Woody Harrelson
Woody Harrelson | |
---|---|
Kelahiran | Woodrow Tracy Harrelson 23 Julai 1961 Midland, Texas, A.S. |
Warganegara | American |
Pekerjaan | Pelakon, pengarang drama, pengarah |
Tahun aktif | 1985–sekarang |
Pasangan | Nancy Simon (1985–1986) Laura Louie (2008–present) |
Anak-anak | 3 |
Ibu bapa | Charles Harrelson Diane Lou (née Oswald) |
Woodrow Tracy "Woody" Harrelson[1][2] (lahir Julai 23, 1961) ialah seorang pelakon, aktivis dan pengarang drama Amerika Syarikat. Beliau dicalonkan untuk Anugerah Akademi dua kali dan teah memenangi satu Anugerah Emmy daripada tujuh pencalonan.
Peranan yang membuatnya terkenal datang pada tahun 1985 selepas menyertai sitkom televisyen, Cheers sebagai Woody Boyd dimana untuk itu beliau mendapat lima pencalonan Anugerah Emmy. Antara peranan terkenal beliau adalah Billy Hoyle dalam White Men Can't Jump, Roy Munson dalam Kingpin, Haymitch Abernathy dalam siri filem The Hunger Games,Tallahassee dalam "Zombieland", Mickey Knox dalam Natural Born Killers, Larry Flynt dalam The People vs. Larry Flynt dan Dusty dalam A Prairie Home Companion.
Untuk The People vs. Larry Flynt dan The Messenger, Harrelson mendapat pencalonan Anugerah Akademi untuk Pelakon Lelaki Terbaik dan Pelakon Lelaki Sokongan Terbaik.[3] Pada tahun 2014, beliau membintangi sebagai Detektif Martin Hart dalam drama HBO, True Detective bersama-sama Matthew McConaughey yang mendapatkan beliau dan McConaughey pencalonan Anugerah Primetime Emmy untuk Pelakon Lelaki Cemerlang dalam Drama Bersiri.
Kehidupan awal
[sunting | sunting sumber]Harrelson dilahirkan di Midland, Texas, anak lelaki kepada Diane Lou (née Oswald) dan Charles Voyde Harrelson yang bercerai pada tahun 1964; beliau mempunyai dua orang adik beradik, Jordan dan Brett. Bapa Harrelson,yang merupakan seorang pembunuh upahan ditangkap pada tahun 1979 kerana membunuh Hakim Persekutuan, John H. Wood, Jr. di San Antonio, Texas.[4] Bapanya telah disabitkan kesalahan dan akhirnya meninggal dunia semasa menjalani hukuman tersebut di penjara.[4] Pada tahun 1973, Harrelson berpindah ke bandar asal ibunya, Lebanon, Ohio dimana beliau dibesarkan.[5] Harrelson menghadiri Sekolah Tinggi Lebanon, banyak bekerja ketika zaman sekolah tingginya sebagai pengukir kayu di taman tema Pulau Kings.
Beliau menghadiri Kolej Hanover di Hanover, Indiana. Beliau menerima Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam teater dan Bahasa Inggeris pada tahun 1983.
Karier
[sunting | sunting sumber]Televisyen
[sunting | sunting sumber]Harrelson secara meluas dikenali untuk peranannya dalam sitkom NBC, Cheers. Beliau melakonkan watak Woody Boyd. Beliau menyertai barisan pelakon pada tahun 1985 untuk musim keempat dan kekal selama lapan musim (1985–1993) dalam rancangan itu. Untuk peranan ini, Harrelson dicalonkan lima Anugerah Emmy,[6] memenangi sekali pada tahun 1989. Pada tahun 1999, Harrelson membintangi sebagai tetamu dalam spin-off Cheers, Frasier sebagai Woody Boyd. Harrelson dicalonkan Anugerah Emmy untuk Pelakon Lelaki Tetamu Cemerlang dalam Siri Komedi untuk peranan ini. Beliau muncul dalam beberapa episod Will & Grace sebagai teman lelaki baru Grace, Nathan. Harrelson kembali ke televisyen pada tahun 2014, membintangi bersama Matthew McConaughey dalam musim pertama siri HBO, True Detective dimana beliau melakonkan watak Marty Hart, seorang polis Louisiana menyiasat pembunuhan yang berlaku sepanjang kitar masa 17 tahun.
