Pergi ke kandungan

Jangan Pandang Belakang Congkak 2

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jangan Pandang Belakang Congkak 2
Poster Filem Jangan Pandang Belakang Congkak 2
PengarahAhmad Idham
Lakon layarAhmad Idham
Dihasilkan olehDavid Teo
Dibintangi
SinematografiRaja Mukhriz
Muzik olehBring Ng
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehMIG Pictures
Tarikh tayangan
  • 7 Oktober 2010 (2010-10-07) (Malaysia)
Masa tayangan
90 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 1.8 juta
Pecah panggungRM 4.18 juta

Jangan Pandang Belakang Congkak 2 ialah sebuah filem komedi seram Malaysia 2010 arahan pengarah terkenal, Ahmad Idham yang ditayangkan di pawagam Malaysia pada 7 Oktober 2010. Filem yang dibintangi oleh Lan Pet Pet, Cat Farish, Nora Danish, Azlee Jaafar dan Lisa Surihani ini merupakan kesinambungan kepada judul sebelumnya, Jangan Pandang Belakang Congkak.

Setelah berjaya memulihkan Punai (Mazlan Pet Pet), Asmat (Cat Farish) dan Johan serta berjaya menewaskan Mustika (Lisa Surihani) dalam JPBC yang lalu, Pak Mor yang cedera itu terus menuju ke anak sungai. Di tepi sungai, Pak Mor (Azlee Jaafar) duduk bersila dan mula membaca jampi menteranya. Semakin lama semakin laju Pak Mor membaca jampi manteranya. Serentak angin mula bertiup. Semakin lama semakin kencang angin bertiup mengikut kelajuan Pak Mor membaca jampi manteranya. Tiba-tiba tubuh Pak Mor mula mengelupur. Mulutnya masih kumat kamit membaca jampi manteranya. Tiba-tiba Pak Mor kejang dan serentak dengan itu satu gumpalan asap keluar dari tubuh Pak Mor dan asap itu muncul Mustika. Setelah Mustika keluar dari tubuh Pak Mor, Pak Mor kembali pulih seperti sedia kala. Rupa-rupanya Pak Mor ada hubungan dengan Mustika dan mereka telah berpakat untuk mengambil semua harta dan saka Pak Sudir setelah kematian Pak Sudir. Dengan mengambil kesemua saka Pak Sudir (Piee), Pak Mor dan Mustika akan kekal muda untuk selama-lamanya tetapi kedatangan Punai, Asmat dan Johan telah menggagalkan rancangan mereka. Jadi, Pak Mor dan Mustika bertekad untuk menghapuskan Punai, Asmat dan Johan. Selagi Punai, Asmat dan Johan tidak dihapuskan, harta-harta dan saka-saka arwah Pak Sudir tidak akan jatuh ketangan Pak Mor dan Mustika.

Mustika (Lisa Surihani dan Pak Mor(Azlee Jaafar) sedang menyantau Punai dan Asmat.

Punai dan Asmat tinggal di rumah tinggalan datuk mereka. Johan melanjutak pelajaran keluar negara. Semasa mereka tinggal berdua, pelbagai mimpi aneh dan menakutkan melanda diri mereka. Gangguan bukan dihadapi dari segi mental, malah kehidupan mereka juga terganggu apabila Mustika dan Pak Mor ingin menyantau mereka. Tekad untuk memulihkan diri, Punai dan Asmat pergi meminta pertolongan dari pelbagai jenis bomoh tetapi gagal. Pada suatu hari, mereka didatangi oleh jelmaan arwah Pak Sudir. Jelmaan tersebut menyeru mereka untuk meminta pertolongan dari seorang bomoh bernama Wak Ketari Blues (Bob Kuman). Mereka meneruskan pencarian tanpa membuang masa. Dengan menaiki teksi dan berjalan kaki, Punai dan Asmat akhirnya menemui rumah Wak Ketari Blues. Wak Ketari memanggil mereka masuk. Semasa melakukan proses pemulihan, Wak Ketari diserang asma. Pada ketika itulah anak perempuan Wak Ketari, Seha (Nora Danish) muncul memberikan inhaler kepada bapanya. Punai dan Asmat yang terpegun dengan kecantikan anak perempuan Wak Ketari cuba mengambil perhatiannya. Semasa mereka berbual, Punai dan Asmat menerangkan tentang asal-usul mereka. Selepas mengetahuinya, Wak Ketari tidak teragak-agak untuk mewariskan ilmu perdukunannya kepada dua cucu Pak Sudir itu. Wak Ketari menyatakan bahawa ujian perdukunan akan dilakukan pada malam itu juga.

