Pergi ke kandungan

Monopoli

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dalam ekonomi, monopoli (daripada kata gabung bahasa Yunani monos , sendiri atau tunggal + polein , menjual) merupakan penguasaan sepenuhnya terhadap sesuatu barangan perdagangan atau perkhidmatan dalam pasaran tertentu oleh seseorang atau sesebuah syarikat.

Monopoli berbeza dari monopsoni iaitu cuba ada satu pembeli barang aau perkhidmatan; suatu pembekal monopoli boleh menguasai monopsoni terhadap mana-mana sektor pasaran. Begitu juga, monopoli berbeza daripada kartel (sejenis oligopoli), iaitu beberapa pembekal bertindak bersama untuk menyelaraskan khidmat, harga atau jualan barangan. Monopoli boleh terbentuk secara semula jadi atau penggabungan menegak atau mendatar. Monopoli paksaan terjadi apabila pengamal monopoli berkenaan terang-terangan melarang pesaing dari memasuki bidangnya.

Selalunya, undang-undang persaingan mengenakan sekatan tertentu terhadap amalan monopoli. Walaupun pada pokoknya tidak salah di sisi undang-undang untuk mendominasi sesuatu pasaran, namun terdapat perbuatan-perbuatan salah tertentu yang timbul dari dominasi sesebuah perniagaan yang perlu disekat oleh undang-undang. Sebaliknya, monopoli berian kerajaan atau monopoli sah didukung oleh kerajaan untuk memberi insentif untuk melabur dalam perusahaan yang berisiko tinggi atau membantu para pengundi setempat. Kerajaan juga boleh ingin menguasai perusahaan itu secara sendirian, maka terbentuknya monopoli kerajaan.

Analisa ekonomi

[sunting | sunting sumber]

Masalah pemaksimuman keuntungan monopoli harga tunggal

Katakan harga ditetapkan sebagai gerak balas pasaran menjadi fungsi kuantiti yang dihasilkan (Q) . Katakan fungsi kos menjadi fungsi kuantiti .

Hasil pendapatan monopoli adalah hasil pendapatan harga dan kuantiti. Andai pemegang monopoli tahu fungsi permintaan yang setepatnya, maka keuntungan monopoli ialah:

Mengambil terbitan peringkat pertama mengikut hasil kuantiti:

Menetapkannya bersamaan dengan sifar untuk tujuan pemaksimuman:

iaitu, hasil sut = kos sut, asalkan

(kadar hasil sut kurang daripada kadar kos sut, demi pemaksimuman).

Dalam bidang ekonomi, kajian struktur pasaran dalam keadaan persaingan tidak sempurna bermula dengan analisa monopoli. Jika adanya penjual tunggal dalam industri tertentu tanpa keluaran pengganti yang serupa dengan barang keluaran penjual tersebut, maka struktur pasaran berbentuk monopoli murni. Ada kalanya, terdapat ramai penjual dalam sesebuah industri dan/atau wujudnya banyak pengganti bagi barangan yang dikeluarkan, namun firma-firma dapat mempertahankan penguasaan pasaran, maka para ahli eknomi memanggilnya persaingan monopolistik, manakala oligopoli memaksudkan keadaan yang mana kerangka teori utamanya berkenaan interaksi strategik sesebuah firma.

Sungguhpun syarikat monopoli tidak mengalami tekanan harga kerana ketiadaan pesaing, tetapi boleh menghadapi tekanan sedemikian dari pesaing berpotensi. Jika harga yang ditetapkannya terlalu tinggi, maka syarikat lain boleh memasuki pasarannya sekiranya mampu menawarkan barangan yang sama atau penggantinya pada harga yang lebih rendah.[1]

Monopoli murni mengikut kerasionalan ekonomi yang sama dengan firma-firma dalam keadaan persaingan sempurna, iaitu mengoptimumkan fungsi keuntungan yang tertakluk kepada batasan tertentu. Mengikut andaian kos sut meningkat, harga bahan mentah di luar kawalan, dan kawalan ditumpukan pada agen atau perusahaan tunggal, maka keputusan yang optimum adalah menyamakan kos sut dan hasil sut pengeluaran (lihat rajah). Apapun, sesebuah monopoli murni boleh mengubah harga pasaran demi kemudahan sendiri, kerana pengurangan tahap pengeluaran mengakibatkan harga naik. Mengikut istilah ekonomi, boleh dikatakan bahawa monopoli murni ini mengalami "permintaan cerun menurun". Salah satu kesan terpenting yang dapat kita perhatikan adalah, selalunya sesebuah monopoli memilih harga lebih tinggi dan kuantiti keluaran lebih rendah berbanding firma penerima harga; dalam erti kata lain, kurangnya barang yang ada pada harga yang lebih tinggi.[2]

Juga diingatkan ada faktor-faktor lain yang wujud apabila memahami diagram model monopoli (dan kesimpulan yang berkenaan) yang dipaparkan di sini. Kesimpulan bahawa harga monopoli lebih tinggi, serta hasil pengeluaran lebih rendah berbanding firma yang bersaing, mengikut syarat bahawa pemonopoli itu tidak mengenakan harga berlainan untuk pembeli berbeza, iaitu pemonopoli itu disekat dari melakukan diskriminasi harga (ini dipanggil diskriminasi darjah pertama, iaitu semua pembeli dikenakan amaun yang sama). Jika pemonopoli dibenarkan mengenakan harga-harga yang berbeza (diskriminasi harga darjah ketiga), maka kuantiti yang hasilkan, dan harga yang dikenakan kepada pembeli marginal adalah seiras dengan firma yang bersaing, sekaligus menghapuskan kerugian bobot lupus; tetapi segala hasil dari kegiatan perdagangan (atau khidmat kebajikan sosial) akan disalurkan kepada pemonopoli dan tiada apa-apa untuk pengguna. Pada dasarnya, setiap pengguna tidak peduli sama ada untuk (1) langsung tidak memperoleh apa-apa barang atau perkhidmatan atau (2) mampu membelinya dari pemonopoli.

Selagi keanjalan permintaan harga bagi kebanyakan pembeli adalah kurang dari satu secara nilai mutlak, maka senanglah firma untuk menaikkan harga, sekaligus memperoleh lebih banyak duit dari menjual kurang barangnya. Disebabkan kenaikan harga itu, meningkatnya juga keanjalan harganya, apatah lagi mampu melebihi satu untuk kebanyakan pengguna.

  1. ^ Depken, Craig (November 23, 2005). "10". Microeconomics Demystified. McGraw Hill. m/s. 170. ISBN 0071459111.
  2. ^ Levine, David (2008-09-07). Against intellectual monopoly. Cambridge University Press. m/s. 312. ISBN 978-0521879286. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]