Pergi ke kandungan

Ahmad Zaharudin Idrus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tan Sri Datuk Dr. Haji
Ahmad Zaharudin Idrus
Ahmad Zaharudin Idrus di UTM, Oktober 2022
Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Terengganu
Dalam jawatan
16 Mei 2007 – 31 Oktober 2015
Didahului olehpenyandang pertama
Digantikan olehMohammed Azlan Hashim
Penasihat Sains kepada
Perdana Menteri Malaysia
Dalam jawatan
2001–2006
Perdana MenteriMahathir Mohamad
Abdullah Ahmad Badawi
Didahului olehOmar Abdul Rahman
Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia
Dalam jawatan
1994–2001
Didahului olehMuhammad Ridzuan Salleh
Digantikan olehMohd Zulkifli Mohd Ghazali
Maklumat peribadi
Lahir
Ahmad Zaharudin bin Idrus

(1944-06-13) 13 Jun 1944 (umur 80)
Lumut, Perak
PasanganFaridah binti Karim
Anak3 orang
Ibu bapaIdrus bin Ishak
Azizah binti Jamian
Tempat belajarUniversiti Aberdeen

Ahmad Zaharudin Idrus ialah seorang ahli sains Malaysia. Beliau pernah berkhidmat sebagai penasihat sains kepada Perdana Menteri Malaysia, Mahathir Mohamad dan Abdullah Ahmad Badawi dari 2001 hingga 2006.[1]

Tempoh beliau paling ketara kerana misi Malaysia ke Antartika dan pelancaran Program Angkasawan Negara Malaysia yang menyaksikan Malaysia meletakkan orang pertamanya di angkasa lepas.[2]

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia dari 1994 hingga 2001[3], dan menjadi Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Terengganu.[4][5]

Latar belakang

[sunting | sunting sumber]

Ahmad Zaharudin dilahirkan pada 13 Jun 1944 di Lumut, Perak, dan dibesarkan di Taiping. Beliau menamatkan pengajian dalam bidang Sains Pertanian dari Universiti Malaya pada 1969.[2]

Kemudiannya dia bekerja sebagai pegawai pertanian kerajaan sebelum berpindah ke luar negara untuk mendapatkan kedua-dua ijazah Master's dan PhD dari Universiti Aberdeen.[6]

Beliau kembali berkhidmat sebagai Pengarah Teknologi Makanan di Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dari 1975 hingga 1981.

Ahmad Zaharudin Idrus bersama Fidel Castro, tahun 1990-an

Menjelang akhir 1980-an, beliau terlibat dalam penubuhan Institut Penyelidikan Petroleum Petronas.

Beliau dilantik sebagai naib canselor di Universiti Teknologi Malaysia pada 1994 dan berkhidmat sehingga 1999.[7]

Ahmad Zaharudin kemudiannya memegang jawatan sebagai Penasihat Sains kepada Perdana Menteri dari Januari 2001 hingga Julai 2006.[8]

Beliau juga merupakan Presiden Akademi Sains Malaysia dari April 2001 hingga April 2007.

Ahmad Zaharudin Idrus bersama Mahathir Mohamad

Pada 6 Feb 2002, Ahmad Zaharudin mengetuai kontinjen Malaysia dari bandar pelabuhan terpencil Ushuala, Argentina, menaiki kapal pemecah ais Rusia Kapitan Dranitsyn dalam misi perintis ke Antartika.

Beliau juga bekerjasama rapat dengan Menteri Sains dan Teknologi Jamaluddin Jarjis apabila program angkasa lepas Malaysia diumumkan pada 2003.

11,275 rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat memohon untuk menjadi angkasawan pertama Malaysia.

Akhirnya, ini menyebabkan Sheikh Muszaphar Shukri menjadi rakyat Malaysia pertama di angkasa pada 10 Oktober 2007.

Anugerah dan pengiktirafan

[sunting | sunting sumber]

Darjah kebesaran

[sunting | sunting sumber]
  •  Malaysia
    • Johan Setia Mahkota (J.S.M.) - 1984
    • Panglima Jasa Negara (P.J.N.) - Datuk (1999)
    • Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) - Tan Sri (2000)
  •  Melaka
    • Darjah Mulia Seri Melaka (D.M.S.M.) - Datuk (1995)

Ijazah kedoktoran kehormat

[sunting | sunting sumber]
  • Ijazah Kehormat Doktor Sains, Universiti Portsmouth (1998)
  • Ijazah Kehormat Doktor Falsafah, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (2003)
  • Ijazah Kehormat Doktor Falsafah, Universiti Tun Hussein Onn (2004)
  • Ijazah Kehormat Doktor Sains, Universiti Teknologi Malaysia (2005)
  • Ijazah Kehormat Doktor Sains, Universiti Terbuka Malaysia (2006)
  • Ijazah Kehormat Doktor Sains, Universiti Malaysia Terengganu (2018)[5]
  1. ^ "Tan Sri Datuk Dr. Ahmad Zaharudin bin Idrus @ [SCN]: SCAN ASSOCIATES BHD | Corporate Figure or Shareholder". klse.i3investor.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-08-20.
  2. ^ a b Vengadesan, Martin (2022-08-23). "Bureaucracy, corruption holding M'sia back - former science adviser". Malaysiakini. Dicapai pada 2024-08-20.
  3. ^ Azman, Sharifah Radhiah Syed. "Sumbangan buku daripada Tan Sri Datuk Dr. Ahmad Zaharudin Idrus, Mantan Naib Canselor UTM | UTM Library News" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-08-20.
  4. ^ "25 terima PhD di UMT". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). 2014-11-30. Dicapai pada 2023-11-28.
  5. ^ a b ADLAN, MOHD AZLI (2018-11-11). "Tan Sri Dr. Ahmad Zaharudin Idrus terima Ijazah Kehormat Doktor Sains UMT". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2023-12-27.
  6. ^ https://www.renewableenergymagazine.com/biomass/mou-signed-to-avoid-wasting-the-waste
  7. ^ "Ahmad Zaharuddin to head biotechnology corp". The Star (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-08-20.
  8. ^ https://api.nst.com.my/opinion/columnists/2022/09/832731/science-agency-revitalised-nows-time-make-it-independent