P. Kamalanathan
Kamalanathan a/l Panchanathan DPMK (Kedah), KMN | |
---|---|
Fail:Kamalanathan.jpg | |
Timbalan Menteri Pendidikan I | |
Dalam jawatan 29 Julai 2015 – 10 Mei 2018 | |
Menteri | Dato' Seri Diraja Mahdzir Khalid |
Didahului oleh | Datuk Mary Yap Kain Ching |
Digantikan oleh | Teo Nie Ching |
Timbalan Menteri Pendidikan II | |
Dalam jawatan 16 Mei 2013 – 28 Julai 2015 | |
Menteri | Tan Sri Muhyiddin Yassin (I) Idris Jusoh (II) |
Didahului oleh | Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi |
Digantikan oleh | Senator Chong Sin Woon |
Ahli Parlimen Malaysia bagi P94 Hulu Selangor, Selangor | |
Dalam jawatan 25 April 2010 – 9 Mei 2018 | |
Didahului oleh | Zainal Abidin Ahmad (PKR–PR) |
Digantikan oleh | June Low Hsiad Hui |
Majoriti | 3,414 (PRU-13) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Kamalanathan a/l Panchanathan 18 Oktober 1965 Sentul, Kuala Lumpur, Selangor |
Parti politik | BN-MIC |
Pasangan | Datin S. Shobana |
Kediaman | Taman Garing, Rawang |
Pekerjaan | Ahli politik |
Bidang pengkhususan | Pengamal Perhubungan Awam |
Laman web | http://www.pkamalanathan.com/ |
Yang Berhormat Dato' P. Kamalanathan, DPMK (Kedah), KMN, (lahir Kamalanathan a/l Panchanathan; 18 Oktober 1965) merupakan ahli politik Malaysia berketurunan India yang juga bekas Ahli Parlimen Hulu Selangor dari Kongres India Malaysia (MIC), parti komponen Barisan Nasional. Beliau tewas dengan bilangan undi 27,392 pada PRU-14. Beliau ditewaskan oleh June Leow Hsiad Hui, Ahli Parlimen Hulu Selangor kini. June Leow menang dengan undi yang amat banyak iaitu 40783. Manakala beliau memenangi kerusi P94 Hulu Selangor dengan bilangan undi 37,403 pada Pilihanraya Umum ke-13 pada 5 Mei 2013. Beliau menewaskan Khalid Jaafar (PKR), Radzali Mokhtar (Bebas) dan Santhara Kumar Ramanaidu (Bebas). Di peringkat akar umbi beliau adalah Ketua Penerangan MIC.
Pendidikan
[sunting | sunting sumber]Kamalanathan fasih dalam bahasa Inggeris, bahasa Malaysia dan bahasa Tamil. Kamalanathan berkelulusan sijil perhubungan awam dari London Chambers of Commerce and Industry di England, Diploma dalam bidang penterjemahan (Dewan Bahasa dan Pustaka).Ijazah Sarjana Muda dalam Perhubungan Awam dari Edith Cowan University di Australia.
Beliau anak jati Rawang dan aktif dalam dunia penulisan blog. Blog beliau di blog http://www.pkamalanathan.com/ Diarkibkan 2010-04-24 di Wayback Machine. Pada 2004, Institut Perhubungan Awam Malaysia mengiktiraf atas usaha "Majlis Pelbagai Kaum Terbaik di Malaysia bagi tahun 2004". Beliau menjadi anggota Majlis Perbandaran Selayang (2004-2006). Dokumentari 'The Truth' hasil kerja beliau disiarkan oleh RTM yang memaparkan kejayaan dan pencapaian sebenar komuniti India di Malaysia.[1]
Kamalanathan, adalah ketua perhubungan awam Beras Jati Sdn Bhd, sebuah syarikat peruncitan beras. Selain itu beliau menjadi pensyarah sambilan di sebuah kolej swasta.[2] Beliau pernah bertugas sebagai Pegawai Perhubungan Awam di Majlis Penggalakan Minyak Sawit Malaysia (Mpoc) sebelum menyertai syarikat Serba Wangi Sdn Bhd (JATI),(anak syarikat Bernas) pada 2001.
