Operasi Yakhin
Sebahagian daripada siri mengenai |
Aliyah |
---|
Pengembalian orang Yahudi ke Tanah Israel |
Konsep |
Aliyah pramoden |
Aliyah moden |
Penyerapan |
Organisasi |
Topik berkaitan |
Sebahagian daripada siri mengenai |
Penghijrahan orang Yahudi dari negara Arab dan Muslim |
---|
Background |
Antisemitisme dalam dunia Arab |
Penghijrahan mengikut negara |
Peringatan |
Topik berkaitan |
Operasi Yakhin ialah operasi untuk memindahkan orang Yahudi Maghribi secara rahsia ke Israel, yang dijalankan oleh Mossad Israel ketika antara November 1961 dan musim bunga 1964. Kira-kira 97,000 orang berhijrah ke Israel dengan kapal terbang dan kapal laut dari Darul Baydak dan Tanjah melalui Perancis dan Itali.
Kenaikan takhta oleh Hassan II pada 26 Februari 1961 membolehkan rundingan dimulakan untuk perjanjian rahsia antara bahagian "Misgeret" Mossad dan pihak berkuasa Maghribi (terutamanya Putera Moulay Ali dan menteri buruh Abdelkader Benjelloun), bersama-sama dengan organisasi Amerika HIAS. Pengaturan ekonomi telah dipersetujui antara Israel dan Maghribi, dengan persetujuan Perdana Menteri Israel David Ben-Gurion dan Raja Hassan II dari Maghribi, di mana $500,000 akan dibayar sebagai bayaran pendahuluan, ditambah $100 bagi setiap penghijrah untuk 50,000 orang Yahudi Maghribi yang pertama, dan kemudian, $250 setiap penghijrah kemudiannya.[1][2][3] Operasi itu juga mendapat bantuan penting daripada Sepanyol Franco.[4] Walau bagaimanapun, sesetengah orang Yahudi menetap di Perancis, Kanada, dan Amerika Syarikat dan bukannya di Israel. Maghribi menerima "gantirugi" atas kehilangan orang Yahudi.[5]
Operasi itu diketuai oleh Hebrew Immigrant Aid Society yang berpangkalan di New York, yang membiayai kira-kira $50 juta untuk kos-kos operasi tersebut.[6]
Etimologi
[sunting | sunting sumber]Nama operasinya, Yakhin, berasal dari Alkitab - iaitu nama salah satu daripada dua tiang utama yang menyokong Kuil Suci yang dibina di Baitulmaqdis oleh Raja Sulaiman, dan sejak Israel menganggap penghijrahan sebagai tiang utama yang menyokong kewujudan negara Yahudi.[7]
Latar belakang
[sunting | sunting sumber]Komuniti Yahudi Maghribi menjangkau hampir 2,000 tahun. Pada 14 Mei 1948 – Sultan Muhammad V dari Maghribi menyampaikan ucapan di mana baginda memberi amaran kepada orang Yahudi negaranya supaya tidak menunjukkan "perpaduan dengan keganasan Zionis," merujuk kepada Deklarasi penubuhan Negara Israel dan perang Palestin 1947–1949.[8] Semasa Rusuhan Anti-Yahudi di Oujda dan Jerada pada 7-8 Jun 1948, 44 orang Yahudi terbunuh di bandar Oujda dan Jerada di timur laut Maghribi. Peristiwa tersebut menyumbang kepada peningkatan mendadak dalam pemergian orang Yahudi dari Maghribi, kebanyakannya ke Israel. Jika sebelum peristiwa Oujda dan Jereda terdapat aliran orang Yahudi yang meninggalkan Maghribi, selepas itu penghijrahan menjadi lebih meluas. Pada tahun berikutnya, 18,000 daripada 250,000 atau lebih orang Yahudi Maghribi berhijrah ke Israel. Antara 1948 dan 1956, apabila penghijrahan dilarang, jumlahnya mencapai kira-kira 110,000.[9] Ketika itu, Maghribi merupakan tanah kediaman kepada komuniti Yahudi yang terbesar di Afrika Utara.[10] Kebimbangan bahawa kemerdekaan Maghribi, yang kelihatan bakal menjadi kenyataan sewaktu awal 1950-an, telah mendatangkan penganiayaan terhadap masyarakat Yahudi yang lantasnya mencetuskan gelombang awal penghijrahan. Dari 1948 hingga 1951, kira-kira 28,000 orang Yahudi berhijrah dari Maghribi ke Israel.[11]
Selepas kemerdekaan Maghribi daripada penjajahan Perancis pada tahun 1956, hak dan status penuh telah diberikan kepada penduduk Yahudi di bawah pemerintahan Mohammed V. Namun begitu, penghijrahan ke Israel tetap berterusan. Pada tahun 1959, akibat tekanan daripada Liga Arab dan kerosotan berterusan penduduk Yahudi, penghijrahan ke Israel telah dilarang, menyempitkan pilihan orang Yahudi untuk meninggalkan negara itu. Walaupun usaha pengekalan penduduk, penghijrahan Yahudi Maghribi ke Israel meningkat hingga kira-kira 95,000 orang Yahudi untuk tempoh 1952-1960.[11]
