Pergi ke kandungan

Karōshi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Karōshi (過労死, karōshi, "mati kerja lebih") ialah fenomena kematian dalam pekerjaan secara mengejut. Ia banyak dicatat di Jepun, namun hal sama juga mula terzahir di negara sebudaya seperti China (Cina ringkas: 过劳死Cina tradisional: 過勞死pinyin: guòláosǐ)[1] dan Korea Selatan (Korea: 과로사, rumi: gwarosa).[2] Punca-punca utama kematian ini ialah serangan jantung dan angin ahmar akibat tekanan stres.

Gambaran umum

[sunting | sunting sumber]

Fenomena karōshi pertama kali muncul pada tahun 1969 melalui suatu laporan mengenai seorang pemuda berusia 29 tahun yang bekerja di sebuah syarikat akhbar terbesar Jepun yang mati segera akibat diserang angin ahmar. Biro Pampasan Pekerja Kementerian Buruh negara tersebut menganggap kematian mangsa itu akibat kerja yang berlebihan.[3] Pada bulan Julai 2013, suatu kes karōshi yang menimpa Miwa Sado, wartawati politik NHK di apartmen beliau di mana Miwa diketahui bekerja selama 159 jam sebulan dan hanya mendapatkan cuti selama dua hari; kejadian ini amat menggemparkan badan penyiar terbabit sehingga ada desakan pembaharuan dilakukan ke atas waktu bekerja para kakitangan penyiar.[4]

Pada tahun 2015, Jabatan Kesihatan, Perburuhan, dan Kesejahteraan Jepun mengungkapkan jumlah kematian yang diakibatkan Karoshi di negara tersebut mencapai 1456 kes dalam masa 1 tahun.[5]

  1. ^ Oster, Shai (30 June 2014). "Is Work Killing You? In China, Workers Die at Their Desks". Bloomberg.
  2. ^ Ko Dong-hwan (27 February 2017). "[K-Terminology] Koreans being overworked to death in 'kwarosa'". Korea Times.
  3. ^ "Di Jepang Banyak Pekerja Meninggal Akibat Kerja Berlebih". National Geographic Indonesia. 17 Disember 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-29. Dicapai pada 29 April 2018. Cite has empty unknown parameter: |5= (bantuan)
  4. ^ Liputan6.com. "Karoshi, Fenomena Mengerikan yang Menghantui Karyawan di Jepang". liputan6.com. Dicapai pada 29 April 2018.
  5. ^ "6 Fakta Fenomena Karoshi di Jepang, Kerja Tanpa Cuti Sampai Mati". Liputan6.com. Dicapai pada 29 April 2018.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]