Pergi ke kandungan

Bahasa Banjar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bahasa Banjar
Asli kepadaIndonesia
KawasanKalimantan Selatan (Indonesia),[1] Malaysia
Penutur bahasa
5.9 juta
Jawi, rumi
Kod bahasa
ISO 639-3bjn
Map

Bahasa Banjar[2] adalah satu bahasa Austronesia yang dipertuturkan oleh suku Banjar[3] di Kalimantan Selatan, Indonesia, sebagai bahasa ibunda.

Bahasa Banjar adalah cabang bahasa yang berkembang dari bahasa Malayik. Bahasa ini berasal dari provinsi Kalimantan Selatan yang terdiri daripada Banjar Kandangan, Amuntai, Alabiu, Kalua, Alai, dan lain-lain. Bahasa Banjar dihipotesiskan sebagai bahasa proto-Malayik, sama seperti bahasa Minangkabau dan bahasa Serawai (Bengkulu).

Selain Kalimantan Selatan, bahasa Banjar yang asalnya berupa bahasa suku kaum juga menjadi lingua franca di kawasan-kawasan lain, iaitu Kalimantan Tengah dan Kalimantan Timur serta di daerah Kabupaten Indragiri Hilir, Riau, sebagai bahasa perantaraan sesama suku.[4][5]

Bahasa Banjar banyak dipengaruhi oleh bahasa Melayu, Jawa dan bahasa-bahasa Dayak.[6][7] Bahasa Banjar dipercayai mempunyai hubungan dengan bahasa Kedayan (Brunei) dan sering pula disebut Bahasa Melayu Banjar.[8][9] Dalam perkembangannya, bahasa Banjar nampaknya terlalu banyak meminjam perkataan dari bahasa Indonesia dan bahasa-bahasa asing.[10] Namun demikian, bahasa Banjar berada dalam kategori yang masih jauh dari kancah kepupusan kerana ia masih digunakan sebagai bahasa perbualan seharian oleh masyarakat Banjar mahupun pendatang.[11] Kini, Bahasa Banjar sudah diajarkan di sekolah-sekolah di Kalimantan Selatan sebagai matapelajaran setempat.[12]

Penyebaran

[sunting | sunting sumber]
Fail:Penyebaran Suku bangsa Banjar.png
Peta penyebaran suku bangsa Banjar di merata kawasan. Meskipun suku Banjar berhijrah ke merata tempat, namun bahasa Banjar masih tetap diamalkan oleh mereka dalam perbualan sehari-hari. Antara kawasan-kawasan petempatan Banjar yang masih menuturkan bahasa Banjar secara asli adalah di Sumatera dan Malaysia Barat.

Secara geografi, suku Banjar pada mulanya mendiami hampir seluruh wilayah provinsi Kalimantan Selatan, tetapi sekarang, kesan perpindahan atau percampuran penduduk dan kebudayaannya di dalam proses selama ratusan tahun yang lalu, suku Banjar dan bahasa Banjar tersebar meluas sampai ke kawasan pesisir Kalimantan Tengah dan Kalimantan Timur, bahkan juga banyak didapati di beberapa tempat di pulau Sumatera yang sebenarnya menjadi kawasan petempatan Banjar sejak dahulu kala seperti di Muara Tungkal, Tembilahan, dan Sapat. [13]

Selain di pantai timur pulau Sumatera, bahasa Banjar dapat dijumpai juga pada perkampungan Suku Banjar[14]yang ada pantai barat semenanjung Malaya di Malaysia Barat[15] (Perak Tengah, Krian, Pahang, Kuala Selangor, Batu Pahat, Kuala Lumpur[16], walaupun suku Banjar di Semenajung Malaysia disebut sebagai orang Melayu, tetapi di luar wilayah Semenanjung Malaysia, seperti di Sabah dan Sarawak misalnya di bahagian Tawau masih menggelar dirinya sebagai orang Banjar.[17][18]

