Paparazzi (filem)
Paparazzi | |
---|---|
Pengarah | Paul Abascal |
Produser | Mel Gibson, Bruce Davey |
Penulis | Forrest Smith |
Pelakon | Cole Hauser Robin Tunney Tom Sizemore Daniel Baldwin Dennis Farina | |
Tarikh tayangan | 3 September 2004 |
Masa | 84 min |
Bahasa | Bahasa Inggeris, Bahasa Sepanyol |
Paparazzi merupakan filem aksi yang diterbitkan pada 2004 dan diarahkan oleh Paul Abascal, produser oleh Mel Gibson, serta dibintangi oleh Cole Hauser dan Tom Sizemore.
Filem ini menceritakan dendam seorang pelakon filem terkenal Hollywood yang terbabit dalam kemalangan yang disebabkan oleh sekumpulan paparazzi.
Jalan Cerita
[sunting | sunting sumber]Templat:Spoiler Bo Laramie (Hauser) merupakan bintang Hollywood yang terkenal dan beliau serta keluarganya sering menjadi tumpuan sekumpulan paparazzi yang menyiarkan berita-berita negatif mengenai mereka. Apabila isterinya (Tunney) dan anaknya cedera dalam kemalangan, beliau nekad untuk membalas dendam ke atas empat orang paparazzi yang menyebabkan beliau kemalangan. Hasilnya tiga daripada empat orang paparazzi terbabit mati dibunuh oleh beliau dengan cara yang berbeza dan seorang lagi berjaya ditangkap pihak polis atas tuduhan menyebabkan kemalangan dan merogol seorang wanita.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]- Cole Hauser Bo Laramie
- Robin Tunney Abby Laramie
- Tom Sizemore Rex Harper
- Daniel Baldwin Wendell Stokes
- Dennis Farina Detective Burton
- Chris Rock Penghantar piza
- Matthew McConaughey diri sendiri
Reaksi
[sunting | sunting sumber]Pecah panggung
[sunting | sunting sumber]Filem ini gagal mencatat kutipan yang memberangsangkan. Dengan kos sebanyak $20 juta tetapi hanya membawa pulangan kira-kira $15 juta sahaja.[1]
- Kutipan di Amerika Syarikat : $ 15,714,234
- Kutipan antarabangsa: US$891,529
- Jumlah keseluruhan: US$16,605,763
Rujukan
[sunting | sunting sumber]Pautan Luar
[sunting | sunting sumber]- Official site
- title di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
- Paparazzi di Rotten Tomatoes
- Boxoffice information