membuat templat ini. Sekarang ia sudah disiapkan :) — Master2841 11:10, 5 Julai 2006 (UTC)[balas]

Master2841, Saya ucapkan terima basih banyak-banyak. Aiman Ab Majid 22:51, 5 Julai 2006 (UTC)[balas]

Hello. I have got one request for you. I need sentence "sugar in 350 languages" in Malay (I want to do a logo of my site). So, can you write me what`s called this sentence in Malay language? Thank you very much! Szoltys

For me "Sugar in 350 languages" in Malay is Gula dalam 350 bahasa is same like Bahasa Indonesia too. Aiman b Majid

Ada typo pada tahun lahir anda

[sunting sumber]

Hai Aiman, anda perlu baiki typo pada biodata anda yang baru saya lihat tadi. Anda lahir 2 jun 1985 bukan 2 jun 2006. — Soulslayer 15:21, 8 Ogos 2006 (UTC)[balas]

Saya sudah tulis dah tarikh lahir saya pada 2 jun 1985. Saya mohon maaf atas pembetulan itu tadi. Sebarang kesulitan amat dikesali. Terima kasih! Aiman Ab Majid

Sudah siap permintaan anda

[sunting sumber]

Sudah siap permintaan anda. — Emrrans 07:03, 10 Ogos 2006 (UTC)[balas]

Terima kasih! Peminat kartun Transformers 10 Ogos 2006

Undian usercheck

[sunting sumber]

Anda dijemput untuk memilih siapa yang layak menjadi usercheck. Sila sertai di Wikipedia:Kedai Kopi. - Didie 14:04, 21 Ogos 2006 (UTC)[balas]

Ya ke? Saya tak mahulah nak jadi usercheck. Aiman Ab Majid 22 Ogos 2006

Hai Aiman abmajid, saya amat gembira rencana ini ada kerana kampung nenek saya berasal di sana. Bolehkah anda kembangkan lagi rencana in? Tak mengapa jika tidak boleh. — Emrrans 12:36, 22 Ogos 2006 (UTC)[balas]

Saya nak tanya, Adik Emrrans lahir di mana? Aiman Ab Majid 22 Ogos 2006
Kuala Lumpur, kenapa? — Emrrans 12:43, 22 Ogos 2006 (UTC)[balas]
Macam mana awak tahu kampung nenek awak duduk kat Kampung Melayu Majidee? Aiman Ab Majid 22 Ogos 2006
Ala, masa nenek saya masih hidup lagi saya selalu pergi rumah dia setiap kali berlangsung Hari Raya Aidilfitri. Dahulu, rumah nenek saya atuk saya yang buat dengan titik peluh duitnya sendiri. Dulu juga, keluarga nenek saya berada di Negeri Sembilan, tapi sebab serangan Jepun pada 1940an, keluarga nenek saya kemudiannya berpindah ke Johor Bahru bagi mendapat perlindungan dan kehidupan yang lebih selamat di sana. Mula-mula semasa saya masih kecil, atuk saya meninggal dunia. Sekarang saya tak pergi ke rumah nenek saya lagi nenek saya pula sudah meninggal dunia. — Emrrans 14:27, 22 Ogos 2006 (UTC)[balas]

Rencana ringkas

[sunting sumber]

Hai Aiman! Kalau boleh sekiranya rencana yang dicipta anda ringkas, anda letak templat {{stub}} ke dalam rencana itu. — Master2841 17:05, 24 Ogos 2006 (UTC)[balas]


Hai Aiman, tolong elakkan rencana yang terlalu ringkas atau kurang dari tiga ayat (minimum untuk stub). Jika tidak, rencana anda tidak bermakna dan boleh dipadam. — Polar 03:54, 27 Ogos 2006 (UTC)[balas]


Hai Aiman! sebelum anda berbuat sesuatu biografi..cuba gunakan carian dahulu..contoh Abdul Ghani Othman ..saya akan padamkan stub anda sekarang..che 05:51, 28 Ogos 2006 (UTC)[balas]