Larangan rasmi ke atas penghijrahan kekal hanya sehingga Februari 1961. Walaupun larangan rasmi telah ditamatkan, Mohammed V mengekalkan keutamaan umum yang jelas bahawa komuniti Yahudi kekal di dalam Maghribi dan menghalang tindakan asing untuk memudahkan atau menggalakkan penghijrahan.[12] Bermula pada tahun 1960, pihak berkuasa Israel melibatkan pegawai Maghribi dalam perbincangan yang bertujuan untuk merundingkan kemudahan penghijrahan Yahudi ke Israel dengan perestuan rasmi (atau, sekurang-kurangnya separuh rasmi).[13] Walaupun dengan penghapusan larangan untuk pergerakan sedemikian, perbincangan tersebut diteruskan. Akhirnya, hal ini berkembang menjadi Operasi Yakhin.
Pada 10 Januari 1961 sebuah bot kecil bernama Egoz membawa 44 orang penghijrah Yahudi karam di pantai utara Maghribi.[14] Kejadian ini mewujudkan krisis untuk kedua-dua pihak berkuasa Maghribi dan kumpulan bantuan asing yang bertanggungjawab membantu pelarian tersebut.
Kesan
[sunting | sunting sumber]Dalam filem Kathy Wazana 2013 They Were Promised the Sea, Simon Levy—pengasas Muzium Yahudi Maghribi—menyatakan bahawa trak dan pesawat yang membawa orang Yahudi itu adalah kepunyaan Maghribi.[15] Susan Gilson Miller menyifatkan pemergian majoriti orang Yahudi dari Maghribi sebagai "tragedi kebangsaan yang besar."[15][16]
Orang yang terkenal
[sunting | sunting sumber]Ahli politik Shas, Ya'akov Margi, dilahirkan pada tahun 1960, telah dibawa ke Israel semasa Operasi Yakhin pada tahun 1962.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Frederic ABECASSIS Diarkibkan Februari 3, 2016, di Wayback Machine, QUESTIONS ABOUT JEWISH MIGRATIONS FROM MOROCCO "OPERATION MURAL" (SUMMER 1961): RETURN FROM DIASPORA OR FORMATION OF A NEW DIASPORA? "Since 1960, indirect talks had been initiated between the Israeli authorities and the heir to the throne, and even with the leftist leader, Mehdi Ben Barka (Bin-Nun, 2008). According to Yigal Bin Nun (2009), the Israeli Ministry of Foreign Affairs was progressively convinced to consider financial compensation to the departure of the Jews, as it had been done in Iraq and Romania. In early May 1961, Isser Harel, the Director of the Mossad, decided to entrust to Alex Gatmon, chief of the Misgeret in Morocco, the mission to contact Jewish intermediaries to start negotiations with the Moroccan authorities. By the end of July, with the collaboration of Sam Benazeraf and Dr Isaac Cohen Olivar, he was negotiating with Abdelkader Benjelloun (Minister of Labour) and Moulay Ali Alaoui (the King's cousin and brother-in-law) and came to a compromise agreement. An economic clause was planned: half a million dollars would be paid as a down payment for the emigration of 50,000 Moroccan Jews to Europe, and then, 100$ per capita (250$ after the 50,000th). A humanitarian association, The Hebrew Immigrant Aid Society (HIAS) would be the façade for the Israeli emissaries. The Moroccan authorities demanded that the Jews leave Morocco as entire families and not as single and selected migrants, as was the case since 1953. Furthermore, Alex Gatmon refused to dissolve his network "Misgeret" in Morocco, and clandestine emigration kept on until the end of the negotiations. Raphaël Spanien, the HIAS representative in Morocco, negotiated with colonel Oufkir collective passports issue by the Ministry of Interior. By the end of November 1961, Operation Yakhin had begun. From then till 1964, 97,005 Jews left Morocco with the tacit agreement of the Moroccan authorities."