Latarbelakang keluarga
[sunting | sunting sumber]Isterinya S.Shobana, seorang pengurus kanan perhubungan awam sebuah hospital swasta. Kamalanathan mulanya menjadi kerani di Associated Pan Malaysia Cement Sdn Bhd pada 1985. Kemudian menjadi pegawai perhubungan awam dengan MPOPC selama enam tahun. Seterusnya menjadi pengurus perhubungan awam bagi syarikat Carotino.
Latarbelakang politik
[sunting | sunting sumber]Kamalanathan dilantik sebagai ketua penerangan MIC pada Perhimpunan MIC pada September 2009.
Pilihanraya Kecil Hulu Selangor 2010
[sunting | sunting sumber]Pada 25 April 2010, beliau menang di dalam Pilihan raya kecil Hulu Selangor 2010 setelah menewaskan Datuk Zaid Ibrahim dari PKR dan menjadi Ahli Parlimen kawasan Hulu Selangor.
Tahun | Barisan Nasional | Undi | Pts | Lawan | Undi | Pts | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2010 | P. Kamalanathan (MIC) | 24,997 | 51% | Zaid Ibrahim (PKR) | 23,272 | 48% |
Isu dan kontroversi
[sunting | sunting sumber]Bukan calon pilihan raya Hulu Selangor
[sunting | sunting sumber]Pada mulanya beliau bukanlah pilihan Presiden MIC, Tan Seri Samy Vellu atau pilihan UMNO Hulu Selangor kerana Samy Vellu awal-awal lagi mencadangkan satu nama sahaja dari MIC iaitu Datuk G. Palanivel yang merupakan Timbalan Presiden MIC, Ketua MIC Selangor dan Ketua MIC Hulu Selangor, bakal Presiden MIC pada waktu itu.
Akan tetapi pemimpin UMNO Selangor mahukan G. Palanivel diganti dengan pemimpin MIC yang lebih segar atau pilih sahaja pemimpin UMNO kerana kawasan ini majoritinya Melayu. G. Palanivel telah berkhidmat selama 4 penggal (1990-2008) dan tentu ada serba serbi kekurangan. Beberapa pemimpin cawangan MIC dikatakan akan membubarkan cawangan jika G Palanivel tidak dipilih. Palanivel akan menjadi Presiden MIC, kemungkinan besar dalam masa 13-14 bulan lagi. Samy Vellu masih mengharapkan Palanivel dipilih kerana dia akan berjumpa dengan Datuk Seri Najib Tun Razak sekembali dari Washington. 30 daripada 72 ketua cawangan MIC berkumpul di ibu pejabat MIC Hulu Selangor di Kuala Kubu Baru menyokong Palanivel.[3]
Malah Samy Vellu dan Majlis tertinggi MIC memecat V Mugilan. Nama Mugilan lebih disenangi. Beliau merupakan Ketua Pemuda MIC Bahagian Hulu Selangor dan Naib Ketua Pemuda MIC Pusat serta anak didik G Palanivel. Sebagai jalan penyelesaian, Palanivel bolehlah memilih kerusi selesa yang lain. Ini juga bermakna MIC akhirnya berjaya meletakkan calon partinya, dapat jawatan Timbalan Menteri dan satu kerusi Senator.
Jawatan kerajaan
[sunting | sunting sumber]Pada PRU 13 yang lepas, YB P. Kamalanathan memenangi kerusi parlimen yang ditandinginya di Hulu Selangor. Selain itu juga beliau dilantik oleh Perdana Menteri Malaysia sebagai senarai anggota Kabinet Malaysia 2013 yang memegang jawatan Timbalan Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi ke 2.[4] Ketika itu, kementerian beliau diterajui oleh menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Kamalanathan janji rampas Hulu S'gor
- ^ Hulu S'gor: Kamalanathan lawan Zaid
- ^ Cawangan MIC Hulu S'gor beri kata dua
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-06-07. Dicapai pada 2013-05-16.