Harap anda meletakkan lebih banyak maklumat dalam rencana anda. Oh, jangan juga lupa meletakkan templat {{stub}} jika rencana anda ringkas. — Master2841 17:22, 7 September 2006 (UTC)[balas]


Hai, Aiman. Anda diberi amaran buat kali kedua untuk mengelakkan rencana yang terlalu ringkas kerana jika terlalu ringkas, ia tidak dikira rencana walaupun rencana stub. Jika anda mengulanginya, tidak hairan anda akan disekat seperti mana akaun anda di wikipedia inggeris. Harap maklum. — Polar 17:30, 7 September 2006 (UTC)[balas]

Aduh..... saya rasa tertekan dan tension apabila membaca amaran kali kedua. Saya rasa susah hati apabila laman pengguna saya dalam wikipedia Bahasa Melayu kena sekat, saya pun tak dapat buat sunting artikel dan rencana macam laman pengguna saya di wikipedia Bahasa Inggeris bulan lepas kerana kena sekat. --Aiman Ab Majid 10:50, 8 September 2006 (UTC)[balas]

Hai, Aiman. Anda masih belum disekat. Jadi jangan tension. Apa yang anda perlu, mulai hari ini, jangan mulakan suatu rencana dengan perenggan yang terlalu pendek. Buatlah atau mulakanlah rencana dengan tiga hingga lima ayat sekurang-kurangnya dan jangan lupa untuk meletakkan {{stub}}. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih. :) — Polar 06:42, 8 September 2006 (UTC)[balas]

No kod lebuhraya

[sunting sumber]

Hai aiman!!sebenarnya kalau tak silap no.nya adalah 1 kalau di pontian 5....che 04:37, 9 September 2006 (UTC)[balas]

High School Musical

[sunting sumber]

Hai Aiman, nampaknya rencana ini telah diterjemah oleh saudara Polar. — Master2841 07:05, 17 September 2006 (UTC)[balas]

Saya tolong buatkan untuk anda kerana saya juga meminati cerita tersebut. :) — Polar 06:32, 18 September 2006 (UTC)[balas]

ديوان بهاس دان ڤوستاك

[sunting sumber]
هاي أيمان، ساي برستوجو دڠن اندا بهاوا راماي مشاركت ملايو اسلام كيني تيدق ماهير ممباچ ماله منوليس جاوي. موجورله كيني، سكوله ممڤركنلكن سوكتن جاوي كڤد ڤلاجر. جادي، ساي تله توليسكن دي بي ڤي اونتوق اندا .سلام ـ

— 06:32, 18 September 2006 (UTC) — Polar

Terjemahan dalam Tulisan Rumi

[sunting sumber]

Hai Aiman, saya bersetuju dengan anda bahawa ramai masyarakat Melayu Islam kini tidak mahir membaca malah menulis jawi. Mujurlah kini, sekolah memperkenalkan sukatan jawi kepada pelajar. Jadi saya telah tuliskan DBP (Dewan Bahasa dan Pustaka) untuk anda. Salam

Amaran ketiga

[sunting sumber]

Hai Aiman, anda diberi amaran ketiga kerana anda mengulangi kesilapan anda walaupun telah diberi amaran berulang kali iaitu memulakan rencana kurang dari tiga ayat! dan membiarkannya. Sekiranya anda membuat lagi dan tidak mengembangkan rencana tersebut dalam masa sehari, rencana tersebut akan dipadam dan akaun anda akan dipertimbangkan untuk digantung. Tolong jangan menyusahkan pengguna lain dengan rencana yang ayatnya hanya sebaris dua. — Polar 11:42, 19 September 2006 (UTC)[balas]