Pada Jun 6, 2010, Harrelson mengambil bahagian dalam Soccer Aid 2010 untuk UNICEF UK di Old Trafford, Manchester, UK. Perlawanan itu disiarkan secara langsung di saluran ITV. Selepas dimasuk menggantikan Gordon Ramsay, Harrelson mengambil sepakan penalti terakhir ketika penentuan penalti susulan seri 2–2 selepas 91 minit. Harrelson menjaringkan penaltinya untuk memberikan kemenangan kepada pasukan "The Rest of the World", mengalahkan England buat pertama kali sejak pertandingan itu bermula. Harrelson juga mengambil bahagian dalam Soccer Aid 2012 pada Mei 27, 2012.
Filem
[sunting | sunting sumber]Filem pertamanya adalah Wildcats pada tahun 1986. Harrelson membintangi bersama Wesley Snipes dalam White Men Can't Jump dan Money Train. Pada tahun 1993, beliau mempunyai peranan dalam Indecent Proposal yang mencapai kejayaan box office, mengutip lebih daripada $265,000,000 di seluruh dunia.[7] Harrelson kemudiannya berlakon sebagai Mickey Knox dalam Natural Born Killers dan Dr. Michael Raynolds dalam The Sunchaser. Pada tahun 1996, beliau membintangi Kingpin bersama-sama Randy Quaid dan Vanessa Angel.
Karier Harrelson mendapat momentum apabila beliau membintangi filem The People vs. Larry Flynt dimana beliau berlakon sebagai Larry Flynt. Filem itu merupakan satu kejayaan dan lakonan Harrelson dicalonkan Anugerah Golden Globe dan Anugerah Akademi untuk Pelakon Lelaki Terbaik. Selepas itu, Harrelson telah diberi watak lebih serius dalam filem. Beliau membintangi dalam filem 1997, Welcome to Sarajevo dan berperanan sebagai Sarjan Schumann dalam Wag the Dog. Pada tahun 1998, Harrelson membintangi filem thriller, Palmetto dan melakonkan watak Sarjan Keck dalam The Thin Red Line, sebuah filem perang yang dicalonkan tujuh Anugerah Akademi pada tahun 1999.
Harrelson juga mempunyai peranan dalam The Hi-Lo Country dan melakonkan watak Ray Pekurny dalam EDtv. Juga pada tahun 1999, beliau muncul sebagai Vince Boudreau dalam Play It to the Bone. Harrelson tidak muncul dalam filem lagi sehingga tahun 2003 apabila beliau membintangi sebagai Galaxia dalam Anger Management. Beliau muncul dalam After the Sunset dan She Hate Me. Pada tahun 2005, Harrelson mempunyai peranan dalam The Big White dan North Country. Juga pada tahun 2005, beliau muncul sebagai Kelly Ryan dalam The Prize Winner of Defiance, Ohio. Harrelson berada dalam dua filem pada tahun 2006, dalam Free Jimmy dan A Scanner Darkly. Pada tahun 2007 beliau melakonkan watak Carter Page III dalam The Walker.
Dalam filem 2007, No Country for Old Men, Harrelson melakonkan watak penting sebagai Carson Wells. Filem ini memenangi Anugerah Akademi untuk Gambar Terbaik dan Pengarah Terbaik. Harrelson juga memenangi Anugerah Screen Actors Guild untuk Barisan Pelakon Terbaik bersama-sam Tommy Lee Jones, Javier Bardem, Josh Brolin dan Kelly Macdonald.
Juga filem yang ditayangkan pada tahun 2007, Battle in Seattle, Harrelson melakonkan satu lagi peranan penting sebagai seorang pegawai polis Seattle. Pada tahun 2008, Harrelson muncul dalam beberapa filem, antaranya ialah Semi-Pro dan Seven Pounds. Pada tahun 2009, Harrelson menerima pujian untuk lakonannya sebagai Kapten Tony Stone dalam The Messenger. Harrelson dicalonkan Anugerah Satelit, Anugerah Independent Spirit, Anugerah Golden Globe, Anugerah Screen Actors Guild dan Anugerah Akademi untuk Pelakon Lelaki Sokongan Terbaik. Harrelson juga memenangi Anugerah Pelakon Lelaki Sokongan Terbaik di majlis anugerah National Board of Review 2009 dan menerima penghargaan daripada pelbagai persatuan pengkritik.
