Pergi ke kandungan

TEU

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sebuah kontena ISO 40 kaki bersamaan dengan 2 TEU.

TEU atau unit bersamaan dua puluh kaki (twenty-foot equivalent unit) adalah unit anggaran untuk kapasiti kargo yang sering digunakan untuk mengukur kapasiti kapal kontena dan terminal kontena.[1] Ianya berdasarkan ukuran 20 kaki panjang sebuah kontena, peti besi yang bersaiz piawai yang mudah dibawa oleh kapal kontena, keretapi dan trak.[1] Unit lain yang berkaitan adalah unit bersamaan empat puluh kaki (forty-foot equivalent unit) (FEU atau feu) yang juga ditakrifkan sebagai dua TEU.

Satu TEU adalah kapasiti kargo untuk kontena yang berukuran 20 kaki (6.1 m) panjang dan 8 kaki (2.6 m) lebar.[1] Terdapat ketidakseragaman dalam ketinggian sesuatu kontena, ada yang berukuran antara 4.25 dan 9.5 kaki (1.30 dan 2.90 m) tinggi, tetapi ukuran yang biasa digunakan adalah 8.5 kaki (2.6 m).[2] Sudah menjadi kebiasaan juga untuk merujuk kontena 45 kaki sebagai 2 TEU, bukan 2.25 TEU.[3]

Kapasiti TEU untuk saiz-saiz biasa kontena
Panjang Lebar Tinggi Isi padu TEU
20 ka (6.1 m) 8 ka (2.4 m) 8.5 ka (2.6 m) 1,360 kaki padu (39 m3) 1
40 ka (12 m) 8 ka (2.4 m) 8.5 ka (2.6 m) 2,720 kaki padu (77 m3) 2
45 ka (14 m) 8 ka (2.4 m) 8.5 ka (2.6 m) 3,060 kaki padu (87 m3) 2[3] atau 2.25
48 ka (15 m) 8 ka (2.4 m) 8.5 ka (2.6 m) 3,264 kaki padu (92.4 m3) 2.4
53 ka (16 m) 8 ka (2.4 m) 8.5 ka (2.6 m) 3,604 kaki padu (102.1 m3) 2.65
Kiub tinggi
20 ka (6.1 m) 8 ka (2.4 m) 9.5 ka (2.9 m) 1,520 kaki padu (43 m3) 1[2]
Separuh tinggi
20 ka (6.1 m) 8 ka (2.4 m) 4.25 ka (1.30 m) 680 kaki padu (19 m3) 1[2]

Seperti dinyatakan di atas, TEU adalah unit anggaran dan ianya tidak dapat ditukar dengan tepat ke dalam uni-unit yang lain. Dimensi yang selalu digunakan untuk sebuah kontena 20 kaki (6.1 m) adalah 20 kaki (6.1 m) panjang, 8 kaki (2.4 m) lebar, dan 8.5 kaki (2.6 m) tinggi, untuk isi padu 1,360 kaki padu (39 m3). Namun, kontena 9.5 kaki (2.9 m) kiub tinggi dan 4.25 kaki (1.30 m) separuh tinggi juga dirujuk sebagai 1 TEU.[2][3] Jadi, julat isi padu bagi satu TEU adalah antara 680 kaki padu (19 m3) dan 1,520 kaki padu (43 m3).

Walaupun TEU itu sendiri bukanlah ukuran untuk berat, berat maksimum bagi 1 TEU itu sendiri dapat ditentukan. Berat maksimum untuk kontena 20 kaki (6.1 m) dengan kargo kering adalah 24,000 kilogram (53,000 lb).[4] Setelah ditolak dengan berat kosong kontena itu, jumlah maksimum kargo untuk satu TEU berkurangan kepada kira-kira 21,600 kilogram (48,000 lb).[4]

Kapal Emma Mærsk secara rasminya dapat membawa muatan sebanyak 11,000 TEU walaupun jumlah sebenar yang mampu dibawanya adalah sehingga 15,000.[5][6]

Berat kasar maksimum untuk satu kontena 40 kaki (12 m) dengan kargo kering (termasuk kontena kiub tinggi 9.5 kaki (2.9 m)) adalah 30,480 kilogram (67,200 lb).[4] Selepas ditolak dengan berat kosong, kapasiti bersih kargo adalah 26,500 kilogram (58,000 lb).[4]

Kontena dua puluh kaki yang "diuji berat" yang digunakan untuk barangan berat seperti mesin berat mampu membawa berat kasar maksimum 30,500 kilogram, dengan berat kosong 2,400 kilogram dan berat bersih 28,080 kilogram.

Lihat Juga

[sunting | sunting sumber]

Nota Kaki

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ a b c Rowlett, 2004.
  2. ^ a b c d "Container Shipping". damovers.com. damovers.com. Dicapai pada 2008-03-22.
  3. ^ a b c businesspeek.com (2006). "Shipping Container Basics". businesspeek.com. businesspeek.com. Dicapai pada 2008-03-22.
  4. ^ a b c d "Shipping containers". Emase. Dicapai pada 2007-02-10.
  5. ^ "Namegiving of newbuilding L 203" (Siaran akhbar). Odense Steel Shipyard. 2006-12-08. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-07-13. Dicapai pada 2009-07-04.
  6. ^ Koepf, Pam (2006), "Overachievers We Love", Popular Science 269 (6): 24