Pergi ke kandungan

Autisme

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Autisme
Pengelasan dan sumber luaran
Seorang budak autisme sedang menyusun tin.
Perlakuan menyusun sesuatu objek secara berterusan dan berulang kali sering kali dikaitkan dengan autisme.
ICD-10F84.0
ICD-9299.00
OMIM209850
P. Data Penyakit1142
MedlinePlus001526
eMedicinemed/3202 ped/180
MeSHD001321
GeneReviews
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan Penafian perubatan

Autisme merupakan kecacatan perkembangan tegal (bahasa Inggeris: pervasive developmental disorder) yang melibatkan fungsi otak. Autisme dianggap sebagai sejenis kecacatan neurologi dan bukan kecacatan psikiatris (bahasa Inggeris: psychiatric disorder) mudah, walaupun ciri-ciri biasa termasuk masalah dengan perhubungan sosial, dan komunikasi emosi, dan juga pola biasa berkaitan dengan minat, aktiviti dan perangai. Autisme juga melibatkan masalah dengan integrasi deria. Biasanya, autisme kelihatan pada usia awal tiga tahun. Dianggarkan bahawa autisme membabitkan dalam 2 hingga 6 kes setiap 1,000 orang, dan autisme 4 kali lebih kerap dalam kanak-kanak lelaki berbanding perempuan (dari "Autism Society of America": http://www.autism-society.org/site/PageServer Diarkibkan 2004-02-20 di Wayback Machine). Autisme lebih kerap dikalangan lelaki berkulit putih.

Pada masa kini, autisme boleh dirawat tetapi tidak dapat dipulihkan walaupun terdapat organisasi bergelar Sembuhkan Autisme Sekarang "Cure Autism Now". Diagnosis dan latihan awal amat penting bagi perkembangan masa hadapan kanak-kanak.

Sindrom Asperger dipercayai sebagai bentuk autisme fungsi tinggi, tetapi ini bukanlah sentiasa benar. Perbezaan utama antara sindrome Kanner, dengan autisme klasik, dan sindrome Asperger adalah Asperger tidak mempunyai kelewatan jelas dalam pertuturan, dan kecergasan adalah biasa atau lebih. Dalam autisme Kanner terdapat kelewatan jelas dalam pertuturan dan biasanya mempunyai kecergasan rendah dari kebiasaan . Autisme Kanner dengan IQ<80 dirujuk sebagai "fungsi rendah autisme", sementara sindrome Kanner dengan IQ>80 dikenali sebagai "autisme fungsi tinggi".

Pandangan lain mengenai kecacatan ini adalah autisum adalah berterusan on a continuum, dengan itu boleh juga dikenali sebagai masalah spektrum autistik autistic spectrum disorder. Masalah berterusan (continuum) lain yang berkait adalah Kegagalan Integrasi Deria (Sensory Integration Dysfunction) yang berkaitan dengan bagaimana cara kita menyelaras maklumat yang kita terima daripada deria kita. Autisme, Sindrom Asperger, dan Kegagalan Integrasi Deria adalah berkait rapat dan saling bertindan.

Sesetengah individu yang berjaya dipercayai mengalami autisme pada peringkat tertentu. Bagaimanapun, autisme lebih kerap didapati pada individual yang mempunyai permasalahan pembelajaran (learning disabilities).

Terdapat dua jenis autisme utama, autisme regresif dan autisme awal bayi (early infantile autism). Autisme awal bayi hadir semasa kelahiran sementara autisme regresif bermula ketika berusia 18 bulan.

Terdapat lonjakan dalam kes yang dilaporkan sedunia tentang kes autisme pada 10 tahun terakhir. Terdapat banyak spekulasi mengenai mengapa ini berlaku, tanpa sebarang bukti khusus yang menyokong teori tertentu. Bagaimanapun, kajian telah menolak spekulasi bahawa peningkatan ini disebabkan oleh peningkatan dalam kaedah diognistik.

Pada abad terakhir, populasi di Amerika Syarikat meningkat sebanyak 13%. Terdapat peningkatan dalam kecacatan tidak berkait dengan autisme sekitar 16%. Peningkatan kadar autisme pula adalah 173%.

Beberapa perkara perlu disebutkan di sini adalah:

  • fenomena idiot savant kadang-kala dilihat pada mereka yang mempunyai autisme.
  • autisme, asperger semakin kerap dianggap sebagai keupayaan masyarakat yang berterusan (continuum of social capability).
  • penyelidikan terkini (kontrovesi) di UK mencadangkan kemungkinannya terdapat kaitan antara autisme dan vaksin MMR.
  • analisa autisme sebagai kebutaan minda (mind blindness) -- ketidak mampuan mencipta model fikiran orang lain. Contoh biasa adalah "di mana X mencari objek yang mereka simpan, tetapi dialih oleh Y" -- lihat teori minda.
  • terdapat dakwaan terkini bahawa autisme kemungkinannya didorong oleh keracunan logam berat/logam raksa (tiada sokongan dalam penulisan perubatan utama.?)
  • peningkatan dakwaan rawatan berjaya pada kanak-kanak dengan rawatan chelation pemakanan bebas kafein, bebas gluten dan raksa.
  • RDI merupakan program rawatan mensasar kecacatan teras sosial/hubungan pesakit autisme.

Kedua-dua Oliver Sacks dan Torey Hayden telah menulis mengenai pesakit atau pelajar autistik. Temple Grandin turut menulis mengenai hidupnya. Donna Williams (Autism:an inside-out approach, ISBN 1-85302-387-6) gives an interesting perspective on the experience of the person with autism.

Di Malaysia, kanak-kanak warganegara Malaysia yang telah disahkan autisme boleh mendaftar sebagai orang kurang upaya (OKU). Mereka mempunyai kad OKU daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKM) dan pelajar memperoleh bantuan kewangan daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) kerana mengikuti kelas pemulihan di bawah seliaannya.[1]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]