PAL
biru. (abad ke-20)]]
PAL, singkatan untuk phase alternating line (terjemahan: "Garisan Bersilang Tingkat"), ialah satu sistem pengekodan warna yang digunakan dalam sistem penyiaran televisyen di kebanyakan tempat di dunia. Sistem televisyen analog lain yang juga dipakai ialah SECAM dan NTSC.
Sejarah piawaian PAL
[sunting | sunting sumber]Pada 1950-an, ketika negara-negara Eropah Barat bercadang untuk melancarkan televisyen warna, mereka menghadapi masalah bahawa piawaian NTSC Amerika yang sedia ada tidak mampu muat dalam frekuensi AC 50 Hz dalam grid-grid tenaga Eropah. Tambahan pula, NTSC memperlihatkan beberapa kelemahan, termasuk anjakan ton warna dalam keadaan pemancaran yang kurang sempurna, oleh sebab itulah bermulanya perkembangan piawaian SECAM dan PAL, dengan tujuan menawarkan piawaian TV warna dengan frekuensi gambar 50 medan sesaat (50 Hertz), dan menampilkan gambar warna yang lebih bermutu berbanding NTSC.
PAL dimajukan oleh Walter Bruch di Telefunken di Jerman. Format ini julung kali diperkenalkan pada tahun 1963, manakala penyiaran pertama bermula di United Kingdom dan Jerman pada tahun 1967.[1]
Telefunken kemudiannya dibeli oleh pengilang elektronik Perancis Thomson. Thomson juga membeli Compagnie Générale de Télévision yang mana Henri de France memajukan SECAM, iaitu piawaian televisyen warna Eropah yang pertama dalam sejarah. Pada masa ini, Thomson juga mempunyai pegangan atas jenama RCA, yang menghasilkan piawaian TV warna NTSC sebelum penglibatan Thomson.
Istilah "PAL" sering digunakan secara tidak formal untuk memaksudkan sistem televisyen 625-line/50 Hz (576i, terutamanya Eropah), dan membezakannya daripada sistem "NTSC" 525-line/60 Hz (480i, terutamanya Amerika Utara/Amerika Tengah/Jepun). Oleh sebab itu, DVD turut dilabelkan sebagai "PAL" atau "NTSC" (secara tidak formalnya menyentuh kiraan garis dan kadar frem) meskipun secara teknikal, cakera-cakera Eropah tidak ada warna komposit PAL. Manakala itu, NTSC ada menyatakan format garis video dan frem.
Negara-negara dan wilayah-wilayah yang menggunakan PAL
[sunting | sunting sumber]Lebih 120 negara dan wilayah kini atau pernah menggunakan sistem PAL, kebanyakannya sedang beralih ke DVB-T.
PAL B, G, D, H atau I
[sunting | sunting sumber]Afghanistan
Afrika Selatan (Penyiaran PAL akan diberhentikan pada tahun 2011; sedang beralih ke DVB-T)
Albania (pengenalan DVB-T bermula pada tahun 2005)
Angola
Arab Saudi (juga mengguakan SECAM)
Australia (termasuk
Pulau Krismas dan
Pulau Norfolk; PAL akan diberhentikan untuk DVB-T menjelang tahun 2012)
Austria (DVB-T diperkenalkan pada tahun 2006)
Bahrain
Bangladesh
Belgium
Bosnia dan Herzegovina
Botswana
Brunei
Bulgaria (beralih dari SECAM 1994 - 1996; PAL akan diberhentikan untuk DVB-T menjelang tahun 2012)
Cameroon
Tanjung Verde
Republik Rakyat China (termasuk
Hong Kong dan
Makau; untuk Hong Kong, penyiaran PAL akan diberhentikan pada tahun 2012, penyiaran serentak dalam DVB-T)
Croatia (Penyiaran PAL akan diberhentikan pada tanggal 1 Januari 2011; sedang beralih ke DVB-T)
Cyprus
Republik Czech (beralih dari SECAM 1992 - 1994)
Pulau Easter
Emiriah Arab Bersatu
Eritrea
Estonia (beralih dari SECAM 1995 - 1999; PAL akan diberhentikan untuk memberi laluan kepada DVB-T selewatnya pada tahun 2012)
Habsyah
Kepulauan Falkland (UHF sahaja)
Fiji
Gambia
Georgia (negara)
