Pergi ke kandungan

Orang Melayu Selangor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Orang Melayu Selangor
Orang Selangow
اورڠ ملايو سلاڠور
Jumlah penduduk
3,995,601
Kawasan ramai penduduk
Selangor dan Kuala Lumpur
Bahasa
Majoriti: Melayu (dialek Selangor)
Minoriti: Banjar, Jawa, Minangkabau, Bugis, Inggeris dan Arab
Agama
Sunni Islam
Kumpulan etnik berkaitan
Melayu Malaysia

Orang Melayu Selangor ialah antara sub-suku Melayu yang merupakan penduduk di Selangor. Dikatakan Orang Melayu Selangor berasal dari Orang Melayu Johor. Majoriti penduduk negeri Selangor dari kalangan orang Melayu Selangor terdiri daripada kalangan dari suku Jawa, Banjar,Minangkabau dan Bugis.

Negeri Selangor menjadikan negeri Melayu yang paling ramai di Malaysia.

Melayu Jati Selangor

[sunting | sunting sumber]

Orang Melayu Selangor bukan hanya Melayu Anak Dagang. Melayu Anak Jati telah wujud di Selangor.

Sebelum abad ke-19 dan 20, Selangor pada ketika itu tidak mempunyai ramai penduduk atau pendatang dari seluruh pelusuk Nusantara. Jadi pada masa itu Selangor kebanyakannya dihuni oleh Melayu jati. Melayu pada ketika itu dikenali sebagai orang Klang kerana disitulah terbentuknya identiti jati Melayu Selangor. Melayu Kelang dan Langat telah wujud sejak 2,500 tahun lalu namun telah melalui banyak percampuran dengan suku kaum lain hingga membentuk identiti suku kaum Melayu Kelang dan Langat yang kita kenali hari ini.

Daerah Klang dan Jugera / Langat (hari ini Kuala Langat) merupakan dua daerah tertua di Negeri Selangor di mana Klang merupakan yang paling tua. Catatan nama Klang telah wujud sejak zaman Srivijaya lagi malah dikatakan lebih awal seawal tahun 600 masihi. Manakala nama Jugera telah tercatat dalam catatan peta lama sejak zaman Melaka lagi. Jugera dan Langat sebelum terbentuknya Kesultanan Selangor, adalah daerah di bawah Klang di mana di zaman dahulu, Klang mempunyai pemerintahan tradisionalnya sendiri dan merupakan institusi pemerintahan yang tertua di negeri Selangor yang dipercayai wujud sejak tahun 600 masihi lagi.

Menurut penyelidik sejarah Selangor, Faisal Surani, Negeri Selangor yang dikenali pada hari ini hanya terbentuk pada November 1743, namun sebelum itu ia dikenali sebagai Negeri Kelang atau Kerajaan Kelang yang telah wujud dalam banyak era yang berbeza.

“Institusi Penghulu di Klang dipercayai telah wujud sejak zaman Empayar Srivijaya lagi (600-1100 masihi) dan kedudukan serta definisi penghulu ketika itu tidak sama seperti yang kita fahami pada hari ini.

“Institusi Penghulu di Klang dari zaman berkenaan merupakan institusi Orang Besar dan Ketua Adat yang berperanan sebagai Wakil Raja atau Pemerintah Mutlak negeri Klang.” ujarnya.

Pada zaman Kerajaan Melayu Melaka, Tun Perak pernah dilantik menjadi penghulu di Klang menggantikan penghulu sebelumnya.

“Sewaktu menjadi penghulu di Klang, Tun Perak telah membuat rumah di Jalan Rembau, Kampung Klang (sekarang Jalan Tengku Kelana) bersama orang-orang Melayu Kelang dan Melayu Melaka". katanya.

Kepesatan Kelang telah menarik minat perantau dari Minangkabau juga dan mereka ini telah banyak berasimilasi serta kahwin campur dengan orang Melayu Kelang serta Melayu Melaka.

Pada zaman pemerintahan Kerajaan Johor Lama pula, ia berperanan sebagai penyambung zaman Melaka di mana beberapa pembesar telah dihantar ke tempat-tempat yang berada di bawah naungannya termasuklah Klang.

“Kerajaan Johor Lama telah menghantar Dato’ Engku Klang sebagai Wakil Sultan Johor Lama di Klang.

“Di Kuala Selangor pula Dato’ Seri Agar Diraja dilantik sehingga tahun 1528 ketika Sultan Perak pertama mengambilnya menjadi pembesar di negeri itu,” katanya.

Pada masa sama, Kerajaan Pagar Ruyung dari Alam Minangkabau juga menghantar wakilnya iaitu Dato’ Tujuh Lekek Dato’ Bendahara Kuning Lima Kaum ke Klang bagi memenuhi permintaan masyarakat Minangkabau yang ramai di Klang ketika itu.

“Rombongan besar Dato’ Bendahara Kuning bersama-sama orang-orang Tanah Datar, Kuantan, Kampar dan Batu Bara ke Klang telah disambut secara besar-besaran mengikut adat oleh Dato’ Engku Pinang Tunggal iaitu Dato’ Engku Klang yang pertama.

“Disebabkan hubungan baik antara Kerajaan Johor Lama dan Kerajaan Pagar Ruyung serta kawasan Klang yang besar, maka kedua-dua Dato’ Engku Pinang Tunggal dan Dato’ Bendahara Kuning bersepakat dan bersetuju memerintah Klang secara bersama.

