Pergi ke kandungan

Perbincangan:Laman Utama/Arkib6

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Arkib Ini ialah arkib untuk perbincangan terdahulu. Jangan sunting laman ini.
Jika anda hendak membangkitkan semula topik yang lama, anda boleh mengemukakannya dalam laman perbualan yang aktif.


Saya rasa kita patut mula menggunakan CSS3 pada laman utama. Saya rasa belum ada Wiki dalam bahasa lain yang sudah mula menggunakan CSS3 dalam laman utama mereka dan kita boleh jadi yang pertama. Antara ciri CSS3 yang boleh kita gunakan ialah gradient, border-shadow dan border-radius, kerana ketiga-tiga ini boleh digunakan oleh hampir semua pelayar. Ciri box-shadow boleh digunakan pada kalender di laman utama seperti ini:

Anda perlukan Google Chrome, Firefox 3.6++, atau IE9 untuk lihat hasilnya
Apa pendapat kalian? --Kurnia [ bual ] 03:30, 1 Januari 2011 (UTC)[balas]

Saya setuju selagi ciri-ciri CSS3 itu masih cantik kekal relevan serta yang paling penting tidak mengubah mana-mana penyataan utama dalam setiap laman di Wikipedia.--Smim90 (bincang) 03:58, 1 Januari 2011 (UTC)[balas]
Saya kurang setuju. IE8 tidak menyokong CSS3 dan IE9 belum keluar lagi. ...Aurora... (b) 10:19, 1 Januari 2011 (UTC)[balas]
Tidak setuju. Ciri-ciri ini tidak di sokong oleh semua pelayar dan mungkin menimbulkan masalah bagi mereka dengan pelayar lama. Juga masalah dengan pelayar mobil / telefon pintar yang tidak menyokong ciri-ciri terbaru. Yosri (bincang) 00:45, 2 Januari 2011 (UTC)[balas]

Agak sedikit suara, tapi nampaknya harus disimpan dulu niat saya. --Kurnia [ bual ] 05:15, 6 Januari 2011 (UTC)[balas]

Nampaknya Wikipedia Bahasa Itali macam sudah mula gunakan CSS3. Kita terlambat.
Saya hanya akan mengatakan setuju, sekiranya keputusan yang di ambil adalah muktamad dan dipersetujui oleh setiap pengguna yang budiman.--Hanply (bincang)

09:45, 23 April 2012 (UTC)

Buang pesanan di bahagian bawah

[sunting sumber]

Sila ambil perhatian bahawa semua sumbangan kepada Wikipedia adalah dianggap diterbitkan di bawah Lesen Dokumentasi Bebas GNU (GFDL). Jika anda tidak mahu tulisan anda disunting dan/atau disebarkan ke laman web bebas yang lain, jangan hantarnya ke sini. Anda juga perlu akui bahawa ini ialah hasil tulisan anda sendiri, atau anda menyalinnya daripada domain awam atau mana-mana sumber bebas yang sama. PENGGUNAAN BAHAN HAK CIPTA TERPELIHARA TANPA KEBENARAN ADALAH DILARANG

Pesanan ini semacam tidak sesuai diletakkan pada Laman Utama. Pada pengaki halaman sudah ada 'Terma-terma Penggunaan', perlukah lagi ini? Saya cadangkan ia dibuang. --Kurnia [ bual ] 05:15, 6 Januari 2011 (UTC)[balas]

Saya tidak membangkang. ...Aurora... (b) 08:43, 6 Januari 2011 (UTC)[balas]
Sudah empat hari, dan tiada sebarang bantahan. Jadi, saya buang pesanan ini dan diharap rakan-rakan lain dapat membantu menterjemahkan Terma-terma penggunaan di meta:Translation_requests/WMF/Terms_of_Use/ms. --Kurnia [ bual ] 16:24, 9 Januari 2011 (UTC)[balas]

Pertanyaan

[sunting sumber]

saya nak tanya di sini, adakah wikipedia bahasa melayu ini merangkumi negara lain yang menggunakan bahasa Melayu seperti Brunei dan Singapura kerana wikipedia bahasa Melayu ini seperti lebih berat kepada bahasa Melayu Malaysia sahaja. 202.75.62.14

