Pengguna:MHG1991/Kotak pasir
Ini merupakan kotak pasir pengguna bagi MHG1991. Kotak pasir pengguna ialah sublaman bagi laman pengguna. Ia berfungsi sebagai tempat untuk membuat ujian dan ruang pembangunan laman untuk pengguna dan ia bukanlah rencana ensiklopedia. Cipta atau sunting kotak pasir anda sendiri di sini. Kotak pasir lain: Kotak pasir utama | Kotak pasir tutorial 1, 2, 3, 4, 5 | Kotak pasir templat Menulis suatu rencana dan bersedia untuk memohon untuk ia dicipta? |
Bahas Piala Perdana Menteri
[sunting | sunting sumber]Pengenalan
[sunting | sunting sumber]Bahas Piala Perdana Menteri ataupun lebih dikenali sebagai Piala Perdana Menteri (PPM) merupakan pertandingan bahas sekolah-sekolah yang tertua di Malaysia. Piala Perdana Menteri merupakan pertandingan bahas yang dianjurkan khusus untuk sekolah berasrama penuh (SBP) di Malaysia.
Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri antara Sekolah-sekolah Berasrama Penuh bermula pada tahun 1974 di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Perak. Pertandingan ini dilancarkan bagi memenuhi hasrat Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Datuk Haji Hussein, Perdana Menteri Malaysia Kedua, yang mahu melihat lahirnya bakat pemimpin yang dinamis, cerdas dan bijaksana dari Sekolah-sekolah Berasrama Penuh.
Bahas Piala Perdana Menteri ini diadakan buat kali pertama pada tahun 1974 dan hanya 10 buah Sekolah Berasrama Penuh yang mengambil bahagian. Sekolah- sekolah tersebut ialah Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim,Kedah; Sekolah Tun Fatimah, Johor; Sekolah Alam Shah, Kuala Lumpur; Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak; Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Perak; Sekolah Datuk Abdul Razak, Negeri Sembilan; Sekolah Seri Puteri, Kuala Lumpur; Kolej Tunku Kurshiah, Negeri Sembilan; Maktab Tentera Diraja, Kuala Lumpur; dan Kolej Islam Klang, Selangor. Maktab Tentera Diraja ialah Sekolah Berasrama Penuh yang tidak terletak di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia tetapi pihak Pengelola Pertandingan Bahas bersetuju memasukkan maktab tersebut dalam pertandingan ini. MTD kekal menyertai Bahas Piala Perdana Menteri hingga kini.
Pada tahun 1975, bilangan Sekolah Berasrama Penuh yang mengambil bahagian bertambah dari 10 kepada 18 buah. Pada tahun 1976, Sekolah Menengah Tuanku Syed Putra, Perlis ikut serta dalam pertandingan ini. Sekolah Menengah Sains Sultan Muzaffar Shah, turut mengambil bahagian pada tahun 1977 menjadikan bilangan SBP yang mengambil bahagian sebanyak 20 buah semuanya.
Pada tahun 1984 dengan penubuhan lima buah Sekolah Menengah Sains yang baharu dan sebuah Sekolah Menengah Agama menjadikan sekolah yang mengambil bahagian menjadi 26 buah. Sekolah- sekolah itu ialah Sekolah Menengah Sains Dungun, Terengganu; Sekolah Menengah Sains Perak, Perak; Sekolah Menengah Sains Raub, Pahang; Sekolah Menengah Sains Muar, Johor; Sekolah Menengah Sains Machang, Kelantan dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Petaling Jaya; kini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu.
Pada tahun 1997, pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri (PPM) telah mengalami perubahan format. Bermula pada tahun 1997 format pertandingan perbahasan telah berubah kepada Perbahasan Ala Parlimen. Pertandingan ini sekali lagi mengalami perubahan apabila bermula 2017. Piala Perdana Menteri mula menggunakan sistem "power match swiss bracket[1]" yang mengambil model "World School Style debate".
