Pelabuhan Shanghai
Pelabuhan Shanghai 上海港 | |
---|---|
Maklumat am | |
Jenis | Pelabuhan dalam dan sungai |
Dibuka pada | 1842 (sebagai pelabuhan perjanjian) |
Laman sesawang | http://www.portshanghai.com.cn |
Maklumat pentadbiran dan teknikal | |
Pengendali | Shanghai International Port Company Ltd. |
Pemilik | Awam |
Maklumat perangkaan | |
Tanan kargo tahunan | 514 juta (2016) |
Jumlah kontena tahunan | 43.3 juta TEU (2019) |
Maklumat lokasi | |
Negara | China |
Lokasi | Shanghai |
Koordinat | 30°37′36″N 122°03′54″E / 30.626539°N 122.064958°E |
sunting · sunting di Wikidata |
Pelabuhan Shanghai (Bahasa Cina: 上海港 ; pinyin: Shànghǎi Gǎng ; Wu; Zånhae Kån) ialah sebuah pelabuhan yang terdiri daripada pelabuhan laut dalam dan pelabuhan sungai yang terletak di Shanghai, China. Pada tahun 2006, ia menjadi pelabuhan tersibuk di dunia buat pertama kali berdasarkan tanan kargo yang mencecah 537 juta TEU.
Geografi
[sunting | sunting sumber]Pelabuhan Shanghai mengadap Laut China Timur di timur, dan Teluk Hangzhou di selatan. Ia termasuk di dalam kawasan muara Sungai Yangtze, Sungai Huangpu dan Sungai Qiantang.
Pentadbiran
[sunting | sunting sumber]Pelabuhan Shanghai diuruskan oleh Shanghai International Port yang menggantikan lembaga pelabuhan Shanghai pada tahun 2003. [1]. Shanghai International Port Berhad adalah syarikat senaraian awam yang mana 44.23 peratus dari sahamnya dimiliki oleh majlis perbandaran Shanghai.[2]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Pada zaman Dinasti Ming, kawasan bandaraya Shanghai sekarang adalah sebahagian dari wilayah Jiangsu (dengan sebahagian kecil kawasan dari wilayah Zhejiang). Walaupun Shanghai dijadikan pusat pemerintahan daerah pada zaman Dinasti Yuan, ia masih sebuah bandar yang kecil.
Kedudukannya di muara sungai Yangtze membantu perkembangannya menjadi pusat perdagangan pesisir pada zaman Dinasti Qing, terutamanya ketika era Maharaja Qianlong. Beransur-ansur, pelabuhan Shanghai mengatasi Pelabuhan Ningbo dan pelabuhan Guangzhou untuk menjadi pelabuhan terbesar di China pada waktu itu.
Pada tahun 1842, Shanghai menjadi pelabuhan persetiaan yang menukarnya mejadi bandaraya komersil antarabangsa. Menjelang awal kurun ke-20, ia adalah bandaraya dan pelabuhan terbesar di Timur Jauh.
Pada tahun 1949, selepas Shanghai diambil alih oleh Komunis, perdagangan luar telah merosot dengan mendadak. Ini kerana, polisi ekonomi kerajaan Komunis telah memberi kesan buruk kepada pembangunan prasarana dan modal di Shanghai.
Pada tahun 1991, kerajaan pusat telah membenarkan Shanghai untuk melaksanakan Reformasi Ekonomi. Semenjak itu, pelabuhan Shanghai telah membangun dengan pantas. Pada tahun 2005, pelabuhan laut dalam Yangshan telah dibina di kepulauan Yangshan, satu gugusan pulau di Teluk Hangzhou yang dihubungkan kepada Shanghai dengan Jambatan Donghai. Pembangunan ini dapat mengatasi masalah perairan yang cetek di kawasan pelabuhan lamanya, sekaligus dapat menyaingi pelabuhan laut dalam yang lain seperti pelabuhan Ningbo-Zhoushan.
Zon pelabuhan
[sunting | sunting sumber]Terdapat 5 zon kerja utama bagi Pelabuhan Shanghai:
- Muara Sungai Yangtze
- Muara Sungai Huangpu di Wusongkou (Bahasa Cina: 吴淞口)
- Waigaoqiao (外高桥) di Pudong
- Pelabuhan laut dalam Yangshan (Teluk Hangzhou & Laut China Timur)
- Pesisir Pudong (Laut China Timur)
Ekonomi
[sunting | sunting sumber]Pelabuhan Shanghai adalah hab pengangkutan dan pintu masuk perdagangan asing yang amat penting untuk rantau sungai Yangtze. Ianya menjadi nadi kepada pedalaman Yangtze seperti wilayah Anhui, Jiangsu, Zhejiang dan Henan, yang maju dari segi ekonomi dan memiliki kepadatan penduduk yang tinggi, tapak industri yang kukuh dan sektor pertanian yang maju. [3]
Data
[sunting | sunting sumber]Luas kawasan: 3619.6 km persegi
1984, 100 juta metrik tan (mt) dikendalikan
1999, 186 juta mt
2005, 443 juta mt
2006, 537 juta mt
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-01-13. Dicapai pada 2009-07-17.
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-01-13. Dicapai pada 2009-07-17.
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-06-08. Dicapai pada 2009-07-17.