Menurut Cense,[19] bahasa Banjar dituturkan oleh para penduduk di sekitar Banjarmasin dan Hulu Sungai. Kesan penyebaran penduduk, bahasa Banjar sampai di Kutai dan tempat-tempat lain di Kalimantan Timur. Walhal Den Hamer[19] menentukan tempat bahasa Banjar itu di samping daerah Banjarmasin dan Hulu Sungai sampai pula ke daerah pulau Laut (Kalimantan Tenggara) dan Sampit yang secara administratif pemerintahan termasuk provinsi Kalimantan Tengah sekarang ini.[19] Dibandingkan dengan pendatang-pendatang dari daerah lain yang umumnya masih mempunyai ikatan yang cukup kuat dengan kawasan asalnya, dan juga suku-suku lain dari kawasan asal itu seperti perantau Minang, Bugis dan Madura, pola perantauan suku Banjar adalah berbeza. Perantau Banjar cenderung merantau hilang, yakni tidak lagi menjalin hubungan dengan orang-orang kawasan asal, tidak banyak surat-menyurat dan jarang pulang ke kawasan asal, namun tidak sama sekali melupakan kebanjarannya. Satu ciri kebanjaran yang ternyata dipertahankan oleh orang Banjar ialah bahasa Banjar yang dapat dipertahankan dengan cara membangun komuniti khas keturunan Banjar di rantauan, supaya mereka dapat mempertahankan bahasa Banjar, maka kebanjaran orang Banjar terutama sekali terletak pada bahasanya dan tanah air orang Banjar adalah bahasa Banjar.

Selagi seseorang fasih menggunakan bahasa Banjar dalam kehidupan seharian, maka dialah yang bergelar orang Banjar, tidak kira sama ada dia lahir di Tanah Banjar atau tidak, berdarah Banjar atau tidak, dan sebagainya. Bahasa merupakan salah satu faktor kebanjaran disamping faktor lainnya seperti adat istiadat dan lain-lain.[20]

Jika diperhatikan, para penutur bahasa Banjar dapat dikenal pasti adanya kelainan-kelainan dalam pengucapan atau perbezaan kosa kata sesama kelompok suku Banjar, maka perbezaan ini boleh dikatakan sebagai loghat dari bahasa Banjar yang terbahagi kepada dua kelompok loghat[13][21] iaitu;

  • Bahasa Banjar Hulu Sungai/Bahasa Banjar Hulu
  • Bahasa Banjar Kuala

Loghat Banjar Kuala pada umumnya ditutur oleh penduduk asli sekitar kota Banjarmasin, Martapura dan Pelaihari, manakala dialek Banjar Hulu pula ditutur oleh penduduk daerah Hulu Sungai umumnya, iaitu kawssan Kabupaten Tapin, Hulu Sungai Selatan, Hulu Sungai Tengah, Hulu Sungai Utara (dan Balangan) serta Tabalong. Penutur dialek Banjar Hulu ini jauh lebih luas dan masih kelihatan beberapa kelainan subloghat lagi yang disebutkan oleh Den Hamer[19] dengan istilah dialek setempat, seperti Amuntai, Alabiu, Kalua, Kandangan, Tanjung. Selain itu, Den Hamer amat berpendapat bahawa bahasa yang dipakai oleh orang Bukit, iaitu penduduk pedalaman pegunungan Meratus, merupakan salah satu subdialek Banjar Hulu juga, dan mungkin subloghat baik Banjar Kuala mahupun Banjar Hulu itu masih banyak lagi, jika dilihat banyaknya kelainan penuturan bahasa Banjar yang masih memerlukan penyelidikan lanjut dari para ahli dialektrografi sehingga bahasa Banjar itu dengan segala subloghatnya boleh dipetakan secara teliti dan tepat. Berdasarkan pengamatan yang ada, perbezaan kelompok dialek Banjar Kuala dengan Banjar Hulu setidak-tidaknya ada dua perkara penting,[13] iaitu:

  1. Adanya perbezaan pada kosa kata tertentu;
  2. Perbezaan pada sebutan fonem tertentu. Di samping itu ada pula pada perbezaan nada dan tekanan meskipun yang terakhir ini bersifat tidak membezakan.[13][22]

Bahasa Banjar Hulu merupakan loghat asli yang dipakai di wilayah Banua Enam yang merupakan bekas Afdelling Kandangan dan Afdeeling Amoentai (suatu pembagian wilayah pada zaman pendudukan Belanda) yang meliputi kabupaten Tapin, Hulu Sungai Selatan, Hulu Sungai Tengah, Hulu Sungai Utara, Balangan dan Tabalong pada pembahagian pentadbiran ketika itu.

Puak-puak suku Banjar Hulu Sungai dengan loghat masing-masing bersesuaian secara relatif dengan pembahagian pentadbiran pada zaman kerajaan Banjar dan Hindia Timur Belanda, iaitu mengikut Lalawangan atau daerah (Kawedanan) pada masa itu, yang sudah berbeza pada zaman sekarang. Puak-puak suku Banjar di daerah Hulu Sungai tersebut misalnya :