Pada tahun 2015, sebanyak 70 buah SBP dan Maktab Tentera Diraja telah mengambil bahagian dalam pertandingan awal, suku akhir dan separuh akhir di Sekolah Menengah Sains Batu Pahat, Johor selaku tuan rumah Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh Ke-42. Dua sekolah terbaharu yang menyertai pertandingan ini ialah Sekolah Menengah Sains Perempuan Seremban, Negeri Sembilan dan Sekolah Menengah Sains Gua Musang, Kelantan.
Piala Pusingan
[sunting | sunting sumber]Piala Perdana Menteri Bahasa Melayu dihadiahkan oleh Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Datuk Haji Hussein, Perdana Menteri Malaysia Kedua, sebagai Piala Pusingan Pertandingan Bahas Tahunan antara SBP. Reka bentuk piala ini dilukis dan direka oleh YBhg. Datuk Baharuddin bin Kasim, seorang arkitek dan Jurubina Bertiga, Petaling Jaya, Selangor dan bekas murid Kolej Melayu Kuala Kangsar(MCKK), Perak Darul Ridzuan.
Pada bahagian atas piala ini terdapat lapan bulan sabit yang melambangkan lidah-lidah dan pecahan bulan-bulan sabit yang bercantum di hujung, melambangkan mulut-mulut anggota pembahas. Reka bentuk bulan itu juga melambangkan bulatan dunia dan diterjemahkan sebagai luasnya pengetahuan yang perlu bagi seseorang yang ingin mengambil bahagian dalam pertandingan bahas.
Piala Perdana Menteri Bahasa Inggeris dihadiahkan oleh YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia Keempat sebagai Piala Pusingan Pertandingan Bahas Tahunan antara Sekolah-sekolah Berasrama Penuh, kategori Bahasa Inggeris. Piala yang diperkenal pada tahun 1990 ini masih kekal dalam bentuk dan ukuran sebagaimana Piala Perdana Menteri Bahasa Melayu.
Senarai Pemenang Kategori Bahasa Melayu
[sunting | sunting sumber]Senarai Pemenang Kategori Bahasa Inggeris
[sunting | sunting sumber]Tiada rekod
Rekod sejak 1974
[sunting | sunting sumber]Johan Terbanyak Kategori Bahasa Melayu | Tahun Kemenangan | Tahun Naib Johan |
---|---|---|
Kolej Melayu Kuala Kangsar (6) | 1980, 1992, 1993,1999, 2014, 2018 | 1975, 1996, 1998, 2000 |
Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang (6) | 2003, 2005, 2008, 2009, 2013, 2017 | 2014, 2015 |
Kolej Islam Klang / Kolej Islam Sultan Alam Shah (5) | 1975, 1976, 1978, 1983, 2002 | 1977, 1981, 1990 |
Sekolah | Tahun |
---|---|
Kolej lslam Klang / Kolej Islam Sultan Alam Shah | 1975, 1976 |
Kolej Melayu Kuala Kangsar | 1992, 1993 |
Sekolah Menengah Sains Pokok Sena | 2000, 2001 |
Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang | 2008, 2009 |
Bahas Piala Perdana Menteri
[sunting | sunting sumber]Bahas Piala Perdana Menteri
[sunting | sunting sumber]Pengenalan
[sunting | sunting sumber]Bahas Piala Perdana Menteri ataupun lebih dikenali sebagai Piala Perdana Menteri (PPM) merupakan pertandingan bahas sekolah-sekolah yang tertua di Malaysia. Piala Perdana Menteri merupakan pertandingan bahas yang dianjurkan khusus untuk sekolah-sekolah berasrama penuh (SBP) di Malaysia.
Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri antara Sekolah-sekolah Berasrama Penuh bermula pada tahun 1974 di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Perak. Pertandingan ini dilancarkan bagi memenuhi hasrat Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Datuk Haji Hussein, Perdana Menteri Malaysia Kedua, yang mahu melihat lahirnya bakat pemimpin yang dinamis, cerdas dan bijaksana dari Sekolah-sekolah Berasrama Penuh.
