Pergi ke kandungan

Candu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Opium)
Candu
Pod benih popi candu memancarkan susu getah daripada luka
Nama botaniCandu
Sumber tumbuhanPapaver somniferum
Bahagian tumbuhanSusu getah
Asal-usul geografiTidak pasti, kemungkinan Eropah Selatan
Bahan aktif
Pengeluar utama
Pengguna utamaSeluruh dunia (#1: Eropah)
Harga borongAS$3,000 setiap kilogram (setakat pada 2002)
Harga runcitAS$16,000 setiap kilogram (setakat pada 2002)
Status sah Preskripsi sahaja

Candu (Jawi: چندو) atau nama saintifiknya : Lachryma papaveris) ialah sejenis dadah yang terbentuk daripada lateks (susu getah kering) yang terhasil daripada menghancurkan lenggai-lenggai benih mentah sejenis bunga popi iaitu Papaver somniferum. Candu mengandungi sehingga 16% morfin, sejenis alkaloid opiat yang paling banyak diproses secara kimia untuk menghasilkan heroin untuk penjualan dadah haram. Damarnya juga mengandungi kodeina dan alkaloid bukan narkotik, seperti papaverina dan noskapina. Meconium dalam sejarah merujuk kepada kaitan, penyedian lemah yang dihasilkan dari bahagian lain pokok popi atau spesies popi yang seumpamanya. Penghasilan candu moden mencapai kemuncak pengeluaran selama beralaf-alaf, di mana sumber popi, kaedah pengeluaran dan pemprosesan, dan kaedah pengambilan menjadi semakin kuat.

Penanaman popi candu untuk makanan, anestesia, dan upacara keagamaan dipercayai mula sejak Zaman Neolitik. Tamadun-tamadun Sumeria, Assyria, Mesir, Minoan, Yunani, Rom, Farsi dan Empayar Arab masing-masing menggunakan candu secara meluas, kerana candu merupakan bentuk lega nyeri paling berkesan yang ada membolehkan pakar bedah kuno melakukan prosedur pembedahan yang berpanjangan. Candu disebut dalam salah satu teks perubatan paling penting dalam dunia silam, termasuk Papyrus Ebers serta penulisan Dioscorides, Galen, dan Ibnu Sina. Pengunaan perubatan meluas bagi candu mentah berterusan sepanjang berlangsungnya Perang Saudara Amerika sebelum ia digantikan dengan morfina dan penggantinya yang boleh dicucuk pada dos yang diukur dengan jitu. Morfina buatan Amerika masih dihasilkan terutamanya dengan popi yang ditanam dan diproses di India dalam kaedah tradisional dan kekal sebagai pelega kesakitan piwaian bagi mangsa perang.

Sejarah kegunaan

[sunting | sunting sumber]

Kegunaan dadah untuk tujuan riadah bermula dalam sejarah China pada kurun ke-15 pada skop yang terhad kerana bahan tersebut sukar didapati serta mahal. Perdagangan candu menjadi lebih biasa pada kurun ke-17 apabila ia dicampur dengan tembakau untuk tujuan merokok, dan ketagihan mula dikenal pasti.

Pengharaman candu di China bermula pada 1729, dan diikuti dengan hampir dua abad peningkatan candu secara berganda. China mempunyai lebihan dagangan dengan British, yang mendorong kepada penyusutan stok perak British. Dengan itu, pihak British cuba menjadikan penduduk China bergantung tinggi kepada candu untuk membaiki imbangan perdagangan mereka melalui bekalan candu yang diperolehi dari jajahan mereka di India. Rampasan candu besar-besaran oleh Maharaja China yang cuba menghentikan penghantaran candu mendorong kepada dua Perang Candu pada tahun 1840 dan 1858, yang menyebabkan Britain mengalahkan China dan perdagangan candu meluas ke seluruh negara. Selepas 1860 penggunaan candu terus meningkat dengan peningkatan penghasilan candu tempatan di China sehingga lebih dari satu suku penduduk lelaki negara tersebut ketagihan candu menjelang 1905. Kegunaan candu sebagai dadah riadah atau ketagihan di negara lain kekal jarang berlaku sehingga lewat kurun ke-19 di mana keadaan pengunaannya dirakamkan dalam penulisan bercampur-campur (ambivalent) yang kadangkalanya memuji pengunaan dadah ini.

Di alam Nusantara

[sunting | sunting sumber]

Sumber-sumber penulisan kamus awal bahasa Melayu ada meletakkan titik mulanya candu diperkenalkan ke alam Melayu melalui pertembungan dengan para pedagang dari tanah India: Raja Ali Haji dalam bukunya Kitab Pengetahuan Bahasa sendiri ada menyatakan bahawa "candu" itu didatangkan dari Benggali Barat,[1] tetapi ada juga sumber yang menempatkan ia dari serapan Tamil: சாந்து cāndu "olesan" atau சண்டு caṇḍu.[2]

Candu diketahui menjadi dikenali oleh orang Jawa[3] didatangkan dari rantau-rantau lain, diduga dari Turki dan Parsi. Buku Opium To Java ditulis James R. Rush menyebutkan bahawa saudagar Arab membawa masuk candu ke pulau Jawa, meskipun tidak ditemukan bukti-bukti lain yang menunjukkan sejak bila candu mulai diperdagangkan di pulau itu.[4]

Belah jajahan Belanda

[sunting | sunting sumber]

Syarikat Hindia Timur Belanda pada 1677 mendapatkan perjanjian dengan raja Jawa ketika itu, Amangkurat II untuk memasukkan candu ke Mataram dan memonopoli perdagangan candu di seluruh negeri ttersebut. Perjanjian serupa juga disusul di Cirebon setahun kemudian. Sejak tahun 1619-1799 VOC bisa memasukkan 56.000 kg candu mentah setiap tahun ke Jawa. Dan pada 1820 tercatat ada 372 pemegang lesen untuk menjual opium.