ADUH.... TENSIONNYA SAYA!!! Polar, saya rasa macam nak pengsan dan takut pulak! (LOL) Saya ni murid istimewa dan bermasalah pembelajaran dari kelas pendidikan khas sekolah dulu. Tolonglah, macam mana nak elak amaran ini berulang dan buatlah petua untuk menghilangkan stress saya ketika menyunting. -- Aiman Ab Majid 20:46 19 September 2006
Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan tidak mencipta rencana melainkan anda dapat menulis 3 ayat. Jangan lupa teg {{stub}}. ...Aurora... 13:34, 19 September 2006 (UTC)[balas]
Terima kasih dengan petua yang awak berikan tadi. Saya kena berhati-hati. -- Aiman Ab Majid 20:46 19 September 2006

Tak payah stres ini cuma boleh dianggapkan hobi pada masa lapang. Bertenang sahaja. — Master2841 17:04, 19 September 2006 (UTC)[balas]


Hai Aiman, kan saya dah kata dulu, jangan stres atau tertekan. Sumbangan di sini adalah sumbangan sukarela. Kita berikan maklumat kepada orang lain, haruslah yang terbaik supaya orang lain turut mengetahui bersama dengan lebih lanjut dan bukan sekadar tahu apa yang ada di permukaan sahaja. Tentang awak seorang murid istimewa, tidak bermakna anda tidak boleh mengarang sekurang-kurangnya tiga ayat, bukan? Saya ada kawan baik yang merupakan guru pendidikan istimewa/pendidikan khas. Saya banyak belajar daripada dia dan saya nampak anda lebih berkemampuan dalam membuat rencana kerana laman pengguna anda sendiri begitu panjang.

Baiklah, kali ni saya bagi sedikit petua untuk buat sekurang-kurangnya tiga ayat. Mula-mula, cari sekurang-kurangnya tiga isi penting (cth: nama, asal - tarikh/pencipta/tempat asal, di mana sering dijumpai/ditonton/didapati, kenapa ia penting/menarik dan kenapa dikenali ramai). Selepas itu, anda hanya perlu buat ayat yang mengandungi setiap isi yang anda ada. Kalau boleh, anda terangkan sedikit dan percayalah, jika anda mampu membuat ayat dengan baik, 3 isi pun boleh dijadikan seperenggan panjang. Kalau tak tahu panjang atau pendek, ada tiga noktah (titik) atau lebih dalam perenggan pun tak mengapa. Ia sudah sempurna sebagai stub.

Apa anda perlu buat ialah berlatih dan biasakan diri. Saya yakin, kalau anda minat sesuatu, pasti anda tahu lebih tentangnya. Awak tulis sahajalah semua yang anda tahu mengenainya. Jika risau salah, anda boleh minta kami perbetulkan. Tetapi, jika anda sering membuat rencana pendek, ia akan menyusahkan orang untuk mencari maklumat tentangnya dan akan kecewa kerana isi terlalu pendek. Lebih baik tiada daripada ada. Apa-apapun, jangan risau lagi, ya! Selamat berjaya. Salam. :) — Polar 13:00, 20 September 2006 (UTC)[balas]

Disney Channel

[sunting sumber]

Baiklah. Saya akan cuba gabungkan keduanya. Selamat Berpuasa juga. :) — Polar 12:30, 4 Oktober 2006 (UTC)[balas]

Terima kasih dan selamat bersahur. -- Peminat Disney Channel 4 Oktober 2006 20:57 (UTC)

Pingat Barnstar, tahniah!

[sunting sumber]

Waalaikumsalam... Tahniah Aiman kerana mendapat pingat barnstar di wikipedia Inggeris. Usaha anda membuahkan hasil juga, bukan? Jika anda kekalkan usaha anda dan tingkatkan lagi, tidak mustahil anda akan menerima lebih banyak lagi perhargaan daripada pengguna lain dan penyelia dari wikipedia Melayu pula. Yang penting, biar niat kita menyumbang dengan ikhlas dan jangan selalu meninggalkan rencana stub ya.

Erm, laman perbualan anda terlalu panjang. Baik anda arkibkan. Selamat mencari malam lailatul qadar! :) — Polar 12:46, 9 Oktober 2006 (UTC)[balas]