  1. Orang Kelua dari bekas Distrik Kelua di hilir Daerah Aliran Sungai Tabalong,Kabupaten Tabalong.
  2. Orang Tanjung dari bekas Distrik Tabalong di hulu Daerah Aliran Sungai Tabalong, Kabupaten Tabalong
  3. Orang Lampihong/Orang Balangan dari bekas Distrik Balangan (Paringin) di Daerah Aliran Sungai Balangan, Kabupaten Balangan
  4. Orang Amuntai dari bekas Distrik Amuntai di Hulu Sungai Utara
  5. Orang Alabio dari bekas Distrik Alabio di Hulu Sungai Utara
  6. Orang Alai dari bekas Distrik Batang Alai di Daerah Aliran Sungai Batang Alai, Hulu Sungai Tengah
  7. Orang Pantai Hambawang/Labuan Amas dari bekas Distrik Labuan Amas di Daerah Aliran Sungai Labuan Amas, Hulu Sungai Tengah
  8. Orang Negara dari bekas Distrik Negara di tepi Sungai Negara, Hulu Sungai Selatan.
  9. Orang Kandangan dari bekas Distrik Amandit di Daerah Aliran Sungai Amandit, Hulu Sungai Selatan
  10. Orang Margasari dari bekas Distrik Margasari di Kabupaten Tapin
  11. Orang Rantau dari bekas Distrik Benua Empat di Daerah Aliran Sungai Tapin, Kabupaten Tapin

Daerah Oloe Soengai dahulu merupakan pusat sebuah kerajaan Hindu, tempat bermulanya perkembangan bahasa Melayu Banjar.

Perbezaan

[sunting | sunting sumber]

Dialek merupakan variasi dari suatu bahasa tertentu dan dituturkan oleh sekumpulan masyarakat bahasa tersebut. Dialek ditentukan oleh fakor geografis (dialek kawasan) dan sosial (dialek sosial). Dialek sosial seperti bahasa baku, bahasa basahan (bahasa kolokial), bahasa formal, bahasa tak formal, bahasa istana, bahasa slanga (prokem), bahasa pasar, bahasa halus, bahasa kasar dan sebagainya.

Dialek kawasan berbeda dari segi:

  • Sebutan
    • Contoh: Perkataan gimit (perlahan) disebut dalam pelbagai loghat seperti gamat, gimit, gémét, gumut.
  • Gaya bahasa
    • Contoh: Subloghat Kalua biasanya mempunyai sebutan yang lebih panjang daripada Subloghat Banjarmasin.
  • Tata bahasa
    • Contoh: kuriak-kuriak (loghat Banjar Kuala) dan kukuriak (loghat Banjar Hulu).
  • Kosa kata
    • Contoh: hamput (Banjarmasin), tawak (Barabai), himpat (Kalua), hantup (Tanjung), tukun (Amuntai), tingkalung bererti lempar.
    • Contoh: adupan (Banjarmasin), hidupan (Barabai), kuyuk (Kalua), kutang (Kandangan), duyu'(Paringin), asu (Marabahan), bererti anjing.
  • Kata ganti diri
    • Contoh : kao (loghat utara Kalsel maksudnya kamu) dan nyawa (loghat selatan Kalsel bermaksud kamu)
    • Contoh : ia (loghat utara Kalsel maksudnya dia) dan inya (loghat selatan Kalsel bermaksud dia)

Banjar Hulu

[sunting | sunting sumber]

Loghat-loghat Bahasa Banjar Hulu[23] bersesuaian dengan kecamatan-kecamatan yang berpenduduk suku Banjar yang ada di Hulu Sungai, karena orang Banjar menyebut dirinya berdasarkan asal kecamatan atau banua masing-masing. Loghat-loghat tersebut antara lain: Muara Uya, Haruai, Tanjung, Tanta, Kelua, Banua Lawas, Amuntai, Danau Panggang, Babirik, Sungai Pandan (Alabio), Batu Mandi, Lampihong, Awayan, Paringin, Juai, Batu Benawa, Haruyan, Batang Alai, Barabai, Pandawan, Labuan Amas, Angkinang, Kandangan, Simpur, Daha, Sungai Raya, Telaga Langsat, Padang Batung, Margasari (di kecamatan Candi Laras), Tapin dan Binuang.

Banjar Kuala

[sunting | sunting sumber]

Loghat Bahasa Banjar Kuala, iaitu bahasa yang dipakai di wilayah Banjar Kuala atau bekas Afdelling Banjarmasin (kini Distrik Bakumpai) dan Afdeeling Martapoera yang kini terdiri daripada Distrik Martapura, Distrik Riam Kiwa, Distrik Riam Kanan, Distrik Pleihari, Distrik Maluka dan Distrik Satui. Kawasan tersebut pada zaman sekarang meliputi Kabupaten Banjar, Barito Kuala, Tanah Laut, serta kota Banjarmasin dan Banjarbaru. Pemakaiannya meluas hingga kawasan pesisir tenggara Kalimantan (bekas Afdelling Kota Baru) iaitu kabupaten Tanah Bumbu dan Kotabaru sampai ke Kalimantan Timur dan Kalimantan Tengah.