- ^ In Ishmael's House: A History of Jews in Muslim Lands, Martin Gilbert, p279
- ^ Semi, Emanuela Trevisan (2018-10-24), "Double Trauma and Manifold Narratives: Jews' and Muslims' Representations of the Departure of Moroccan Jews in the 1950s and 1960s", Sites of Jewish Memory, Routledge: 45–63, doi:10.4324/9781315796796-3, ISBN 9781315796796, dicapai pada 2021-08-24
- ^ "In the shadow of the Holocaust and the Inquisition: Israel's relations with Francoist Spain", by Raanan Rein, p.197.
- ^ "The Jews of the Middle East and North Africa in modern times", by Reeva S. Simon, Michael M. Laskier, Sara Reguer, p.502.
- ^ Szulc 1991.
- ^ Every spy a prince: the complete history of Israel's intelligence community, by Daniel Raviv, Yossi Melman, p.111.
- ^ "This Day in Jewish History / Anti-Jewish rioting in Morocco leaves 44 dead". Haaretz (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-08-06.
- ^ Green, David B. "This Day in Jewish History / Anti-Jewish rioting in Morocco leaves 44 dead". Haaretz.com.
- ^ "Return to Morocco". www.aljazeera.com. Dicapai pada 2018-04-16.
- ^ a b "IMMIGRANTS, BY PERIOD OF IMMIGRATION, COUNTRY OF BIRTH AND LAST COUNTRY OF RESIDENCE" (PDF). Government of Israel. 2009.
- ^ "King of Morocco Lifts Ban on Jewish Emigration; Announcement Issued | Jewish Telegraphic Agency". www.jta.org (dalam bahasa Inggeris). February 23, 1961. Dicapai pada 2018-04-16.
- ^ "NEW DIASPORAS: THE JERUSALEM WORKSHOP" (PDF). HAL. June 2012.
- ^ "King Hassan II: Morocco's messenger of peace", by Megan Melissa Cross, pp.66-67.
- ^ a b Gottreich, Emily (2020). Jewish Morocco: A History from Pre-Islamic to Postcolonial Times. I.B. Tauris. doi:10.5040/9781838603601. ISBN 978-1-78076-849-6.
- ^ Miller, Susan Gilson (2013). A history of modern Morocco. New York: Cambridge University Press. ISBN 978-1-139-62469-5. OCLC 855022840.
Bacaan lanjut
[sunting | sunting sumber]- "North African Jewry in the twentieth century: the Jews of Morocco, Tunisia, and Algeria", by Michael M. Laskier, Chapter 7: The Israeli-Directed Self-Defense Underground and "Operation Yachin".
- 978-0-374-24946-5Szulc, Tad (1991). The Secret Alliance: The Extraordinary Story of the Rescue of the Jews Since World War II. Farrar, Straus & Giroux. ISBN 978-0-374-24946-5.