Bahas Piala Perdana Menteri ini diadakan buat kali pertama pada tahun 1974 dan hanya 10 buah Sekolah Berasrama Penuh yang mengambil bahagian. Sekolah- sekolah tersebut ialah Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim,Kedah; Sekolah Tun Fatimah, Johor; Sekolah Alam Shah, Kuala Lumpur; Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak; Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Perak; Sekolah Datuk Abdul Razak, Negeri Sembilan; Sekolah Seri Puteri, Kuala Lumpur; Kolej Tunku Kurshiah, Negeri Sembilan; Maktab Tentera Diraja, Kuala Lumpur; dan Kolej Islam Klang, Selangor. Maktab Tentera Diraja ialah Sekolah Berasrama Penuh yang tidak terletak di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia tetapi pihak Pengelola Pertandingan Bahas bersetuju memasukkan maktab tersebut dalam pertandingan ini. MTD kekal menyertai Bahas Piala Perdana Menteri hingga kini.
Pada tahun 1975, bilangan Sekolah Berasrama Penuh yang mengambil bahagian bertambah dari 10 kepada 18 buah. Pada tahun 1976, Sekolah Menengah Tuanku Syed Putra, Perlis ikut serta dalam pertandingan ini. Sekolah Menengah Sains Sultan Muzaffar Shah, turut mengambil bahagian pada tahun 1977 menjadikan bilangan SBP yang mengambil bahagian sebanyak 20 buah semuanya.
Pada tahun 1984 dengan penubuhan lima buah Sekolah Menengah Sains yang baharu dan sebuah Sekolah Menengah Agama menjadikan sekolah yang mengambil bahagian menjadi 26 buah. Sekolah- sekolah itu ialah Sekolah Menengah Sains Dungun, Terengganu; Sekolah Menengah Sains Perak, Perak; Sekolah Menengah Sains Raub, Pahang; Sekolah Menengah Sains Muar, Johor; Sekolah Menengah Sains Machang, Kelantan dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Petaling Jaya; kini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu.
Pada tahun 1997, pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri (PPM) telah mengalami perubahan format. Bermula pada tahun 1997 format pertandingan perbahasan telah berubah kepada Perbahasan Ala Parlimen. Pertandingan ini sekali lagi mengalami perubahan apabila bermula 2017. Piala Perdana Menteri mula menggunakan sistem "power match swiss bracket[2]" yang mengambil model "World School Style debate".
Pada tahun 2015, sebanyak 70 buah SBP dan Maktab Tentera Diraja telah mengambil bahagian dalam pertandingan awal, suku akhir dan separuh akhir di Sekolah Menengah Sains Batu Pahat, Johor selaku tuan rumah Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh Ke-42. Dua sekolah terbaharu yang menyertai pertandingan ini ialah Sekolah Menengah Sains Perempuan Seremban, Negeri Sembilan dan Sekolah Menengah Sains Gua Musang, Kelantan.
Piala Pusingan
[sunting | sunting sumber]Piala Perdana Menteri Bahasa Melayu dihadiahkan oleh Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Datuk Haji Hussein, Perdana Menteri Malaysia Kedua, sebagai Piala Pusingan Pertandingan Bahas Tahunan antara Sekolah-sekolah Berasrama Penuh. Reka bentuk piala ini dilukis dan direka oleh YBhg. Datuk Baharuddin bin Kasim, seorang arkitek dan Jurubina Bertiga, Petaling Jaya, Selangor dan bekas murid Kolej Melayu Kuala Kangsar(MCKK), Perak Darul Ridzuan.
Pada bahagian atas piala ini terdapat lapan bulan sabit yang melambangkan lidah-lidah dan pecahan bulan-bulan sabit yang bercantum di hujung, melambangkan mulut-mulut anggota pemidato. Reka bentuk bulan itu juga melambangkan bulatan dunia dan diterjemahkan sebagai luasnya pengetahuan yang perlu bagi seseorang yang ingin mengambil bahagian dalam peraduan bahas.
Piala Perdana Menteri Bahasa Inggeris dihadiahkan oleh YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia Keempat sebagai Piala Pusingan Pertandingan Bahas Tahunan antara Sekolah-sekolah Berasrama Penuh. Piala yang diperkenal pada tahun 1990 ini masih kekal dalam bentuk dan ukuran sebagaimana Piala Perdana Menteri Bahasa Melayu.