Kosa kata

[sunting | sunting sumber]

Kosa kata loghat Banjar Hulu tetap ada bezanya sesama subloghat bahasa Banjar, tetapi jelas tidak ditemui dalam dialek Banjar Kuala, ataupun sebaliknya kosa kata seperti unda (aku), dongkah (sobek besar), atung (taat) dan sebagainya dalam loghat Banjar Kuala tidak ditemui dalam loghat Banjar Hulu. Dilihat dari kosa kata, baik dalam hal jumlah maupun variasi subdialeknya, tampaklah dialek Banjar Hulu jauh lebih banyak dan kompleks. Misalnya antara satu subloghat dengan subloghat lain, seperti Alabio, Kalua, Amuntai dan lain-lain banyak berbeza kosa katanya, sehingga dapat terjadi kosa kata yang digunakan di satu kawasan tidak jarang atau kurang biasa dipergunakan di kawasan lain. Tetapi dibandingkan dengan loghat Banjar Kuala, subloghat Banjar Hulu ini lebih berdekatan dengan satu sama lain. Oleh itu, di dalam Kamus Banjar–Indonesia, bahasa Banjar selalunya hanya dibezakan antara Banjar Kuala (BK) dan Banjar Hulu (BH). Dalam perkembangannya, pergaulan dan pembauran sesama kedua-dua penutur loghat tersebut semakin kuat.[13]

Banjar Hulu[24] Banjar Kuala[25][26] Melayu
baduhara bakurinah dengan sengaja
bibit jumput/ambil ambil
bungas/langkar mulik/baik rupa cantik
caram calap tergenang air
canggar kajung tegang/ereksi
ampah mara arah
banyu ladar banyu panas air panas
hangkui nyaring nyaring
hagan gasan untuk
gani'i dangani menemani
ma-hurup ma-nukar membeli
padu/padangan dapur dapur
hingkat kawa dapat/boleh
pawa wadah tempat
himpat/tawak/tukun/hantup hamput sambit (lempar)
arai himung senang
tiring lihat memandang
tingau lihat toleh
balalah bakunjang bersiar-siar
lingir tuang tuang
tuti tadih/hintadi tadi
ba-ugah ba-jauh menjauhi
macal nakal nakal
balai langgar surau
tutui catuk memalu
kadai warung warung
kau' nyawa kamu
diaku unda aku
di sia di sini di sini
bat-ku ampun-ku aku punya
ba-cakut ba-kalahi berkelahi
ba-cakut ba-pingkut berpegangan pada sesuatu
diang galuh panggilan anak perempuan
nini laki kai datuk
utuh nanang panggilan anak lelaki
uma mama ibu
puga anyar baru
salukut bakar bakar
kasalukutan/kamandahan kagusangan kebakaran
tajua ampih berhenti
acil laki amang paman

Perbezaan dalam sebutan fonem:

Banjar Hulu Banjar Kuala Indonesia
gamat/gimit gémét/gumut pelan
miring méréng miring
bingking béngkéng cantik
bapandir bepéndér berbicara
anggit-ku anggih-ku punya-ku
hanyar anyar baru
hampatung ampatung patung
intang pintang sekitar
ma-harit ma-arit menderita
hakun hakon bersedia
halar alar sayap
gusil gosél merengek
gibik gébék kibar/getar
gipak gépak senggol
kuda gipang kuda gépang tarian kuda-kudaan
gipih gépéh pipih

Contoh Loghat Banjar Hulu

  • Hagan apa hampiyan mahadang di sia, hidin hudah hampai di rumah hampian (Dialek Kandangan?)
  • Sagan apa sampiyan mahadang di sini, sidin sudah sampai di rumah sampiyan. (Banjar populer)
  • Inta intalu sa’igi, imbah itu ambilakan buah nang warna abang awan warna ijau sa’uting dua uting. Jangan ta’ambil nang igat (Dialek Amuntai?)
  • Minta hintalu sabigi, limbah itu ambilakan buah nang warna habang lawan warna hijau sabuting dua buting. Jangan ta’ambil nang rigat.(Banjar populer)
IPA Ejaan Banjar Posisi awal Posisi tengah Posisi akhir
[a] a abut ba'ah tatamba
[i] i isuk gisik wani
[u] u undang buntut balu
[o] o ojor longor soto
[e] é éndék kolér sété
[au] aw awak sawrang jagaw
[ai] ay ayan payu waday/wadai
[ui] uy uyah kuitan tutuy/tutui
[p] p payu lapik kantup
[b] b balu abah -TIDAK ADA-
[t] t tatak utak buntut
[d] d dukun dadak -TIDAK ADA-
[t͡ʃ] c cikang bancir -TIDAK ADA-
[d͡ʒ] j jajak bujur -TIDAK ADA-
[k] k kalu akur mitak
[g] g gayung tagal -TIDAK ADA-
[m] m masin amas banam
[n] n nini kanas alon
[ŋ] ng ngalih tangguh lading
[ɲ]] ny nyanya hanyar -TIDAK ADA-
[s] s sintak basuh batis
[h] h harat tuha gaduh
[l] l luang talu ganal
[r] r rasuk warik cagar
[w] w waluh awak jawaw
[j] y yato uyah mucay