Ya, Wikipedia ini bukan khusus untuk Malaysia sahaja. Bahasa Melayu yang digunakan di sini mengikuti piawaian Dewan Bahasa dan Pustaka. Jika ada perbezaan dengan istilah di Brunei atahu Singapura, itu kerana pengguna di sini kebanyakannya datang dari Malaysia dan kurang dari dua negara itu. Maka, gaya penulisan lebih mengikut bahasa Melayu di Malaysia. --Kurnia [ bual ] 05:14, 14 Januari 2011 (UTC)[balas]
Tetapi bahasa Melayu bukan milik Malaysia sahaja, sewajarnya wikipedia bahasa Melayu bersifat global.. 175.144.78.132
Itu adalah benar, tetapi DBP digunakan kerana ia adalah badan rasmi di negara yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Indonesia menggunakan bahasa Indonesia, Singapura turut menggunakan BI sebagai bahasa rasmi. Penduduk bertutur bahasa Melayu lebih ramai di Malaysia berbanding di Brunei. Tetapi itu bukan bererti loghat lain tidak diterima, boleh diletakkan dalam rencana sebagai salah satu panggilan tempatan. Tetapi pastikan kawasan mana ia digunakan turut dimasukkan bagi memudahkan pengesahan. Yosri (bincang) 09:34, 23 September 2011 (UTC)[balas]

Perubahan dan cadangan perubahan

[sunting sumber]

Saya telah melakukan perubahan kosmetik pada laman utama supaya semuanya nampak seragam dan saya dapati penyunting lama cuba untuk mengaplikasikan "border-radius" pada tiga kotak terbawah tapi tidak berfungsi untuk Firefox saya dan Google Chrome. Saya tidak perbaikinya kerana nanti akan nampak janggal kerana kotak-kotak lain tidak punya bucu melengkung. Sambil itu, saya ingin cadangkan yang Tahukah anda? ditukar kepada Tahukah anda... kerana yang sebelum tadi adalah ayat tergantung dan diikuti (pada bahagian bawahnya) "...bahawa...?" sebagai pelengkap. Saya juga ingin cadangkan Peristiwa hari ini ditukar kepada Hari ini dalam sejarah. Apa pendapat kalian? --Kurnia [ bual ] 06:24, 14 Januari 2011 (UTC)[balas]

Tiada komen mengenai "border-radius". Mengenai "Tahukah anda?" dan "Peristiwa hari ini", boleh juga. ...Aurora... (b) 07:43, 14 Januari 2011 (UTC)[balas]

Saya ingin cadangkan lebih banyak perubahan yakni:

  • kotak tentang bahasa Melayu dibuang dan digantikan dengan pautan dibawah banner puncak
  • kesemua ikon pada pengepala kotak dibuang dan pengepala tersebut dilengkungkan bucunya
  • terjemahan dalam kotak bahasa lain disembunyikan dan boleh ditunjukkan semula dengan butang togol (perlu javascript, agak susah untuk kulit vektor).

Saya telah sediakan mockup untuk idea saya, anda boleh lihatnya pautan ini. --Kurnia [ bual ] 18:18, 14 Januari 2011 (UTC)[balas]

Wow, sangat kemas dari pandangan saya. Tampilan nampak lebih moden. Setuju dengan perubahan penggunaan buzzword dan CSS3, cuma jika saudara mampu, saudara mungkin boleh letak skrip tambahan yang compliant dengan pelayar-pelayar internet yang tak maju misalnya IE 6/7. Setakat ni saya rasa OK dengan idea bernas saudara. Teruskan! عبد الله Pesanan? 18:59, 14 Januari 2011 (UTC)[balas]
Terima kasih kerana menyokong. Masih kurang yang memberi maklum balas, saya agak ragu-ragu untuk membuat perubahan. --Kurnia [ bual ] 18:48, 16 Januari 2011 (UTC)[balas]
Tentang perubahan 1 (kotak "Mengenai Bahasa Melayu") saya pun pernah terfikir mengenainya, jadi saya setuju. Mengenai perubahan 2, saya suka ada gambar2 tersebut, tapi saya tak kisah kalau rasa ada gambar lain yg lebih sesuai. Tentang bucu pengepala terpulanglah. Perubahan 3 pula saya kurang setuju. Tak perlulah sembunyikan apa2 di Laman Utama. ...Aurora... (b) 02:37, 17 Januari 2011 (UTC)[balas]

