Pencuri Hati Mr. Cinderella
Pencuri Hati Mr. Cinderella | |
---|---|
Pengarah | Ahmad Idham |
Penulis | Ahmad Idham |
Lakon layar | Ahmad Idham |
Cerita oleh | Ahmad Idham |
Dihasilkan oleh | Ahmad Idham |
Dibintangi | |
Sinematografi | Areel Abu Bakar |
Syarikat penerbitan | Ahmad Idham Motion Pictures |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 190 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Pecah panggung | RM18,864 |
Pencuri Hati Mr. Cinderella merupakan sebuah filem tahi dan sangat tidak patut ditonton
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Salman yang berumur 45 tahun, seorang usahawan hartanah yang baru menjejakkan kakinya ke Malaysia dari Perth, Australia setelah tiga tahun merajuk menghilangkan diri selepas penceraian kali keduanya dengan Nurul yang sangat disayangi. Kembalinya ke Kuala Lumpur itu hanya untuk 10 hari dan untuk membantu rakan kongsi lamanya, Johari yang berumur 39 tahun untuk mendapatkan satu projek besar di Bukit Katil, Melaka. Dalam tempoh itu, tidak diduga pertemuan Salman dengan seorang pekerja sosial di Bukit Bintang telah berjaya mencuri hatinya untuk bercinta semula. Ameera, seorang gadis 19 tahun terlalu ambil mudah perihal kehidupannya. Segalanya adalah duit mudah dan hiburan sehinggakan dia sering ditegur rakan serumahnya, supaya berubah. Kali pertama Salman terlihat Ameera ketika hampir terlanggarnya di depan sebuah kompleks membeli-belah dan ianya telah membuka minat Salman untuk mengenali Ameera. Apakah Ameera menerima kehadiran Salman? Adakah Salman benar-benar ikhlas untuk rapat dengan Ameeera? Bagi Ameera pula, apakah yang penting dia mendapat duit ketika meluangkan masa dengan Salman.
Pada masa sama, Ameera juga berkenalan dengan Ismadi (Boy) yang berumur 24 tahun yakni anak Johari, sahabat baik Salman. Pada suatu hari, dia telah diperkosa oleh Boy. Adakah Boy mengambil tanggungjawab dengan melamar Ameera. Adakah dilema muncul untuk Ameera memilih siapakah yang akan menjadi teman dalam hidup barunya. Sama ada Salman atau Boy?
Pelakon
[sunting | sunting sumber]- Ahmad Idham sebagai Salman
- Atikah Suhaime sebagai Ameera
- Eizlan Yusof sebagai Johari
- Cat Farish sebagai Loyai
- Faye Kusairi sebagai Maria
- Dayana Roza sebagai Atikah
Penampilan khas
[sunting | sunting sumber]- Haliza Misbun sebagai Nurul
- Hairul Azreen sebagai Boy
- Ku Faridah sebagai Mummy
Penerbitan
[sunting | sunting sumber]Pencuri Hati Mr. Cinderella diarahkan oleh Ahmad Idham yang turut bertindak sebagai penulis lakonlayar dan penerbit.[1]
Keluaran dan sambutan
[sunting | sunting sumber]Pencuri Hati Mr. Cinderella ditayangkan pada 10 Ogos 2017 dan merupakan kegagalan besar komersial, sekadar meraih kutipan RM 18,000, malah posternya dikecam netizen kerana seperti poster filem 1970an sedangkan filem ini ditayangkan pada 2017 dan sepatutnya mempunyai poster yang moden dan segar. Netizen berseloroh mengatakan Ahmad Idham hanya menggunakan PowerPoint untuk membuat poster.[2] Ahmad Idham telah berkata: "Maklum balas yang saya terima mengatakan filem ini sampah dan hanya sesuai dijadikan telefilem atau tidak perlu ditayangkan langsung. Saya merasakan orang Malaysia tidak memahami karya agung yang akan di sampaikan." Bagaimanapun, sambutannya agak mengecewakan apabila hanya mencatat kutipan kurang RM18,000.[3]
Tayangan media
[sunting | sunting sumber]Pencuri Hati Mr. Cinderella dipertontonkan untuk tayangan di televisyen secara eksklusif di Astro First bermula 6 September 2017.[4]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Amirul Haswendy Ashari (6 Ogos 2017). "Cinderella bernafas kembali". Harian Metro. Dicapai pada 28 September 2017.
- ^ "Poster Filem Dikecam, Ini Jawapan Ahmad Idham". My News Hub. 8 Ogos 2017. Dicapai pada 28 Ogos 2017.
- ^ Amirul Haswendy Ashari (3 September 2017). "Kutip tak sampai RM10,000". Harian Metro. Dicapai pada 28 September 2017.
- ^ "Pencuri Hati Mr. Cinderella kini di Astro First". Selebriti Online. 7 September 2017. Dicapai pada 28 September 2017.