“Pemerintahan itu menyaksikan Dato’ Engku Klang mentadbir di Klang Darat dan Dato’ Bendahara Kuning pula memerintah kawasan Klang Pantai.

“Perkara ini dilambangkan dengan alat kebesaran iaitu Merak Mas. Satu daripadanya disimpan oleh Dato’ Engku Klang dan satu lagi dipegang oleh Dato’ Bendahara Kuning Klang,” katanya.

Sejak itu, Klang menjadi salah satu negeri di bawah pengaruh Minangkabau di Semenanjung Tanah Melayu yang dikenali sebagai Negeri Yang Sembilan.

Malah di dalam tambo juga ada disebut tentang perjanjian ini dan sempadan pemerintahan kedua-dua pembesar ini. Sempadan kuasa Dato’ Kaya Klang merangkumi:

“...dari penghabisan pasang (pertemuan Sungai Pencala dan Sungai Klang) hinggo panghabisan suruik (Pulau Ketam, Selat Melaka) Sungei Kolang kiri kanannyo, dari Sungei Pulo (berhampiran Jeram) di utaro hinggo Tanjung Rhu (Pulau Sialang atau Pulau Carey sekarang) di selatan...”

Keturunan Dato’ Engku Klang inilah yang menjadi Orang Besar Daerah Hulu Langat sekarang manakala keturunan Dato’ Bendahara Kuning pula memegang jawatan Orang Besar Daerah Klang turun temurun dan dikurniakan gelaran Orang Kaya Klang oleh Kerajaan Johor Lama kerana berpangkat Bendahara.

“Dalam kalangan Pembesar Tradisional di negeri Klang dan negeri Selangor kemudiannya, hanya Klang sahaja yang menggunakan gelaran ‘Orang Kaya’.

“Secara asasnya gelaran penuh jawatan pusaka Orang Besar Daerah Klang adalah Dato’ Bendahara Kuning Klang Orang Kaya Maha Bijaya Klang.

“Mereka inilah pemerintah tradisional Negeri Klang sebagai salah satu Negeri Sembilan yang asal sebelum kedatangan orang-orang Bugis dan Makassar dalam gelombang yang besar pada 1660an.

Kedatangan orang Bugis dan Makassar telah mengubah situasi geopolitik dan demografi di Klang di mana sebilangan besar orang Minangkabau telah dipaksa berpindah ke kawasan pedalaman. Orang Bugis dan Makassar telah berasimilasi dengan penduduk asal Klang khususnya Melayu dan Minangkabau lantas identiti Melayu Klang yang baru telah terhasil hasil pertembungan suku kaum ini. Perkara ini juga berlaku di Jugera, Langat dan kawasan berhampiran yang dahulunya merupakan sebahagian dari Negeri Klang.

“Setelah terbentuknya Kesultanan Selangor, sultan-sultan Selangor telah melantik wakil baginda di setiap daerah jajahannya termasuk Klang dari semasa ke semasa, sistem adat telah diubah mengikut corak Bugis di mana nama pangkat menggunakan gelaran seperti Datu Penggawa, Sullewattang dan lain-lain, dominasi politik Bugis berterusan sehinggalah meletusnya Perang Klang (Perang Saudara Selangor) pada 1867.

Setelah tamatnya Perang Klang pada 1873, campur tangan British dalam pentadbiran negeri Selangor telah banyak mengubah peranan, tugas, bidang kuasa dan tanggungjawab para pembesar berkenaan.

“Akibat Perang Klang juga ramai penghulu adat ini telah meninggal dunia atau lari meninggalkan Selangor kerana kalah perang.

Kelang dan Selangor mengalami kemunduran populasi akibat dari Perang tersebut yang berangkara wabak penyakit dan kemusnahan. Kedatangan orang Jawa dan Melayu Sumatera selepas 1880an membantu membina semula populasi di Selangor.

“Ditambah lagi dengan campur tangan British dalam hal ehwal istana telah menyebabkan banyak adat istiadat tradisional Klang dilupakan."

Selain itu, orang Melayu di Selangor telah mengaku mereka nenek moyang bersal dari Tanah Melayu kerana ramai orang Melayu jati terutamanya Pantai Timur dan Utara berhijrah ke Selangor. Contohnya, mengahwini antara orang Selangor dengan orang Melayu jati kemudian anaknya dilahirkan di Selangor.

Dialek Selangor Bahasa Melayu piawai
Kenape Kenapa
Besaw/Besow Besar
Runto Runtuh
Antaw Hantar
Ari Hari
Ijau/Ijo Hijau
Itam Hitam
Puteh Putih
Meyrah Merah
Wane Warna
Peno Penuh
Keje Kerja
Satuw Satu
Duwe Dua
Tige Tiga
Pat Empat
Limew Lima
Nam Enam
Tujo Tujuh
Semilan Sembilan
Sepulo Sepuluh
Doblas Dua belas
Doploh Dua puluh
Aiw Air
Ujan Hujan
Amikkan Ambilkan
Jap Kejap
Doh(contoh:gempak

doh, Mantap doh)

???
Ati Hati
Pegi/gi Pergi
Ape Apa
Tidow Tidur
Bece Beca
Kolumpo Kuala Lumpur
Dengkel Dengkil
Koselangow Kuala Selangor
Kitenye Selangow Kitanya Selangor

Orang yang terkenal

[sunting | sunting sumber]