Saudara/i Aurora, saya tidak akan menukarkan ikon-ikon kecil tersebut, sebaliknya, saya akan buangkannya. Ini dapat mempercepatkan lagi pemuatan laman utama untuk mereka yang mempunyai kelajuan Internet yang lembab. Tentang penyembunyian tersebut, ia tidak menyembunyikan kotak tersebut, tapi menyembunyikan terjemahannya, contohnyanya "English (Bahasa Inggeris)"; "(Bahasa Inggeris)" akan disembunyikan. Namun, ini cuma cadangan, kerana melaksanakannya mungkin bukan sesuatu yang mudah. Kalau tiada sebarang bantahan, saya akan melaksanakan perubahan cadangan saya menjelang 20 Januari. Wikipedia:Hari ulang tahun pilihan/20 Januari telah saya sunting supaya biru sepenuhnya, tinggal lagi beberapa pautan pada laman utama yang masih merah. Menjelang 20 Januari ini, diharap Laman Utama akan biru sepenuhnya dengan rupa baharu. Segala kecacatan akan saya cuba perbetulkan selepas perubahan. --Kurnia [ bual ] 11:12, 18 Januari 2011 (UTC)[balas]

Saya rasakan ikon2 itu sesuatu yg menarik, dan saya tak rasa ia merupakan masalah bagi mereka dengan Internet berkelajuan lembab (kadang2 saya juga begitu). Gambar lain jauh lebih besar. Tentang penyembunyian tersebut, barulah saya faham, kalau begitu saya tidak kisah. Cuma, jangan kodnya berjela-jela hingga memberi kesan kepada mereka yang Internetnya perlahan. Berkenaan "Hari ulang tahun pilihan/20 Januari" pula, seelok-eloknya janganlah ada dua perkara sama (angkat sumpah Presiden A.S.). ...Aurora... (b) 02:11, 19 Januari 2011 (UTC)[balas]

Syabas, Laman Utama biru sepenuhnya dengan rupa baharu semalam, tapi sayang cuma bertahan sehari. Ayuh, sesiapa yg ingin mencipta rencana tetapi tidak tahu rencana apa, marilah birukan Laman Utama. (Dahulu Zamwan rajin buat ini.) ...Aurora... (b) 02:58, 21 Januari 2011 (UTC)[balas]

Saya sempat menangkap layar Laman Utama semalam, boleh digunakan di rencana Sejarah Wikipedia Bahasa Melayu. :) --Kurnia [ bual ] 04:11, 21 Januari 2011 (UTC)[balas]
Kedutaan dan Mengenai bahasa Melayu

Saya rasa, kedua-dua ini dibuat sahaja dalam bahasa Inggeris dan dicondongkan (spt. Embassy · About Malay). Ini kerana, kedua-duanya dicipta khas untuk bukan penutur asli bahasa Melayu. –Kurnia [ bual ] 07:25, 21 Januari 2011 (UTC)[balas]

Saudara Kurniasan, saya sudah pun mengemaskini rencana Wikipedia Bahasa Melayu dengan menambah tangkapan Laman Utama oleh saudara. Oh ya, memandangkan kita sudah pun melepasi angka 100,000 rencana, apa kata kalau kita sunting sikit logo WBM kita untuk meraikannya? Mungkin bunyinya agak terlambat sikit, tapi ia satu penanda aras penting buat kita. - Hezery99 (bincang) 08:19, 21 Januari 2011 (UTC)[balas]