Ghana
Gibraltar
Greece (beralih dari SECAM pada tahun 1992)
Guinea
Guinea-Bissau
Hungary (beralih dari SECAM 1995 - 1996; penyiaran PAL akan diberhentikan pada 31 Disember 2011; sedang beralih ke DVB-T)
Iceland
India
Indonesia (Penyiaran PAL akan diberhentikan pada tahun 2018; sedang beralih ke DVB-T)
Iran
Iraq
Republik Ireland (VHF dan UHF)
Israel (Penyiaran PAL akan diberhentikan pada tahun 2012; sedang beralih ke DVB-T)
Itali (Penyiaran PAL akan diberhentikan menjelang tahun 2012; sedang beralih ke DVB-T)
Jerman (penyiaran PAL diberhentikan pada akhir tahun 2008; DVB-T diperkenalkan pada tahun 2003)
Jordan
Kenya
Korea Utara
Kuwait
Latvia (beralih dari SECAM 1997 - 1999; penyiaran PAL diberhentikan pada tanggal 1 Jun 2010)
Lesotho
Liberia
Liechtenstein
Lithuania (beralih dari SECAM 1997 - 1999)
Lubnan
Luxembourg
Maghribi
Malawi
Malaysia (beralih ke DVB-T2 pada 31 Oktober 2019)
Maldives
Malta
Mesir
Montenegro
Mozambique
Myanmar
Namibia
Nepal
New Zealand (termasuk
Kepulauan Cook)
Nigeria
Norway (penyiaran PAL akan diberhentikan pada tahun 2008–2009, penyiaran serentak dalam DVB-T)
Oman
Pakistan
Negara Palestin (Gaza dan Tebing Barat)
Papua New Guinea
Poland (beralih dari SECAM 1993 - 1995; penyiaran PAL akan diberhentikan pada tahun 2013, penyiaran serentak dalam DVB-T)
Portugal, termasuk
Madeira dan
Azores
Qatar
Macedonia Utara (Penyiaran PAL akan diberhentikan pada tahun 2012; sedang beralih ke DVB-T)
Romania (Penyiaran PAL akan diberhentikan pada tahun 2010-2011; sedang beralih ke DVB-T)
Samoa, (sedang beralih ke NTSC dan mungkin sekali ATSC)
Serbia (Penyiaran PAL akan diberhentikan pada tahun 2015; sedang beralih ke DVB-T)
Seychelles
Sierra Leone
Singapura
Slovenia (penyiaran PAL akan diberhentikan pada akhir tahun 2010; sedang beralih ke DVB-T)
Slovakia (beralih dari SECAM 1993 - 1996; penyiaran PAL akan diberhentikan pada tahun 2012; sedang beralih ke DVB-T)
Kepulauan Solomon
Sri Lanka
Somalia
Sudan
Eswatini
Syria
Tanzania
Thailand
Timor Leste
Tonga (sedang beralih ke NTSC dan mungkin sekali ATSC)
Tristan da Cunha
Tunisia
Turki
Uganda
Ukraine
United Kingdom (termasuk Pulau Ascension, UHF sahaja, penyiaran PAL akan diberhentikan pada tahun 2012, penyiaran serentak dalam DVB-T)
Vanuatu
Kota Vatikan
Vietnam
Yaman
Zambia
Zimbabwe
PAL-M
[sunting | sunting sumber]Brazil (penyiaran serentak dalam ISDB-T bermula pada Disember 2007 sehingga 2016)
Laos (juga menggunakan SECAM)
PAL-N dan PAL-NC
[sunting | sunting sumber]Bekas pengguna PAL
[sunting | sunting sumber]Negara | Beralih ke | Peralihan selesai pada |
---|---|---|
![]() |
DVB-T | 25 September 2007 |
![]() |
DVB-T | 1 November 2009 |
![]() |
DVB-T | 1 September 2007 |
![]() |
DVB-T | 1 September 2006 |
![]() |
DVB-T | 14 Disember 2006 |
![]() |
DVB-T | 15 Oktober 2007 |
![]() ![]() |
DVB-T | 3 April 2010 |
![]() |
DVB-T | 26 November 2007 |
![]() |
DVB-T | 31 Mac 2010 |
![]() |
DVB-T2 | 31 Oktober 2019 |
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- PALplus
- Sistem penyiaran televisyen
- Format imej bergerak
- Stesen televisyen tertua
- Televisyen digital
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Piawaian yang mendefinisikan sistem PAL diterbit oleh Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa pada tahun 1998 dan diberi judul Recommendation ITU-R BT.470-6, Conventional Television Systems