Dalam bahasa Banjar tidak ada F, Q, V kerana F dan V diserap ke dalam P; Q diserap ke dalam K; dan Z diserap ke dalam S/J. [13]

Tingkatan bahasa

[sunting | sunting sumber]

Bahasa Banjar juga mengenal tingkatan bahasa (Jawa: unggah-ungguh), tetapi hanya untuk kata ganti orang, yang tetap digunakan sampai sekarang. Zaman dahulu sebelum dihapuskannya Kesultanan Banjar pada tahun 1860, bahasa Banjar juga mengenal sejenis bahasa formal yang disebut basa dalam (bahasa istana), yang merupakan pengaruh dari bahasa Jawa terutamanya dari Kesultanan Mataram, disamping ada pula kosa kata yang dicipta sebagai bahasa formal, misalnya jarajak basar bermaksud tiang, dalam bahasa Banjar normal disebut tihang. Basa dalam kini sudah pupus, tetapi sesekali masih digunakan dalam kesenian daerah Banjar. Dalam Hikayat Banjar, manira (saya) dan pakanira (anda) adalah perkataan bahasa Bagongan yang digunakan secara meluas.

  • unda, sorang = aku ; nyawa = engkau → (kasar)
  • aku, diyaku = aku, saya ; ikam, kawu = engkau, awak → (biasa)
  • ulun = saya ; [sam]pian / [an]dika = anda → (formal)

untuk kata ganti orang ke-3 (dia)

  • inya, iya, didia = dia → (biasa)
  • sidin = beliau → (formal)
Bahasa Indonesia Bahasa Banjar
(normal)
Basa dalam[27]
istana rumah dalam
digelar digalar jumenang[28]
berjalan bajalan lumampah
duduk duduk linggih[28]
makan makan dahar[28]
minum nginum dahar banyu
dalam penglihatan panglihat patingal
rambut rambut réma[28]
gigi gigi waja[28]
kepala kapala sérah[28]
tangan tangan asta
tubuh awak saléra
kaki batis kaus
tubuh awak pamaus
telinga talinga karna
perut parut padaharan
di muka di muka di ayunan
di belakang di balakang pamungkur
bilik tidur paguringan pasarian
bantal bantal kajang sirah
sarung sarung sasantang
baju baju rasukan
ikat kepala/tanjak/destar laung bolang
dipanggil dikiaw dikani
buah dada susu pembayun
tertawa tatawa kamujang[28]
tersenyum takarinyum gamuyu
tidur guring saré[28]
amarah panyarik bendu
bersedih hati basadih hati ba-sugulmanah
bersedih hati basadih hati gerah
meminta minta mamundut
memakan mamakan ma-anggi
meninggal mati séda[28]
mandi mandi séram
tiang tihang jarajak basar
mayat mayat lalayon
bercakap-cakap bapandéran bakaprés
memandang mamandang maningali
bercakap ba-ucap mangandika
buang air bahira/bakamih katanya
dendeng dendeng salirap
gula gula jangga
teh teh dunté
tikar tikar hamparan
sembahyang sumbahyang salat
bunda uma ibu
ayah abah rama[28]

Berikut merupakan kata bilangan asas dalam Bahasa Banjar. Kata-kata bilangan dalam bahasa Banjar mirip dengan kata-kata bilangan bahasa Jawa Kuno.

