Omar Abdul Rahman
Penampilan
Profesor Emeritus Tan Sri Datuk Dr. Haji Omar Abdul Rahman | |
---|---|
Penasihat Sains kepada Perdana Menteri Malaysia | |
Dalam jawatan 1984–2001 | |
Perdana Menteri | Mahathir Mohamad |
Digantikan oleh | Ahmad Zaharudin Idrus |
Dekan pengasas Fakulti Perubatan Veterinar dan Sains Haiwan Universiti Pertanian Malaysia | |
Dalam jawatan 1972–1978 | |
Digantikan oleh | Syed Jalaludin Syed Salim |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Omar bin Abdul Rahman 9 November 1932 Kota Bharu, Kelantan |
Omar Abdul Rahman ialah seorang ahli sains dan pakar veterinar Malaysia. Beliau telah menjadi penerima Anugerah Tokoh Akademik Negara pada 2010.[1] Beliau ialah profesor pertama dan dekan pertama bagi Fakulti Perubatan Veterinar dan Sains Haiwan, Universiti Pertanian Malaysia, pada 1972 hingga 1978.[2][3]
Omar ialah pakar veterinar Malaysia pertama mendapat ijazah doktor falsafah (PhD) dari Universiti Cambridge, United Kingdom pada 1966.
Beliau juga telah dilantik sebagai Penasihat Sains pertama kepada Perdana Menteri Malaysia, Mahathir Mohamad pada 1984 hingga 2001.
Latar belakang
[sunting | sunting sumber]Beliau dilahirkan pada 9 November 1932 di Kota Bharu, Kelantan.[4]
Anugerah dan pengiktirafan
[sunting | sunting sumber]Darjah kebesaran
[sunting | sunting sumber]- Malaysia
- Johan Setia Mahkota (J.S.M.) - 1976 J.S.M.
- Johan Mangku Negara (J.M.N.) - 1987 J.M.N.
- Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) - Tan Sri (1994)
- Melaka
- Darjah Mulia Seri Melaka (D.M.S.M.) - Datuk (1988)
Ijazah kehormat kedoktoran
[sunting | sunting sumber]Beliau telah menerima lapan ijazah kehormat kedoktoran iaitu[5][2]:
- Ijazah Kehormat Doktor Sains Veterinar, Universiti Melbourne
- Ijazah Kehormat Doktor Universiti, Universiti Stirling
- Ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang, Universiti Guelph
- Ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang, Universiti Bristol
- Ijazah Kehormat Doktor Sains, Universiti Queensland
- Ijazah Kehormat Doktor Sains, Universiti Teknologi Malaysia
- Ijazah Kehormat Doktor Sains, Universiti Kebangsaan Malaysia
- Ijazah Kehormat Doktor Sains, Universiti Putra Malaysia
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Dr Omar Diiktiraf Tokoh Akademik Negara 2010
- ^ a b "Tokoh Akademik Negara Profesor Emeritus Tan Sri Datuk Dr. Hj. Omar bin Abdul Rahman". Dicapai pada 20 Ogos 2024.
- ^ "Mantan Dekan". Dicapai pada 20 Ogos 2024.
- ^ Jaaffar, Johan (2015-08-15). "A giant among men | New Straits Times". NST Online (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-08-19.
- ^ "Academician Professor Emeritus Tan Sri Dr Omar Abdul Rahman, FASc". UCSI University (dalam bahasa Inggeris). 2017-07-24. Dicapai pada 2024-08-19.