Tersentak dengan ketiadaan mereka di kampung, par Mor dan Mustika memulakan pencarian untuk menjejak Punai dan Asmat. Setelah berjaya menjejak mereka, mereka mengganggu kehidupan mereka dengan membomohkan Seha. Wak Ketari sambil dibantu oleh Punai dan Asmat, mereka berjaya memulihkan Seha.

Tiba hari terakhir, Asmat dan Punai dihantar untuk menangkap makhluk halus di kawasan yang ditetapkan. Akhirnya mereka lulus dan berjaya mewarisi ilmu perbomohan. Di hari terakhir meraikan kejayaan mereka, Seha ditimpa kecelakaan. Mereka segera mencari punca masalah tersebut. Wak Ketari menggunakan kelebihannya untuk berhubung dengan Pak Mor dan menanyakan punca beliau mengganggu Punai dan Asmat. Satu perjanjian dibuat. Punai dan Asmat berjanji akan bertarung dengan Pak Mor dan Mustika di satu kawasan. Mereka bertarung sambil ditemani Seha sebagai pemberi semangat. Dengan menggunakan ilmu yang ada, Punai dan Asmat berjaya menewaskan Pak Mor dan Mustika. Pak Mor dan Mustika berubah rupa dan akhirnya tinggal di rumah orang tua.

Perebutan untuk mendapatkan Seha tergantung apabila Seha tidak memberikan jawapan tentang jejaka idamanya.

Setelah mencipta kejayaan dengan mencapai kutipan box-office sebanyak RM 6.3 juta menerusi filem Jangan Pandang Belakang Congkak (JPBC), Metrowealth Pictures Sdn Bhd (MIG) Golden Screen Cinemas Sdn Bhd (GSC) meneruskan kesinambungan dengan menerbitkan filem berjudul Jangan Pandang Belakang Congkak 2 (JPBC 2)[1]. Jika sebelum ini penonton telah menonton sekuel pertama dan tidak berpuas hati dengan pengakhiran jalan ceritanya yang agak tergantung dan membuatkan penonton tertanya-tanya, Jangan Pandang Belakang Congkak 2 menjadi pelengkap siri pertama .

Menampilkan Ahmad Idham Ahmad Nadzri selaku pengarah, JPBC 2 masih lagi mengekalkan barisan pelakon-pelakon asal dan mengetengahkan plot penceritaan yang sama. Cuma bezanya, ketiadaan pelakon Shaheizy Sam, Dina, Zarina dan Mas Muharni telah digantikan dengan kemunculan Nora Danish yang membawa watak baru dalam sekuel kedua ini. Selain itu, penggunaan sistem bunyi Dolby Digital Surround dalam filem ini juga ternyata dapat memberikan kepuasan maksimum kepada penonton. Dengan adanya teknik-teknik serta aplikasi canggih dalam pembikinan filem ini, ia yakin dapat memberikan impak hebat kepada penonton[2].

Jalan cerita ini ada sedikit persamaan dengan cerita yang pernah menggondol anugerah Filem Komedi Terbaik Festival Filem Asia Pasifik ke-6, arahan Seniman Agung P. Ramlee iaitu Pendekar Bujang Lapok.

Lokasi Pengambaran

[sunting | sunting sumber]

Pengambaran dilakukan di sekitar Lembah Klang dan Perlis Indera Kayangan.


  1. ^ http://m.cinema.com.my/movies/MovieReview.aspx?link=2010.6658.janganpandangbelakangcongkak2.12330[pautan mati kekal]
  2. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-01-01. Dicapai pada 2010-12-12.


Pautan luar

[sunting | sunting sumber]