Tinggalkan pesanan anda dalam laman perbincangan saya.
Bayangkanlah sebuah dunia tanpa batasan pengetahuan dan setiap manusia dapat memperolehnya. Itulah komitment saya.
Saya hanyalah seorang insan yang menyunting Wikipedia pada masa lapang. Saya mula menggunakan WP sejak berumur 16 tahun. Saya juga menterjemah kebanyakan dokumen dan laman di Meta.
Bersekolah menengah di Kolej / Maahad Hafiz Klang, Klang, Selangor pada 2003 hingga 2007 (dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5). Bergiat aktif dalam Badan Pengawas Sekolah sebagai Setiausaha Badan Pengawas Sek. Men. Hafiz Klang.
Terlibat dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bagi siri 5 kumpulan 1 tahun 2007-2008, bertempat di Kem PLKN Wawasan Papar, Sabah. Ahli Kumpulan / Komponi Charlie.
Salam perkenalan. Saya rakyat Malaysia yang telah/sedang menyunting Wikipedia Bahasa Melayu. Jadi, jika anda ada sebarang tips atau teguran, sila masukkan ke dalam bahagian "Perbincangan".
Tujuan bergiat di Wikipedia:
Saya berusaha untuk mengalih bahasa seberapa banyak artikel keagamaan, geografi, demografi, sejarah dan sains dalam bahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu di Wikipedia Melayu. Objektif utama saya adalah untuk meningkatkan jumlah artikel dalam Bahasa Melayu yang mana pada masa ini bilangannya jauh lebih kecil berbanding dengan artikel dalam bahasa Indonesia dan sebagainya.
Tujuan lain:
Antara tujuan lain saya menyumbang ke Wikipedia versi Bahasa Melayu adalah untuk:
Memperketatkan etika kosa kata dan mempertinggikan penggayaan bahasa Melayu saya sendiri.
Menambah koleksi rujukan Bahasa Melayu yang berkualiti di Internet, dalam usaha menguatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu sepanjang zaman.
Menyiarkan seberapa rencana berunsur keagamaan dan sains, secara kompetetif dan bersifat berdaya maju, selain menyediakan rencana yang berkualiti dan berkuantiti tinggi.
Membantu komuniti Wikipedia Bahasa Melayu untuk merealisasikan harapan untuk meningkatkan stok gambar dan imej yang bermutu dan menepati kriteria piawaian gambar Wikipedia.
Semoga ensiklopedia ini dapat memberi manfaat kepada kita semua dan semoga usaha ini diberkati oleh Allah SWT
13:2613:26, 9 Mac 2025Brahmanda Purana (sjrh | sunting) [3,438 bait]Ranee Narendranath(bincang | sumb.)(Mencipta laman baru dengan kandungan ''''Brahmanda Purana''' (Sanskrit: ब्रह्माण्डपुराण:, ''brahmāṇḍa-purāṇa'') adalah sebuah teks Sanskrit dan salah satu daripada lapan belas ''Mahapurana'', iaitu kumpulan teks Hindu klasik. ''Brahmāṇḍa Purāṇa'' adalah yang terakhir daripada lapan belas ''Purana'' utama (''Maha-Purana''). Ia kemungkinan dinamakan sedemikian kerana ia terutama membincangkan ''Brahmanda'', iaitu alam semesta dan penciptaannya. T...')Teg: Suntingan visual
11:1611:16, 9 Mac 2025Brahma Purana (sjrh | sunting) [6,420 bait]Ranee Narendranath(bincang | sumb.)(Mencipta laman baru dengan kandungan ''''Brahma Purana''' (Sanskrit: ब्रह्मपुराण atau ब्राह्मपुराण; Brahma-Purana) adalah salah satu daripada lapan belas koleksi Purana utama dalam teks SanskritHindu. Ia disenaraikan sebagai Mahapurana pertama dalam semua antologi, dan oleh itu juga dipanggil Adi Purana dan Adibrahma-purana. Satu lagi gelaran bagi teks ini ialah Saura Purana, kerana ia mengandungi banyak b...')Teg: Suntingan visual