Pergi ke kandungan

Orang Batak Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Batak
Halak Batak
Bendera Batak
Jumlah penduduk
30,000
Bahasa
Rumpun bahasa Batak (terutama Bahasa Batak Mandailing dan Bahasa Batak Toba)
Juga
Bahasa Indonesia,Bahasa Malaysia, Tamil Malaysia, Bahasa English
Agama
Kekristenan (terutama Protestanisme) •HinduSunni Islam
Kumpulan etnik berkaitan

Orang Batak Malaysia, yang berasal dari Sumatera Utara di Indonesia, mempunyai diaspora di Malaysia, di mana mereka telah berkontribusi terhadap keanekaragaman budaya di negara tersebut.Orang Batak berasal dari daerah dataran tinggi di sekitar Tasik Toba di Sumatera Utara. Komuniti ini terdiri dari beberapa subkelompok yang berbeza, termasuk Batak Toba, Karo, Simalungun, Pakpak, Angkola, dan Mandailing. Penghijrahan orang Batak ke Malaysia merupakan bahagian dari pergerakan orang-orang di dalam Kepulauan Melayu yang lebih luas, yang didorong oleh peluang ekonomi, dagangan, dan faktor sosial.

Sebahagian besar berhijrah ke Malaysia (Majoriti perempuan) sebagai TKI untuk bekerja di kilang. Terdapat pula yang menikah dengan penduduk tempatan, terutamanya warga India Malaysia, dan menetap secara kekal di Malaysia. Kebanyakan orang batak yang berkulit putih dan beragama Kristian menarik perhatian sebahagian besar lelaki Malaysia. Selain itu, kemampuan mereka dalam menghargai agama lain juga menjadi salah satu alasannya

Buruh Batak di Malaysia

[sunting | sunting sumber]

Tenaga Kerja Indonesia (TKI) asal Batak di Malaysia ialah bahagian dari diaspora Batak yang mencari peluang kerja di luar negeri. TKI Batak di Malaysia bekerja di pelbagai sektor, terutamanya sektor-sektor yang memerlukan tenaga kerja manual dan kepakaran khusus. Kebanyakan TKI Batak bekerja dalam sektor Perkilangan yang berpusat di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Kulim dan Johor Bahru

Gereja Batak

[sunting | sunting sumber]
No. Nama Lokasi Bandar Negeri Nama dalam bahasa lain
1 Gereja HKBP Penang 122, Jalan Kebun Nyiur, Jelutong, 11600 George Town (Terletak di dalam Gereja Methodist Tamil Pulau Pinang)5°24′50″N 100°18′57″E / 5.41389557096029°N 100.31586143729021°E / 5.41389557096029; 100.31586143729021 George Town Pulau Pinang Huria Kristen Batak Protestan Penang/ஹுரியா கிறிஸ்டன் படாக் புராட்டஸ்தான் தேவாலயம்
2 Gereja HKBP Ipoh Ressort Singapura Gereja Tamil Methodist Hall , 30100 Ipoh, Perak(Terletak di dalam Gereja Methodist Tamil Ipoh) Ipoh Perak
3 Gereja HKBP Kuala Lumpur 21, Jln Sultan Abdul Samad, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Brickfields, Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan

Berikut ialah tokoh berdarah batak di Malaysia.

Kuli Batak

[sunting | sunting sumber]

Kuli batak ialah istilah penghinaan yang sering digunakan di Malaysia yang bermaksud kuli yang kurang bijak yang akan melaksanakan segala perintah atasan.