Terima kasih atas tindakan anda. Tentang:
  • logo, saya tidak pasti bagaimana cara untuk menukarkannya. Penyelia yang lain kalau tahu silalah buat, tapi pada saya, ia memang sudah basi.
  • cadangan ubah pautan kedutaan dan pautan tentang bahasa Melayu, saya sudah ubahnya ke bahasa Inggeris. Ini dapat menjimatkan ruang dan membolehkan Laman Utama dipaparkan dalam lebar sehingga 770px tanpa rupanya terjejas teruk.
  • cadangan ke-3 saya semasa 14 Januari, menyembunyikan terjemahan bahasa-bahasa yang disenaraikan dlm. kotak {{tl:Wikipediabahasa}}, saya telah berjaya melaksanakannya. ;) Ia berfungsi untuk pelayar web saya, Google Chrome, Mozilla Firefox dan Epiphany. --Kurnia [ bual ] 16:06, 23 Januari 2011 (UTC)[balas]
Saya juga rasa logo itu dah basi. Tentang yg lagi dua, saya tiada masalah dengannya. ...Aurora... (b) 03:10, 24 Januari 2011 (UTC)[balas]

Cadangan meletakkan tulisan Wikipedia bahasa Melayu dalam versi tulisan Jawi di laman utama

[sunting sumber]

Assalamualaikum dan Salam Wikipedia, saya ingin mencadangkan agar di sudut tengah paling atas Laman Utama Wiki ini diletakkan tulisan Wikipedia bahasa Melayu dalam versi tulisan jawi. Ini kerana saya beranggapan sudah tiba masanya untuk kita mengorak langkah sedikit dalam mengembalikan maruah tulisan jawi yang makin hari makin dilupakan khususnya dikalangan para penutur dan pengamal bahasa Melayu itu sendiri.

Cadangan ini dibuat juga sebagai suatu legasi kesinambungan untuk mengangkat kembali martabat tulisan jawi. Saya melihat dalam surat-surat rasmi kerajaan di negara-negara yang diperintah oleh kerajaan Melayu turut menggunakan pendekatan seperti ini, misalnya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan PBT lain di Malaysia masih meletakkan tulisan jawi diatas (kepala surat) (letter head) rasmi mereka, begitu juga negara pemerintah negara Brunei Darussalam dan pemerintah Aceh.

Cadangan tulisan jawi yang mungkin dapat ditonjolkan kelak adalah seperti: ويكيبيديا بهاس ملايو Tulisan jawi tersebut mungkin boleh disenikan dengan saiz dan seni khas yang lebih baik bergantung kepada usul, citarasa dan kesesuaian pelayar yang digunakan dalam wiki ini. Sekian, terima kasih.--Smim90 (bincang) 11:08, 22 Januari 2011 (UTC)[balas]

Saya sudah menambah Wikipedia bahasa Melayu pada laman utama paling atas, penambahan ini adalah bagi tujuan pemberitahuan dan cadangan grafik tentang hasil perubahan teks jawi yang saya buat. Jika perlu dibuang atau dibicangkan lebih lanjut bolehlah di buat di laman kedai kopi atau di laman perbincangan laman utama. sekian terima kasih--Smim90 (bincang) 05:48, 23 Januari 2011 (UTC)[balas]

Saya setuju dengan teks jawi, tetapi kalau boleh huruf arab Ba ditukar dengan huruf jawi Pa. Barulah bunyinya jawi, bukan Arab. --Jufert (bincang) 06:30, 23 Januari 2011 (UTC)[balas]

Ya, baru nampak lebih menarik muka hadapan WBM. --Jufert (bincang) 09:45, 23 Januari 2011 (UTC)[balas]

Terima kasih diatas saranan anda, semoga usaha kita diberkahi Allah dan dapat terus mengembangkan khazanah ilmu di Wiki ini--Smim90 (bincang) 09:52, 23 Januari 2011 (UTC)[balas]

Sama-sama. Insya-Allah. :D --Jufert (bincang) 09:55, 23 Januari 2011 (UTC)[balas]