Bahasa Banjar Bahasa Melayu
sifar
asa satu
dua dua
talu tiga
ampat empat
lima lima
anam enam
pitu tujuh
walu lapan
sanga sembilan
sapuluh sepuluh
sawalas sebelas
pitungwalas tujuh belas
salikur dua puluh satu
salawi dua puluh lima
talungpuluh tiga puluh
anampuluh enam puluh
walungpuluh lapan puluh
sangangpuluh sembilan puluh
saratus seratus
tangah dua ratus seratus lima puluh
saribu seribu
sajuta sejuta

Penulisan bahasa Banjar pada zaman dahulu dalam abjad Jawi misalnya;

  • sastera sejarah/mitos seperti Hikayat Banjar
  • peraturan kerajaan seperti Undang-Undang Sultan Adam 1825.
  • perjanjian-perjanjian antara Kerajaan Banjar dengan bangsa lain.
  • kitab-kitab agama Islam
  • karya sastera lainnya seperti syair :
    • Syair Brahma Syahdan karya Gusti Ali Basyah Barabai
    • Syair Madi Kencana karya Gusti Ali Basyah Barabai
    • Syair Teja Dewa karya Anang Mayur Babirik
    • Syair Nagawati karya Anang Mayur Babirik
    • Syair Ranggandis karya Anang Ismail Kandangan
    • Syair Siti Zubaidah karya Anang Ismail Kandangan
    • Syair Tajul Muluk karya Kiai Mas Dipura Martapura
    • Syair Intan Permainan (anonim)
    • Syair Nur Muhammad karya Gusti Zainal Marabahan
    • Syair Ibarat karya Mufti Haji Abdurrahman Siddiq al-Banjari.[29]
    • Syair Burung Simbangan
    • Syair Burung Bayan dengan Burung Karuang

Hikayat Banjar

[sunting | sunting sumber]

Hikayat Banjar pernah dikaji oleh orang Belanda, Johannes Jacobus Ras, sempena peperiksaan doktoralnya di Universiti Leiden pada tahun 1926. Promoternya adalah Dr. A. Teeuw.

Petikan kisah dalam Hikayat Banjar:

Maka dicarinya Raden Samudera itu. Dapatnya, maka dilumpatkannya arah parahu talangkasan. Maka dibarinya jala kacil satu, baras sagantang, kuantan sabuah, dapur sabuah, parang sabuting, pisau sabuting, pangayuh sabuting, bakul sabuah, sanduk sabuting, pinggan sabuah, mangkuk sabuah, baju salambar, salawar salambar, kain salambar, tikar salambar. Kata Aria Taranggana: "Raden Samudera, tuan hamba larikan dari sini karana tuan handak dibunuh hua tuan Pangeran Tumanggung. Tahu-tahu manyanyamarkan diri. Lamun tuan pagi baroleh manjala, mana orang kaya-kaya itu tuan bari, supaya itu kasih. Jangan tuan mangaku priayi, kalau tuan dibunuh orang, katahuan oleh kaum Pangeran Tumanggung. Jaka datang ka bandar Muara Bahan jangan tuan diam di situ, balalu hilir, diam pada orang manyungaian itu: atawa pada orang Sarapat, atawa pada orang Balandean, atawa pada orang Banjarmasih, atawa pada orang Kuwin. Karana itu hampir laut maka tiada pati saba ka sana kaum Pangeran Tumanggung dan Pangeran Mangkubumi, kaum Pangeran Bagalung. Jaka ada tuan dangar ia itu ka sana tuan barsambunyi, kalau tuan katahuannya. Dipadahkannya itu arah Pangeran Tumanggung lamun orang yang hampir-hampir itu malihat tuan itu, karana sagala orang yang hampir itu tahu akan tuan itu. Tuan hamba suruh lari jauh-jauh itu". Maka kata Raden Samudera: "Baiklah, aku manarimakasih sida itu. Kalau aku panjang hayat kubalas jua kasih sida itu." Maka Raden Samudera itu dihanyutkannya di parahu kacil oleh Aria Taranggana itu, sarta air waktu itu baharu bunga baah. Maka Raden Samudera itu bakayuh tarcaluk-caluk. Bahalang-halang barbujur parahu itu, karana balum tahu bakayuh.

— J.J. Ras, Hikajat Bandjar: A Study in Malay Historiography.

Pengaruh Bahasa Jawa

[sunting | sunting sumber]

Bahasa Banjar meminjam perkataan dari bahasa Jawa seperti banyu (bahasa Jawa Baru), diduga dahulu kata air menggunakan bahasa Melayu Kalimantan seperti ai (bahasa Kayong) atau aing (bahasa Kadayan/bahasa Bukit) atau mungkin pula menggunakan bahasa Dayak (Barito isolect) yang menggunakan istilah danum.