Pada tahun 2009, beliau membintangi dalam filem komedi seram, Zombieland, disusuli dengan filem 2012 dimana beliau berlakon sebagai Charlie Frost. Pada tahun 2010, beliau membintangi dalam Bunraku. Pada tahun 2011, beliau melakonkan watak Tommy dalam Friends with Benefits. Beliau melakonkan watak Haymitch Abernathy dalam filem 2012, The Hunger Games dan menyambung wataknya dalam ketiga-tiga filem seterusnya dalam siri itu.[3]
Pada tahun 2015, Woody Harrelson dan anak perempuannya, Zoe membintangi dalam filem pendek untuk U2, 'Song for Someone.’ Beliau juga akan melakonkan watak bernama "Kolonel" dalam War for the Planet of the Apes, dijadual ditayangkan pada tahun 2017.[8]
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 1985, Harrelson berkahwin dengan Nancy Simon di Tijuana. Kedua-dua mereka merancang untuk bercerai pada hari berikutnya tetapi kekal berkahwin untuk sepuluh bulan.[9] Pada Disember 28, 2008, Harrelson berkahwin dengan Laura Louie, teman wanitanya sejak tahun 1987. Pasangan itu mempunyai tiga orang anak perempuan, Deni (lahir 1993), Zoe (lahir 1996) dan Makani (lahir 2006).
Filmografi
[sunting | sunting sumber]Filem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Peranan | Nota |
---|---|---|---|
1986 | Wildcats | Krushinski | |
1990 | Cool Blue | Dustin | Terus-ke-video |
1990 | L.A. Story | Bos Harris | Kameo |
1991 | Doc Hollywood | Hank Gordon | |
1991 | Ted & Venus | Veteran Vietnam | Kameo |
1992 | White Men Can't Jump | Billy Hoyle | |
1993 | Indecent Proposal | David Murphy | |
1994 | Natural Born Killers | Mickey Knox | |
1994 | The Cowboy Way | Pepper Lewis | |
1994 | I'll Do Anything | Ground Zero Hero | |
1995 | Money Train | Charlie | |
1996 | The People vs. Larry Flynt | Larry Flynt | |
1996 | Kingpin | Roy Munson | |
1996 | The Sunchaser | Dr. Michael Reynolds | |
1997 | Wag the Dog | Sgt. William Schumann | |
1997 | Welcome to Sarajevo | Jordan Flynn | |
1998 | The Thin Red Line | Sgt. William Keck | |
1998 | Palmetto | Harry Barber | |
1998 | The Hi-Lo Country | Big Boy Matson | |
1999 | Play It to the Bone | Vince Boudreau | |
1999 | EDtv | Ray Pekurny | |
1999 | Austin Powers: The Spy Who Shagged Me | Diri sendiri | Kameo |
1999 | Grass | Diri sendiri | Pencerita |
2001 | ′′Zoolander′′ | Hansel | |
2003 | Anger Management | Galaxia/Security Gary | |
2003 | Go Further | Diri sendiri | Filem dokumentari |
2003 | Scorched | Jason "Woods" Valley | |
2004 | After the Sunset | Stanley "Stan" P. Lloyd | |
2004 | She Hate Me | Lenald Power | |
2005 | North Country | Bill White | |
2005 | The Prize Winner of Defiance, Ohio | Leo "Kelly" Ryan | |
2005 | The Big White | Raymond "Ray" Barnell | |
2006 | Free Jimmy | Roy Arnie | Suara |
2006 | A Scanner Darkly | Ernie Luckman | |
2006 | A Prairie Home Companion | Dusty | |
2007 | The Walker | Carter Page III | |
2007 | No Country for Old Men | Carson Wells | |
2007 | Battle in Seattle | Dale | |
2007 | The Grand | One Eyed Jack Faro | |
2007 | Nanking | Robert O. "Bob" Wilson | |
2008 | Semi-Pro | Ed Monix | |
2008 | Sleepwalking | Randall | |
2008 | Transsiberian | Roy | |
2008 | Surfer, Dude | Jack Mayweather | |
2008 | Management | Jango | |
2008 | Seven Pounds | Ezra Turner | |
2009 | The Messenger | Kapten Anthony 'Tony' Stone | |
2009 | Defendor | Arthur Poppington / Defendor | |
2009 | Zombieland | Tallahassee | |
2009 | 2012 | Charlie Frost | |
2011 | Friends with Benefits | Tommy Bollinger | |
2011 | Bunraku | The Bartender | |
2011 | Ethos | Pencerita | Dokumentari |
2011 | Rampart | Dave Brown | |
2012 | The Hunger Games | Haymitch Abernathy | |
2012 | Seven Psychopaths | Charlie Costello | |
2013 | How to Make Money Selling Drugs | Diri sendiri | Filem dokumentari |
2013 | Now You See Me | Merritt McKinney | |
2013 | Out of the Furnace | Harlan DeGroat | |