Saya teringin nak lihat bagaimana hendak menulis Wikipedia bahasa Melayu dalam bentuk tulisan asal orang Melayu iaitu tulisan Rencong. Zamwan (bincang) 12:10, 23 Januari 2011 (UTC)[balas]
Boleh cuba kalau nak. Tapi saya rasa memang susah sebab ada banyak fonem dalam Bahasa Melayu moden yang tak dapat diwakili oleh huruf Rencong. - Hezery99 (bincang) 13:14, 23 Januari 2011 (UTC)[balas]

Cantik karya header tu. Saya suka. Saya ada cadangan sikit, mungkin bukan semua pengunjung guna paparan lebar (widescreen 16:9), kan ada juga paparan biasa macam monitor lama (4:3). Mungkin kena letak skrip supaya dapat cam apa resolusi skrin pengguna dan automatik diseleraskan supaya tak overlap dengan logo wiki di sebelah tepi. عبد الله Pesanan? 12:37, 23 Januari 2011 (UTC)[balas]

Saya ada cuba pada komputer di kampung halaman saya. Monitor LCD jenis LG 17", nisbah aspek 4:3. Nampaknya tak overlap bila maximize, tapi bila restore tu yang bertindih dengan logo wiki. - Hezery99 (bincang) 13:08, 23 Januari 2011 (UTC)[balas]
Saya agak tidak bersetuju dengan banner tersebut kerana rupanya cacat pada paparan skrin saya. Semua orang mahu kekalkankah banner ini? --Kurnia [ bual ] 02:25, 24 Januari 2011 (UTC)[balas]

Maaf kepada semua, saya terpaksa buang grafik ini serta merta. Niatnya baik, tapi pelaksanaannya tidak:

  1. Baru sahaja di perbincangan sebelum ini Kurnia timbulkan isu "kelajuan Internet yang lembab", hari ini saya lihat ada fail sebesar 6.2 MB di LU. Lebih besar drpd gambar pilihan!
  2. Hezery99 (dan Kurnia) juga telah timbulkan isu kecacatan rupanya, bertindih dengan palang kiri. Di skrin saya juga begitu.

Di masa hadapan, saya sarankan anda berikan masa beberapa hari untuk orang komen, bukan beberapa jam sahaja. ...Aurora... (b) 03:00, 24 Januari 2011 (UTC)[balas]

Dear friends, may I ask you to add a hyperlink to our Tatar Wikipedia (http://tt.wikipedia.org) to yourr Front page. Tatars - are turkic nation living in Tatarstan Republic, second biggest nation in Russian Federation. hope to hear from you soon. sincerely yours, Muhtac (bincang) 17:12, 20 Mac 2011 (UTC)[balas]

Sorry, the links are reserved for Wikipedias with more than 25,000 articles. I see Tatar Wikipedia currently has only around 9,000 articles. ...Aurora... (b) 02:22, 21 Mac 2011 (UTC)[balas]
no problem, see you when our wiki grows ;-) Muhtac (bincang) 08:14, 21 Mac 2011 (UTC)[balas]

Photo requests

[sunting sumber]

Is anyone in the Kuala Lumpur area willing to do photo requests at Shah Abdul Aziz Airport and/or Kuala Lumpur International Airport? I have some requests for buildings at those two airports WhisperToMe (bincang) 01:08, 23 Mei 2011 (UTC)[balas]

For future requests, please see Wikipedia:Permohonan gambar. ...Aurora... (b) 02:20, 23 Mei 2011 (UTC)[balas]
[sunting sumber]

In the languages section (Wikipedia dalam bahasa lain), there is a wrong link for the Hindi language to the main webpage (the link points to the Greek language). Is it possible to put the right link : http://hi.wikipedia.org/wiki/%E0%A4%AE%E0%A5%81%E0%A4%96%E0%A4%AA%E0%A5%83%E0%A4%B7%E0%A5%8D%E0%A4%A0 --Jeromemoreno (bincang) 17:49, 29 Mei 2011 (UTC)[balas]

Fixed, thanks. ...Aurora... (b) 02:11, 31 Mei 2011 (UTC)[balas]

Muka depan Ahad 24 Julai 2011 typo

[sunting sumber]

dengan bukan dengam, kat Berita terkini – komentar tanpa tandatangan ini diberikan oleh oleh West2East (bs).