Penikmat candu tersebar dalam berbagai-bagai lapisan masyarakat khususnya di Jawa Tengah dan Jawa Timur di mana sebanyak seorang dari 20 orang Jawa mengisap diamati candu dalam catatan ditulis pakar candu, Henri Louis Charles Te Mechelen tahun 1882.[4] Kegiatan menghisap candu ini mula diperlihatkan sebagai gaya hidup sehingga disuguhkan sebagai tanda kehormatan bagi tetamu di rumah para bangsawan Jawa dan China. Golongan seniman wayang, pedagang keliling dan tukang-tukang upahan di perkebunan sering mencandu untuk mendatangkan serta menikmati sensasi khayal, sebagai penenang dan pengurang rasa sakit pegal di badan., tetapi kelompok masyarakat lain juga menjadi , meskipun kebanyakan "pecandu" ini menggunakan candu yang bermutu rendah.[4] Perebakan kegiatan ini agak terhalang di Banten dan tanah Pasundan kerana pengaruh budaya, moral dan agama Islam yang kuat "memagari" kegunaan candu di wilayah tersebut. Sempat ada larangan rasmi memperdagangkan opium di wilayah tersebut dan Banten menutup perdagangan opium pada awal abad 19, meskipun demikian pasar gelap candu dapat ditemukan.

Ada juga catatan terjadi penyeludupan opium di Priangan pada waktu itu dan ketika kemudian Belanda berhasil membuka perdagangan di wilayah tersebut, jumlah pemakainya jauh lebih kecil bila dibandingkan dengan wilayah Surakarta, Yogyakarta Kediri, Madiun, Rembang, Kedu, Pasuruan, Probolinggo bahkan juga di eks keresidenan Besuki jauh di timur.[4]

Belah jajahan British

[sunting | sunting sumber]

Sebanyak 550 buah kedai menjual candu paling banyaknya dikira dalam kawasan Kreta Ayer pusat kota Singapura yang menjadi tarikan banyak pengunjung tidak kira darjat dan jenis pekerjaan; lagi-lagi kerana kurangnya peluang hiburan untuk melepaskan tekanan dalam kalangan buruh pekerja.[5]

Pengawalan

[sunting | sunting sumber]

Pengawalan candu sejagat bermula dengan stigma penghijrah China dengan sarang candu yang meningkat dengan pantasnya dari undang-undang kecil perbandaran pada 1870-an kepada pembentukan Jawatankuasa Candu Antarabangsa (International Opium Commission) pada tahun 1909. Dalam tempoh ini gambaran mengenai candu dalam penulisan menjadi kotor dan ganas. Perdagangan candu British kebanyakannya digantikan oleh pengeluaran morfina dan heroin tempatan China yang dimurnikan terdapat semakin meluas sebagai suntikan, dan ubat paten mengandungi hasil candu (opiate) mencapai kemuncaknya.

Candu merupakan dadah diharamkan dalam kebanyakan negeri semasa awal kurun ke-20, mendorong kepada pola penghasilan candu moden sebagai awalan dadah rehlah haram atau dadah diedar secara sah yang dikawal ketat. Pengeluaran candu haram yang kini dikuasai oleh Afghanistan telah meningkat secara tetap di tahun kebelakangan kepada 6600 tan setahun, hampir satu perlima pengeluaran bahan ini pada tahun 1906. Kegunaan haram candu biasanya bertukar kepada heroin, yang menggandakan kekuatannya, dan diambil melalui suntikan (intravenous), yang lebih dari menggandakan jumlah dadah yang memasuki tubuh penggunanya.

Penghasilan

[sunting | sunting sumber]
Ladang popi candu di Myanmar

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Raja Ali Haji (1986). Kitab Pengetahuan Bahasa: yaitu kamus logat Melayu Johor Pahang Riau Lingga (ed. cetakan semula 1986/1987). Pekanbaru: Departemen Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. m/s. 349.
  2. ^ Hoogervorst, Tom (2015). "Detecting pre-modern lexical influence from South India in Maritime Southeast Asia". Archipel. 89: 63–93.
  3. ^ F. Rahardi (7 Mei 2005). "'Ganja, Opium, dan Koka". KOMPAS.
  4. ^ a b c d Rush, James R. (1990). Opium to Java: Revenue Farming and Chinese Enterprise in Colonial Indonesia, 1860-1910. Ithaca: Cornell University Press.
  5. ^ Lim Tin Seng (Okt–Dis 2015). "Triads, Coolies and Pimps: Chinatown in Former Times". BiblioAsia. Jil. 11 no. 3. National Library Board. m/s. 2–7.CS1 maint: date format (link)

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Templat:Tunas-dadah