Pergi ke kandungan

Office lady

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Seorang pekerja wanita Jepun di dalam kereta api

Wanita pejabat ("Office lady"), sering disingkatkan sebagai OL (Jepun: オーエル Ōeru), merupakan seorang pekerja wanita pejabat di Jepun yang mempunyai tugas-tugas melayani keperluan pekerja pejabat lain, seperti menghidangkan teh ,pekerjaan keurusetiaan dan tulis-menulis yang lain. Office lady umumnya adalah pekerja kekal penuh-waktu (full time). Walaupun demikian, pekerjaan mereka biasanya hanya sedikit memiliki kesempatan untuk kenaikan pangkat, serta terdapat jangkaan yang tidak disebut bahawa mereka akan berhenti dari pekerjaan mereka setelah berkahwin. Kerana pengaruh budaya pop Jepun yang luas di Hong Kong, istilah ini juga umum digunakan di sana.

Setelah Perang Dunia II, ramai wanita mula bekerja pada pejabat-pejabat yang diperluas. Awalnya mereka dikenal sebagai "BG" (dari kata Business Girl), namun penutur bahasa Inggris juga menggunakan pemendekan yang sama untuk merujuk kepada wanita pelayan bar (Bargirl). Josei Jishin, majalah wanita Jepun, mengadakan sebuah pertandingan untuk mencari nama yang lebih sesuai untuk para pekerja wanita. Pada tahun 1963, OL dipilih dari berbagai masukan yang ada.[1] Pada tahun 1980-an, pekerjaan sebagai OL adalah pekerjaan yang paling umum untuk wanita Jepun, dan para OL mencapai sekitar sepertiga dari angkatan kerja perempuan yang ada.[1]

Stereotaip watak OL sering ditampilkan dalam manga dan anime wanita (josei manga) Jepun. Mereka umumnya digambarkan sebagai wanita-wanita yang berpenampilan menarik, pintar, dan murung, kerana merasa bosan atas pekerjaan mereka, terlalu ditekan oleh keluarga, serta menghadapi permasalahan psikologi.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ a b Cherry, Kittredge. "Office Flowers Bloom: Work Outside the Home". Womansword: What Japanese Words Say about Women (paperback) |format= requires |url= (bantuan) (ed. First mass market edition, 1991). 17-14 Otowa 1-chrome, Bunkyo-ku, Tokyo 112: Kodansha International Ltd. m/s. 103. ISBN 4-7700-1655-7. Cite has empty unknown parameters: |accessyear=, |origmonth=, |accessmonth=, |month=, |origdate=, dan |coauthors= (bantuan)CS1 maint: location (link)

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]
  • Ogasawara, Yuko. Office Ladies and Salaried Men: Power, Gender, and Work in Japanese Companies. Berkeley, Calif.: University of California Press, 1998. Netlibrary link.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]