2013 | Free Birds | Jake | Suara |
2013 | The Hunger Games: Catching Fire | Haymitch Abernathy | |
2014 | The Hunger Games: Mockingjay – Part 1 | Haymitch Abernathy | |
2015 | The Hunger Games: Mockingjay – Part 2 | Haymitch Abernathy | |
2016 | Triple 9 | Sarjan Detektif Jeffrey Allen | |
2016 | Now You See Me 2 | Merritt McKinney | |
2016 | By Way of Helena | Abraham Brant | |
2016 | LBJ | Lyndon B. Johnson | |
2017 | War for the Planet of the Apes | Kolonel |
Televisyen
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Peranan | Nota |
---|---|---|---|
1985–1993 | Cheers | Woody Boyd | 200 episod |
1987 | Bay Coven | Slatergsy | Filem |
1988 | Mickey's 60th Birthday | Woody Boyd | Filem |
1988 | Killer Instinct | Charlie Long | Filem |
1989 | Dear John | Richard | Episod: "Love and Marriage" |
1989 | Saturday Night Live | Diri sendiri (hos) | Episod: "Woody Harrelson/David Byrne" |
1990 | Walt Disney's Wonderful World of Color | Woody Boyd | Episod: "Disneyland's 35th Anniversary Celebration" |
1990 | Mother Goose Rock 'n' Rhyme | Lou the Lamb | Filem |
1992 | Saturday Night Live | Diri sendiri (hos) | Episod: "Woody Harrelson/Vanessa L. Williams" |
1994 | The Simpsons | Woody Boyd (suara) | Episod: "Fear of Flying" |
1996 | Spin City | Tommy Dugan | Episod: "Meet Tommy Dugan" |
1998 | Ellen | Henry | Episod: "Ellen: A Hollywood Tribute: Part 2" |
1999 | Frasier | Woody Boyd | Episod: "The Show Where Woody Shows Up" |
2001–2002 | Will & Grace | Nathan | 7 episod |
2012 | Game Change | Steve Schmidt | Filem |
2013 | David Blaine: Real or Magic | Diri sendiri | Istimewa |
2014 | True Detective | Martin Hart | 8 episod; juga penerbit eksekutif |
2014 | Saturday Night Live | Diri sendiri (hos) | Episod: "Woody Harrelson/Kendrick Lamar" |
Teater
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Peranan | Nota |
---|---|---|---|
1985–86 | Biloxi Blues | Joseph Wykowski, Roy Selridge (standbys) | Teater Neil Simon |
1987–88 | The Boys Next Door | Jack | Teater Lamb |
1999–2000 | The Rainmaker | Bill Starbuck | Teater Brooks Atkinson |
2005–2006 | The Night of the Iguana | Shannon | Teater Lirik London |
2012 | Bullet for Adolf | Pengarah/pengarang drama | New World Stages Stage IV |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Tim Cooper (2002-07-19). "Welcome to Woody World | Theatre". Thisislondon.co.uk. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-05-05. Dicapai pada 2013-09-30.
- ^ Sipchen, Bob (December 20, 1998). "The Life of Woody". Los Angeles Times.
- ^ a b Woody Harrelson di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
- ^ a b "Woody Harrelson's Father Dies in Prison". CBS News. Associated Press. March 21, 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-04-24. Dicapai pada 2015-12-02.
- ^ "Dayton Daily News Archive of Past Articles". Dayton Daily News. July 24, 1991.
- ^ "Woody Harrelson Emmy Nominated". Emmys.com. Dicapai pada 2013-09-30.
- ^ "Indecent Proposal (1993)". Box Office Mojo. 1993-07-06. Dicapai pada 2013-09-30.
- ^ "Woody Harrelson to Play Villain in New 'Planet of the Apes' Movie (Exclusive)". The Hollywood Reporter. Dicapai pada October 2, 2015.
- ^ "Woody Harrelson". hollywood.com. 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada January 25, 2013. Dicapai pada September 9, 2007.
whimsically married in Tijuana in 1985 intending to divorce the following day, but when the couple returned to the storefront marriage/divorce parlor, they found it closed because it was Sunday; marriage lasted 10 months; Harrelson would later tell USA TODAY's Tom Green, "We had to get a summary dissolution through Jacoby and Meyers. I think at the time Neil was a little bit worried I might try to go after her money."
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Woody Harrelson. |