Bahasa Banjar Bahasa Jawa Erti
hanyar anyar baru
lawas lawas lama
habang abang merah
hirang ireng hitam
halar lar sayap
halat lat pisah
banyu banyu air
sam(pian) sampéyan anda
(an)dika (a)ndhika kamu (halus)
picak picak buta
sugih sugih kaya
licak licak becek
baksa beksa tari
kiwa kiwa kiri
rigat reged kotor
kadut kadut kantong uang
padaringan padaringan tempat beras
dalam dalem rumah bangsawan
iwak iwak ikan
awak awak badan
ba-lampah lelampahan bertapa
ba-isuk-an isuk-isuk pagi-pagi
ulun ulun aku (halus)
jukung jukung sampan
kalir kelir warna
tapih tapih sarung
lading lading pisau
reken rêken hitung
ilat ilat lidah
gulu gulu leher
kilan kilan jengkal
kawai, ma-ngawai awé, ngawé melambai
ngaran aran nama
pupur pupur bedak
parak parak dekat
wayah wayah detik
uyah uyah garam
paring pring bambu
gawi gawé kerja
palir peli zakar
lawang lawang pintu
kalikir klêker guli
gangan jangan sayur berkuah
apam apem apam
kancing kancing menutup pintu
menceleng mentheleng merenung
karap kerep sering, kerap
sarik serik marah/gusar
sangit sengit marah/gusar
pakan peken pasar mingguan
inggih inggih iya (halus)
wani wani berani
wasi wesi besi
waja waja baja
dugal ndugal nakal
bungah bungah bangga
gandak gendhak pacar, selingkuhan
kandal kandel tebal
langgar langgar surau
gawil jawil colek
wahin wahing bersin
panambahan panembahan raja, yang disembah/dijunjung
larang larang mahal
anum enom muda
sepuh sepuh tua
bangsul wangsul datang, tiba
mandak mandheg berhenti
marga amarga sebab, karena
payu payu laku
ujan udan hujan
hibak kebak penuh
gumbili gembili ubi singkong
lamun lamun kalau
tatamba tamba obat
mara, ba-mara mara maju, menuju muara
lawan lawan dengan
maling maling pencuri
jariji driji jari
takun takon tanya
talu telu tiga
pitu pitu tujuh
walu wolu delapan
untal untal makan (makan tanpa dimamah, Banjar)
pagat pegat putus (putusnya tali pernikahan, Jawa)
paray(a) prêi libur, tidak jadi (Belanda?)
dampar dhampar bangku kecil,(singasana, Jawa)
burit, buritan burit belakang, (pantat, Banjar)
pajah pejah mati (mati lampu, Banjar)
tatak tetak potong (khitan, Jawa)
pa-pada-an padhan sama, sesama
candi candhi candi

Bahasa serumpun

[sunting | sunting sumber]

Berikut ini adalah jadual perbandingan bahasa Banjar dengan bahasa-bahasa Melayu setempat di Kalimantan.

Bahasa Melayu Bahasa Berau Bahasa Banjar Bahasa Kutai Bahasa Kedayan Bahasa Kayong
mereka/dia - sidin(sidaan) sida bisdia sida
menderita marista marista merista marista -
sebuah sabuting sabuting sebuting sabuting sebuti'
kerabat bubuhan bubuhan bubuhan paadian bubohan
air air banyu/aing, Banjar kuno aer aing ai'
rakit lanting lanting lanting lanting lanting
kering karring karing kereng karing/kaing -
hantar atar atar hantar antat -
lama lawas lawas lawas batah -
nanti kandia kaina kendia kandila -
celana saluar salawar seluar seluar -
teman dangan
kawal
kawal kawal dangan -
karat taggar tagar tagar tagar tagar
kaki battis batis betis batis -
potong tattak tatak tetak tatak -
dahulu kala bahari bahari behari bahari bahari
petang karamian kamarian kemerian kalamari -
pagi sambat ba'isukan hambat sambat -

