Digimon
Digimon (デジモン dejimon, singkatan デヅタルモンスター dejitaru monsutā "Digital Monster") adalah siri berbentuk media dan barangan yang popular Jepun, merangkumi anime, manga, mainan, permainan video, permainan kad dan sebagainya. Digimon merujuk kepasa raksasa pelbagai bentuk yang tinggal di "Dunia Digital", suatu alam selari yang berasal daripada penubuhan pelbagai rangkaian komunikasi di Bumi.
Mengenai Makhluk Digimon
[sunting | sunting sumber]Digimon menetas dari telur yang digelar telur digi. (dalam versi bahasa Inggeris francais ini terdapat satu lagi jenis Digi-Egg yang boleh digunakan untuk menukar bentuk Digimon. Jenis kedua Digi-Egg ini merupakan "Digimental" dalam versi bahasa Jepun.) Makhluk ini menambah usia melalui proses evolusi ("Digivolution" dalam versi Inggeris) yang mengubah wajahnya dan menambahkan kuasa zahir mereka. Terdapat Digimon yang buas bagaikan hidupan liar di habitat semulajadi; namun, kebanyakannya memiliki ciri-ciri manusia seperti berakal, bertutur, dan berciri-ciri keperibadian. Anime Digimon pertama memperkenalkan kitaran hidup Digimon: makhluk ini menambah usia dalam cara yang sama seperti organisma hidup di dunia sebenar, cuma tidak mati dalam keadaan normal kerana dibuat daripada data yang boleh dikonfigurasi semula. Digimon yang tua dan Digimon yang terkena kecederaan yang membawa maut akan berkecai menjadi butiran data yang tidak terkira. Data itu kemudian membina semula dengan sendirinya sebagai Digi-Egg lalu Digimon itu melalui kitaran hidup semula. Digimon yang lahir semula dalam cara ini mungkin dapat mengekalkan beberapa atau kesemua memorinya dari kehidupan yang sebelumnya. Bagaimanapun, jika seluruh data Digimon itu musnah, maka mereka mati tanpa lahir semula.