Telah diperbaiki, terima kasih. ...Aurora... (b) 05:05, 24 Julai 2011 (UTC)[balas]

makluman

[sunting sumber]

Saya telah menambahkan Templat:Ramadan baharu ke laman utama Wikipedia, sila lihat. Sekian terima kasih--Smim90 (bincang) 05:19, 27 Julai 2011 (UTC)[balas]

Masya Allah. Bagus! Teruskan :) — عبد الله (Pesanan?) 12:32, 27 Julai 2011 (UTC)[balas]

Saya telah menambahkan Templat:Aidilfitri baharu ke laman utama Wikipedia, sila lihat. Ianya sah untuk paparan dlm tempoh 7 hari dari tarikh mula dipaparkan. Sekian terima kasih--Smim90 (bincang) 18:00, 29 Ogos 2011 (UTC)[balas]

Ada sedikit kekaburan apabila dilihat menggunakan pelayar Android. Mungkin font tidak serasi. Bagaimanapun, selamat menyambut hari raya Aidil Fitri kepada semua penyumbang Wikipedia. Yosri (bincang)
Sama-sama, maaf zahir dan batin, salah silap harap dimaafkan dunia hingga akhirat. Mungkin sama-sama penyelia boleh membantu menambah baik font jawi templat Aidilfitri tersebut.--Smim90 (bincang) 01:59, 30 Ogos 2011 (UTC)[balas]
Saling memaafkan adalah amalan yang murni di dalam kehidupan kita sekalian..Oleh itu,bersama-samalah kita menjayakan dan memajukan laman Wikipedia Bahasa Melayuini untuk kegunaan rakyat Malaysia tidak mengira agama,bangsa dan budaya.--Hanply (bincang)

Cadangan perletakaan templat bulan bahasa kebangsaan

[sunting sumber]

Sukacita merujuk kepada perkara diatas, saya telah membuat templat baharu berkaitan penyemarakkan bulan bahasa kebangsaan di Wikipedia bahasa Melayu, draf siap telah dibangunkan, seperti berikut, sila lihat di :Templat:Bulan bahasa kebangsaan. Dijangka saya akan melakukan uji kaji perletakan templat di laman utama dalam tempoh beberapa minit. Harap maklum, sila berikan komen atau cadangan penambah baikkan jika perlu. Terima kasih--Smim90 (bincang) 12:47, 5 Oktober 2011 (UTC)[balas]

Bagi saya huruf besar tu nampak macam menjerit saja. Hehe. Boleh guna huruf kecil? Nak nampak bersemangat mungkin boleh guna tanda seru (!). Rasanya tiada masalah dengan ayat yang diguna, cuma kena letak tanda baca yang betul. — عبد الله (Pesanan?) 13:24, 5 Oktober 2011 (UTC)[balas]
Terima kasih,saya akan cuba perbaiki--Smim90 (bincang) 13:25, 5 Oktober 2011 (UTC)[balas]

Saya telah pindahkan templat anda ke MediaWiki:Sitenotice supaya pengguna boleh singkirkannya selepas maklum mengenainya. --Kurnia [ bual ] 16:20, 5 Oktober 2011 (UTC)[balas]

Terima kasih, semoga usaha kita bersama dikira oleh-Nya sebagai amalan yang MULIA, InsyaAllah.--Smim90 (bincang) 16:25, 5 Oktober 2011 (UTC)[balas]

Bulan bahasa kebangsaan? Adakah anda ingin meminggirkan bukan warganegara Malaysia? ...Aurora... (b) 02:24, 10 Oktober 2011 (UTC)[balas]

Kurangkan jumlah interwiki pada laman utama

[sunting sumber]

Sekarang ini ada 55 pautan interwiki pada laman utama. Saya cadangkan kita kurangkan jumlahnya kepada 50 wiki dengan jumlah rencana terbanyak. --Kurnia [ bual ] 19:09, 12 Oktober 2011 (UTC)[balas]

