Hantu Nan Sempit
Hantu Nan Sempit | |
---|---|
Pengarah | Ahmad Idham |
Penulis | Ahmad Idham |
Dihasilkan oleh | Azlan Shah Jaffril Ahmad Idham |
Dibintangi | |
Disunting oleh | Shamsul Zain |
Syarikat penerbitan | |
Tarikh tayangan | 5 Jun 2014 |
Masa tayangan | 90 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Hantu Nan Sempit merupakan filem aksi komedi Malaysia 2014 arahan dan tulisan Ahmad Idham. Filem ini merupakan hasil gabungan daripada dua filem arahan Idham, Adnan Sempit (2010) dan Hantu Bonceng (2011). Ia dibintangi oleh Hazama, Soffi Jikan, Khir Rahman, Erin Malek dan Jue Aziz, mengisahkan tentang Ady dnan yang sedang dalam perjalanan pulang ke rumah menunggang basikal, apabila dia tiba-tiba terlibat dalam kemalangan misteri. Adnan ditemui hilang tanpa dapat dikesan dan semua yang tinggal adalah motosikalnya di tempat kejadian kemalangan. Filem ini ditayangkan pada 5 Jun 2014.
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Mengisahkan seorang mekanik bernama Ady yang bekerja di sebuah bengkel yang tidak laku membaik pulih sebuah motosikal yang mengalami kemalangan dan motosikal tersebut seolah-olah mempunyai rohnya sendiri. Ia bermula apabila motosikal yang ditimpa kemalangan tersebut datang ke bengkel dan pemilik bengkel itu, Ribut, menegaskan Ady membaiki motosikal tersebut sebaik yang boleh. Ribut mengalami masalah kekurangan pelanggan di bengkelnya dan membuat keputusan untuk mendapatkan khidmat bomoh atas nasihat rakannya, Suraya. Ady yang sering kecewa kerana cintanya ditolak oleh Nina, anak saudara kepada Ribut, selalu meluahkan rasa sedihnya bersama motosikal rosak itu. Sebaik sahaja motosikal itu dibaiki, Ady membawanya untuk uji dan motosikal itu tiba-tiba bertindak dengan sendirinya apabila diganggu oleh beberapa mat rempit yang cuba menganggu Ady.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]- Hazama sebagai Ady
- Soffi Jikan sebagai Ribut
- Khir Rahman sebagai Spid
- Erin Malek sebagai Tasha
- Jue Aziz sebagai Suraya
- Usop Wilcha sebagai Tok Laris
- Azrul Zaidi sebagai Tok Moh
- Adam Shah sebagai Cekeng
- Atu Zero sebagai Tepik
Penerbitan
[sunting | sunting sumber]Hantu Nan Sempit diarahkan oleh Ahmad Idham yang sebelum ini mengarahkan Jangan Pandang Belakang (2007), Adnan Sempit (2010) dan Hantu Bonceng (2011).
Penyanyi, Hazama diberikan peranan utama. Hantu Nan Sempit merupakan filem ketiga Hazama di bawah arahan Idham selepas Apa Celop Toqq... (2012) dan Lari (2013). Azlan Komeng mengendalikan koreografi dan berkhidmat sebagai penyelaras aksi, manakala Khairil Azreen Azmi diberi kepercayaan mereka bentuk poster.
Keluaran dan sambutan
[sunting | sunting sumber]Hantu Nan Sempit ditayangkan pada 5 Jun 2014 dan telah mencatat kutipan lebih RM500,000 dalam tempoh seminggu tayangan.[1] Ulasan yang diterima amat positif. Hanan Mansor dari Sinar Harian berkata: "...Hantu Nan Sempit bukanlah berkisar tentang mat rempit dan lumba haram semata-mata, tetapi sebuah motosikal unik mempunyai perasaan terhadap tuannya."[2]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Hantu Nan Sempit catat peningkatan luar biasa". Sinar Harian. 12 Jun 2014. Dicapai pada 28 Julai 2014.
- ^ Hanan Mansor (7 Jun 2014). "Apabila motosikal ada 'roh'". Sinar Harian. Dicapai pada 28 Julai 2014.