Lihat pula

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Languages of Indonesia (Kalimantan). Ethnologue. Dicapai pada 30 Mei 2010.
  2. ^ Yassir Nasanius, Universitas Katolik Indonesia Atma Jaya. Pusat Kajian Bahasa dan Budaya, PELBBA 18: Pertemuan Linguistik Pusat Kajian Bahasa dan Budaya Atma Jaya : kedelapan belas, Yayasan Obor Indonesia, 2007, ISBN 979-461-527-7, 9789794615270. Dicapai pada 2 Ogos 2010.
  3. ^ Banjar of Indonesia. Situs Joshua Project. Dicapai pada 29 Mei 2010.
  4. ^ Syamsuddin Haris, Desentralisasi dan otonomi daerah: Naskah akademik dan RUU usulan LIPI, Yayasan Obor Indonesia, 2004, ISBN 979-98014-1-9, 9789799801418. Diakses pada 26 Ogos 2010.
  5. ^ Fauzi, Iwan. Pemertahanan Bahasa Banjar di Komunitas Perkampungan Dayak Diarkibkan 2011-07-18 di Wayback Machine. Situs Iwan Fauzi, Januari 2008. Diakses pada 27 Ogos 2010.
  6. ^ Muhadjir, Bahasa Betawi: sejarah dan perkembangannya, Yayasan Obor Indonesia, 2000, ISBN 979-461-340-1, 9789794613405
  7. ^ Antara - Pengaruh Melayu dan Dayak Dalam Bahasa Banjar. Dicapai pada 28 Mei 2010.
  8. ^ (Inggeris) BANJAR: a language of Indonesia (Kalimantan)
  9. ^ (Inggeris) Vowel Changes among Sundic Languages[pautan mati kekal]. Diakses pada 27 ogos 2010.
  10. ^ Wisata Melayu - Simbol budaya Masih Mendominasi budaya Banjar Diarkibkan 2011-07-18 di Wayback Machine. Diakses pada 28 Mei 2010.
  11. ^ 150 Bahasa di Indonesia Terancam Punah Diarkibkan 2011-07-07 di Wayback Machine. Perum ANTARA Sumatera Barat, 7 Julai 2010. Diakses pada 7 September 2010.
  12. ^ Bahasa Nusantara Suatu Pemetaan Awal, Yayasan Obor Indonesia. Diakses pada 26 Ogos 2010.
  13. ^ a b c d e f Hapip, Abdul Jebar, Kamus Banjar Indonesia/penulis, Abdul Jebar Hapip; editor, Abdul Jebar Hapip, Cet. V - Banjarmasin:PT. Grafika Wangi Kalimantan 2006.
  14. ^ (Melayu) Sejarah Banjar Malaysia. Diakses pada 28 Mei 2010.
  15. ^ (Melayu) Pertubuhan Banjar Malaysia Diarkibkan 2010-05-19 di Wayback Machine. Dicapai pada 28 Mei 2010.
  16. ^ (Melayu) Persatuan Banjar Kuala Lumpur dan Selangor Diarkibkan 2011-07-14 di Wayback Machine. Dicapai pada 28 Mei 2010.
  17. ^ (Inggeris) Ethnologue - Banjar language. Diakses pada 28 Mei 2010.
  18. ^ Joshua Preject - Banjarese, Banjar Malay of Malaysia (Tawau). Diakses pada 29 Mei 2010.
  19. ^ a b c d A.A. Cense - E.M. Uhlenbeck, Critical Survey of Studies on Language of Borneo, 'S-Gravenhage - Martinus Nijhoff-1995
  20. ^ Faruk, Women, womeni lupus, Indonesia Tera, 2000, ISBN 979-9375-10-X, 9789799375100. Diakses pada 6 Jun 2010.
  21. ^ Djantera Kawi, Balai Bahasa Banjarmasin (Indonesia), Bahasa Banjar: dialek dan subdialeknya, Balai Bahasa Banjarmasin, Pusat Bahasa, Departemen Pendidikan Nasional, 2002, ISBN 979-459-801-1, 9789794598016
  22. ^ Abdul Djebar Hapip, Masalah variasi dialektis dan sub dialektis dalam penyusunan kamus bahasa Banjar-Indonesia: seminar leksikografi, Tugu, 4-7 Ogos 1975, Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa, 1975. Diakses pada 11 Jun 2010.
  23. ^ Fudiat Suryadikara Geografi Dialek Bahasa Banjar Hulu, Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa, Departemen Pendidikan dan Kebudayaan, 1984)
  24. ^ Balai Bahasa Banjarmasin (Indonesia), Kamus bahasa Indonesia-Banjar dialek Hulu, Departemen Pendidikan Nasional, Pusat Bahasa, Balai Bahasa Banjarmasin, 2008 ISBN 979-685-776-6, 9789796857760. Diakses pada 11 Juni 2010.
  25. ^ Balai Bahasa Banjarmasin (Indonesia), Kamus bahasa Indonesia-Banjar dialek Kuala, Penerbit Balai Bahasa Banjarmasin, 2008. Diakses pada 11 Juni 2010
  26. ^ Kamus Bahasa Banjar. Diakses pada 11 Juni 2010.
  27. ^ Amir Hasan Kiai Bondan, Suluh Sedjarah Kalimantan, Padjar, 1953. Diakses pada 22 Juni 2010.
  28. ^ a b c d e f g h i j "Austronesian Basic Vocabulary Database - Language: Jawa Yogya". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-05-27. Dicapai pada 2011-03-01.
  29. ^ Templat:Bjn Syekh Abdurrahman Siddiq bin Muhammad Apif, Syair ibarat dan khabar kiamat, Universitas Riau Press, 2001

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]