Rasanya bilangan pautan ke laman utama bertukar-tukar kerana berita terkini dan hari ini dalam sejarah berubah kandungannya. Yosri (bincang) 04:30, 13 Oktober 2011 (UTC)[balas]
Bukan yang itu, maksud saya pautan interwiki yang begini: [[en:Main Page]]. :) --Kurnia [ bual ] 04:43, 13 Oktober 2011 (UTC)[balas]
Maksud anda yg di bawah atau di tepi? ...Aurora... (b) 07:40, 13 Oktober 2011 (UTC)[balas]
Yang di tepi. --Kurnia [ bual ] 08:23, 13 Oktober 2011 (UTC)[balas]
Di tepi tak kisah, cuma pastikan susunan interwikinya sama seperti rencana lain. Dah lama tak kemas kini tu. ...Aurora... (b) 09:14, 13 Oktober 2011 (UTC)[balas]

Maklumat salah

[sunting sumber]

Maklumat tentang tarikh pembukaan wiki ini bukan pada Ogos 2003, tetapi pada 26 Oktober 2002. Rujuk http://stats.wikimedia.org/EN/TablesWikipediaMS.htm#zeitgeist. – komentar tanpa tandatangan ini diberikan oleh oleh Kurniasan (bs).

Tak pernah periksa pula sebelum ini. ...Aurora... (b) 08:28, 28 Oktober 2011 (UTC)[balas]

Cadangan

[sunting sumber]

Assalamualaikum dan salam Wikipedia, saya cadangkan kita letakkan pautan ke laman Wikipedia:Pengumuman dibahagian tepi pautan ke laman soalan lazim yang terpapar di bahagian atas laman utama ini. Ini sekaligus dapat menarik perhatian terus para pembaca dan pengguna untuk klik ke laman pengumuman kerana terdapat berita-berita yang penting boleh kita masukkan disitu berkenaan WBM. Pandangan semua amat dihargai.--Smim90 (bincang) 14:09, 20 Disember 2011 (UTC)[balas]

Ok. ...Aurora... (b) 08:30, 22 Disember 2011 (UTC)[balas]
K Yosri (bincang) 09:07, 22 Disember 2011 (UTC)[balas]
عبد الله (Pesanan?) 15:21, 22 Disember 2011 (UTC)[balas]

Assalamualaikum Adakah sesiapa membuat Bahasa Melayu Wikipedia dari Latin ke Bahasa Arab skrip--Энштындынскаяэнштындынка (bincang) 16:36, 3 Februari 2012 (UTC)[balas]

Bahasa Arab dan bahasa Latin memiliki Wikipedia masing-masing. Lihat senarai penuh di sini. Yosri (bincang) 22:49, 3 Februari 2012 (UTC)[balas]
Maksud anda Tulisan Jawi? Setakat ini belum ada yg jadi. Bagaimanapun, ada beberapa perisian/tapak web luar yang dapat melakukan sedemikian. ...Aurora... (b) 14:42, 6 Februari 2012 (UTC)[balas]
Saya baru selesai buat satu skrip untuk tukar sesebuah laman rencana kepada tulisan Jawi. Boleh cuba dengan menyalin kod importScript("Pengguna:Kurniasan/rumikpdjawi.js") kepada halaman "Pengguna:<nama_pengguna_anda>/vector.js". Kamus bagi tulisan Jawi dengan Rumi masih belum lengkap, anda boleh membantu saya dengan menambah perkataan di Pengguna:Kurniasan/kamusrumikpdjawi.js dalam format "rumi":"خوي" dan dipisahkan dengan koma (','). Letakkan tambahan anda sebelum penutup kurungan ('}'). --Kurnia [ bual ] 20:07, 28 Mei 2012 (UTC)[balas]

Tahukah Anda

[sunting sumber]

Rasa pelik bilamana setiap fakta diakhiri dengan tanda soal (?) Zamwan (bincang) 09:04, 1 Julai 2013 (UTC)[balas]

Ia memang soalan. ...Aurora... (b) 09:25, 1 Julai 2013 (UTC)[balas]